NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beza PAS Dengan Parti Lain


BEZA PAS DENGAN PARTI LAIN

Ramai yang tanya aku, kenapa PAS tak tandingkan jawatan tertinggi? Patutnya benarkanlah proses demokrasi. Apa beza PAS dan UMNO?

Okey meh aku jelaskan. PAS tidak pernah sesekali pun menghadkan mana mana jawatan daripada dipertandingkan. Bukan kali ni je, belum pernah dalam sejarah mana mana pemilihan pun. 

Dari jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, AJK, sampailah Pengerusi Tetap dan Pemeriksa kira kira. Macam tu juga jawatan dalam Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. 

Semuanya bebas dipertandingkan. Syaratnya satu je, mesti cukup percalonan untuk jawatan yang kau nak bertanding. 

Benda ni berbeza dengan parti lain. UMNO sebagai contoh pada 2023 pernah kecualikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dari dipertandingkan. 

Ketika proses pencalonan dari kawasan kawasan, semua sepakat calonkan YB Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan YB Dato Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden. Maka mereka menang tak bertanding. 

Selebihnya terdapat pertandingan pada jawatan Naib Presiden, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Ulama. Namun selepas pertimbangan, YAB Dato Seri Sanusi Md Nor menarik diri daripada kerusi Naib Presiden dan ini menyebabkan tiga lagi calon Naib Presiden menang tanpa bertanding.

Bagi kerusi Ketua Dewan Ulama, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menarik diri daripada bertanding dan memberikan ruang kepada YB Dato Ustaz Ahmad Yahya untuk terus menerajui Dewan Ulama.

Bagi kerusi Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Sukri Omar menarik diri untuk memberikan ruang kepada penyandang, YB Ustaz Afnan Hamimi untuk terus menerajui Dewan Pemuda. 

Apa yang kita boleh nampak disini? 

PAS adalah parti paling stabil dalam negara. Walaupun pertandingan terbuka luas, tiada langsung kecelaruan dalam proses pemilihan. 

Ini berbeza dengan PKR, calon Timbalan Presiden dia sendiri tuduh pemilihan parti dia penuh pen1puan, muslihat dan salah guna kuasa. Proses pemilihan penuh dengan kekacauan. 

PAS juga adalah parti yang terbuka dan menghormati proses demokrasi apabila semua jawatan dalam PAS dipertandingkan. 

PAS mengajar ahlinya untuk tidak mementingkan jawatan kerana jawatan ini adalah amanah. Budaya atau unwritten rules dalam PAS, lagi kita minta jawatan, lagi kita akan ditolak. 

Ini lah beza PAS dan parti lain. Mungkin ada yang tak akan faham pasal benda ni, tapi itulah PAS. Bukan jawatan yang penting tetapi amanah ahli parti, amanah rakyat yang menjadi keutamaan. 

Menarikkan? Jom jadi ahli PAS. Pautan ada kat ruangan komen. 

Salam Hormat,
Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi,
Lajnah Penerangan PAS Pusat


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Jawatan Tertinggi PAS Kekal Tanpa Pertandingan

ALOR SETAR, 30 Ogos 2025 – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terus mengekalkan kestabilan organisasi apabila lima jawatan tertinggi dalam parti — Presiden, Timbalan Presiden, dan tiga Naib Presiden — tidak dicabar dalam pemilihan parti kali ini. Ketiga-tiga Naib Presiden kekal menduduki jawatan masing-masing setelah pencalonan ditutup.

Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden, manakala Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terus memegang jawatan Timbalan Presiden. Tiga Naib Presiden yang kekal ialah Datuk Idris Ahmad, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, selepas pencalonan berkurangan dari empat kepada tiga calon selepas seorang calon menolak bertanding.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menjelaskan perkembangan ini dalam sidang media di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Beliau turut mengumumkan bahawa kepimpinan bagi Dewan Ulama, Dewan Pemuda, dan Dewan Muslimat PAS juga kekal tanpa pertindihan.

Beliau menambah bahawa keutuhan dan kesatuan dalam parti ini memberi laluan lebih luas kepada PAS untuk menumpukan usaha ke arah persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan melaksanakan pembangunan di negeri-negeri yang ditadbir seperti Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

-- 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

NGO: RUU Perolehan Kerajaan 2025 beri kuasa mutlak menteri, buka pintu rasuah mega

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2025 – Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 dikritik hebat kerana didakwa memberi kuasa mutlak kepada seorang menteri dalam menentukan kontrak kerajaan, sekali gus membuka ruang kepada penyelewengan dan kronisme.

Aktivis masyarakat, Anas Soffy Abd Wahid, berkata beberapa peruntukan dalam RUU itu membolehkan menteri meluluskan kontrak tanpa had, tidak terikat dengan cadangan lembaga, serta berkuasa penuh membuat keputusan jika berlaku kebuntuan. Katanya, ketiadaan semak imbang bebas menjadikan RUU ini bukan reformasi, sebaliknya “lesen besar” untuk skandal baharu.

Beliau menegaskan, rakyat akhirnya bakal menanggung kesan melalui cukai lebih tinggi, pengurangan subsidi dan kenaikan kos sara hidup jika undang-undang ini diluluskan. Justeru, beliau mendesak RUU berkenaan ditolak dan disemak semula bersama badan bebas, NGO dan pembangkang sebelum diluluskan.

-- 1Media.my
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Ahmad Marzuk dakwa kos penjenamaan Tabung Haji cecah RM18 juta, sangkal jawapan menteri



KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2025 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary (PN), menolak penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berhubung kos projek penjenamaan semula (rebranding) Lembaga Tabung Haji (TH).

Marzuk mendakwa beliau memperoleh dokumen sulit yang menunjukkan jumlah sebenar perbelanjaan projek itu sekitar RM18 juta, jauh lebih tinggi daripada angka RM5.9 juta yang diumumkan kerajaan.

“Kalaulah maklumat ini benar, saya serahkan kepada menteri untuk menjustifikasikannya. Jawapan menteri yang mengatakan hanya RM5.9 juta sangat salah, kerana dokumen ini menunjukkan kos sebenarnya sekitar RM18 juta,” katanya ketika mencelah pada sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pertikaian bermula awal Ogos

Isu ini mula dibangkitkan pada 11 Ogos lalu apabila Marzuk menuduh RM20 juta wang pendeposit digunakan bagi projek rebranding, yang melibatkan pelantikan tiga syarikat milik bukan Islam dan bukan bumiputera.

Kenyataan itu mencetuskan pertikaman lidah dengan Mohd Na’im di Dewan Rakyat, sehingga Marzuk digantung selama dua hari oleh Timbalan Speaker Alice Lau.

Dalam penggulungan minggu lalu, Mohd Na’im menegaskan Tabung Haji hanya memperuntukkan RM5.9 juta untuk program tiga tahun itu. Beliau berkata kos tersebut merangkumi kajian pasaran dan libat urus dengan 9.6 juta pendeposit, selain bertujuan mendekati golongan muda.

Isu kontrak syarikat bukan bumiputera

Menteri itu juga mempertahankan pelantikan syarikat bukan bumiputera, dengan mendedahkan bahawa ketika Marzuk menjadi timbalan menteri agama dahulu, Tabung Haji sendiri pernah menganugerahkan kontrak kepada 23 syarikat bukan bumiputera.

Bagaimanapun, Marzuk menolak tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa ada syarikat yang dimaksudkan sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan ia diperoleh melalui tender terbuka, bukan secara runding terus.

“Tidak betul kalau semua 23 syarikat itu dianggap bukan bumiputera. Ada antaranya syarikat bumiputera sepenuhnya, dan kerja yang diberikan bukan penjenamaan semula,” katanya.

Tuntutan imuniti Parlimen

Dalam perkembangan berkaitan, Marzuk turut membangkitkan isu sejauh mana ahli parlimen mempunyai imuniti untuk mendedahkan dokumen berstatus sulit sama ada di dalam mahupun di luar dewan.

--1Media.my
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

NGO dakwa RUU URA 2025 ancam hak rakyat, gesa moratorium pembangunan semula bandar


KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2025 – Lebih 90 NGO dan persatuan penduduk hari ini menolak Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025, dengan mendakwa ia membuka ruang kepada pemaju untuk merampas hak pemilik harta dan mencabul Perlembagaan Persekutuan.

Gabungan itu berkata, walaupun kerajaan membentangkan RUU URA sebagai kerangka undang-undang moden bagi menyelaras pembangunan semula bandar lama, draf yang dikemukakan masih sarat kelemahan, mengabaikan maklum balas awam, dan memberi kelebihan tidak seimbang kepada pemaju.

“Ambang persetujuan 75 peratus yang ditetapkan memberi ruang baki 25 peratus pemilik yang menolak projek boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengambilan Tanah (LAA). Mereka berisiko menerima pampasan rendah atau diusir secara paksa – jelas bertentangan dengan hak kesamarataan dan hak harta seperti dijamin Perkara 8 dan 13 Perlembagaan,” tegas kenyataan bersama gabungan itu di Petaling Jaya.

Antara NGO yang menyokong gesaan ini ialah Lawyers for Liberty (LFL), KL Residents Action for Sustainable Development (KLRA+SD), PJ Sejahtera, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Selamatkan Kuala Lumpur, Fomca, Gabungan Darurat Iklim Berhad, INSAP dan Gabungan Bertindak Malaysia.

---

Latar belakang RUU

RUU URA dibentangkan di Parlimen pada 21 Ogos lalu dengan kerajaan menegaskan ia akan menggantikan amalan lama berdasarkan LAA 1960 yang sering dipertikaikan. Antara tujuan utama ialah mempercepat pembangunan semula kawasan bandar usang, menaik taraf infrastruktur, serta meningkatkan nilai hartanah.

Kerajaan juga menyatakan lebih 100 sesi libat urus telah diadakan sejak awal tahun, namun NGO berpendapat draf akhir yang dibawa ke Parlimen hampir tidak berubah daripada versi asal yang ditentang.

---

Kebimbangan utama NGO

Maklum balas awam diabaikan – Tiada perbincangan dua hala selepas maklum balas awam ditutup 31 Mac lalu.

Takrifan terlalu luas – Istilah “kawasan pembaharuan semula bandar” boleh merangkumi hampir semua hartanah tanpa perlindungan jelas.

Risiko monopoli pemaju – Situasi kawal selia sedia ada sudah longgar, dan pelaksanaan URA hanya akan mengukuhkan kuasa pemaju.

---

Tuntutan gabungan

Gabungan NGO menggesa kerajaan:

1. Menarik balik RUU URA 2025 dengan segera.


2. Mengisytiharkan moratorium ke atas semua projek pembangunan semula bandar.


3. Menggubal rang undang-undang baharu yang lebih adil melalui rundingan pelbagai hala bersama pemegang taruh.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pemuda PAS Bantah Pembentangan Tergesa-gesa RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025


KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah sekeras-kerasnya tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mahu membawa Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) 2025 ke bacaan kali kedua di Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua DPPM, Mohd Hafez Sabri berkata tindakan itu dianggap terburu-buru dan mengabaikan suara Parlimen serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi yang sebelum ini meminta bacaan kali kedua ditangguhkan.

“Surat rasmi JKPK bertarikh 20 Ogos 2025 telah menegaskan supaya persoalan besar, khususnya berkaitan nilai ambang persetujuan pemilik, diselesaikan terlebih dahulu. Bantahan ini bukan sahaja datang daripada Ahli Parlimen Perikatan Nasional tetapi juga daripada institusi Parlimen yang dilantik secara rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata cadangan nilai ambang persetujuan 70 peratus bagi bangunan berusia lebih 30 tahun dan 80 peratus bagi bangunan kurang 30 tahun adalah terlalu rendah berbanding standard antarabangsa, iaitu 90 peratus di Hong Kong dan 80 peratus di Singapura.

“Ahli Parlimen kerajaan sendiri telah menggesa ambang dinaikkan ke 85 peratus demi melindungi hak pemilik dan penyewa rumah kos rendah. Namun isu ini masih belum dijawab dengan jelas,” katanya.

Menurut beliau lagi, RUU PSB juga didakwa bercanggah dengan beberapa undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara, Akta Hak Milik Strata dan Akta Pengambilan Tanah.

“Kuasa luas yang diberikan kepada Menteri tanpa penjelasan jelas menimbulkan kebimbangan terhadap potensi manipulasi tanah rizab Melayu dan hak milik individu,” katanya.

Sehubungan itu, DPPM menyeru rakyat, khususnya golongan muda, untuk bangkit mempertahankan hak pemilikan tanah dan kediaman daripada digugat oleh mana-mana pihak.

“Kerajaan mesti menghentikan sikap angkuh dan kembali menghormati suara Parlimen serta hak rakyat. Sebarang rang undang-undang yang menyentuh soal hak rakyat mesti dibawa dengan cermat, telus dan berpaksikan prinsip keadilan,” katanya.

-- 1Media.my

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Salah Laku Pentadbiran Jejas Ekonomi, Bebankan Rakyat – Pemuda PAS


KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Pemuda PAS hari ini menggesa kerajaan memperbetul amalan pentadbiran yang didakwa menyumbang kepada tekanan kos sara hidup rakyat, susulan kebocoran dana awam, projek mega tidak berfokus, serta keputusan ekonomi yang kurang berpandangan jauh.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi di media sosial, sayap pemuda itu menyifatkan salah urus tadbir dan pembaziran sebagai “bencana yang berpunca daripada tangan manusia”, berbeza dengan bencana alam yang berlaku tanpa amaran.

“Apabila pemerintah melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama dan etika pentadbiran, kesannya boleh dijangka — ia sudah diingatkan dalam al-Quran, disebut dalam hadis, dan dibuktikan dalam sejarah umat terdahulu,” menurut kenyataan itu.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk peruntukan yang meragukan, keutamaan terhadap projek-projek berskala besar yang lebih menguntungkan kelompok tertentu, serta beban cukai dan kenaikan harga barang yang akhirnya ditanggung oleh rakyat.

Pemuda PAS turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemewahan dan pembaziran di peringkat tertinggi pentadbiran, yang disifatkan bercanggah dengan seruan kepada rakyat agar berjimat dan memahami keadaan semasa negara.

“Budaya salah laku ini boleh menjerumuskan negara ke dalam kitaran hutang, bergantung kepada institusi kewangan antarabangsa, dan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan,” tambah kenyataan itu.

Pemuda PAS menyeru agar keutamaan diberikan kepada integriti, akauntabiliti dan amanah dalam tadbir urus negara, serta menolak sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan ketirisan.

Setakat ini, tiada maklum balas rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan berhubung kenyataan tersebut.

-- 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kanak-Kanak Palestin OKU Meninggal Dunia Akibat Kebuluran, Berat Turun Daripada 26kg ke 3kg


GAZA, 21 Ogos — Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia lima tahun, Muhammad Zakaria Khudr, disahkan meninggal dunia akibat kebuluran selepas berat badannya menyusut secara drastik daripada 26 kilogram kepada hanya 3 kilogram, menurut sumber perubatan di Gaza.

Kanak-kanak terbabit yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal, dilaporkan tidak mendapat bekalan susu dan makanan berikutan sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza oleh pihak berkuasa Israel sejak Mac lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan keluarga mangsa, kemerosotan kesihatan Muhammad berpunca daripada ketiadaan akses kepada pemakanan asas serta peralatan kesihatan yang diperlukan.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan tubuh Muhammad yang amat kurus dengan tulang rusuknya jelas kelihatan, sekali gus mencetuskan reaksi antarabangsa mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah itu.

Data daripada Kementerian Kesihatan Gaza menunjukkan sekurang-kurangnya 222 kematian akibat kebuluran telah direkodkan setakat ini, termasuk 101 orang kanak-kanak.

Dalam tempoh dua minggu lalu, hanya 1,210 trak bantuan dilaporkan dibenarkan masuk ke Gaza, iaitu kira-kira 14 peratus daripada keperluan bantuan sebenar yang diperlukan penduduk wilayah berkenaan.

Program Makanan Sedunia (WFP) menyifatkan keadaan kebuluran di Gaza sebagai “tidak pernah berlaku sebelum ini”, dengan amaran bahawa jutaan penduduk terdedah kepada krisis kelaparan berpanjangan sekiranya bantuan tidak disalurkan segera.

Sejak konflik tercetus pada Oktober tahun lalu, lebih 61,500 nyawa telah terkorban di Gaza, dengan majoriti mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Usaha diplomatik bagi menghentikan perang dan membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan secara menyeluruh masih berdepan halangan berikutan kebuntuan dalam rundingan gencatan senjata.

-- 1Media


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pemuda PAS Kemuka Empat Cadangan Tangani Isu Buli Kepada KPM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden hari ini mengemukakan empat cadangan utama kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menangani isu buli yang semakin membimbangkan di sekolah.

Cadangan tersebut dikemukakan susulan beberapa insiden buli dan keganasan melibatkan pelajar termasuk kes kematian pelajar perempuan, Zara Qairina Mahathir, yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut Afnan Hamimi, Pemuda PAS menggesa agar jawatan warden tetap diwujudkan di semua sekolah berasrama bagi memastikan pemantauan pelajar lebih berkesan tanpa menambah beban tugas kepada guru.

“Anak-anak kita perlukan pemantauan yang baik. Guru sudahpun dibebankan dengan pelbagai tugas lain,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Cadangan kedua melibatkan pelaksanaan audit keselamatan dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik sekolah. Katanya, bukti visual amat penting bagi membantu siasatan serta mencegah kejadian berulang.

Pemuda PAS turut mencadangkan penggubalan dan penguatkuasaan Akta Anti-Buli bagi memastikan hukuman tegas dapat dikenakan tanpa kompromi terhadap pelaku yang terbabit dalam kes buli.

Cadangan keempat ialah penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Isu Buli, selaras dengan keperluan melindungi keselamatan murid dan pelajar sekolah.

“Jika isu dadah mempunyai jawatankuasa khas, mengapa nyawa dan keselamatan anak-anak kita tidak diberi keutamaan yang sama?” soal beliau.

Cadangan tersebut dikemukakan ketika tekanan awam terhadap KPM semakin meningkat berikutan laporan lebih 5,000 kes buli setahun sejak 2023, menurut statistik rasmi kementerian.

Setakat ini, KPM belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap cadangan yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut.

-- 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Mahasiswa, NGO Serah Memorandum Desak Menteri Pendidikan Undur Diri

Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan GAMIS dan HARAM menganjurkan Himpunan Mogok bagi menuntut peletakan jawatan menteri pendidikan atas kegagalan beliau memimpin reformasi pendidikan negara di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. - Gambar : MalaysiaGazette

PUTRAJAYA, 21 Ogos — Sekumpulan mahasiswa dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menuntut pengunduran Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, susulan dakwaan kegagalan kementerian menangani isu buli dan keganasan di institusi pendidikan.

Penyerahan memorandum itu berlangsung di hadapan bangunan KPM di sini dan diketuai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Mohammad Azamuddin Sahar, yang mewakili lebih 10 NGO serta wakil mahasiswa.

Menurut Azamuddin, tindakan itu diambil berikutan beberapa insiden buli dan penderaan yang mendapat perhatian meluas, termasuk kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir pada 16 Julai lepas, pelajar yang mengalami kecederaan otak akibat dipukul, serta kes pelatih Palapes, Syamsul Haris, yang meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata statistik KPM menunjukkan lebih 5,000 kes buli dilaporkan setiap tahun sejak 2023, menandakan peningkatan yang membimbangkan.

Memorandum itu merangkumi lima tuntutan utama iaitu:

  1. Penambahan bilangan kaunselor di sekolah, pembukaan talian hotline 24 jam, dan kerjasama strategik dengan NGO psikologi;

  2. Latihan trauma-informed untuk guru dan warden;

  3. Modul pendidikan ibu bapa bagi menyokong peranan keluarga dalam pencegahan buli;

  4. Pelaksanaan pemantauan bebas melalui penubuhan panel pemantau luar dan pendedahan data kes buli secara telus; serta

  5. Pelan Nasional Anti-Buli yang merangkumi sasaran, garis masa dan laporan berkala.

Selain itu, kumpulan tersebut turut menggesa pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah, penggubalan prosedur operasi standard (SOP) kes buli yang lebih jelas, pengukuhan kurikulum sivik, dan libat urus menyeluruh antara sekolah, NGO serta komuniti.

Azamuddin berkata pihaknya memberikan tempoh 30 hari kepada KPM untuk memberi maklum balas dan pelan pelaksanaan terhadap tuntutan yang dikemukakan.

“Sekiranya tiada tindakan diambil dalam tempoh tersebut, kami tidak menolak kemungkinan menggerakkan himpunan rakyat berskala besar sebagai tekanan terhadap pihak kerajaan,” katanya.

Setakat ini, KPM belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung memorandum yang diserahkan.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan dilaporkan berkata bahawa siasatan kes Zara Qairina dijalankan secara menyeluruh, dan kerajaan komited untuk memastikan semua pihak yang terlibat tidak akan dilindungi.

-- 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kegagalan Tangani Isu Zara Qairina, Dua Menteri Disaran Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- Dua menteri Kabinet disaran melepaskan jawatan susulan dakwaan kegagalan menangani kes kematian pelajar, Zara Qairina, yang mencetuskan perhatian luas masyarakat.

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Menteri Pendidikan serta Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan pengurusan maklumat, siasatan dan komunikasi krisis berhubung kes tersebut.

Antara kelemahan yang dibangkitkan termasuk kegagalan Kementerian Pendidikan memberi maklumat terkini kepada keluarga serta orang ramai, kelewatan mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah, dan pengendalian komunikasi krisis yang didakwa tidak sensitif kepada perasaan ibu bapa.

Bagi Kementerian Dalam Negeri pula, Nurul Islam mempersoalkan siasatan awal polis yang didakwa tidak mengikut prosedur, termasuk kegagalan melakukan bedah siasat sebelum jenazah dikebumikan dan kelemahan dalam pengurusan bahan bukti.

Beliau turut mengkritik kenyataan tergesa-gesa bahawa siasatan kes berkenaan telah selesai, walaupun masih terdapat persoalan yang belum dijawab, selain tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini.

“Sekiranya mereka enggan meletakkan jawatan, Perdana Menteri wajar campur tangan dan menukar mereka dengan Ahli Parlimen lain dalam Pakatan Harapan - Barisan Nasional,” katanya.

Nurul Islam mencadangkan agar kerusi Menteri Pendidikan diganti dengan Datuk Seri Noraini Ahmad manakala portfolio Menteri Dalam Negeri diisi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, langkah itu penting bagi meredakan keresahan rakyat dan memulihkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan berhubung isu keselamatan pelajar di sekolah dan keadilan dalam siasatan kes Zara Qairina.

-- 1Media.my

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tamrin Tun Ghafar Desak Anwar Bubarkan Parlimen, Tuduh Gagal Tunaikan Janji


KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) susulan dakwaannya bahawa kerajaan gagal menunaikan janji serta terpalit pelbagai kontroversi.

Dalam surat terbuka yang dialamatkan kepada Anwar, Tamrin mengimbau hubungan lama mereka sejak awal 1980-an, termasuk peranannya mencadangkan Anwar sebagai Ketua Pemuda UMNO menggantikan Haji Suhaimi Kamaruddin, dan menyatakan rasa kesal terhadap apa yang dianggapnya sebagai pengkhianatan kepada jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau turut mengaitkan kegagalan kerajaan menangani isu-isu semasa, antaranya insiden serangan terhadap anak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, kes kematian Zara Quirina Mahathir akibat buli di Sabah, tindakan undang-undang oleh bekas Menteri Waytha Moorthy yang mencabar kesahihan kerusi Parlimen Tambun, serta himpunan besar-besaran ‘Turun Anwar’ di Dataran Merdeka bulan lalu.

Tamrin mendakwa Anwar terlalu menumpukan lawatan luar negara walaupun kos sara hidup rakyat meningkat, selain mempertikaikan pengumuman pelaburan asing bernilai RM700 bilion yang dikatakan belum direalisasikan.

Beliau juga menuduh Anwar membuat kenyataan mengelirukan di Parlimen berhubung keputusan Kabinet melibatkan Dr. Mahathir, serta mengkritik tindakan kerajaan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau berani, bak kata Tun, bubarkan saja Parlimen dan adakan Pilihan Raya Umum,” tulis Tamrin di akhir suratnya. - 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kronologi Zara Qairina : Ketiadaanmu meninggalkan seribu tanda tanya, seluruh Malaysia turut berduka

Pada 16 Julai lalu, pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMKA Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, Zara Qairina Mahathir, ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya sekitar jam 3 pagi. Beliau dilaporkan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama, sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth. Keesokan harinya pada 17 Julai , Zara disahkan meninggal dunia dan dikebumikan di Kampung Kalamauh, Mesapol, Sipitang. Namun, timbul persoalan, adalah arwah adik Zara benar-benar meninggal akibat jatuh dari banggunan tingkat 3 atau ia rekaan sahaja? Ia susulan,kematian arwah sangat mengejut dan mayatnya juga tidak dilakukan sebarang bedas siasat sebelum dikebumikan. Sumber : KiniTV



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...


Pemimpin Muda PAS dan Pelbagai Parti Kecam Serangan Terhadap Anak Rafizi


PUTRAJAYA, 15 Ogos — Insiden serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, di Putrajaya baru-baru ini mengundang kecaman keras daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda PAS Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan PKR Cabang Seremban.

Dalam kejadian sekitar 1.45 petang itu, dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar menyerang anak Rafizi yang berusia 12 tahun dengan cucukan jarum suntikan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah. Mangsa tidak mengalami kecederaan serius namun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, menyifatkan serangan itu sebagai ancaman kepada keselamatan awam dan demokrasi, manakala AMK Pulau Pinang menegaskan keganasan seperti itu “tidak pernah menjadi budaya masyarakat” dan mesti ditolak sepenuhnya. PKR Cabang Seremban pula menuntut tindakan tegas serta perlindungan terhadap kanak-kanak daripada menjadi sasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus dan pantas, dengan arahan khusus kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan segera.

Rafizi percaya kejadian itu merupakan usaha untuk menakutkan beliau, namun menegaskan tidak akan berundur daripada perjuangan politiknya. - 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kerajaan Kaji Naikkan Umur Persaraan Penjawat Awam Kepada 65 Tahun

PUTRAJAYA, 15 Ogos — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan sesi libat urus bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi membincangkan cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam daripada 60 kepada 65 tahun.

Seramai 137 wakil termasuk pimpinan tertinggi CUEPACS, ahli jawatankuasa gabungan, pegawai JPA, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan menghadiri perbincangan yang diadakan dalam bentuk Focus Group Discussion (FGD) itu.

Taklimat turut disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, Datuk Dr. Zunika Mohamed mengenai perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030), manakala Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin membentangkan analisis mengenai fenomena negara menua serta kesannya terhadap guna tenaga sektor awam.

JPA menegaskan cadangan ini masih di peringkat awal kajian dan rundingan dengan semua pihak berkepentingan akan diteruskan bagi memastikan dasar baharu itu inklusif serta memberi manfaat menyeluruh kepada penjawat awam. - 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Anak Rafizi Ramli Diserang di Putrajaya — Satu Amaran Politik, Dakwa Bekas Menteri


PUTRAJAYA, 13 Ogos 2025 – Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan anaknya diserang secara tiba-tiba oleh individu tidak dikenal pasti ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini, suatu insiden yang dipercayai sebagai peringatan kepada beliau agar tidak terus bersuara lantang dalam isu-isu tertentu.

Menurut kenyataan beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika isteri dan anaknya sedang memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli-belah. Secara mengejut, seorang lelaki menarik anaknya dan mencucuknya dengan jarum suntikan. Rafizi turut berkata, dua lelaki menaiki motosikal telah mengikuti kereta isterinya dan dipercayai telah merancang serangan itu lebih awal .

Beliau menambah bahawa suspek digambarkan berpakaian serba hitam dengan topi keledar penuh yang menutup muka, menandakan serangan bersifat terancang .

Mangsa, anak kepada Rafizi yang berusia sekitar 12 tahun, segera dibawa ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan lanjut. Pihak polis tiba di lokasi sejurus selepas kejadian dan Rafizi bersama keluarganya telah memberikan keterangan. Polis juga mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal serius .

Rafizi turut melahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Hospital UPM atas bantuan mereka dalam menangani insiden ini . Beliau percaya serangan ini merupakan satu “amaran” untuk meredakan suaranya dalam pelbagai isu politik, tegasnya, namun menambah beliau tidak akan tunduk kepada ugutan dan akan terus melaksanakan tugas seperti biasa .

Tindakan oleh Dewan Rakyat:

Susulan insiden ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menyatakan hasrat untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai keselamatan ahli politik dan keluarga mereka. Beliau akan memanggil menteri berkaitan bagi menjelaskan perkara ini di Dewan Rakyat, sebagai tindak lanjut terhadap keselamatan nasional . - 1Media.my

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Projek LPT3 Tidak Tersenarai RMK13, MP Bachok Desak Kerajaan Tunjuk Komitmen


KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN), hari ini mencadangkan agar Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dinamakan semula sebagai “Lebuhraya Pahang Terengganu” sekiranya projek sambungan ke Kelantan tidak dilaksanakan.

Beliau berkata, singkatan LPT tidak menggambarkan keadaan sebenar jajaran lebuh raya itu kerana ia hanya merentasi dua negeri dan tidak sampai ke Kelantan seperti yang sepatutnya.

“Kalau tidak sampai ke Kelantan, cukuplah dipanggil Lebuhraya Pahang Terengganu,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Mohd Syahir turut menggesa Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen terhadap projek berimpak tinggi di Terengganu dan Kelantan, termasuk pembinaan LPT Fasa 3 (LPT3). Menurutnya, kerja awalan dan penilaian impak trafik bagi LPT3 telah siap pada akhir 2022 di bawah RMK12, namun projek itu tidak tersenarai dalam senarai infrastruktur utama RMK13.

Beliau mencadangkan jajaran LPT3 mengambil kira laluan asal ECRL melalui Bachok, pelabuhan Tok Bali dan kampus UMK, bagi merancakkan hab pendidikan, pertanian dan pelancongan.

Selain itu, Mohd Syahir membangkitkan kepentingan platform rundingan politik antara negeri dan Persekutuan bagi memastikan sistem federalisme yang adil, terutama kepada enam negeri majoriti Melayu-Bumiputera yang dikategorikan sebagai kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Katanya, tidak seperti RMK12 yang menetapkan 50 peratus perbelanjaan pembangunan untuk enam negeri itu, RMK13 tidak menyatakan formula sedemikian.

Beliau menegaskan bahawa masa depan negara dibina melalui pendidikan, sektor pertanian, perindustrian dan syarikat pemula, serta memerlukan iltizam politik untuk menterjemahkan slogan kepada tindakan, dan janji kepada realiti.
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan Sebulat Suara Tolak Rayuan Peguam Negara


PUTRAJAYA, 13 Ogos 2025 – Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Peguam Negara bagi menghalang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, daripada meneruskan prosiding semakan kehakiman berhubung kewujudan Titah Adendum.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, bersama Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah, mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu yang membenarkan semakan tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.

Menurut Hakim Zabariah, kewujudan dan kesahihan Titah Adendum hanya boleh diputuskan melalui perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi, dan bukannya diputuskan di peringkat awal permohonan.

Mahkamah turut mengarahkan agar kes semakan kehakiman itu disegerakan, dengan pengurusan kes ditetapkan pada 18 Ogos 2025 dan pendengaran penuh dijangka diadakan sebulan kemudian. Hakim Hasnah menegaskan semua kes perlu diselesaikan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan bagi memastikan keadilan tidak terjejas.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memohon agar pendengaran disegerakan kerana sebarang kelewatan boleh menjejaskan hak anak guamnya, termasuk berhubung isu pelaksanaan tahanan rumah.

Dengan keputusan ini, Datuk Seri Najib Razak akan meneruskan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung Titah Adendum tersebut.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Lima Wartawan Al Jazeera Terbunuh dalam Serangan Udara Israel di Gaza


Pada 10 Ogos 2025, lima wartawan Al Jazeera terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan khemah media di luar Hospital Al-Shifa, Gaza City—termasuk Anas al-Sharif, seorang penyampai terkenal berusia 28 tahun yang telah banyak melaporkan penderitaan rakyat Gaza sejak permulaan perang hampir dua tahun lalu .

Serangan itu turut meragut nyawa Mohammed Qreiqeh, Ibrahim Zaher, Mohammed Noufal, dan Moamen Aliwa, selain seorang lagi wartawan bebas, serta merosakkan sebahagian pintu masuk bangunan kecemasan hospital .

Israel menyatakan bahawa al-Sharif dikaitkan dengan kumpulan Hamas dan telah menyelaraskan serangan roket terhadap warga awam dan tentera. Namun, dakwaan ini tidak mempunyai bukti kukuh dan telah dinafikan oleh Al Jazeera serta beberapa badan pemantau media antarabangsa .

(Australia dan EU) mengecam tindakan Israel, menegaskan bahawa wartawan adalah warga awam yang dilindungi undang-undang perang dan tidak sepatutnya menjadi sasaran. EU juga menuntut Israel mengemukakan bukti kukuh jika menyatakan al-Sharif terbabit dalam kegiatan militan .

Serangan ini menandakan hari paling berdarah ke atas wartawan dalam konflik Gaza: kira-kira 192 wartawan telah terbunuh sejak perang bermula Oktober 2023, menjadikannya konflik paling maut dalam sejarah profesyen tersebut .- 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Parlimen: Kesal usul isu kematian adik Zara Qairina ditolak


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden meluahkan rasa kesal apabila usul berhubung perkembangan kes kematian arwah adik Zara Qairina ditolak untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) itu dikemukakan pada 7 Ogos lalu bagi membolehkan isu berkenaan dibincangkan dengan lebih terperinci.

Namun ujarnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan ia akan dijawab oleh Menteri berkaitan dalam sesi penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) minggu depan.

“Bagi saya, saya tidak selesa kalau usul ini tidak dibahaskan kerana sesi penggulungan menteri masanya terhad dan ada banyak isu yang perlu difokuskan.

“Bagi kami, isu arwah adik Zara ini isu yang besar dan perlu dibahas di Parlimen. Menteri-menteri yang berkenaan perlu memberi sesi penerangan menteri.

“Kalau dalam isu sebelum ini seperti tarif oleh Trump, Palestin atau letupan Putra Heights boleh dibuat sesi penerangan menteri, isu nasional ini juga patut diberi ruang serupa.

“Supaya ahli Parlimen kedua-dua belah pihak boleh bertanya dan mendapatkan penjelasan,” ujarnya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan, yang kebetulan berada di Parlimen.

Afnan yang juga wakil PN dan PAS turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pengurusan proses penggalian semula kubur serta bedah siasat yang dijalankan dengan teliti.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Alor Setar itu, terdapat beberapa isu penting berkaitan kes itu yang masih belum terjawab, antaranya beliau mempersoalkan ketiadaan bedah siasat segera selepas kematian arwah sehingga memaksa jasad digali semula.

Katanya, perkara itu menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

“Walaupun kita tidak selesa jasad itu digali semula namun untuk memenuhi prosedur undang-undang kita perlu akur kepada keadaan tersebut. Apabila tidak dibuat post-mortem ini maka dia menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat apa sebenarnya yang hendak disembunyikan?

“Menteri Pendidikan ada memberi penjelasan jangan buat tohmahan jangan timbulkan spekulasi. Isunya ialah siasatan yang dibuat tidak mengikut prosedur tak dibuat bedah siasat itulah menyebabkan tercetusnya spekulasi.

“Yang mencetuskan spekulasi inilah pihak berkuasa sendiri. Kalau pihak berkuasa ikut semua tindakan undang-undang ataupun prosedur yang  sepertimana biasa yang telah pun dibuat oleh kes-kes seumpama ini sebelum ini, saya rasa rakyat tidak akan bangkit.

“Seperti pada hari ini ada himpunan yang besar berlaku di Sabah dua tiga hari lepas yang berhormat Datuk Dr Aliakbar sendiri boleh sahkan himpunan tersebut ramai,” dedahnya.

Isu kedua, Afnan mempersoalkan mengapa tiada sebarang tangkapan atau reman dibuat walaupun 60 saksi sudah dipanggil memberi keterangan selepas hampir sebulan siasatan berjalan.

“Biasanya kes-kes sebelum ini reman tangkapan dibuat ada orang ditangkap jam 3:00 pagi di bilik hotel dalam pilihan raya yang lepas. Itu tak ada bukti tak ada saksi pun ditangkap akhirnya didakwa di mahkamah. itu kes-kes politik.

“Kenapa dalam kes politik boleh segera ditangkap jam 3:00 pagi kenapa kes begini yang bukan kes politik ini kes kemanusiaan kenapa tidak ada reman ataupun tangkapan ini yang menyebabkan rakyat timbul kegelisahan,” tempelaknya.

Isu ketiga, beliau menuntut penjelasan mengenai tindakan selepas laporan bedah siasat baharu diperoleh, termasuk cadangan peguam keluarga supaya inkues diadakan.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan arahan melarang guru di Sabah memberi respons terhadap isu itu, walaupun atas dasar kemanusiaan.

“Soalannya ialah kenapa nak ditutup mulut guru-guru yang nak bercakap isu-isu ini? Saya faham mereka sedar tentang arahan pekeliling daripada jabatan ataupun kementerian guru-guru tak boleh buat kenyataan awam.

“Tapi takkanlah sampai nak memberi respon atas dasar kemanusiaan pun tak boleh? Kerana sekarang ini hakisan kepercayaan kepada sekolah ini semakin menebal orang semakin bimbang hantar anak ke sekolah,” soalnya.

Isu keempat katanya, ialah keperluan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani isu buli secara segera, sepertimana jawatankuasa khas berkaitan dadah pernah diwujudkan.

“Kami bercakap bukan atas dasar ahli Parlimen atau ADUN semata-mata, tetapi sebagai seorang ayah. Kepercayaan kepada sekolah semakin terhakis walaupun tidak sepatutnya berlaku.

“Rakyat tidak mahu hanya jaminan lisan sekolah selamat sedangkan kes buli semakin banyak dilaporkan,” katanya.

Afnan turut merujuk beberapa kes buli yang dilaporkan media, termasuk insiden di sebuah sekolah di Meru, Shah Alam, pada 21 Jun lalu, dan kejadian membabitkan pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inanam, Sabah, baru-baru ini.

Bagi menangani isu berkenaan, beliau mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan iaitu pertamanya mewujudkan jawatan warden sekolah secara tetap.

Kedua katanya, audit dalaman perlu dilaksanakan dan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama penuh perlu dipasang dan ketiga, undang-undang atau Akta Anti Buli perlu digubal, sementara keempat, tindakan drastik terhadap pelaku buli perlu diambil.

Beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan lebih serius dalam memastikan keselamatan sekolah dengan tindakan segera, bukan sekadar kenyataan. – HARAKAHDAILY 11/8/2025
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

5 Persiapan Menyambut Hari Kemerdekaan

Bulan Ogos bukan sekadar bulan kebangsaan, tetapi masa untuk kita menghidupkan semangat patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Sambutan ini akan lebih bermakna jika kita mempersiapkan diri dan keluarga untuk merasai aura kemerdekaan sepenuhnya. Berikut lima cadangan persiapan yang boleh kita lakukan:

1. Kibarkan Jalur Gemilang

Hiasi rumah, pejabat, atau kenderaan dengan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta kepada negara. Pastikan bendera dikibarkan dengan cara yang betul mengikut tatacara rasmi. Mengibarkan bendera bukan sekadar simbol, tetapi tanda kebanggaan dan penghargaan terhadap kemerdekaan yang dicapai.

2. Menonton Filem Patriotik

Luangkan masa bersama keluarga menonton filem perjuangan kemerdekaan seperti Bukit Kepong, Sarjan Hassan atau dokumentari sejarah negara. Cara ini bukan sahaja menghiburkan, malah mendidik anak-anak tentang pengorbanan wira negara dalam mempertahankan tanah air.

3. Lawatan ke Tempat Bersejarah

Rancang aktiviti hujung minggu untuk melawat lokasi bersejarah seperti Muzium Negara, Kota A Famosa atau Memorial Kemerdekaan. Melihat sendiri tinggalan sejarah akan membuatkan kita lebih menghargai susah payah generasi terdahulu dalam mencapai kebebasan.

4. Sertai Program Sambutan Merdeka

Ambil peluang menyertai acara sambutan kemerdekaan sama ada di peringkat komuniti, negeri atau negara. Bawa anak-anak untuk merasai suasana kemeriahan, perarakan, dan persembahan yang memupuk rasa bangga terhadap tanah air.

5. Berkongsi Kisah Pejuang Negara

Gunakan waktu santai di rumah untuk bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, atau Mat Kilau. Cerita-cerita ini mampu menanam rasa cinta negara dan mengingatkan generasi muda bahawa kemerdekaan yang dinikmati hari ini lahir daripada pengorbanan besar.

Sambutan Hari Kemerdekaan bukan sekadar cuti umum atau pesta keraian. Ia adalah peluang untuk menghayati erti kebebasan, memupuk kesedaran sejarah, dan menyalakan semangat patriotisme dalam diri serta keluarga.

Sumber : FB Pemuda PAS Malaysia

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Gaza – Ashab al-Ukhdud di Zaman Kita


Hari ini, kita sedang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana sejarah berulang.

Kisah Ashab al-Ukhdud yang dirakam dalam Surah al-Buruj bukan lagi sekadar cerita di halaman Al-Quran — ia hidup kembali di bumi Gaza.

Dulu, orang beriman dibakar hidup-hidup dalam parit berapi hanya kerana mereka menyembah Allah SWT. Hari ini, rakyat Gaza dibom, diseksa, dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis Israel, hanya kerana mereka berpegang teguh kepada Islam dan mempertahankan tanah air daripada penjajahan.

Sejak Oktober 2023, lebih 63,000 saudara kita syahid. Daripada jumlah itu, 19,000 adalah anak kecil, dan 28,000 lagi wanita dan remaja. Mereka bukan tentera, bukan penjenayah — mereka hanyalah manusia biasa yang ingin hidup bebas di tanah air sendiri.

Gaza kini hampir musnah sepenuhnya:

92% rumah kediaman lenyap dihempas bom.

70% infrastruktur hancur.

97% sekolah yang menjadi tempat perlindungan, dibom tanpa belas kasihan.

17 hospital yang masih beroperasi kini di ambang lumpuh.

79% masjid dan gereja dibom dan dimusnahkan.


Bukan itu sahaja, Gaza kini berdepan bencana kelaparan paling dahsyat abad ini. Lebih 200 kanak-kanak meninggal dunia kerana tiada makanan. Seorang daripada tiga penduduk Gaza tidak menjamah sebarang makanan selama berhari-hari. Lebih 90,000 wanita dan anak-anak memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat.

Semua ini berlaku kerana dunia membiarkan Zionis menutup pintu bantuan kemanusiaan. Mereka mahu Gaza menyerah kalah. Tetapi Gaza tidak akan tunduk!

Wahai saudara seislam, inilah saatnya kita sedar bahawa perjuangan Gaza adalah perjuangan kita juga. Setiap titisan darah mereka adalah ujian kepada iman kita. Setiap tangisan anak-anak Gaza adalah seruan agar kita bangkit membela.

Ingatlah, janji Allah itu pasti. Sebagaimana Ashab al-Ukhdud diabadikan dalam Al-Quran sebagai bukti kezaliman pasti binasa, rejim Zionis juga akan hancur. Kemenangan akan menjadi milik mereka yang sabar dan teguh di jalan Allah.

> "Walaupun perit, akhirnya kemenangan akan berpihak kepada Gaza."
– YB Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

Doakan Gaza. Sebarkan kebenaran. Jangan biarkan dunia melupakan mereka.

- artikel ini disunting daripada tulisan Yb Dr Muhammad Khalil Andul Hadi

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

REACH Cadang Kuota Bumiputera Kuala Lumpur Dinaikkan Kepada 70 Peratus


KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2025 — Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH) mencadangkan agar kuota penduduk Bumiputera di ibu negara dalam Rancangan Struktur Kuala Lumpur 2040 (RSKL 2040) dinaikkan kepada 70 peratus, berbanding sasaran semasa yang ditetapkan pada 40 peratus.

Ketua Penyelaras REACH, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata sasaran 40 peratus itu sudah tidak relevan dan tidak mencerminkan realiti komposisi kaum di peringkat nasional. Menurut beliau, statistik tahun 2024 menunjukkan Bumiputera membentuk 69.9 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia, justeru kuota 40 peratus adalah terlalu rendah dan berisiko menyingkirkan sebahagian besar masyarakat Bumiputera daripada pusat bandar.

“Adalah tidak logik untuk menetapkan kuota serendah itu sedangkan peratusan Bumiputera di negara ini jauh lebih tinggi. Jika ini diteruskan, baki 29.9 peratus Bumiputera akan terkeluar daripada bandar raya Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap trend pembaharuan bandar tanpa kawalan yang boleh menyebabkan harga hartanah melambung tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh Bumiputera. Ini, katanya, boleh menurunkan lagi peratusan penduduk Bumiputera di Kuala Lumpur sekiranya tiada langkah pembetulan dilakukan.

REACH berpendapat komposisi penduduk ibu negara perlu mencerminkan komposisi kaum negara secara keseluruhan sebagai satu langkah ke arah integrasi nasional dan penghapusan segregasi kaum berdasarkan tempat tinggal, sebagaimana yang diusahakan kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

“Tanpa kuota ini, majoriti Bumiputera akan terus menghuni di pinggir bandar dan luar bandar, manakala bukan Bumiputera akan menguasai kawasan bandar. Ini bukan satu senario yang sihat untuk perpaduan negara,” tegas Iskandar.

REACH turut menggesa agar parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili Bumiputera Islam tampil bersuara menyokong cadangan ini dan tidak hanya bertindak apabila keadaan telah menjadi parah.

“Jangan hanya bersuara apabila nasi telah menjadi bubur,” katanya lagi.

........

Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

RM165 bilion ‘pengeras’ hanya untuk beli pesawat – Wan Fayhsal



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan keperluan kerajaan mengumumkan pembelian pesawat bernilai lebih RM160 bilion daripada dua syarikat penerbangan utama dunia dalam tempoh sebulan.

Beliau merujuk kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang memaklumkan pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia berjumlah sekitar RM80 bilion, semalam.

“Itu ‘pengeras’ utamanya,” kata Wan Ahmad Fayhsal di Facebook, hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul menjelaskan Malaysia akan membeli sejumlah 26 buah pesawat Boeing dalam dua fasa perjanjian yang dianggarkan bernilai hampir AS$19 bilion.

Pembelian itu adalah sebahagian daripada perjanjian komersil yang berterusan dengan Amerika Syarikat dan diketengahkan semasa rundingan perdagangan Malaysia, baru-baru ini.

Malaysia sebelum ini telah pun membeli 50 buah pesawat Airbus ketika lawatan ke Perancis, dan kini terpaksa berdepan desakan untuk membeli kapal terbang buatan Boeing.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang mengingatkan rakyat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan pembelian pesawat Airbus bernilai RM85 bilion semasa lawatan ke Perancis pada bulan lalu.

Menurut beliau, jika pembelian itu dibuat oleh syarikat swasta, ia tidak menjadi masalah, namun menegaskan kerajaan tidak sepatutnya memindahkan beban kewangan itu kepada rakyat.

“Kalau syarikat swasta beli tak mengapa, jangan dicukainya rakyat kebanyakan, dipotong belanjawan lain pula selepas ini,” katanya lagi.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia Aviation Group (MAG) telah menandatangani tempahan 30 buah pesawat Boeing 737, terdiri daripada 18 unit model 737-8 dan 12 unit 737-10s, yang dijangka diserahkan secara berperingkat menjelang 2030.

Pembelian pesawat Boeing bukan sahaja melibatkan Malaysia, tetapi juga negara-negara seperti Jepun, Indonesia, Kemboja dan Bangladesh sebagai sebahagian daripada pelan rundingan pelbagai hala.

Komitmen ini menyaksikan AS melonggarkan kadar tarif terhadap rakan dagang strategiknya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo