NOTIS:
Perjanjian Pangkor : Pembuka Jalan Penjajahan British
Adnan Menderes, Perdana Menteri Turki Yang Syahid Ditali Gantung
Adnan Menderes, Perdana Menteri Turki Yang Syahid Ditali Gantung
Lorong Haji Taib - Nama Suci Yang Dicemari
Karpet Pazyryk: Misteri Karpet Tertua Dunia Berusia 2,500 Tahun!
Penemuan sebuah karpet purba di pergunungan Altai, Siberia menjadi bukti bahawa manusia ribuan tahun dahulu memiliki kepakaran luar biasa dalam bidang tekstil. Karpet ini bukan sahaja utuh selepas ribuan tahun malah menceritakan kisah besar tentang jaringan tamadun purba yang saling berhubung.
Pada tahun 1949, ahli arkeologi Soviet bernama Sergei Rudenko mengetuai penggalian di sebuah makam beku di Pergunungan Altai. Mereka menjumpai karpet wol merah berukuran sekitar 2 x 1.8 meter yang masih utuh seolah-olah baru ditenun beberapa dekad sebelumnya. Karpet ini tersimpan dalam keadaan permafrost yang melindunginya daripada pereputan selama lebih 2,500 tahun.
Penemuan ini digelar Karpet Pazyryk, dinamakan sempena lembah di mana ia ditemui. Ia ditemukan dalam sebuah kurgan iaitu kawasan perkuburan kaum nomad Scythian. Disebabkan makam tersebut tenggelam dalam ais, karpet ini selamat daripada serangan serangga, kelembapan dan masa. Keadaan ini menjadikannya khazanah arkeologi yang tiada tandingan.
Apa yang mengagumkan ialah mutu tenunannya. Kajian mendapati ia mempunyai lebih 1,250,000 simpulan per meter persegi, satu angka yang mengatasi banyak karpet moden. Ketelitian ini menggambarkan betapa tingginya tahap kemahiran tukang tenun yang menghasilkan karya tersebut. Ia menandingi hasil seni terbaik yang ada di muzium hari ini.
Motif pada karpet ini sangat kompleks. Terdapat corak geometri halus, rusa dengan tanduk panjang, barisan kuda serta penunggang yang lengkap dengan pakaian. Setiap imej bukan sekadar hiasan tetapi melambangkan kekuasaan, status dan dunia simbolik yang difahami oleh masyarakat ketika itu.
Para sejarawan berpendapat karpet ini digunakan lebih daripada sekadar alas lantai. Ia berkemungkinan besar simbol kekuasaan, hadiah diplomatik atau tanda kebesaran seorang elit. Seseorang yang mampu meletakkan karpet sebegini ke dalam makamnya pastilah seorang yang mempunyai kedudukan sangat tinggi.
Perbahasan paling hangat ialah soal asal-usul karpet ini. Ada ahli sejarah yang mengaitkannya dengan tamadun Parsi Achaemenid. Motif penunggang kuda dan rusa pada karpet sangat mirip dengan ukiran di Persepolis, ibu kota empayar Parsi. Reka corak yang penuh ketelitian juga sepadan dengan tradisi tekstil Parsi purba.
Namun ada juga pakar yang berpihak kepada teori Armenia. Ulrich Schurmann, seorang pakar tekstil terkenal, menyatakan bahawa teknik pewarnaan merah dan biru serta gaya reka bentuk lebih rapat dengan tradisi Armenia awal. Armenia memang mempunyai sejarah panjang dalam penghasilan karpet yang berkualiti tinggi.
Pandangan ketiga mengaitkan karpet ini dengan Asia Tengah. Penemuan di Altai berlaku di persimpangan laluan perdagangan yang menghubungkan China, India, Asia Tengah dan Rusia. Buktinya, barangan lain dalam makam tersebut termasuk sutera dari China dan tekstil dari India. Hal ini jelas menunjukkan kewujudan jaringan perdagangan luas berabad-abad sebelum Laluan Sutera klasik berkembang.
Majoriti sarjana bersetuju bahawa karpet ini terlalu canggih untuk dihasilkan oleh kaum nomad Scythian yang hidup berpindah randah. Kemungkinan besar ia barangan mewah hasil dagangan atau hadiah yang dibawa masuk ke wilayah mereka. Ada juga teori bahawa ia hasil rampasan yang disimpan sebagai lambang kekayaan.
Teknologi pewarna yang digunakan juga menakjubkan. Warna merah diperoleh daripada akar tumbuhan madder manakala warna biru berasal daripada indigo. Kedua-dua teknik ini memerlukan pengetahuan mendalam tentang tumbuhan dan proses kimia semula jadi. Bayangkan ribuan tahun dahulu, mereka sudah mampu menghasilkan warna tahan lama yang masih jelas kelihatan hingga ke hari ini.
Serat bulu biri-biri yang digunakan pula sangat halus dan dipintal dengan sempurna. Ini bermakna penternakan biri-biri pada masa itu sudah mencapai tahap yang membolehkan penghasilan buku biri-biri berkualiti tinggi. Ia menggambarkan bukan sahaja kemajuan teknologi tetapi juga sistem ekonomi yang mampu menyokong penghasilan produk sedemikian.
Jika dilihat dari segi konteks sejarah, karpet ini membuktikan bahawa dunia purba jauh lebih terhubung berbanding gambaran biasa. Lebih 500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS, masyarakat di pedalaman Altai sudah memiliki akses kepada sutera dari China, tekstil dari India dan karpet bergaya Parsi atau Armenia. Hal ini membatalkan anggapan bahawa tamadun purba hidup terasing tanpa interaksi.
Karpet Pazyryk juga mencabar tanggapan bahawa kaum nomad hanyalah perosak tamadun. Penemuan ini menunjukkan mereka berperanan sebagai penghubung antara tamadun besar. Mereka menjadi jambatan yang membawa seni, teknologi dan barangan dari satu hujung Eurasia ke hujung yang lain.
Dari sudut arkeologi moden, karpet ini membuka banyak ruang penyelidikan baharu. Analisis isotop pada bulu biri-biri dan pewarna boleh memberikan petunjuk lebih jelas tentang lokasi asalnya. Jika kajian ini berjaya, perdebatan tentang Armenia atau Parsi mungkin dapat diselesaikan dengan bukti saintifik.
Teknologi karpet ini boleh disamakan dengan pencapaian piramid Mesir atau tembikar China purba. Ia membuktikan bahawa manusia purba memiliki kepakaran yang sangat tinggi dalam bidang tekstil. Malah dalam banyak aspek, hasil kerja mereka masih mampu menandingi piawaian moden.
Hari ini, Karpet Pazyryk disimpan dengan rapi di Hermitage Museum, St. Petersburg, Rusia. Ia menjadi tarikan utama kepada pengunjung dari seluruh dunia yang mahu melihat sendiri keajaiban tekstil purba. Setiap simpulan benangnya adalah saksi kepada perjalanan manusia mencari keindahan dan kesempurnaan.
Lebih penting lagi, karpet ini mengingatkan kita bahawa teknologi tidak pernah menjadi milik eksklusif satu bangsa. Armenia, Parsi, Scythian atau Asia Tengah semuanya menyumbang kepada cerita ini. Karpet Pazyryk lahir daripada interaksi tamadun yang saling berhubung dalam jaringan besar Eurasia.
MasyaAllah, Karpet Pazyryk membuktikan bahawa manusia 2,500 tahun lalu sudah pun memiliki kecerdikan dan kreativiti luar biasa. Ia bukan sekadar helaian tenunan berwarna merah, tetapi bukti bahawa ilmu dan seni telah lama berakar dalam sejarah manusia. Semoga kisah ini memberi peringatan bahawa ilmu ialah amanah, dan setiap teknologi yang Allah izinkan untuk dicapai perlu digunakan untuk kebaikan.
Sumber asal : FB Mazlan Syafie
---
Buku Tamadun Untuk Pemula membawa anda menelusuri 30 tamadun agung dunia dengan cara yang padat, mudah difahami dan penuh mengasyikkan. Dari Rom hingga Parsi, dari Maya hingga Melayu, setiap bab mengungkap warisan besar yang membentuk dunia kita hari ini. Dapatkan naskhah ini sekarang di Shopee: https://s.shopee.com.my/4pyveGy4he
Bank pertama Melayu ditubuhkan pada 1947
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
7 Mei 1991 : Insiden Hiroshima Sg. Buloh.
Sejarah hitam air Kelantan, Rakyat menderita sehingga kini
Dalam rekod sejarah, Kelantan telah menjadi sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan mencapai kemerdekaan bersama-sama dengan negeri lain pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan juga merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.
Namun, apa yang menyedihkan rakyat Kelantan hari ini yang turut turun melaksanakan pemilihan kerajaan secara demokrasi nampaknya terus dilayan sebelah mata oleh Kerajaan Persekutuan PH-BN. Pelbagai isu ditimbulkan dan fakta diputarbelitkan bagi memburukkan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS. Salah satunya ialah isu masalah air yang sentiasa diputar sama sejak beberapa fasa pilihan raya yang lalu, kononnya kerajaan sedia ada di Kelantan tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.
Hakikatnya, sejarah hitam berkaitan isu air di Kelantan ini telah bermula pada tahun 1990. Sejarah ini bermula apabila Projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) bernilai RM90 juta yang telah pun diluluskan telah ditarik balik apabila Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum pada 21 Oktober 1990.
Secara logiknya, apabila projek ini telah diluluskan bermaksud Negeri Kelantan pada masa itu telah mengalami masalah air dan projek tersebut diluluskan bagi menguruskan masalah tersebut. Namun, kezaliman pemerintahan BN pada masa itu yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan (1990-1998) telah menarik balik projek tersebut. Penarikan projek BAKU telah menyebabkan Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz terpaksa menswastakan bekalan air menerusi syarikat usahasama antara Thames Water Pvt.Inc dan PMBK iaitu Kelantan Water Sdn Bhd yang kemudiannya bagi memastikan kepentingan rakyat Kelantan terjaga PMBK membeli balik saham-saham yang dimiliki oleh Thames Water. Setelah semua saham menjadi milik PMBK, maka nama syarikat ditukar menjadi Kelantan Water Sdn. Bhd.
Kerajaan Negeri tidak putus harapan dengan membuat permohonan di bawah Rancangan Malaysia ke- 8 (RMK8) untuk mendapatkan pinjaman RM600 juta bagi tujuan meningkatkan bekalan air. Namun Kerajaan BN hanya meluluskan RM291 juta sahaja. Sedangkan negeri-negeri BN yang lain menikmati geran yang berbilion-bilion ringgit (tanpa perlu bayar balik). Hasil pinjaman tersebut Kerajaan Negeri melalui AKSB membina 3 loji rawatan air iaitu:
1. Kampung Chicha Kubang Krian (RM80 juta).
2. Merbau Chondong 1 (RM28 juta).
3. Merbau Chondong 2 (RM38 juta).
Dalam masa yang sama AKSB juga menaik taraf loji-loji yang sedia ada iaitu:
1. Kampung Putih Kota Bharu (RM29.8 juta).
2. Pahi Kuala Krai (RM8 juta).
3. Kelar 1 Pasir Mas (RM30 juta).
4. Kelar 2 (RM57.5 juta).
AKSB juga turut menukar paip-paip utama membabitkan kos sebanyak RM20 juta. Adalah cukup Pinjaman RM291 juta? Tidak mencukupi sehingga memaksa Kerajaan Negeri Kelantan menambah pinjaman daripada RMK8 sebanyak RM68.5 juta bagi meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air. Demi mengutamakan kesejahteraan rakyat Kelantan, Tok Guru Nik Aziz sekali lagi membuat pinjaman kewangan bagi tempoh RMK9 (2006-2010) berjumlah RM160 juta.
Hasil dari pinjaman ini AKSB berjaya menyiapkan loji rawatan air di beberapa tempat:
1. LRA Lojing, Gua Musang (RM398,194).
2. LRA Jeli (RM17.7 juta).
Naik taraf loji:
1. LRA Chica.
2. LRA Bukit Remah.
3. LRA Tanah Merah.
4. LRA Kampung Putih.
Dalam masa yang sama AKSB juga memperkenalkan kaedah Geographic Information System (GIS) SCADA serta telemetri bagi pengurusan bekalan air membabitkan sebanyak RM5.5 juta. Tumpuan ketika itu juga diberikan kepada mengurangkan kehilangan air dalam tanah (NRW) yang menelan belanja sebanyak RM94 juta.
RMK10 pula pinjaman yang diterima sebanyak 96.8 juta daripada Kerajaan Persekutuan digunakan untuk:
1. Projek sambungan NRW (RM35.8 juta).
2. Membina loji di Pintu Geng Kota Bharu (RM56 juta).
3. Membina loji di Sungai Ketil dan Pangung lalat Gua Musang (RM5 juta).
Jika dibandingkan dengan negeri-negeri di bawah BN, mereka tidak diberi pinjaman sebaliknya mendapat geran seperti:
1. Pahang RMK11 (RM1.34 bilion).
2. Pulau Pinang RMK11 (1.4 bilion).
3. Johor RMK11 (RM792 juta).
Ini adalah bukti Kerajaan Umno, BN telah sekian lama menganak tirikan Kelantan. Maka dari sejarah pahit ini wajar rakyat Kelantan menghukum Umno BN di Kelantan. Namun selepas peristiwa hitam ini berlalu maka di era Kerajaan PN memerintah sudah banyak bantuan turun ke Kelantan. Isu air ditangani dengan serius selepas pembentukan Kabinet PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Mac 2020.
Sepanjang tempoh itu geran untuk pembangunan air Kelantan telah diluluskan sebanyak RM55 juta dan pinjaman berjumlah RM48 juta telah diperuntukkan dalam RMK12. Keseluruhannya berjumlah RM103 juta untuk pembangunan air Kelantan. KASA telah menubuhkan Jawatan Kuasa Khas di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membantu negeri yang menghadapi masalah air seperti Kelantan, Kedah dan Pahang bermula November 2021. Hasil dari bantuan dari Kerajaan Persekutuan maka Kerajaan Negeri Kelantan segera memperuntukkan sejumlah RM49 juta untuk 6 projek pembinaan loji rawatan air mini dan 2 projek menaiktaraf sistem proses loji yang sedia ada. Selain itu juga kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM14.5 juta untuk agihan tangka statik, peralatan berkaitan dan penghantaran melalui lori kontrak sepanjang tempoh 2 tahun mulai 2020. Sebanyak 432 buah lori tangki statik ditempatkan di kawasan yang bermasalah dan 30 buah lori air kontrak beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang sebagai alternatif penyelesaian jangka masa pendek.
Kesimpulannya Presiden Umno tidak perlu membuat janji jika Umno teraju Kelantan, maka isu air akan selesai. Ini adalah janji manis yang rakyat Kelantan tidak makan. Sebaiknya Presiden Umno perlu menunjukkan iltizam dahulu untuk membantu Kelantan dengan memberi hak royalti kepada Kelantan.
ABDULLAH FARHAN
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY17/3/2023
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Malaysia dan Arab Saudi tandatangan kerjasama bidang penerangan
Pada 18 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dan Arab Saudi tandatangani satu persetujuan bersama untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang penerangan terutamanya pertukaran rancangan radio dan televisyen bagi menegakkan syiar Islam.
Serentak dengan itu, kedua-dua negara juga bersetuju mengadakan rancangan pertukaran kakitangan radio dan televisyen serta para wartawan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 18 Disember 1972 – Soviet Union telah memberi sokongannya kepada tuntutan Malaysia dan Indonesia ke atas Selat Melaka, kata Menteri Perhubungan Indonesia, Frans Seda.
- 18 Disember 1982 – Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman hari ini memuji Dasar Pandang Ke Timur kerajaan sekarang supaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum mencontohi orang-orang Jepun dan Thai yang terkenal dengan budi bahasa yang baik.
- 18 Disember 1983 – Pelari jarak jauh, Said Aouita dari Maghribi telah dinamakan sebagai ‘Olahragawan Terbaik Afrika 1983’.
Pembentukan kerajaan campuran Perikatan-PAS
Pada 10 Disember 1972, Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak yakin ‘front nasional‘ parti-parti politik yang sedang diusahakan sekarang akan menjadi kenyataan dalam masa yang singkat dengan adanya persetujuan menubuhkan kerajaan campuran Perikatan-Pas.
Perdana Menteri berkata, penubuhan front itu yang bertujuan bekerjasama bagi menubuhkan sebuah negara Malaysia yang kuat dan bersatu padu sedang berada di ambang pintu.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 10 Disember 1979 – Pertubuhan Perkhidmatan Masyarakat Malaysia (MCSO) menggesa kerajaan supaya membolehkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyertai perusahaan perumahan.
- 10 Disember 1982 – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan rakyat Malaysia patut mencontohi sikap mencipta seperti yang ada pada masyarakat tani Thailand.
- 10 Disember 1983 – Lembaga Letrik Negara (LLN) telah siap melaksanakan projek pertama tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik di Kampung Teluk Apau, Langkawi, Kedah.
Mesir putuskan hubungan dengan lima negara Arab
Pada 7 Disember 1977, Utusan Malaysia melaporkan Mesir telah memutuskan hubungan diplomatik dengan lima buah negara Arab hanya beberapa jam setelah kelima-lima negara itu menuntut untuk mengambil langkah tegas terhadap rancangan damai Mesir dengan Israel.
Agensi berita Timur Tengah ‘Mena‘ berkata, kerajaan Mesir telah memutuskan hubungannya dengan Syria, Iraq, Algeria, Libya dan Yemen Selatan. Duta kelima-lima negara itu telah dimaklumkan supaya meninggalkan negara itu dalam masa 24 jam, manakala kakitangan diplomatik Mesir diminta meninggalkan lima negara tersebut dengan seberapa segera.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 7 Disember 1972 – Seorang ahli falak dan ahli kaji bintang yang terkemuka di Malaysia, Profesor Mohd. Shariff Sardar, 63 tahun telah meramalkan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Kedua.
- 7 Disember 1979 – Album terbaru penyanyi yang semakin dikenali ramai, Sharifah Aini yang berjudul “Women In Love” yang merupakan album kedua berbahasa Inggeris dijangka menambahkan lagi populariti beliau.
- 7 Disember 1982 – Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bakal dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Tanah dan Wilayah, Tan Sri Rais Yatim awal tahun hadapan.
Parti politik guna perkataan ‘ulama’ dibidas
Tanpa menyebut nama parti tersebut, Perdana Menteri berkata parti yang sama juga dulu pernah memperalatkan Islam dan al-Quran untuk tujuan yang sama.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 28 November 1973 – Kementerian Perdagangan dan Perindustrian hari ini diseru supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak swasta yang enggan bekerjasama dengan dasar kerajaan yang berkehendakkan bumiputera menyertai bidang perdagangan dan perusahaan.
- 28 November 1974 -Pasukan pancaragam artis-artis RTM mencipta tiga buah lagu khas iaitu ‘Sri Tembeling‘, ‘Taman Negara’ dan ‘Sri Jerantut‘ sempena mengiringi keberangkatan DYMM Sultan Pahang ke Daerah Jerantut.
- 28 November 1982 – Televisyen Malaysia bercadang menggunakan azan seperti yang dilaungkan di Mekah bagi menandakan masuk waktu sembahyang di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my
Krisis PAS Vs DAP, kenapa terjadi mari kita belajar daripada analisis orang Cina
Walaupun penulis (Lim Sian See) ialah non muslim tetapi demi kebenaran beliau menulis dgn fakta yang telus dan benar.. PAS tidak pernah nak menipu rakan bersama...tapi PAS selalu ditipu dan dibuli... PAS dah banyak berlembut hati... sudah sampai masa nya... perjuangan harus diteruskan sendirian walau apa pun terjadi... .
DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT ... EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.
Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.
PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.
Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.
Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... JOM TERJAH!!!
1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.
Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.
Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.
PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.
Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.
Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.
Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang.
Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.
“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.
“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW
Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.
2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.
Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.
Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.
Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.
Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.
Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.
Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.
"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.
"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "
"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
---
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744
Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.
Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB
Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.
Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.
3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.
2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD
Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)
https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be
Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.
Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.
Itu tikam belakang. Yang teruk.
4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.
Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.
Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.
Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):
---
"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."
"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."
"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya."
"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud." https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/
Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.
Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.
Kemudian segalanya mula meletup!
Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK
Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl
Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti. http://goo.gl/kgogGy
Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO
Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”
Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!
Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8
Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS. https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be
Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.
Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.
Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.
Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas....
LSS
Via-Lim Sian See
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |














