NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts sorted by relevance for query PASleak. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query PASleak. Sort by date Show all posts

'PASleak': Ahmad Jazlan sepatutnya minta Ismail Sabri buat laporan polis sebelum minta penafian PAS

 

Ahmad Jazlan berkata seperti yang dilaporakan oleh media utama berkenaan pendedahan dokumen disebut sebagai "PASleak" yang mengandungi dakwaan campur tangan dalam proses kehakiman, "Sekiranya perkara ini tidak benar, PAS perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan tuntas dijalankan kerana ia melibatkan nama baik institusi kehakiman dan perundangan negara yang perlu dipertahankan."

Dokumen itu antara lain mengandungi dakwaan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dan seorang lagi pemimpin parti dengan beberapa pemimpin Umno, Bersatu dan Pejuang antara 24 Mac dan 7 April.

Dalam dokumen yang kini digelar sebagai PASleak, wujud nama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang dikatakan bersetuju untuk dedah dan ‘eliminate‘ Tok Mat Hasan. Dalam dokumen yang sama juga turut terdedah mengenai rancangan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang dikatakan sudah mempunyai cukup ‘bahan’ bagi pendedahan berkenaan.

Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub sepetutnya meminta Naib Presiden UMNO dahulu menafikan dengan melaporkan kepada polis sebelum menuduh dan menunding jari kepada PAS. Ya sepatutnya selesai dalam rumah tangga sendiri sebelum membawa perkara ini kepada orang lain.

Lagi pelik UMNO tidak akan mengambil sebarang tindakan dalam isu Pasleak bagi mendapatkan penjelasan daripada dua pemimpinnnya yang nama mereka disebut dalam butiran dokumen yang dikatakan sebagai minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN). Dua pemimpin tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Walau bagaimanapun mengikut beberapa penganalisis pendedahan ini adalah bertujuan:-

1.  Membukan peluang dan mengambil kesempatan atas pendedahan ini untuk melengahkan pembicaraan yang sedang berlaku dengan membuat laporan polis dengan itu kes pembicaraan ditangguhkan atas siatan diadakan. Soal betul atas salah nombor dua yang penting kes perlu ditangguhkan atas suatu masa bagi memberikan persedian UMNO untuk mendesak PRU-15 di segarakan.

2.  Penyebaran dokumen yang disebut sebagai "PASLeak" adalah bertujuan untuk memburukkan imej badan kehakiman negara dan ini menyebabkan orang awam hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman. Oleh itu UMNO akan ambil kesempatan ini untuk menghasut rakyat bahawa kluster mahkamah bukan perompak wang rakyat.

3.  Memberikan tekanan kepada PAS terutamanya dalam isu Muafakat Nasional (MN) yang mana ramai dikalangan ahli UMNO sendiri menyalahkan pemimpinan mereka atas kegagalan MN. Atas pendedahan ini UMNO boleh menyalahkan PAS atas isu pengkhianatan.

4.  Membunuh kreator beberapa pimpinan UMNO yang bersih daripda rasuah tetapi menyebelahi perpaduan Islam dan Melayu yang dianggap tidak memperjuangan kepentingan UMNO.

Ex-Editor

............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............




PasLeak peluru politik pisahkan BN, PN


ARAU:
Isu PasLeak lebih dilihat sebagai satu cubaan pihak tertentu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak bekerjasama serta menyemai perasaan saling tidak percaya antara satu sama lain.

Malah penyebaran dokumen kononnya wujudkan pelan atau gerakan kerja menjatuhkan UMNO dilihat sebagai cubaan menjadikan isu tersebut sebagai peluru politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, pensyarah Pusat Sains Liberal Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof berkata, isu PasLeak boleh jadi benar atau satu rekaan sepertimana dokumen-dokumen The Learned Protocol of the Elder of Zion yang menyemai kebencian antisemetic.

Katanya, dalam hal tersebut, bukanlah kebenaran isu PasLeak menjadi kayu pengukur sebaliknya strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan BN dalam mendepani PRU-15 sama ada boleh bersama atau sebaliknya.

“Harus diingat, Bersatu bukanlah sasaran dalam hal ini memandangkan parti tersebut tidak ada sokongan akar umbi. Saya juga yakin undi PN atau Bersatu adalah kebanyakan dari ahli dan penyokong Pas,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, tular dalam media sosial keratan minit mesyuarat serta agenda untuk menjatuhkan pemimpin UMNO termasuk mempercepat hukuman terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Antara kandungan lain ialah rancangan mengenai tindakan untuk menjatuhkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan mengaitkannya dengan kluster mahkamah.

Beberapa watak utama didakwa terlibat dalam plot menjatuhkan UMNO ketika ini ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beberapa individu lagi.

Dalam keratan itu juga, didakwa pertemuan antara Ahmad Samsuri dan Takiyuddin dibuat pada 4 April lalu bersama Hamzah di kediamannya dengan menyebut ‘maklumkan Datuk Seri Tajuddin ada jumpa dan minta Larut (Hamzah) untuk membantu buat ‘move’ politik dalam UMNO. Tajuddin mengakui nyawa politik UMNO bergantung kepada Bersatu.’

Pada 7 April pula, didakwa pertemuan dua pemimpin Pas itu juga dibuat bersama Hishammuddin di kediamannya bagi membincangkan beberapa perkara termasuk isu Perdana Menteri mesti membentuk kerjasama tiga parti untuk menghadapi PRU-15

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Ahmad Samsuri dengan menyifatkan ia sebagai ‘sampah’ sekali gus menegaskan dokumen palsu itu bertujuan memfitnah Pas serta PN.

Tambah Muhammad Izmer, dalam politik antara perkara penting adalah kekuatan kerjasama antara parti dan ia harus terbina serta dibina berasaskan beberapa faktor.

– UTUSAN







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Pasleak: Dua mazhab iaitu UMNO GO Solo, Muafakat Ummah - Tun Faisal


KUALA LUMPUR:
Dokumen ‘PasLeak' yang tersebar di media sosial baru-baru ini didakwa akan menyebabkan UMNO memulakan semula polemik dua mazhab.

Dua mazhab tersebut, menurut bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz adalah pertama, UMNO bergerak solo manakala kedua, Muafakat Ummah.

"Bagi penyokong mazhab Muafakat Ummah, tentulah berita yang diterima tanpa diketahui dengan jelas siapakah sumbernya, ditangani dengan cermat dan penuh tabayyun.

"Lebih baik bertanya kepada Pas dan menyelami sejauh mana agenda permuafakatan demi mengalahkan musuh yang berbeza ideologi masih kukuh dalam diri mereka.

"Tentu bagi penyokong mazhab ini, Muafakat Nasional masih boleh digerakkan bagi memastikan matlamat kemenangan dua pertiga majoriti dalam PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15)," katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, bagi penyokong mazhab 'UMNO Go Solo' pula, berita yang tidak tahu daripada mana sumbernya itu disambut ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal'.

Jelasnya dokumen tersebut disebarkan secara meluas kepada ahli-ahli UMNO, ditambah dengan tuduhan yang membakar emosi, bahawa ia adalah 'minit mesyuarat Pas untuk menghancurkan UMNO'.

"Matlamat akhirnya adalah, Pas adalah parti yang perlu dibenci oleh UMNO, Muafakat Nasional mesti dibenam sedalam-dalamnya.

"Hanya dengan bertanding solo UMNO dan BN akan mencapai kemenangan mutlak dua pertiga majoriti kerana ketika ini, UMNO dalam posisi yang sangat kuat.

"(Ia) dibuktikan daripada dua PRK yang lalu, UMNO telah diterima rakyat dan boleh menang besar jika PRU15 dilaksanakan sekarang," tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Tun Faisal berkata penyebaran 'Pasleak' didakwa dibuat oleh pihak yang tidak mahu Muafakat Nasional digerakkan semula.

Selain itu, ujarnya ia sebagai usaha meningkatkan lagi kebencian kumpulan tertentu di dalam UMNO terhadap Pas.

Sehubungan itu, Tun Faisal menasihati agar pihak berkaitan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum mendesak PRU15 diadakan.

Ini kerana katanya, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) pada PRU14 pernah meramalkan bahawa BN akan kalah dan hanya memenangi maksimum 90 kerusi.

"Bagaimanapun ada Pegawai Khas Perdana Menteri yang yakin BN akan menang besar dua pertiga majoriti dan mengajak kita meraikan kemenangan ini seawal jam 6.30 petang hari kita mengundi.

"Usahlah koyak sangat jika ada yang mempertikaikan kita, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan," katanya sambil mengajak agar 10 malam terakhir Ramadan diisi dengan amal ibadah.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Mungkin jebon yang tulis minit mesyuarat 'PASLeak' - Sanusi


Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor percaya minit mesyuarat yang dirujuk sebagai dokumen 'PASleak', yang memperincikan dakwaan perancangan politik membabitkan pemimpinnya untuk menjatuhkan Umno dihasilkan oleh pasukan laskar siber pihak tertentu.

Sanusi yang juga adalah menteri besar Kedah berkata, dia tidak menolak kemungkinan ini dilakukan pihak dalam Barisan Nasional (BN) sendiri.

"Saya tak tahu siapa tulis minit itu, mungkin 'jebon' yang tulis minit mesyuarat itu," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online, hari ini.

Dokumen 'PASleak' itu merujuk minit mesyuarat dua pemimpin PAS selepas mereka bertemu pelbagai tokoh Umno, Bersatu dan Pejuang.

Nama yang dipetik dalam dokumen itu termasuk beberapa ahli parlimen dan menteri kabinet.

Antara lain, dokumen itu menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Salah seorang daripada dua pemimpin PAS yang dinamakan dalam dokumen itu, Ahmad Samsuri Mokhtar telah menafikan kandungan dokumen itu dan menyifatkannya sebagai "sampah".

Mengulas lanjut, Sanusi juga dipetik sebagai berkata, dokumen itu sangat diragui kerana dibuat tanpa mengikut ejaan dan urutan kebiasaan format parti berkenaan.

"Saya kalau nak rancang perkara sebegitu (menjatuhkan kepimpinan Umno), saya tidak tulis. Orang bodoh sahaja tulis, selepas itu sebar bagi orang baca.

“Saya beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu.

"Saya berada lama dalam hierarki kepimpinan PAS Pusat, bagi kita kalau ada (perancangan sulit) kita akan cakap ada, jika tidak ada, kita akan cakap tidak ada. Minit mesyuarat PAS bukan begitu, kita ada format mint yang perlu diikuti, ada ejaan dan urutan tertentu,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Tok Det tak pasti kesahihan dokumen PASLeak


KUALA NERANG:
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau tidak pasti kesahihan dokumen 'PASLeak' yang tular mengandungi dakwaan percaturan politik, termasuk untuk mencampuri urusan kehakiman.

"Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak, jadi saya tak boleh komen lanjut," katanya yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika ditemui selepas Majlis Iftar Besama Warga Desa KEDA di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini, malam tadi.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keratan didakwa minit mesyuarat PAS yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke penjara.

Beberapa nama pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan dengan gerakan menjatuhkan UMNO serta BN.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu yang turut dikaitkan dengan perkara itu, Rabu lalu menyifatkannya sebagai 'dokumen sampah' dan tidak perlu dipercayai kerana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin turut menafikan wujud perbincangan dalaman untuk menjatuhkan UMNO dan BN seperti didakwa terkandung dalam dokumen minit mesyuarat yang tersebar.

Semalam, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika menegaskan, tidak perlu melayan isu PASLeak yang disifatkannya sebagai surat layang bertujuan memfitnah parti dan hanya golongan 'loyar buruk' yang berminat untuk melayan surat layang berkenaan. - Berita Harian


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


Pasleak | Kertas siasatan dibuka, dipanggil beri keterangan



Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dokumen Pasleak yang tular mengandungi dakwaan percaturan politik, termasuk untuk mencampuri urusan kehakiman.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Penganalisis AMANAH berkata, hubungan PAS-UMNO kian meruncing, kembali serang-menyerang


Dokumen minit mesyuarat – PasLeak – yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO, memberi kesan yang agak mengejutkan pada politik Malaysia. 

Melihat situasi itu, pastinya menjadi petunjuk jelas bahawa hubungan dua parti terbesar PAS dan UMNO kini berada di tahap yang sangat meruncing. 

Penganalisis politik yang juga ahli AMANAH, Dr Mazlan Ali berkata, meskipun telah dinafikan daripada pihak PAS, namun masih banyak juga pihak yang percaya kepada apa yang tertulis dalam dokumen itu. 

“‘Mereka’ telah menanam satu persepsi bahawa PAS dan Bersatu sedang merancang menghalang kemaraan Barisan Nasional. 

“Saya fikir ini boleh memberi kesan kepada situasi politik semasa,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Beliau percaya isu PasLeak ini memburukkan lagi hubungan antara PAS dan UMNO. 

“Setelah PAS selama dua kali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bersama Bersatu menentang Barisan Nasional di Melaka dan Johor.

“Kini dilihat dua parti yang sebelum ini menjalin kerjasama, kembali bersaing dan menyerang antara satu sama lain,” katanya.

Selain itu, dakwaan bahawa terdapat gesaan campur tangan bagi mempercepatkan hukuman mahkamah dalam kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengejutkan.

“Dakwaan ini jika benar menandakan satu masalah serius dalam sistem kehakiman kita,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa dokumen, yang mendakwa terdapat perancangan rapi untuk mempercepatkan hukuman mahkamah terhadap beberapa pemimpin kanan UMNO.

Antara nama yang disebut sebagai ‘perancang utama’ dalam dokumen itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik lain.

Antara pemimpin itu ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diikuti Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu, menyifatkan butiran dokumen itu adalah palsu, dan sampah.



............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


Amzad Syor polis siasat individu palsukan dokumen PASLeak


KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat individu yang memalsu dan menyebarkan dokumen PASLeak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, tiada sebarang mesyuarat dan perbincangan terutama membabitkan cadangan mempercepatkan proses memenjarakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, individu yang memalsu dan menyebarkan dokumen itu dianggap cubaan menggagalkan agenda perpaduan dibawa oleh PAS.

"Setakat ini kita tidak dimaklumkan ada antara pemimpin PAS sudah dipanggil selepas PDRM membuka kertas inkuiri untuk siasatan lanjut.

"PDRM juga disaran membuka kertas siasatan bagi menyiasat dan mengambil tindakan ke atas individu yang memalsukan dan menyebarkan dokumen berkenaan," katanya kepada media ketika ditemui selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) khas Aidilfitri di Kampung Durian Burong, di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saharuddin Mohd Kia.

Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan daripada PDRM untuk diambil keterangan.

"Kita mengalu-alukan tindakan tegas PDRM Kuala Lumpur untuk membuka kertas inkuiri bagi memudahkan siasatan dilakukan. Kita juga turut bersedia pada bila-bila masa untuk memberi keterangan jika dipanggil untuk membantu PDRM," katanya.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menegaskan, jawatankuasa tertinggi PAS Pusat tidak mempunyai masa untuk membincangkan isu itu, sebaliknya tumpuan utama parti adalah memperkukuhkan perpaduan.

Mengenai pelawaan Pakatan Harapan (PH) supaya PAS bekerjasama dalam khemah besar, Ahmad Amzad berkata, parti kekal dengan pendirian menyokong pendekatan perpaduan ummah sekali gus menolak kerjasama 'khemah besar' dengan PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, PAS sudah ada kumpulan dan penyokong sendiri dan akan terus laksanakan agenda Perpaduan Ummah.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Parti Kuasa Rakyat akan perkasakan Muafakat Nasional ?

Saya tahu polemik timbul. Berpunca pemikiran Annuar Musa dan luahannya terhadap PASleak. Beliau betul dalam menilai isu tersebut.

Tenyata perkara itu dilontar ke lantai politik nasional untuk menimbulkan syak wasangka, pergeseran, pertelagahan dan pertempuran antara Umno, PAS dan Bersatu. Sasaran utamanya adalah Umno dan PAS supaya kerangka Muafakat Nasional yang masih bersisa itu musnah lagi hancur hingga tidak mampu dicantum lagi.

Sangat tidak lojik Muhyiddin Yassin mahu berperanan untuk mempercepatkan Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak dicampak ke penjara. Muhyiddin siapa?

Sekarang beliau tiada kemampuan untuk berbuat begitu. Beliau sedar beliau hanya mantan perdana menteri.

Begitu juga tidak masuk akal untuk PAS mahu meruntuhkan Umno dan kerajaan. Sekarang PAS mendapat laba melalui ahli-ahli Parlimennya yang turut membentuk kerajaan.

Lagipun PAS sedar akan kekuatan Muafakat Nasional dalam menghadapi PRU15. Ramai dalam kalangan kepimpinannya kini bercakap ke arah kembali memperkasakan Muafakat Nasional, termasuk Mursyidul Amnya, Hashim Jasin.

Adalah tepat sekali Annuar menyanggah kenyataan presiden Umno, yang menyindir beliau di mana presiden Umno itu menggunakan perkataan derhaka kepada sesiapa yang menyanggah pemikiran dan seleranya. Pendirian Annuar adalah betul lagi jitu.

Beliau membezakan antara seorang presiden dengan institusi presiden.

Institusi presiden mesti dipertahan malah didukung, namun seorang presiden juga boleh disanggah malah diturunkan. Itulah falsafah yang didukung oleh Annuar. Itulah falsafah yang sepatutnya menjadi pegangan seluruh ahli Umno di semua peringkat.

Inilah yang tidak difahami oleh Isham Jalil atau sengaja beliau buat-buat tidak faham.

Inilah sifat feudal yang masih membelit parti konservatif seperti Umno. Dan sememangnya fikiran feudal ini merantai daya fikir dan jalar fikir Isham dan orang-orang yang sewaktu dengannya di dalam Umno.

Semoga semakin ramai kepimpinan Umno bangkit bersama Annuar untuk menyedarkan seluruh ahli Umno supaya bangkit dari kubur kefeudalan mereka supaya mereka sedar bahawa seorang presiden Umno bukanlah institusi presiden.

Tentulah ahli-ahli Umno masih ingat Annuar bangkit mencabar presiden Umno ketika beliau bersama Najib menulis surat kepada Istana Negara menyatakan sokongan presiden Umno, Najib dan kononnya ahli-ahli Parlimen Umno kepada Anwar sebagai perdana menteri.

Annuar bangkit melawan lantas cuba menyedarkan ahli-ahli Umno bahawa institusi presiden itu bukanlah seorang presiden.

Tetapi Annuar terus diserang berterusan.

Begitulah, ketika ahli-ahli Umno terus terkepung dengan sifat kefeudalannya sekali lagi Annuar bangkit untuk membawa “Revolusi Mental” kepada ahli-ahli Umno supaya mereka dapat membezakan antara institusi presiden dengan seorang presiden.

Nampaknya sekali lagi Annuar terus diserang oleh Isham. Si keliru berkaca mata hijau di tempat dan waktu yang salah.

Tabik kepada Annuar yang meletupkan bom “revolusi mental” kepada ahli-ahli Umno dan spesies Isham.

Ada pula yang berkata pemimpin yang menjadi liabiliti seperti Annuar patut dibersihkan daripada parti.

Benar pemimpin yang menjadi liabiliti itu patut dibersihkan daripada parti. Tetapi perjuangan ke arah penyatuan umat dan ke arah memperkasakan Muafakat Nasional itu adalah perjuangan yang bukan membawa kerugian tetapi membawa kemenangan kepada Umno dan PAS.

Adakah pejuang yang membawa laba kepada parti itu mahu dibersihkan? Sepatutnya penentang kepada usaha membawa laba kepada parti itulah yang perlu dibersihkan.

Apa jaminan perjuangan memperkasakan Muafakat Nasional membawa laba?

Jawapannya mudah. Bila Muafakat Nasional menghadapi PRU15, maka Umno dan PAS akan memenangi 123 kerusi Parlimen yang majoriti Melayu. Itu pasti berlaku mengikut perkiraan politik. Bukan mendahului kehendak Allah, tetapi itulah sifir politik.

Kerana itulah pemikiran Annuar adalah tepat lagi jitu. Usaha beliau akan membawa laba kepada Umno dan PAS. Apakah si pemikir yang jujur kepada parti seperti beliau perlu dibersihkan dari parti.

Itu perhitungan apa?

Seorang pemimpin yang menolak pemikiran dan perjuangan Annuar yang seolah-olah berjuang untuk kepentingan parti lain.

Inilah yang tidak dilihat oleh Isham. Beliau bukan saja membaca sifir terbalik malah memakai kaca mata hijau dan menuju ke arah rumput-rumput kering yang dilihatnya menghijau subur.

Begitulah, bila beliau meraba-raba di rimba kesesatan fikiran akhirnya menyanggah perjuangan Annuar yang mahu memperkasakan Muafakat Nasional.

Saya doakan Muafakat Nasional kembali kukuh. Muafakat Nasional akan menjadi kukuh lagi padu semasa PRU15. Semoga majoriti kepimpinan, pendukung, penyokong dan simpatisan Umno turut bersama Annuar di dalam memperkasakan Muafakat Nasional.

Insya Allah, Parti Kuasa Rakyat akan turut menyeru ke arah memperkukuh dan memperkasakan Muafakat Nasional. Parti Kuasa Rakyat akan turut bersama mereka yang mahukan Muafakat Nasional menjadi tenaga utuh serta ampuh dalam PRU15 nanti. Sekiranya Annuar adalah antara pejuangnya, maka Annuar adalah sahabat kepada Parti Kuasa Rakyat.

Kamarazaman Yaacob adalah presiden Parti Kuasa Rakyat.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Geng Pengkhianat Melayu dalam UMNO cuba singkirkan Datuk Seri Hishammuddin



SHAH ALAM -
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan tidak pernah terlibat dalam sebarang perancangan pembentukan kerjasama bersama Pas seperti didakwa dalam dokumen sulit 'Pas Leak'.

Bekas Menteri Pertahanan itu dalam ruangan komen di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau telah membuat kenyataan menafikan keterlibatkannya dalam sebarang rancangan seperti yang didakwa.

Untuk makluman Datuk Seri, saya telah pun menafikan report 'Pas Leak' ini yang mula tular pada bulan April tahun ini seperti berikut," sambil meletakkan pautan kenyatannya pada April lalu.

Hantaran di laman Facebook Najib pada Jumaat menamakan beberapa individu yang dituntut memberi penjelasan atau membuat laporan polis sekiranya kandungan dokumen berkenaan adalah palsu.

Hantaran tersebut menamakan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung Pas); Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden UMNO); Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (UMNO); Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu) dan Datuk Seri Hamzah Zainuddn (Setiausaha Agung Bersatu).

Sebelum ini, tular menerusi media sosial beberapa keratan dokumen kandungan minit mesyuarat melibatkan sebilangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) merancang strategi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim juga menyatakan polis telah membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti laporan diterima daripada pengadu berkaitan dokumen 'PasLeak' yang memperincikan dakwaan perancangan politik membabitkan dua pemimpin Pas.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Tiada perbincangan jatuhkan UMNO - Hamzah

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sidang media di Shah Alam. - Foto hiasan NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

SEPANG: Perikatan Nasional (PN) menafikan ada perbincangan menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), seperti didakwa dalam minit mesyuarat yang tersebar.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata beliau juga sependapat dengan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang menyifatkan dokumen itu sebagai sampah.

"Sebenarnya kalau orang tanya betul ke PN ada mesyuarat nak menjatuhkan sesiapa, saya kata tak ada. Betullah Dr Samsuri kata itu dokumen sampah, kerana tidak ada perbincangan.

"Saya Setiausaha Agung PN. Saya tak tahu pun ada perkara ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penetapan Nilai Murni di sini, hari ini.

Beliau berkata, menjadi amalan biasa untuk pemimpin komponen dalam PN berbincang terutama selepas sesuatu pilihan raya, namun menafikan beliau ada melakukan perkara seperti yang didakwa dalam dokumen yang tular itu.

Satu dokumen yang didakwa minit mesyuarat sebuah parti politik yang mendapat jolokan "PASleak" didakwa mendedahkan taktikal politik PN merancang memusnahkan UMNO dan BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Terdahulu, Ahmad Samsuri dilaporkan berkata, dokumen minit mesyuarat yang didakwa mengandungi maklumat sulit berkenaan sebagai sampah' selain mengakui berasa hairan kerana ada pihak yang mempercayai kesahihan dokumen berkenaan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Annuar jawab Zahid: Setia pada parti berbeza setia pada individu


Selepas dikritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana mengatakan dokumen "PASLeak" bukan sesuatu yang luar biasa, Annuar Musa tampil mengulas isu kesetiaan kepada parti.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, kesetiaan kepada parti adalah hal amat penting, namun ia berbeza dengan setia kepada individu.

"Kesetiaan pada parti memang amat penting. Ia berbeza dengan setia kepada individu, yang kadangkala dianggap sebagai tanda setia pada parti.

“Kesilapan individu, perlakuan individu yang menyalahi roh, matlamat dan semangat perjuangan parti tidak boleh menuntut kesetiaan kerana itu individu dan bukannya parti,” kata Annuar dalam satu hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keratan didakwa minit mesyuarat PAS yang merancang untuk menjatuhkan Umno dan BN, termasuk menyegerakan usaha memastikan Ahmad Zahid dipenjarakan.

Semalam Presiden Umno itu mengingatkan pemimpin parti supaya tidak "menderhaka" kepada parti dengan mengikut rentak musuh yang penuh dengan muslihat.

Meskipun tidak menyebut nama, kenyataan Ahmad Zahid dipercayai jelas merujuk kepada Annuar.

Usah menikam dalam senyuman

Annuar bagaimanapun berkata, teguran kepada individu atau perlakuan tertentu, bukan satu perlakuan yang menunjukkan ketidaksetiaan kepada Umno.

“Sering parti dijadikan perisai tindakan peribadi. Parti tidak boleh diurus sebagai hak peribadi.

"Membelakangi mandat parti, tidak menjunjung amanah parti, tindakan tidak patuh kepada keputusan parti, lain ditetapkan parti lain dibuat di luar pengetahuan parti, membohongi parti adalah antara tanda tidak setia kepada parti," jelasnya.

Untuk rekod pergeseran antara Annuar dan Ahmad Zahid bukan perkara baru.

Annuar sebelum ini pernah mendakwa Ahmad Zahid memberikan perakuan bersumpah bagi menyokong ahli parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Annuar berkata, tindakan mempertikai kesetiaan hanya akan menanam kebencian sesama ahli dan hanya akan melemahkan Umno.

"Pendek kata, kalau pun jasa tak mahu dikenang, setiakawan mahu disalah ertikan, usah soal setia mahu dibicarakan.

"Usah menikam dalam senyuman," katanya.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

PM: Zahid saman Tun M


1. PasLeak: Polis buka kertas inkuiri
2. ‘Subsidi untuk semua, bukan golongan tertentu saja’
3. Penggunaan katil ICU Covid-19 bawah 50 peratus
4. Atlet Sukan SEA bebas doping

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo