NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts

Masuk Tahun Satu usia enam tahun bukan wajib – Fadhlina



BANGI, 1 SYAABAN – Sesi persekolahan Tahun Satu untuk kanak-kanak bermula usia enam tahun bukan bersifat wajib.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ia hanya membabitkan ibu bapa serta anak yang benar-benar bersedia.

Menurutnya, aspek kesediaan psikologi dan emosi kanak-kanak menjadi keutamaan kerajaan yang penting bagi mengelakkan sebarang impak negatif kepada perkembangan awal kanak-kanak.

“Kita galakkan hanya kepada ibu bapa yang bersedia, yang paling penting anak itu sendiri mesti bersedia. Kalau anak tidak bersedia dari segi psiko emosi, kita tidak mahu ada impak kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat selepas Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini.

Ketika menyempurnakan majlis itu, Perdana Menteri berkata, perubahan itu belum diwajibkan kepada ibu bapa bagi memberi ruang pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baharu pendidikan, khususnya warga pendidik.

“Maknanya mulai tahun depan, kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang rasa anak-anaknya belum bersedia, (maka) kita tetapkan masih boleh masuk Tahun Satu (pada usia) tujuh tahun.

“Tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang, supaya anak-anak umur lima tahun masuk prasekolah. Prasekolah sekarang ini kita beri tumpuan, seluruh sistem prasekolah itu kita sudah minta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambil alih dan selaraskan,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata, persiapan segera perlu dilakukan KPM dalam menerima perubahan kepada sistem baharu pendidikan negara.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM akan mengumumkan garis masa pelaksanaan berkenaan bagi membolehkan ibu bapa membuat keputusan dengan lebih teliti.

“Ibu bapa berbincang sebaiknya, buat keputusan dengan tenang dan melihat kesediaan anak. Apabila kita ada data yang jelas, persiapan boleh dibuat dengan lebih teratur,” katanya.

Mengenai kemungkinan berlaku lambakan murid dan isu prasarana sekolah, katanya pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dengan mendahulukan kanak-kanak yang benar-benar bersedia.

“Penyelesaiannya ialah kita mulakan dengan yang bersedia dahulu. Daripada data yang kita kumpul, barulah kita boleh susun persiapan termasuk prasarana,” katanya.

Beliau menjelaskan, kohort sedia ada murid berusia tujuh tahun akan diteruskan seperti biasa, manakala penambahan murid enam tahun ke Tahun Satu akan dibuat berdasarkan data dan kesiapsiagaan sekolah.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pengiktirafan UEC: DAPSY persoal pendirian politik yang ‘menyekat masa depan anak-anak’


SHAH ALAM, 12 Dis – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyelar sikap beberapa pemimpin politik yang terus menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), dengan menegaskan bahawa pendirian sedemikian hanya menyempitkan peluang pendidikan generasi muda Malaysia.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAPSY, Syaheera Ghafar, berkata penolakan tersebut tidak lagi selari dengan realiti pendidikan moden dan hanya dipengaruhi kepentingan politik sempit.

“Saya hairan dengan penolakan berulang terhadap UEC. Jangan kerana ingin menjaga kepentingan kaum tertentu, anak-anak semua kaum disekat daripada peluang lebih besar untuk cemerlang,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.

Pemuda UMNO, Pemuda PAS kekal menentang

Penegasan itu hadir selepas Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, mengingatkan bahawa UEC tidak memenuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan, manakala Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Hafez Sabri, pula mahu kerajaan kekal tegas menolak pengiktirafan tersebut.

“Jika bahasa pengantar jadi isu, kenapa O-Level dan GCSE diterima?”

Syaheera mempersoalkan logik pihak yang berhujah bahawa UEC menggugat integrasi nasional kerana menggunakan bahasa Mandarin, sedangkan Malaysia mengiktiraf O-Level dan GCSE – kedua-duanya berbahasa Inggeris.

Menurut beliau, Mandarin kini merupakan bahasa kedua paling banyak digunakan di dunia selepas Inggeris, justeru menafikan UEC bermaksud menafikan masa depan pelajar Malaysia dalam ekonomi global.

Data kemasukan pelajar bukan Cina meningkat

DAPSY turut menekankan bahawa sekolah Cina semakin menerima pelajar Melayu dan bukan Cina, menunjukkan ibu bapa lebih mementingkan kualiti pendidikan berbanding sentimen kaum.

“Tahun lalu, seorang pelajar Melayu, Ahmad Kadir Ahmad Nazri, menjadi pelajar paling cemerlang di sebuah SMJKC. Ini membuktikan sekolah Cina bukan halangan integrasi,” katanya.

“Jika trend ini berterusan, adakah mereka akan berubah pendirian?”

Menurut Syaheera, semakin ramai pelajar Melayu, Bumiputera dan India memasuki Sekolah Menengah Persendirian Cina dan menduduki UEC. Beliau menyoal adakah penentang UEC akan berubah pendirian apabila pola ini semakin kukuh.

Komentar: DAP guna org Melayu pertahankan UEC

Rotan di Sekolah: Antara Ketegasan dan Kasih Sayang dalam Mendidik



BANGI, 10 JAMADILAKHIR – Dalam suasana pendidikan masa kini, isu hukuman rotan di sekolah kembali hangat dibincangkan.

Ada ibu bapa yang melihatnya sebagai langkah disiplin terakhir yang mampu membentuk akhlak pelajar, namun tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai amalan lapuk yang tidak lagi relevan dalam sistem pendidikan moden.

Topik ini kembali menarik perhatian ramai terutama apabila berlakunya kes rogol di sebuah sekolah menengah di Melaka sebelum kecoh kejadian tikam pelajar sampai mati di Petaling Jaya.

Bercakap kepada TV Pertiwi, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Mohd Nor Izzat Johari menegaskan bahawa hukuman merotan wajar dikembalikan sebagai kaedah mendisiplin pelajar.

Bagaimanapun katanya, hukuman merotan mesti hanya kepada kesalahan ‘berat’ seperti merokok di premis sekolah.


Tegas beliau, hukuman merotan, meskipun dianggap ‘kejam’ bagi sesetengah ibu bapa, sebenarnya penting untuk memberi pengajaran dan amaran kepada pelajar tersebut supaya tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan.

“Merokok di kawasan sekolah adalah satu kesalahan besar – baik dilakukan pelajar, orang awam dan guru – yang boleh didenda ribuan ringgit dan penjara. Pelajar pula boleh digantung atau dibuang sekolah akibat perbuatan ini.

“Lebih baik dia (pelajar) dirotan sebelum dia ‘dijatuhkan’ hukuman yang lebih berat yang boleh menjejaskan masa depannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Cikgu Izzat berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memang mempunyai garis panduan terhadap hukuman merotan pelajar yang mana ia hanya dibenarkan oleh guru disiplin.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa hukuman rotan bukan satu-satunya kaedah untuk membentuk semula akhlak pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Beliau mencadangkan, supaya pelajar bermasalah dibuat intervensi seperti dihantar ke kem-kem pembangunan insaniah dibawah pemantuan pihak berkuasa termasuk pegawai dari Jabatan Agama.

“Masalah disiplin ini kebiasannya disebabkan jiwa. Ada punca yang menyebabkan pelajar itu jadi seperti itu dan faktor-faktornya biasa bermula dari rumah.

“Bimbang pelajar itu tertinggal mata pelajaran? Dah memang di sekolah pun dia tak belajar, baik kita tumpu kepada pemulihan terdahulu, kemudian pada tahun seterusnya dia boleh tumpu kembali kepada pelajaran.

“Ini lah yang dimaksudkan pendidikan sepanjang hayat. Tak perlu terkejar-kejar silibus,” ujarnya.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Soalan bocor SPM dijual RM900?



  • Perkongsian gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook, Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Abdul Muiez Mohammad Ruslee mendedahkan penjualan soalan-soalan SPM mencecah hampir RM900.
  • Antara kandungan mesej atau hantaran itu:  “Soalan-soalan ‘spot’ SPM, memang hampir 95 peratus sama dengan kertas sebenar SPM 2025, dan soalan-soalan ‘spot’ kami kena tepat setiap tahun berturut-turut kerana merupakan hasil analisis secara terperinci  soalan-soalan tahun-tahun lepas serta disokong oleh tips paling eksklusif daripada pemeriksa dan penggubal sebenar.”
  • Malah dalam gambar berkenaan terdapat mesej yang menunjukkan individu berkenaan menawarkan harga promosi hampir separuh harga asal kepada pembeli kertas soalan bocor.

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial perkongsian gambar-gambar mengandungi mesej dan hantaran media sosial yang mendedahkan perkhidmatan penjualan soalan-soalan bocor peperiksaan, khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Abdul Muiez Mohammad Ruslee mendedahkan penjualan soalan mencecah hampir RM900.

Antara kandungan mesej atau hantaran itu:  “Soalan-soalan ‘spot’ SPM, memang hampir 95 peratus sama dengan kertas sebenar SPM 2025, dan soalan-soalan ‘spot’ kami kena tepat setiap tahun berturut-turut kerana merupakan hasil analisis secara terperinci daripada soalan-soalan tahun-tahun lepas serta disokong oleh tips paling eksklusif daripada pemeriksa dan penggubal sebenar.”

Malah dalam gambar berkenaan terdapat mesej yang menunjukkan individu berkenaan menawarkan harga promosi kepada pembeli soalan-soalan bocor.

“Kami telah menyediakan soalan-soalan ‘spot’ yang hampir sama untuk semua subjek, harga asal RM899 untuk satu subjek, promosi hari ini RM499 untuk satu subjek,” menurut kenyataan dalam gambar yang dikongsi Abdul Muiez.

Malah, hasil penelitian The Merdeka Times juga memaparkan kepingan gambar yang mempromosi penjualan soalan bocor SPM kepada ibu bapa yang mempunyai anak   yang bakal menduduki SPM.

Rata-rata, beberapa pengguna media sosial meluahkan kebimbangan berhubung tindakan sesetengah ibu bapa yang sanggup membeli soalan SPM demi memastikan anak mereka cemerlang dalam peperiksaan di samping persoal integriti pihak yang menjual.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Zainul Anuar berkata beliau pelik apabila ada ibu bapa yang melenting apabila Kementerian Pelajaran mahu membuat perubahan,  tetapi sanggup pula membeli soalan SPM demi kelangsungan pembelajaran anak.

“Bila KPM cakap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) ini cuma melahirkan burung kakak tua mereka melenting. Ibu bapa sama yang mengejar soalan bocor bila anak dia yang SPM,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Azlin Jailani menyifatkan tindakan membeli soalan-soalan berkenaan sebagai satu penipuan yang tidak mendatangkan keberkatan.

“Entahlah pada saya kalau betul beli dan selepas itu soalan tersebut keluar, dapat A+ pun hidup tiada keberkatan. Memanglah nampak usaha ‘membeli’ dekat situ tetapi masih macam menipu,” ujarnya.

Riena Sabrie pula mempersoal integriti serta ketelusan pihak yang menjual soalan tersebut.

“Bukan ke benda ini merupakan satu kesalahan, pelajar atau pembeli memang akan beli sebab ada penawaran. Tetapi bagaimana dengan pihak yang menjual dan di mana ketelusan pihak yang membuat soalan ini,” jelasnya.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ct Muna Hjj juga berpendapat yang sama dengan mempersoalkan integriti pihak terlibat yang sanggup ‘makan’ hasil duit haram.

“Tidak takut makan duit haram langsung, tiada integriti mereka yang terlibat,” katanya. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Dari Jeriji Besi ke Pentas Konvokesyen: Kisah Tahanan Alor Setar Menjadi Graduan

š™†š™„š™Žš˜¼š™ƒ š™š™„š™‚š˜¼ š™š˜¼š™ƒš™š™‰ š˜æš™„ š™‹š™€š™‰š™…š˜¼š™š˜¼ š˜¼š™‡š™Šš™ š™Žš™€š™š˜¼š™, š˜æš™„š™š™„š™‰š™‚š™‚š˜¼š™‡ š™„š™Žš™š™€š™š™„, š™ƒš˜¼š™š™„ š™„š™‰š™„ š™‚š™€š™‰š™‚š™‚š˜¼š™ˆ š™„š™…š˜¼š™•š˜¼š™ƒ š™Žš˜¼š™š™…š˜¼š™‰š˜¼

Tidak pernah terlintas walau sekelumit dalam fikirannya bahawa suatu hari dia akan menghuni penjara. Selama tiga tahun di Penjara Alor Setar.

Semuanya bermula pada 20 Jun 2022. 

Hari itu, segalanya gelap. Dia ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 – SOSMA.

Sehari demi sehari berlalu seolah-olah jarum jam berhenti bergerak, dan burung di angkasa turut berhenti untuk terbang.  

Tiada jaminan. Tiada kebebasan.  Hanya tembok besi dan sunyi  menemani.

Beliau merupakan seorang anggota keselamatan, berkhidmat dalam bahagian perisikan. Pakaian seragam yang dulunya melambangkan maruah dan disiplin, bertukar menjadi baju ungu tahanan.

Selama tiga tahun beliau menjadi tahanan reman, menunggu penghakiman yang tidak pasti.

Usianya kini 35 tahun. Ketika ditahan, usianya baru mencecah 32 tahun. Masih muda, baru mendirikan rumah tangga. Seorang suami yang bertanggungjawab, yang mengimpikan landskap masa depan cerah. Namun takdir tidak seindah harapan.  

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan secara tiba-tiba.

Dalam tahanan, gajinya turut ditahan. Dan di tengah kekalutan jiwa, hadir satu lagi ujian paling berat.

Isterinya memohon fasakh.

“Konflik keluarga, tekanan kewangan, dan akhirnya perceraian berlaku ketika saya di dalam penjara. Itu saat paling sukar dalam hidup saya. Jiwa saya hampir rebah. Tetapi di saat itulah saya sedar, luka yang disuluh dengan cahaya Tuhan tetap akan sembuh. 

“Tentunya Allah tidak menghukum saya. Dia sedang mendidik untuk saya  menjadi manusia yang baru,” ujarnya perlahan.

Beliau bertekad untuk bangkit semula walaupun tongkat yang dipegang hanyalah doa.

Dengan bantuan Prof. Madya Dr. Zulkiflee Daud dan Dr. Mazli Mutazam, serta keprihatinan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dan kerjasama pihak Penjara Alor Setar khususnya Pengarah Penjara Alor setar, Suhairi Awang, beliau dibenarkan menyambung pengajian Sarjana Sains Pengurusan (Mod Penyelidikan) dari dalam penjara.

Bayangkan, menulis tesis dalam sel sempit berukuran 8x15 kaki. Berlampu samar, tanpa kipas, tidur beralaskan pelapik getah setebal setengah inci.

Namun dari cahaya kecil di sebalik jeriji besi itulah, beliau mengumpulkan semangat untuk terus menulis dan membaca setiap hari.

“Saya menulis, membaca dan berdoa agar suatu hari nanti saya akan keluar, bukan hanya sebagai orang bebas, tetapi sebagai graduan yang membuktikan bahawa ilmu itu kebebasan sebenar,” katanya.

Cabaran tetap ada. Ketiadaan internet, bahan bacaan terhad serta komunikasi yang sukar yang memungkinkan hanya kreativiti akan mengubah masalah kepada keindahan.
Pada 18 September 2024, tibalah hari yang dinantikan – hari viva.

“Saya berdiri di hadapan panel pemeriksa dengan berpakaian ungu tahanan. Tiada uniform anggota, tiada tali leher. 

Namun saya punya sesuatu yang mereka di luar tidak punya, keyakinan bahawa ilmu mampu membebaskan jiwa.

“Apabila pengerusi mengumumkan saya lulus viva, saya tunduk dan menangis. Hari itu saya tahu, Allah tidak pernah meninggalkan saya. 

“Hari itu juga saya diterima semula sebagai manusia, bukan tahanan penjara,” katanya dengan mata berkaca.

Tidak lama kemudian, berita tentang “Tahanan Penjara Alor Setar Lulus Viva” tular di media.

Dia tidak menyangka perjuangan sunyinya akan menjadi bualan masyarakat, namun jauh di sudut hati, dia berharap kisah ini membuka mata semua bahawa penjara bukanlah penamat hidup.

“Dan di sebalik semua ini, ada seorang insan yang tidak pernah jemu menyokong saya. Ibu saya. Beliau berjuang menyediakan apa sahaja agar saya boleh terus belajar.

“Beliau menangis, berdoa, dan percaya. Hari ini, beliaulah yang paling gembira melihat saya menggenggam segulung ijazah sarjana,” katanya lagi.
Hari ini, di Dewan Mu’adzam Shah, beliau melangkah ke pentas menerima ijazah daripada Pro-Canselor UUM, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.

Langkahnya bukan langkah malu, tetapi langkah syukur. Syukur atas peluang kedua yang dikurniakan.

“Saya rasakan dua kemenangan.  Pertama, dibebaskan dari tahanan penjara selepas mahkamah dapati tidak bersalah, pada 1 April 2025. Dan hari ini, kemenangan mengengam ijazah sarjana,” katanya.

Sekarang beliau mengerti makna kebebasan sebenar iaitu bukan bila pintu sel dibuka, tetapi bila minda tidak lagi dikurung oleh pandangan orang lain.

“Menjadi berbeza itu tidak selalu akan jadi yang terbaik, tetapi yang terbaik itu pasti berbeza dan sesungguhnya, menuju kejayaan kita akan pasti melalui jalan yang sepi, jalan berliku dan pastinya ia bukan jalan yang mudah, ” katanya menutup bicara.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada UUM, para pensyarah, pegawai penjara, keluarga besar Penjara Alor Setar dan yang paling utama, ibunya, yang tidak pernah berhenti percaya.

Kasih, kepercayaan dan ilmu telah mengubah seorang tahanan menjadi seorang graduan.

Masa depan tetap menjanjikan syurga buat sesiapa yang punyai keinginan untuk berubah.

UUM SINTOK, 10 NOV 2025: 
Wartawan: Kori Ariff
Foto: Fuad Stephan
#konvouum38

Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Putrajaya - DRJ

Dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri petang tadi, saya telah menyentuh mengenai keperluan memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), melalui Kepala B.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran 050200 MAIWP.

Kita tahu, kadar yuran TASKA dan TADIKA yang tinggi telah memberi tekanan besar kepada kewangan keluarga. Mengambil kira bahawa yuran TASKA dan TADIKA MAIWP adalah lebih berpatutan, ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pendidikan tersebut.

Namun buat masa ini, tiada TASKA MAIWP di Putrajaya, dan hanya terdapat 7 TADIKA MAIWP beroperasi di sini.

Bagi mengurangkan beban kewangan warga Putrajaya, termasuk kakitangan awam, saya mencadangkan agar MAIWP merangka satu perancangan khusus untuk menambah TASKA dan TADIKA baharu di Putrajaya.

Untuk tujuan ini, saya mengesyorkan supaya MAIWP bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi mengenal pasti bangunan atau ruang kosong yang bersesuaian untuk dijadikan pusat pendidikan awal. Pendekatan ini menjimatkan kos pembinaan baharu dan memanfaatkan aset kerajaan sedia ada untuk manfaat rakyat.

Selain itu, saya turut menggesa agar MAIWP memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas, seperti anak-anak autisme yang memerlukan intervensi dan terapi dengan kos yang tinggi.

Saya mencadangkan supaya MAIWP menubuhkan Pusat Intervensi Awal di Putrajaya, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pusat ini boleh berfungsi seperti Permata Kurnia, 3PK dan PDK, menyediakan diagnosis, terapi dan pendidikan inklusif bagi anak-anak berkeperluan khas.

#DRJ
#DRJdiParlimen

NS tarik balik darjah Datuk pengerusi Lembaga Pengarah UKM

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Dr Mohamad Abd Razak ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan semalam memaklumkan keputusan tersebut bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Mohamad dianugerahkan DSNS yang membawa gelaran Datuk pada 2004.

- Bernama

Peguam peroleh PHD pada usia 85 tahun



KUALA NERUS: Ketabahan dan semangat kental Datuk Dr Victor Isaacs, 85, membuahkan hasil apabila beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selepas enam tahun.

Victor yang juga peguam berpengalaman membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menimba ilmu apabila beliau berjaya memperoleh PhD pertamanya dalam bidang undang-undang sekali gus menjadi inspirasi kepada orang ramai khususnya golongan muda untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Beliau berkata tesis yang dihasilkan mengupas pengaruh golongan profesional terhadap penggubalan undang-undang berkaitan eutanasia di Malaysia yang disifatkan antara cabaran terbesarnya kerana menyentuh isu sensitif melibatkan aspek perundangan dengan etika perubatan.

“Dalam konteks undang-undang kita, tindakan mencabut alat sokongan hayat pesakit dianggap satu kesalahan dan sebab itu saya mencadangkan supaya UniSZA menubuhkan rumah penjagaan paliatif di dalam kampus bagi membantu pesakit tenat mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA, di sini hari ini.

Beliau berkata inisiatif sedemikian penting bagi memastikan pesakit yang sudah tidak dirawat di hospital masih mendapat penjagaan dan pemantauan berterusan.

“Sekiranya kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan itu di setiap negeri, hospital swasta boleh diberi peluang mengambil alih. Pesakit yang berkemampuan boleh menanggung kos sendiri manakala kerajaan negeri boleh membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran sepanjang menyiapkan pengajian, Victor mengakui faktor usia menjadi halangan utama namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk menyiapkan tesis tersebut.

“Walaupun berdepan kehilangan isteri enam tahun lalu, saya tetap meneruskan perjuangan akademik dengan tekad baharu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi graduan, Dr Zamri Chik, 59, kini bersiap sedia untuk menyambung pengajian PhD kali ketiga selepas menamatkan dua pengajian terdahulu dalam bidang pendidikan di UniSZA.

Zamri yang juga bekas pegawai penyelidikan di Institut Strategik dan Integriti (TSIS) itu berkata perjalanan akademiknya bukan bertujuan mengejar gelaran sebaliknya ingin membantu pelajar dan penyelidik lain bukan sahaja di Terengganu malah dari luar negara termasuk Jordan, Nigeria dan Palestin.

“Orang selalu tanya kenapa buat dua PhD. Sebenarnya daripada PhD kedua inilah saya banyak membantu pelajar buat analisis kajian.

“Niat saya bukan nak kejar nama tetapi nak bantu mana-mana pelajar yang perlukan tunjuk ajar,” katanya sambil menambah minatnya terhadap dunia akademik semakin mendalam apabila setiap kali menamatkan pengajian, rasa ingin tahu dan semangat untuk terus belajar semakin meningkat.–AlHijrah Online


 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Alumni kecewa pemimpin Umno dilantik lembaga pengarah UMPSA

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi Umno Pahang sebagai anggota lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

Mendakwa dibuat berdasarkan kepentingan politik, mereka berkata pelantikan Agha Khilfi Suarno, anggota jawatankuasa (AJK) Umno Indera Mahkota, dibuat tanpa rujukan, pencalonan atau pengesyoran daripada Persatuan Alumni UMPSA.

“Dia merupakan graduan baru (tahun 2024) dan tiada rekod sumbangan yang signifikan kepada pembangunan alumni dalam konteks yang dapat memantapkan hala tuju Lembaga Pengarah Universiti,” kata majlis itu dalam kenyataan beberapa hari lalu.

Ia juga, katanya, tidak mencerminkan suara majoriti bekas pelajar universiti berkenaan.

Majlis itu turut mempersoalkan kriteria pelantikan dari segi pencapaian akademik dan latar belakang profesional kerana ia penting untuk menggalas tanggungjawab di peringkat strategik universiti.

“Lantikan ke dalam Lembaga Pengarah Universiti perlu dibuat secara telus, berdasarkan merit, pengalaman dan rekod kerjaya yang baik.

“Lantikan berdasarkan kepentingan politik tanpa mengambil kira sumbangan atau kelayakan adalah satu pengkhianatan terhadap semangat tadbir urus yang baik dan integriti institusi,” menurut kenyataan itu lagi.

Mereka justeru menggesa Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir, memberikan penjelasan terbuka mengenai justifikasi pelantikan berkenaan serta menjalankan semakan semula segera terhadap keputusan tersebut.

Portal ini juga sedang cuba mendapatkan reaksi Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir.

Menurut laman webnya, terdapat lapan anggota lembaga pengarah UMP terdiri daripada wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, swasta, alumni dan senat.

Syed Mohamad Hamzah Al-Junid Syed Abdul Rahman

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni UMPSA Syed Mohamad Hamzah Al-Junid Syed Abdul Rahman ketika dihubungi membangkitkan persoalan kenapa jawatan itu tidak dipilih dalam kalangan organisasi alumni yang berpengalaman dan dari latar belakang profesional.

Dia juga berkata universiti sepatutnya tidak melantik ahli politik untuk mewakili suara warga universiti untuk mengelakkan ia dijadikan bahan politik.

Malaysiakini telah menghubungi pengurusan tertinggi UMPSA bagi mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun, seorang pegawai universiti memberitahu portal ini bahawa mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

Malaysiakini juga telah menghubungi Agha Khilfi sejak semalam dan masih menunggu maklum balasnya.

UMPSA adalah sebuah universiti teknikal milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2002. Ia menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan kejuruteraan dan teknologi serta pengajian pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Sumber | MKini

Kalendar Akademik 2026 Bermula 11 Januari – Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa Kalendar Akademik 2026 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A, dan 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata negeri dalam Kumpulan A terdiri daripada Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B merangkumi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Menurut beliau, kejayaan mengembalikan sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan di seluruh negara.

“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.

“Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi KPM di pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.

Sesi persekolahan baharu kembali ke Januari selepas empat tahun perubahan jadual akibat pandemik COVID-19, apabila KPM pada 2022 menyesuaikan jadual persekolahan kepada bulan Mac.

KPM sebelum ini memaklumkan langkah penyesuaian semula itu dilakukan secara berfasa untuk memastikan kelancaran operasi sekolah dan kesejahteraan murid terpelihara.

— 1Media.my

Fadhlina Terima Memorandum Isu Keselamatan Sekolah di Tengah Desakan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 22 Okt 2025 –
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hari ini menerima memorandum berhubung keselamatan sekolah di luar bangunan Parlimen, di tengah-tengah laungan peserta yang mendesaknya meletak jawatan.

Beliau hadir bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, serta beberapa pegawai keselamatan dan kementerian bagi menerima memorandum daripada kumpulan pelajar, aktivis dan orang awam yang berarak dari Taman Tugu ke Parlimen sekitar jam 11.20 pagi.

Ketegangan tercetus apabila kira-kira 35 peserta himpunan menunggu hampir 40 minit untuk ketibaan Fadhlina, dengan cuaca buruk menambah suasana tegang. Sebaik tiba, laungan “Turun! Turun!” bergema ketika menteri itu menerima dokumen dan berbincang seketika dengan wakil kumpulan berkenaan.

Aktivis Ain Husniza Saiful Nizam, pengasas Pocket of Pink, berkata pihaknya mahukan tindakan konkrit, bukan sekadar janji.

“Jika Fadhlina gagal melaksanakan tuntutan reformasi dalam tempoh 30 hari, beliau perlu berundur dan digantikan dengan seseorang yang mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem pendidikan,” katanya kepada media.

Fadhlina enggan memberi sebarang kenyataan selepas menerima memorandum tersebut. Sebelum ketibaannya, dua ahli parlimen pembangkang — Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Awang Hashim — sempat menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan.

PN gesa sidang khas keselamatan sekolah

Bekas Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal, menyifatkan kebimbangan pelajar dan ibu bapa terhadap peningkatan kes keganasan di sekolah sebagai berasas, dan menzahirkan rasa kecewa terhadap reaksi perlahan kerajaan.

Katanya, PN akan menggesa satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu keselamatan pelajar di seluruh negara.

11 tuntutan utama memorandum

Memorandum yang disediakan oleh Sekretariat Sekolah Selamat menegaskan krisis keselamatan pelajar merupakan “kegagalan sistemik” yang memerlukan reformasi menyeluruh merentas kementerian.

Antara 11 tuntutan utama ialah:

  1. Penggubalan Akta Antibuli Sekolah
  2. Undang-undang khusus menangani gangguan seksual di sekolah
  3. Sokongan mental dan psikososial yang berkesan
  4. Mekanisme laporan mesra kanak-kanak
  5. Audit keselamatan sekolah secara berkala
  6. Pendidikan seks dan kesihatan reproduktif komprehensif
  7. Penilaian kesihatan mental berkala untuk pelajar dan guru
  8. Pendidikan kesejahteraan mental dan kecerdasan emosi dalam kurikulum
  9. Penubuhan Suruhanjaya Sekolah Selamat
  10. Pendekatan berasaskan komuniti dan pencegahan awal
  11. Pengukuhan tanggungjawab antara kementerian melalui dasar bersepadu

-1Media.my

Ridhuan Tee persoal kerjasama 6 SJKC dengan China, KPM perlu pantau



BANGI, 1 RABIULAKHIR – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan keperluan enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menandatangani perjanjian sekolah angkat dengan beberapa sekolah di Hangzhou, China yang dimeterai pada 16 September lalu. 

Beliau berkata, kerjasama itu menimbulkan persoalan besar sama ada telah mendapat restu Kementerian Pendidikan (KPM), sedangkan enam buah SJKC terbabit berada sepenuhnya di bawah pentadbiran dan pembiayaan kerajaan.

“Jika benar ada kelulusan, mengapa bukan KPM yang mengeluarkan kenyataan rasmi, sebaliknya Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Cina Malaysia?,” soalnya.

Menurut laporan Oriental Daily, lapan buah sekolah berpendidikan Cina – enam SJKC di bawah KPM dan dua Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – menandatangani perjanjian sekolah angkat dengan sekolah di Hangzhou.

Lawatan itu dianjurkan Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Cina Malaysia bersama “Program Ivy”, dengan sokongan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia. 

Delegasi turut membuat kunjungan hormat ke Biro Pendidikan Hangzhou dan disambut timbalan pengarahnya, Sun Qingfeng.

Antara sekolah yang terlibat ialah SJKC Ching Chong, Bedong, Kedah; SJKC Chui Chak, Perak; SMPC Sin Min, Kedah; SMPC Chong Hwa Kuantan, Bunut Rendang, Pahang; SJKC Nan Kwang, Alor Setar, Kedah; SJKC Choong Hua 2, Perak; SJKC Kerayong, Bera, Pahang; dan SJKC Yik Hwa, Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.

Dalam pertemuan itu, Mah Hang Soon memperkenalkan sistem pendidikan Malaysia dan menegaskan kerjasama Malaysia–China semakin kukuh di bawah inisiatif “Belt and Road”, termasuk dalam latihan guru dan penyelidikan kurikulum.

Bagaimanapun, Ridhuan Tee menegaskan lebih baik SJKC membina kerjasama dengan sekolah kebangsaan atau sekolah agama bagi memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekali gus membantu agenda perpaduan negara.

“Jika SJKC memilih bekerjasama dengan sekolah di China, bertambah kuatlah kecinaan mereka. Apa faedah sebenar kepada negara?

“Sepatutnya sejak kecil murid Cina didedahkan dengan murid aliran kebangsaan, bukannya berhabis untuk ke China,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu membimbangkan kerana majoriti murid SJKC masih lemah menguasai bahasa Melayu, sedangkan sekolah berkenaan menerima dana penuh kerajaan.

“KPM perlu memantau rapat perkara ini. Jika dibiarkan, semakin jauh perpaduan nasional yang ingin kita capai,” tegasnya. 


Sumber | TV Pertiwi 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pelajaran subjek bahasa Tamil dan Mandarin perlu dijadikan dasar pendidikan kebangsaan, bukan hanya satu unit - Tuan Ibrahim bidas Lip Eng



JITRA - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berhubung cadangan memperkenalkan bahasa Tamil dan Mandarin di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sebagai pemikiran kampung dan sempit.

Tegas Tuan Ibrahim, cadangannya sebelum ini agar subjek bahasa Cina dan Tamil itu ditawarkan di sekolah kebangsaan adalah bersifat nasional, bagi memperkukuhkan perpaduan kaum dan mengurangkan sensitiviti perkauman.

“Jika dia mahu cadangkan buat di Pasti, itu tiada makna. Kita mahu ia dalam dasar pendidikan kebangsaan, bukan hanya satu unit. Ini pemikiran kampung. Isu perpaduan kaum tak boleh selesai dengan satu dua unit sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan ‘Muslim Ummah International Forum’ di Bandar Darulaman, di sini pada Ahad.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Lip Eng yang mencadangkan agar Pas terlebih dahulu melaksanakan pengajaran bahasa Tamil dan Mandarin di pusat prasekolah Pas, iaitu Pasti sebelum menyarankan perkara itu diperluaskan ke sekolah kebangsaan.

Sebelum itu, pada Sabtu, Tuan Ibrahim menyarankan agar bahasa Cina dan Tamil diperkenalkan kepada semua murid di sekolah kebangsaan, dengan mengatakan ia mampu memupuk perpaduan nasional serta mengikis rasa curiga antara kaum.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, cadangan ini bukan mandatori, sebaliknya hanya alternatif.

“Cadangan itu berasaskan kepada yang pertama, untuk kukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan supaya rakyat tanpa mengira bangsa dapat menguasainya dengan baik.

“Yang kedua, kita mahu kurangkan isu sensitiviti antara kaum. Kalau pelajar berminat nak kuasai bahasa Cina atau Tamil, mereka boleh ambil di sekolah kebangsaan. Tujuannya untuk kurangkan jurang bila timbul isu bahasa,” katanya.

Tambahnya, terpulang kepada kerajaan sama ada mahu pertimbangkan cadangan tersebut atau tidak, namun yakin ia dapat menyumbang ke arah integrasi nasional.

“Saya hanya lontarkan idea, tetapi biasa mereka (kerajaan) tak akan timbang. Ketimbang ada lah,” katanya.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Laksanakan subjek bahasa Tamil, Mandarin di Pasti dahulu - MP Kepong



SHAH ALAM - Pas digesa memperkenalkan subjek bahasa Tamil dan Mandarin di pusat prasekolahnya, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) bagi membuktikan kesungguhan dalam melaksanakan dasar sama di sekolah kebangsaan.

Ahli Parlimen Kepong, Lip Lim Eng berkata, ia susulan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Sabtu yang mencadangkan supaya kedua-dua subjek berkenaan diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah kebangsaan bagi memupuk perpaduan.

Ujar Lim Eng, pemimpin parti berkenaan diingatkan supaya jangan sekadar pandai berucap di pentas, tetapi gagal mengamalkan di gelanggang sendiri.

“Jika benar Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim ikhlas dengan cadangan supaya bahasa Tamil dan Mandarin dijadikan subjek di sekolah kebangsaan, maka beliau wajar terlebih dahulu membuktikan kesungguhan dengan melaksanakan perkara yang sama di Pasti,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Media melaporkan, Tuan Ibrahim dalam ucapan Muktamar Pas pada Sabtu mencadangkan supaya bahasa Cina dan Tamil diperkenalkan kepada semua murid di sekolah kebangsaan sebagai usaha memupuk perpaduan antara kaum.

Menurut Lim Eng, bahasa Cina dan Bahasa Tamil sudah lama ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah kebangsaan.

“Cadangan ini jelas membuktikan beliau tidak memahami sistem pendidikan sedia ada atau lebih buruk, sengaja mahu memainkan sentimen perkauman dengan menimbulkan isu yang tidak wujud,” ujarnya.

Kata beliau, Pas juga diingatkan supaya tidak menjadikan isu pendidikan kanak-kanak sebagai bahan politik murahan.

“Persoalan utama kini adalah adakah ini pendirian rasmi Pas atau sekadar pandangan peribadi Tuan Ibrahim?

“Jika ini hanya retorik peribadi, janganlah mempergunakan isu pendidikan untuk meraih perhatian.

“Jika ini benar-benar dasar baharu Pas, sila nyatakan dengan jelas dan buktikan pelaksanaan segera di Pasti,” menurut Lim Eng.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tiada keperluan mansuh sistem matrikulasi – Fadhlina



NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada keperluan untuk memansuhkan matrikulasi kerana sistem ini dan prauniversiti iaitu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diiktiraf serta memenuhi merit kemasukan ke universiti awam (UA).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kedua-dua sistem itu telah lama menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara dan memainkan peranan penting dalam menyediakan akses pendidikan tinggi kepada pelajar.

“Saya mengikuti debat dan juga perbincangan itu (memansuhkan matrikulasi), cuma saya ingin nasihatkan supaya ia tidak keterlaluan, dan juga maksudnya dalam aspek STPM dan matrikulasi ini telah pun berada dalam sistem pendidikan kita begitu lama.

“Kedua-duanya ada keistimewaan masing-masing dan juga memenuhi merit untuk masuk ke universiti awam, malah KPM dalam masa sama memberi komitmen penuh untuk terus menambah baik berdasarkan pandangan serta cadangan yang diterima dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kongres Prauniversiti MADANI 2025 Peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya Tang Yi Ze dilaporkan menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan STPM dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di UA.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata KPM juga sentiasa memberi perhatian penuh kepada aspek akademik dan kebajikan pelajar dalam kedua-dua sistem itu dan usaha penambahbaikan akan diteruskan secara berperingkat.

Beliau berkata KPM juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan program tingkatan enam termasuk memartabatkan serta memperkasakan aspek kepimpinan pelajar melalui pelaksanaan pilihan raya pelajar baru-baru ini.

“Ia termasuk dalam konteks program-program dan juga memberikan mereka keupayaan dalam sudut kepimpinan dengan melaksanakan pemilihan pilihan raya, itu sebahagian yang sudah pun kami laksanakan dalam konteks untuk memartabatkan pelajar STPM dan tingkatan enam.

“Jadi, ke hadapan ini saya fikir banyak lagi dan kita kena laksanakan dalam keadaan hari ini. Jangan kita bertelagah dalam isu-isu yang tidak mendatangkan apa-apa, maknanya mengundang persepsi yang tidak baik kepada kedua-dua program ini kerana kedua-duanya ketika ini adalah program sokongan penuh kepada pendidikan, akses pendidikan anak-anak kita,” katanya.–AlHijrah Online


Sumber | AlHijrah Online

 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo