NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Siapa Benarkan Patung Gergasi Naik Pentas? Asmak Persoal Kelulusan Konsert The Weeknd

KUALA LUMPUR, 12 November – Pendakwah, Ustazah Asmak Husin mempersoalkan pihak yang meluluskan penggunaan patung robot wanita gergasi dalam konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu.

Beliau membangkitkan persoalan itu susulan penggunaan arca robot wanita berwarna emas dan krom yang menonjolkan bentuk tubuh wanita, selain penari berjubah merah dalam persembahan berkenaan.

Menurut Asmak, elemen visual tersebut menimbulkan persoalan mengenai kesesuaiannya dengan nilai agama, adab serta citra budaya masyarakat Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun patung berkenaan merupakan sebahagian daripada konsep persembahan jelajah dunia penyanyi itu, penggunaannya di Malaysia sewajarnya diteliti berdasarkan garis panduan dan sensitiviti tempatan.

Bagaimanapun, Asmak menjelaskan beliau tidak menuduh persembahan itu sebagai ritual pemujaan kerana tidak mempunyai bukti untuk membuat dakwaan sedemikian.

Sebaliknya, beliau mahu pihak berkaitan menjelaskan bagaimana elemen persembahan tersebut boleh dibenarkan dan siapa yang bertanggungjawab meluluskan kandungannya.

Asmak turut membangkitkan kebimbangan mengenai pengaruh elemen hiburan antarabangsa terhadap generasi muda serta kemungkinan sesuatu paparan yang dipertikaikan akhirnya dianggap sebagai perkara biasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan pada 9 November memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang bekerjasama dengan urus setia Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi meneliti dakwaan berhubung konsert berkenaan.

Penelitian itu bertujuan mengesahkan dakwaan yang timbul serta memastikan persembahan tersebut mematuhi syarat kelulusan yang ditetapkan.

Zulkifli turut menegaskan bahawa tindakan berdasarkan undang-undang dan fakta sahih akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran.

Setakat ini, dakwaan mengenai unsur pemujaan masih dalam penelitian pihak berkuasa dan belum diputuskan sebagai satu pelanggaran.

Isu berkenaan sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai keseimbangan antara usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi konsert antarabangsa dengan keperluan memastikan setiap persembahan menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat tempatan.

Fazley Yaakob Lamar Datuk Seri Vida Dengan Kejutan 1,200 Dron, Belanja Cecah RM500,000

KUALA LUMPUR, 10 November 2026 – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian apabila melamar usahawan terkenal, Datuk Seri Vida menerusi kejutan istimewa yang diserikan dengan pertunjukan 1,200 dron dalam satu acara hiburan, malam tadi.

Lamaran penuh kejutan itu berlangsung pada acara 11.11 Mega Stock Live Concert, sekali gus menjadi detik penting dalam hubungan pasangan selebriti berkenaan yang sebelum ini sering menjadi perhatian ramai.

Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley menghadiahkan sebentuk cincin khas bernilai RM7,000 hasil rekaan Habib Jewels. Cincin berkenaan direka menyerupai tiara, mengambil inspirasi daripada imej mahkota yang sering menjadi identiti Datuk Seri Vida.

Lebih menarik, keseluruhan kejutan romantis itu difahamkan menelan belanja kira-kira RM500,000.

Fazley turut menyampaikan dua buah lagu sebelum melancarkan kejutan berkenaan, termasuk lagu Di Alam Fana Cinta yang merupakan antara lagu kegemarannya.

Hubungan Fazley dan Vida mula mendapat perhatian selepas kedua-duanya dikaitkan menerusi program realiti Talk To My Manager musim kedua.

Perkenalan mereka juga dikatakan bermula melalui usikan anak-anak masing-masing yang mengatur pertemuan pertama di sebuah restoran Jepun.

Sebelum ini, Fazley pernah mengakui hubungan mereka semakin serius dan tidak menolak hasrat untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa beberapa urusan keluarga dan dokumentasi perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Lamaran tersebut kini menandakan perkembangan terbaharu hubungan pasangan berkenaan yang sebelum ini sering mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat dan pengikut media sosial. - 1Media.my

AGC akan fail semakan keputusan bebas Da’i Syed



PETALING JAYA:
 Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan semalam yang membebaskan Da’i Syed atau nama Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada pertuduhan merogol.

Dalam kenyataan, AGC berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti alasan penghakiman Mahkamah Rayuan.

“AGC mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 Nov 2026 menerusi keputusan majoriti yang telah melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Setelah meneliti alasan-alasan penghakiman oleh panel hakim Mahkamah Rayuan, pendakwa raya memutuskan bahawa satu permohonan semakan akan difailkan di bawah Kaedah 105 Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994,” menurut kenyataan itu.

AGC memaklumkan permohonan itu akan berlandaskan prinsip perundangan dan kriteria serta ambang yang ditetapkan bagi pelaksanaan bidang kuasa semakan Mahkamah Rayuan seperti yang digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Asean Security Paper Mills Sdn Bhd v Mitsui Sumitomo Insurance (Malaysia) Bhd.

“Sehubungan dengan itu, hujahan pihak pendakwaan akan tertumpu kepada persoalan sama ada terdapat keadaan luar biasa yang memenuhi ambang perundangan tersebut bagi membolehkan mahkamah mempertimbangkan pelaksanaan bidang kuasa semakannya.”

Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya mencapai keputusan majoriti 2-1 itu dibuat Hakim Azman Abdullah, yang mengetuai panel tiga hakim dengan Radzi Abdul Hamid membenarkan rayuan akhir Syed Shah Iqmal.

Hakim Meor Hashimi Abdul Hamid pula menentang keputusan itu.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam, kira-kira 1.35 pagi 11 Sept 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Namun, Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan memerintahkan Syed Shah Iqmal membela diri.


Sumber | FMT Malaysia









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

'Dia mahu kami dirawat bersama, tapi ALLAH ambil dia dulu' - Anak kedua Amyza Aznan



HASRAT untuk berjuang melawan kanser bersama-sama tidak kesampaian apabila abang kepada Adrian Adam, Allahyarham Andre Mikhail, meninggal dunia pada malam Isnin.

Andre, yang menghidap kanser paru-paru, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 10.15 malam. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang pada Selasa.

Memetik laporan Media Hiburan, Adrian yang merupakan anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan berkata, dia menerima pemergian abangnya dengan hati yang reda walaupun jauh di sudut hati tersimpan kesedihan yang mendalam.

“Saya anggap ini satu ujian dan takdir ALLAH. Saya reda. Sekarang saya kena kuat, terutama untuk ibu, ayah dan adik. Saya yang perlu pikul tanggungjawab sebagai anak sulung,” katanya selepas selesai urusan pengebumian.

Lebih menyentuh hati, Adrian sendiri kini sedang berdepan ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang.

Menurutnya, arwah antara individu yang banyak memberi semangat sepanjang dia menjalani rawatan.

“Dia beri saya sokongan bila saya tahu tentang kanser saya. Dia mahu kami dirawat bersama-sama, tapi takdir ALLAH ambil dia dahulu. Tak mengapalah, saya terima. Saya akan teruskan dengan semangat abang,” ujarnya.

Adrian turut berkongsi detik-detik akhir bersama arwah. Katanya, ketika kali terakhir mereka berbual, keadaan abangnya kelihatan lemah dan kurang bermaya.

“Dia seperti mamai dan tidak banyak bercakap. Saya biarkan dia berehat. Keesokannya dia sedar, tetapi saya tiada di sisi. Nenek sempat bercakap dengannya sebelum dia kembali tidur dan selepas itu keadaannya semakin nazak,” katanya.

Dalam suasana duka itu, Adrian dan keluarga turut tersentuh dengan kehadiran rakan-rakan serta kenalan industri yang hadir memberikan penghormatan terakhir walaupun hubungan mereka tidak begitu rapat.

“Saya anggap ia satu anugerah bila ramai datang dan mendoakan arwah. Kami terharu,” katanya lagi.

Walaupun impian untuk melalui rawatan kanser sebagai dua beradik tidak menjadi kenyataan, Adrian tekad untuk meneruskan perjuangan kesihatannya dengan membawa bersama kenangan dan semangat yang ditinggalkan oleh abang tercinta.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Netflix Sahkan Ambil Alih Warner Bros, HBO dan DC Studios Bernilai RM340 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Netflix hari ini mengumumkan pengambilalihan rasmi terhadap sebahagian besar perniagaan Warner Bros. Discovery (WBD) termasuk Warner Bros Television, Warner Bros Motion Picture Group, DC Studios, HBO dan HBO Max.

Langkah bernilai $82.7 bilion (RM340 bilion) itu menjadikan Netflix pemilik kepada pelbagai IP besar seperti DC Comics, Harry Potter, Game of Thrones dan katalog Hanna-Barbera.

Bagaimanapun, bahagian Global Networks — termasuk CNN, TNT Sports, Discovery Networks, Discovery+ dan Bleacher Report — tidak termasuk dalam pembelian.

Netflix berkata proses ini dijangka dimuktamadkan menjelang suku ketiga 2026, tertakluk kepada kelulusan badan anti-monopoli Amerika Syarikat.

Pengambilalihan itu mengejutkan industri kerana Paramount Skydance dan Comcast sebelum ini dilihat sebagai pesaing utama dalam bidaan.

Dengan pengambilalihan ini, Netflix dijangka mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain terbesar dalam industri penstriman global.

PERKASA soal sikap berdiam kerajaan dalam kes hina Islam




BANGI, 4 RAMADAN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mempersoalkan tindakan pilih kasih kerajaan dalam menyiasat insiden penghinaan agama di Malaysia. 

 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata tindakan tegas perlu dikenakan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan kedudukan.

 

“PERKASA menggesa pihak kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat apakah akta kaum, agama dan raja (3R) yang dilaungkan oleh kerajaan hanya memihak kepada satu-satu pihak? 

 

“Jika Melayu, hukuman terus diberikan. Jika bukan Melayu, hanya diam sahaja? PERKASA menuntut penjelasan pihak kerajaan dalam isu ini?

 

“Jangan butakan mata dan bisukan suara rakyat dengan menghalang hak kebebasan bersuara untuk terus menegur dan mengkritik satu-satu dasar yang mendatangkan kerugian,” katanya.  

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam mempersoalkan sikap berdiam diri kerajaan dalam beberapa kes penghinaan terhadap Islam.

 

Tular video tiga penyampai radio ERA dilihat mempersendakan upacara Hindu semalam sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penganut Hindu. 


Nabil, Azad dan Radin hari ini selesai memberikan keterangan di Bukit Aman berhubung dakwaan menghina agama.


Sebanyak 44 laporan diterima pihak polis berkaitan isu penghinaan agama oleh penyampai radio berkenaan. 


Dalam perkembangan sama, Irwan mengingatkan hak bersuara rakyat tidak boleh dikekang dengan alasan menjaga keharmonian negara.

 

Katanya, tiada mana-mana pihak yang boleh membutakan mata mengenai hak kebebasan bersuara rakyat dalam menegur dasar kerajaan.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pantas siasat penyampai, Dr Akmal tunggu giliran pelawak




BANGI, 4 RAMADAN — Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak berkuasa berlaku adil dalam melaksanakan undang-undang tanpa mengira latar belakang individu terlibat.


Ketua Pemuda UMNO itu berkata demikian susulan tindakan yang diambil terhadap tiga penyampai radio ERA mempermainkan isu sensitif melibatkan penganut agama Hindu.

 

“Saya menyokong apabila tiga penyampai radio yang mempermainkan isu sensitif bagi penganut Hindu dikenakan tindakan.

 

“Satu tindakan hukuman perlu diberikan kepada mereka dan tiada siapa pun yang boleh terkecuali dalam tindakan ini tidak kira agama, bangsa dan negara.

 

“Apa perkembangan bagi kes Cecilia Yap dan Harith Iskander yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad SAW dan agama Islam?” soalnya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas video tular membaitkan tiga penyampai Radio ERA. 

 

Katanya, norma buat dahulu, minta maaf kemudianadalah tidak wajar dan tidak boleh diterima dalam masyarakat berikutan kes terdahulu membabitkan penjual jagung.


“Undang-undang terpakai untuk semua, bukan terpilih mengikut sokongan orang berpengaruh,” katanya. 

 

Dr Akmal menegaskan tindakan penjual jagung sebelum ini mencerminkan budaya tidak bertanggungjawab yang saban hari semakin berleluasa.

 

Katanya, undang-undang harus diterapkan secara adil dan bukannya berdasarkan pengaruh individu mahupun jawatan mereka. 


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Hina upacara Hindu, Fahmi gesa SKMM panggil Astro Radio




BANGI, 3 RAMADAN  — Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera menyiasat kakitangan stesen radio Astro.

 

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata suruhanjaya itu perlu memanggil pihak pengurusan Astro hadir ke Ibu Pejabat SKMM bagi memberi keterangan lengkap, lapor Berita Harian.


“Kami sudah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain.


“Saya arahkan SKMM menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil pihak Astro dan pengurusan stesen radio itu hadir memberi penjelasan lanjut di Ibu Pejabat SKMM,” katanya.

 

Penyampai radio ERA hari ini membuat permohonan maaf susulan video kontroversi mempersendakan upacara agama Hindu.

 

Klip video itu mencetuskan kemarahan ramai kerana dianggap sebagai penghinaan serius terhadap tradisi Hindu.

 

Fahmi berkata tindakan memanggil mereka adalah bagi memastikan tindakan yang setimpal dapat diambil mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

 

Sementara itu, Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang melahirkan kekesalan dan mengutuk tindakan mereka yang menghina mana-mana agama termasuk agama Hindu.


“Tindakan sedemikian jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi asas negara ini.

 

“Kita harus sentiasa menjaga dan menghormati sensitiviti agama dan budaya yang ada di  Malaysia,” katanya.


Beliau juga mengingatkan agar semua pihak bertanggungjawab dan tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci di kalangan penganut agama.


Katanya, setiap tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut boleh didakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

30 tahun dalam industri, Helmi mahu ganti penyampai ERA




BANGI, 4 RAMADAN — Pelawak, Helmi Harun berhasrat menggantikan tempat tiga penyampai radio yang terpalit kontroversi menghina agama Hindu baru-baru ini.


Helmi, 64, bekas pengacara Famili Ceria percaya pengalaman lebih 30 tahunnya dalam industri hiburan tidak akan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.


“Kasi Helmi Gimmick saja jadi DJ ERA. 30 tahun lawak tidak hina agama dan bangsa,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 


Hantaran Helmi mendapat reaksi positif peminat yang menganggapnya sebagai pelawak berpengalaman tanpa mencetuskan kontroversi menghina agama dalam jenaka. 

 

Rata-rata penyokong Helmi menyuarakan sokongan penuh terhadap cadangan menggantikan pelakon filem “Mr Cinderella” dengan penyampai radio tersebut. 

 

“Helmi kalau DJ mesti padu seangkatan Arwah Din Beramboi,” kata Elham Mey.

 

“Aku setuju. Helmi punya cara menyatu-padukan berbilang bangsa. Setuju,”

Kata Mohd Zulkarnain Zul. 

 

Dalam pada itu, ramai warga maya menyuarakan kekecewaan terhadap penyampai radio yang terlibat dalam kontroversi tersebut.

 

Mereka berpandangan stesen radio perlu lebih berhati-hati dalam memilih penyampai agar insiden seumpama itu tidak berulang.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Korang Tahu Filem Iron Man? - Dialah Yang Selamatkan Marvel


"Korang Tahu Filem Iron Man? - Dialah Yang Selamatkan Marvel Dari Hutang Sebanyak $700 Juta Dolar"

MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang mencipta dunia dengan penuh kebijaksanaan dan kurniaan. Dengan izin-Nya, manusia diberi akal fikiran untuk mencipta, membina, dan bangkit daripada kejatuhan yang kelihatan mustahil. Dalam sejarah Marvel, kita dapat melihat keajaiban ini berlaku – sebuah syarikat yang hampir musnah, bangkit menjadi empayar hiburan terbesar dunia, mengubah bukan sahaja cara filem dihasilkan tetapi juga bagaimana dunia menikmatinya.

Pada tahun 1996, Marvel berada di ambang kehancuran. Hutang mereka mencecah $700 juta, saham syarikat menjunam 99.9%, dan jualan komik merosot 70%. Keadaan bertambah buruk apabila mereka terpaksa memberhentikan satu pertiga daripada tenaga kerja dan tidak mampu membayar pembekal kertas. Marvel ketika itu dianggap "mati," dipersenda oleh industri sebagai syarikat yang tiada masa depan. Namun, Allah mentakdirkan perjalanan yang luar biasa bagi mereka yang tidak menyerah kalah.

Dalam keadaan terdesak, Marvel menjual hak filem untuk beberapa watak utama mereka. X-Men dijual kepada Fox, Spider-Man kepada Sony, dan Fantastic Four kepada Constantin Film. Langkah ini mungkin kelihatan bijak pada masa itu, tetapi ia juga bermaksud Marvel kehilangan watak terbaiknya. Yang tinggal hanyalah watak-watak "kelas kedua" seperti Iron Man, Thor, Captain America, dan Black Widow – watak-watak yang tidak dikenali ramai atau dianggap kurang bernilai. Tetapi, dalam kekurangan inilah bermulanya kisah kebangkitan mereka.

Pada tahun 2008, Marvel Studios membuat keputusan yang berani – mereka meminjam $525 juta, menggunakan hak watak-watak yang mereka miliki sebagai cagaran, untuk menghasilkan filem pertama mereka sendiri, Iron Man. Pilihan mereka juga tidak mudah. Watak Iron Man ketika itu tidak terkenal, dan Robert Downey Jr., yang dipilih sebagai pelakon utama, dilihat sebagai risiko besar akibat sejarah peribadinya yang bermasalah. Namun, keberanian Marvel berbayar apabila Iron Man berjaya mencatat kutipan $585 juta di seluruh dunia, sekali gus meletakkan asas untuk perjalanan baharu mereka.

Filem Iron Man bukan sahaja membuka jalan kepada kejayaan Marvel tetapi juga memperkenalkan satu konsep baharu yang belum pernah dicuba – alam semesta sinematik. Setiap filem yang mereka hasilkan selepas itu saling berkaitan, mencipta pengalaman menonton yang lebih mendalam dan kompleks. Penonton bukan sahaja menonton filem; mereka melibatkan diri dalam naratif yang bersambung, yang memaksa mereka untuk terus kembali ke pawagam. Strategi ini menjadi kunci kepada kejayaan Marvel yang luar biasa.

Antara pencapaian terbesar Marvel ialah kejayaan filem Avengers: Endgame, yang mencatat kutipan $2.798 bilion, menjadikannya filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam, mengalahkan Avatar (2009). Selain itu, Marvel memperkenalkan siri post-credit scenes yang kini menjadi standard dalam filem Hollywood, satu langkah yang mencetuskan rasa ingin tahu dan memastikan penonton terus menantikan sambungan cerita.

Marvel tidak berhenti di pawagam sahaja. Dengan pengambilalihan oleh Disney pada tahun 2009 dengan nilai $4 bilion, Marvel melangkah ke era baharu. Disney memberikan Marvel platform untuk berkembang melalui kandungan eksklusif di Disney+, seperti siri WandaVision dan Loki, yang kini ditonton oleh ratusan juta peminat. Kejayaan ini bukan sahaja menjadikan Marvel empayar hiburan tetapi juga membuka peluang baharu untuk mendekati peminat di seluruh dunia.

Salah satu aspek menarik dalam naratif Marvel ialah penggunaan elemen saintifik dan teknologi. Filem seperti Ant-Man memperkenalkan konsep kuantum, manakala Doctor Strange menggunakan idea dimensi yang berkait rapat dengan fizik moden. Walaupun tidak sepenuhnya saintifik, elemen-elemen ini memperkayakan imaginasi dan menghubungkan penonton dengan dunia sains dan teknologi secara tidak langsung.

Selain itu, Marvel juga membuktikan bahawa watak-watak kecil mampu mencuri perhatian. Guardians of the Galaxy, yang hampir tidak dikenali sebelum ini, menjadi fenomena global selepas filem mereka ditayangkan. Ia membuktikan bahawa dengan penceritaan yang baik, watak-watak yang dianggap "tidak penting" mampu menjadi ikon budaya pop.

Hari ini, Marvel berdiri sebagai simbol kejayaan. Dengan lebih 32 filem yang saling berkaitan dan kutipan keseluruhan lebih $29.5 bilion, Marvel Studios bukan sahaja memimpin industri filem tetapi juga mengubah cara filem dihasilkan dan dinikmati. Daripada filem kepada platform digital, Marvel terus memecahkan rekod dan mencipta standard baharu.

Jika Marvel mampu bangkit dari kejatuhan yang hampir menamatkan riwayat mereka, apa alasan kita untuk tidak mampu bangkit? Bayangkan sebuah syarikat yang berhutang $700 juta, sahamnya jatuh hampir 99.9%, dan dipersenda sebagai "syarikat mati." Namun, mereka tidak menyerah. Dengan keberanian mengambil risiko besar melalui filem Iron Man, Marvel membuktikan bahawa kejatuhan bukan penamat, tetapi permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat. Begitu juga dengan kita. Dalam hidup, cabaran dan kegagalan bukanlah penghalang tetapi batu loncatan. Dengan usaha gigih, visi yang jelas, dan keyakinan kepada diri sendiri, kita semua mampu mencipta kejayaan luar biasa. Ingatlah, bangkit daripada kegagalan adalah satu pilihan. Jika Marvel mampu menukar ujian menjadi kejayaan, maka anda juga mampu mengubah cerita hidup anda menjadi sebuah kisah inspirasi. MasyaAllah, betapa Allah memberikan kita peluang untuk terus melangkah, tidak kira sebesar mana halangan yang kita hadapi.

MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang memberikan manusia akal fikiran untuk mencipta keajaiban seperti ini. Kisah Marvel adalah bukti bahawa dengan usaha, keberanian, dan visi yang jelas, tiada apa yang mustahil. Dari sebuah syarikat yang hampir runtuh, mereka bangkit menjadi pemimpin dalam dunia hiburan. Semoga kita mengambil inspirasi daripada kisah ini, terus bersyukur atas nikmat-Nya, dan berusaha mencipta keajaiban dalam hidup kita sendiri. Segala puji bagi Allah, yang Maha Bijaksana, yang memberikan kekuatan kepada manusia untuk mencipta sesuatu yang luar biasa.

___


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pelawak Popular Ditahan di Jeddah: Kisah Mengejutkan yang Menggemparkan Dunia Hiburan

Gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR: Dunia hiburan dikejutkan dengan berita seorang pelawak terkenal ditahan di Lapangan Terbang Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja semasa dalam perjalanan menunaikan umrah, dua bulan lalu.

Menurut laporan Utusan, pelawak tersebut masih berada dalam tahanan pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut. Kejadian ini berlaku ketika dia bersama beberapa rakan menunaikan ibadah umrah, namun segalanya berubah apabila dia disyaki membawa bahan terlarang.

Masih Aktif di Media Sosial? Yang menarik perhatian, akaun media sosial pelawak ini tetap ‘hidup’ dengan beberapa hantaran baharu. Namun, dipercayai kandungan itu diuruskan sepenuhnya oleh pasukan pengurusannya, menimbulkan persoalan di kalangan peminat.

Kembali ke Kaca TV? Lebih mengejutkan, pelawak ini dijangka muncul dalam sebuah program televisyen tidak lama lagi. Program itu, bagaimanapun, dirakam sebelum insiden penahanannya berlaku, membuatkan ramai yang tidak sabar menantikan perkembangan lanjut.

Pihak Harian Metro kini sedang mendapatkan maklumat tambahan daripada keluarga, persatuan, dan pihak berkuasa untuk merungkai misteri di sebalik penahanan ini. Apakah nasib pelawak kesayangan ramai ini? Teruskan mengikuti perkembangan kisah sensasi ini!

Sumber asal | Bharian
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Aina Abdul tunai permintaan ibu, 'lamar' Fattah Amin



PENYANYI Aina Abdul mendedahkan 'melamar' pelakon Fattah Amin sebagai model dalam video muziknya atas permintaan ibu, Zaini Abdullah.

Kongsi Aina atau nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, sebaik ibunya mendengar keseluruhan lagu tersebut, wanita itu mencadangkan Fattah sebagai model video muzik lagu itu.

"Mak Aina adalah orang pertama yang mendengar lagu ini dan dia kata perlu ada hero dalam muzik video ini.

"Kemudian mak cakap, panggillah Fattah sebagai hero video muzik ini," kongsinya menerusi Instagram.

Tambah Aina, dia berdebar sewaktu mengusulkan hasrat menjadikan Fattah sebagai model video muziknya melalui pengurus selebriti itu.

"Berdebar juga ketika kali pertama nak usulkan perkara ini pada pengurus Fattah. Alhamdulillah dia setuju," ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai single terbabit, Aina berkata, Jadi Ajar Aku dihasilkan sebaik dia selesai menunaikan umrah pada April lalu.

"Lagu ini dihasilkan tanpa piano, tetapi melodi dan lirik mengalir dengan lancar," jelasnya.

Sekadar info, lagu video muzik berkenaan sudah mendapat lebih 47,000 tontonan di saluran YouTube Aina Abdul walaupun baru 17 jam di muat naik.



Sumber | Sinar Harian 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo