BANGI, 4 RAMADAN — Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak berkuasa berlaku adil dalam melaksanakan undang-undang tanpa mengira latar belakang individu terlibat.
Ketua Pemuda UMNO itu berkata demikian susulan tindakan yang diambil terhadap tiga penyampai radio ERA mempermainkan isu sensitif melibatkan penganut agama Hindu.
“Saya menyokong apabila tiga penyampai radio yang mempermainkan isu sensitif bagi penganut Hindu dikenakan tindakan.
“Satu tindakan hukuman perlu diberikan kepada mereka dan tiada siapa pun yang boleh terkecuali dalam tindakan ini tidak kira agama, bangsa dan negara.
“Apa perkembangan bagi kes Cecilia Yap dan Harith Iskander yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad SAW dan agama Islam?” soalnya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas video tular membaitkan tiga penyampai Radio ERA.
Katanya, norma buat dahulu, minta maaf kemudianadalah tidak wajar dan tidak boleh diterima dalam masyarakat berikutan kes terdahulu membabitkan penjual jagung.
“Undang-undang terpakai untuk semua, bukan terpilih mengikut sokongan orang berpengaruh,” katanya.
Dr Akmal menegaskan tindakan penjual jagung sebelum ini mencerminkan budaya tidak bertanggungjawab yang saban hari semakin berleluasa.
Katanya, undang-undang harus diterapkan secara adil dan bukannya berdasarkan pengaruh individu mahupun jawatan mereka.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


DATUK YIP KUM FOOK ialah gelaran Datuk yang perlu dikembalikan kepada Sultan Selangor tidak lama lagi, kerana namanya telah tercemar dalam kalangan masyarakat Cina dan Buddha di Malaysia. Ramai orang berkongsinya di internet, dan gosip berleluasa di mana-mana di Malaysia.
ReplyDeleteKami orang Cina sangat tidak berpuas hati dengannya kerana kali terakhir dia menipu ramai orang Cina kami di Kepong. Sekarang, ramai orang kami tahu dia penipu IC dan mengumpul IC untuk melakukan penipuan.
Ini menjadikan masyarakat Cina kita sangat malu dan berkualiti rendah di Malaysia. Hari ini, semua orang tahu tentang apa yang berlaku di Taman Desa Jaya, Kepong. Sebaliknya, dia perlu menutup pejabat peguam itu kerana semua orang tahu dia seorang peguam palsu.
Sila kongsikan dengan semua orang di Malaysia, dan berhati-hati dengannya. Terima kasih.
Oleh Danny Wong, Taman Desa Jaya, Kepong