Video terkini

1MediaTV

NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

THE WEEKND, PENJAJAHAN DAN NORMALISASI BUDAYA?

Antara lagu yang dinyanyikan oleh The Weeknd, penyanyi daripada Canada di Malaysia baru-baru ini adalah lagu “Often”. 

Antara liriknya adalah begini:-

🟥“In my city I'm a young god
That pus*# kill be so vicious
My god white, he in my pocket
He get me redder than the devil 'til I go nauseous
She asked me if I do this every day, I said, "Often"
Asked how many times she rode the wave, not so often (baby)

Bitches down to do it either way, often
Baby, I can make that pus*# rain, often
Often, often, girl, I do this often
Make that pus*# poppin', do it how I want it
Often, often, girl, I do this often
Make that pus*# poppin', do it how I want it
Often”🟥

Ya, sangat menggelikan. Lucah, tidak beradab, lirik yang hitam (dark) dan membawa unsur-unsur seksual tanpa batas. 

Konsert The Weeknd dihadiri ribuan penonton. Ramai peminat di Malaysia. Saya pun hairan daripada mana.

Persembahan beliau yang bersifat “dark” menimbulkan kontroversi. Patung wanita telanjang, karya Hajime Sorayama menghiasi pentas. Hajime terkenal dengan patung wanita telanjang, kononnya atas nilai artistik.

Kemudian penari berjubah merah. Dengan percikan api. Seolah-olah ritual penyembahan. 

Tengok pula lirik lagu “Lost in the fire” ini:-

🟥“I wanna fu*# you slow with the lights on (lights on, lights on, lights on)
You're the only one I've got my sights on (sights on, sights on, sights on)
Type of sex you could never put a price on (price on, price on, price on)
I'll take it off, you're the one I'll roll the dice on (dice on, dice on, dice on)
And I just want a baby with the right one
(I just want a baby with the right)
'Cause I could never be the one to hide one
(I could never be the one to hide)”🟥

Dan lirik lagu “Wicked Games” ini:-

🟥“Bring your love, baby, I could bring my shame
Bring the drugs, baby, I could bring my pain
I got my heart right here
I got my scars right here
Bring the cups, baby, I could bring the drank
Bring your body, baby, I could bring you fame
And that's my motherfuc*#ng words too
Just let me motherfu*#ng love you”🟥

Kombinasi persembahan pentas yang “dark”, patung wanita telanjang yang erotik, dan lirik-lirik lagu lucah dan berunsur budaya negatif ini membawa hanya satu kesimpulan.

Ia bukan lagi hedonistik, ia penjajahan budaya yang sangat berat. 

Benar, Malaysia tidak boleh menolak hiburan. Kononnya sebelum ini yang dikatakan melonggarkan kebenaran konsert adalah akan bertumpu kepada persembahan kebudayaan tradisional.

Namun, yang menikmati kelonggaran itu adalah penjajahan budaya. Buruk sifatnya.

Kerajaan perlu segera bertindak. Siasatan sedang dijalankan. Namun tindakan yang lebih penting ialah merangka dasar hiburan dengan penguatkuasaan yang jelas.

Sudah-sudahlah tenggelam dalam budaya sesat ini hanya atas nama pembangunan ekonomi dan penjanaan pendapatan lumayan.

Bukankah rukun negara ialah “kesopanan dan kesusilaan”?

DR YUSFARIZAL YUSSOFF
Ketua Penerangan
PAS Selangor


Siapa Benarkan Patung Gergasi Naik Pentas? Asmak Persoal Kelulusan Konsert The Weeknd

KUALA LUMPUR, 12 November – Pendakwah, Ustazah Asmak Husin mempersoalkan pihak yang meluluskan penggunaan patung robot wanita gergasi dalam konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu.

Beliau membangkitkan persoalan itu susulan penggunaan arca robot wanita berwarna emas dan krom yang menonjolkan bentuk tubuh wanita, selain penari berjubah merah dalam persembahan berkenaan.

Menurut Asmak, elemen visual tersebut menimbulkan persoalan mengenai kesesuaiannya dengan nilai agama, adab serta citra budaya masyarakat Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun patung berkenaan merupakan sebahagian daripada konsep persembahan jelajah dunia penyanyi itu, penggunaannya di Malaysia sewajarnya diteliti berdasarkan garis panduan dan sensitiviti tempatan.

Bagaimanapun, Asmak menjelaskan beliau tidak menuduh persembahan itu sebagai ritual pemujaan kerana tidak mempunyai bukti untuk membuat dakwaan sedemikian.

Sebaliknya, beliau mahu pihak berkaitan menjelaskan bagaimana elemen persembahan tersebut boleh dibenarkan dan siapa yang bertanggungjawab meluluskan kandungannya.

Asmak turut membangkitkan kebimbangan mengenai pengaruh elemen hiburan antarabangsa terhadap generasi muda serta kemungkinan sesuatu paparan yang dipertikaikan akhirnya dianggap sebagai perkara biasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan pada 9 November memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang bekerjasama dengan urus setia Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi meneliti dakwaan berhubung konsert berkenaan.

Penelitian itu bertujuan mengesahkan dakwaan yang timbul serta memastikan persembahan tersebut mematuhi syarat kelulusan yang ditetapkan.

Zulkifli turut menegaskan bahawa tindakan berdasarkan undang-undang dan fakta sahih akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran.

Setakat ini, dakwaan mengenai unsur pemujaan masih dalam penelitian pihak berkuasa dan belum diputuskan sebagai satu pelanggaran.

Isu berkenaan sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai keseimbangan antara usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi konsert antarabangsa dengan keperluan memastikan setiap persembahan menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat tempatan.

Iran Didakwa Edar Tablet Antiradiasi, Cetus Kebimbangan Ancaman Serangan Nuklear

TEHERAN, 12 November – Laporan mengenai pengagihan tablet iodin kepada penduduk berhampiran kemudahan nuklear Iran mencetuskan kebimbangan baharu berhubung kemungkinan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu.

Menurut laporan The Times of London yang dipetik media antarabangsa, tablet kalium iodida (KI) didakwa diedarkan kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari kemudahan nuklear, khususnya di kawasan Gunung Pickaxe, wilayah Isfahan.

Pengagihan itu dilaporkan sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan pencemaran radioaktif sekiranya berlaku serangan terhadap kemudahan nuklear berkenaan.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan Ketua Pusat Perhubungan Awam dan Maklumat Kementerian Kesihatan Iran, Hossein Kermanpour.

Beliau menegaskan tiada pegawai kementerian berkenaan pernah ditemu bual oleh The Times dan petikan kenyataan yang dikaitkan dengan kementerian itu adalah tidak benar.

Kermanpour turut menjelaskan bahawa sistem kesihatan Iran berada dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dan ancaman, namun keputusan mengisytiharkan negara dalam keadaan perang bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Laporan itu turut menyebut kemungkinan AS mempertimbangkan tindakan ketenteraan terhadap kemudahan nuklear Iran, termasuk kompleks pengayaan uranium Natanz dan tapak bawah tanah Gunung Pickaxe.

Tablet kalium iodida digunakan dalam situasi kecemasan tertentu bagi mengurangkan penyerapan iodin radioaktif oleh kelenjar tiroid. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan bahawa tablet berkenaan bukan penawar radiasi dan tidak melindungi tubuh daripada semua jenis pendedahan radioaktif.

Pengambilan tablet tersebut juga hanya wajar dilakukan apabila diarahkan oleh pihak berkuasa kesihatan kerana keberkesanannya bergantung pada masa dan keadaan pendedahan.

Dalam perkembangan berkaitan, media yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Iran mendakwa tablet berkenaan turut diedarkan serta disimpan sebagai stok di hospital di Bushehr, lokasi loji tenaga nuklear yang masih beroperasi di negara itu.

Bagaimanapun, setakat ini belum terdapat pengesahan bebas bahawa pengagihan tablet tersebut merupakan persediaan khusus menghadapi serangan nuklear.

Perkembangan itu memperlihatkan peningkatan kebimbangan keselamatan di Iran ketika ketegangan berkaitan program nuklearnya dan hubungan dengan Washington terus menjadi perhatian masyarakat antarabangsa. - 1Media.my

Najib Tidak Dibenarkan Terima Tetamu Tanpa Kebenaran Bertulis – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR, 12 November – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak dibenarkan menerima sebarang tetamu sepanjang menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Najib hanya dibenarkan tinggal bersama ahli keluarga yang ditetapkan, iaitu isteri, anak-anak, menantu dan cucu.

Beliau menjelaskan bahawa sekatan itu merupakan sebahagian daripada syarat yang terkandung dalam Perintah Pengampunan Bersyarat Lembaga Pengampunan, selain arahan serta tatacara kawalan yang ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia.

Menurutnya, Najib juga tidak dibenarkan tinggal bersama individu lain selain ahli keluarga berkenaan tanpa kebenaran bertulis.

Selain kawalan terhadap pergaulan dan lawatan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut tertakluk kepada larangan menghadiri majlis keramaian serta terbabit dalam sebarang aktiviti politik.

Saifuddin berkata, syarat tahanan rumah itu merangkumi empat aspek utama, iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan serta lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi, serta kewajipan menghadiri program pemulihan dan intervensi.

Najib juga hanya dibenarkan menggunakan peranti telekomunikasi yang didaftarkan oleh Jabatan Penjara bagi tujuan pemantauan dan pengesahan keberadaannya di kediaman.

Dalam pada itu, beliau tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atau ulasan melalui media mahupun mendedahkan diri dalam liputan media dan platform media sosial.

Saifuddin menegaskan bahawa sebarang pelanggaran terhadap syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan Najib dikembalikan ke Penjara Kajang atau mana-mana penjara yang ditentukan pihak berkuasa.

Najib kini menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah di kediamannya di No. 11, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, sehingga 23 Ogos 2028. - 1Media.my

Takiyuddin Persoal Kelewatan AGC Selesaikan Kekeliruan Perintah Najib

KUALA LUMPUR, 12 November – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengambil masa sehingga empat hari untuk menyelesaikan kekeliruan berkaitan perintah pelepasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalan itu dibangkitkan ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu, khususnya mengenai kelewatan pelaksanaan perintah tahanan rumah Najib selepas beliau menjelaskan pembayaran denda RM50 juta pada 6 November lalu.

Takiyuddin turut membangkitkan isu ketidakselarasan tindakan antara jabatan kerajaan serta keperluan menambah baik prosedur bagi mengelakkan kekeliruan sama berulang pada masa hadapan.

Menjawab persoalan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa Jabatan Penjara perlu mendapatkan nasihat AGC kerana agensi berkenaan bertanggungjawab melaksanakan arahan, bukannya mentafsir undang-undang.

Menurut Saifuddin, kekeliruan berpunca daripada penggunaan istilah Order of Discharge dalam dokumen Mahkamah Tinggi yang boleh ditafsirkan sebagai pembebasan serta-merta, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai bidang kuasa Jabatan Penjara terhadap Najib.

Beliau menjelaskan bahawa istilah discharge berbeza daripada release kerana kedua-duanya membawa implikasi undang-undang yang berlainan, khususnya berkaitan pelaksanaan tahanan rumah, pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib atau parol.

Saifuddin turut mempertahankan tindakan AGC mendapatkan penjelasan undang-undang sebelum pelaksanaan perintah diteruskan.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan perintah pelepasan bertarikh 6 November dan mengeluarkan perintah baharu yang lebih jelas bagi membolehkan baki hukuman Najib dalam kes SRC International dijalani melalui tahanan rumah.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri tidak pernah berniat mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan atau mengetepikan hak yang diberikan kepada Najib melalui pengampunan bersyarat.

Sebaliknya, tindakan kementerian adalah bagi memastikan setiap keputusan dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang dan mempunyai asas perundangan yang jelas.

Saifuddin menegaskan bahawa penghormatan terhadap institusi Raja dan prinsip kedaulatan undang-undang perlu bergerak seiring dalam sistem demokrasi beraja berperlembagaan.

Isu kelewatan pelaksanaan tahanan rumah Najib terus menjadi perhatian selepas beliau akhirnya dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta pada malam 10 November lalu untuk menjalani baki hukuman kes SRC International sehingga 23 Ogos 2028. - 1Media.my

Takiyuddin Persoal Kelewatan AGC Selesaikan Kekeliruan Perintah Najib

KUALA LUMPUR, 12 November – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengambil masa sehingga empat hari untuk menyelesaikan kekeliruan berkaitan perintah pelepasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalan itu dibangkitkan ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu, khususnya mengenai kelewatan pelaksanaan perintah tahanan rumah Najib selepas beliau menjelaskan pembayaran denda RM50 juta pada 6 November lalu.

Takiyuddin turut membangkitkan isu ketidakselarasan tindakan antara jabatan kerajaan serta keperluan menambah baik prosedur bagi mengelakkan kekeliruan sama berulang pada masa hadapan.

Menjawab persoalan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa Jabatan Penjara perlu mendapatkan nasihat AGC kerana agensi berkenaan bertanggungjawab melaksanakan arahan, bukannya mentafsir undang-undang.

Menurut Saifuddin, kekeliruan berpunca daripada penggunaan istilah Order of Discharge dalam dokumen Mahkamah Tinggi yang boleh ditafsirkan sebagai pembebasan serta-merta, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai bidang kuasa Jabatan Penjara terhadap Najib.

Beliau menjelaskan bahawa istilah discharge berbeza daripada release kerana kedua-duanya membawa implikasi undang-undang yang berlainan, khususnya berkaitan pelaksanaan tahanan rumah, pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib atau parol.

Saifuddin turut mempertahankan tindakan AGC mendapatkan penjelasan undang-undang sebelum pelaksanaan perintah diteruskan.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan perintah pelepasan bertarikh 6 November dan mengeluarkan perintah baharu yang lebih jelas bagi membolehkan baki hukuman Najib dalam kes SRC International dijalani melalui tahanan rumah.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri tidak pernah berniat mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan atau mengetepikan hak yang diberikan kepada Najib melalui pengampunan bersyarat.

Sebaliknya, tindakan kementerian adalah bagi memastikan setiap keputusan dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang dan mempunyai asas perundangan yang jelas.

Saifuddin menegaskan bahawa penghormatan terhadap institusi Raja dan prinsip kedaulatan undang-undang perlu bergerak seiring dalam sistem demokrasi beraja berperlembagaan.

Isu kelewatan pelaksanaan tahanan rumah Najib terus menjadi perhatian selepas beliau akhirnya dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta pada malam 10 November lalu untuk menjalani baki hukuman kes SRC International sehingga 23 Ogos 2028. - 1Media.my

ADUN lantikan: Mengapa GERAKAN, tidak DHPP?




KITA
 telah membaca berita berkenaan ADUN lantikan di Terengganu akan dirasmikan jawatan itu pada sidang DUN bulan ini. Pengumuman itu telah dibuat sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kempen PRN Melaka. Dan menjadi bualan kebanyakan orang ialah, mengapa wakil dari GERAKAN, bukan DHPP yang bakal dilantik?

Jika dilihat dalam sejarah tahaluf siyasi, belum pernah lagi PAS meninggalkan bukan Islam dalam gabungan mereka. 1973, dengan BN, MCA dan MIC ada bersama. CCC pada tahun 1985. Dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pula, DAP dan PBS sebagai wakil. Semasa membentuk Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), DAP sebagai tunjang bukan Islam. Terkini dalam Perikatan Nasional (PN), ada GERAKAN dan MIPP.

Dalam semua hubungan politik ini, akan ada sahaja bantahan dari kalangan ahli-ahli. Pada 1973, ahli PAS ada yang sanggup melukis lambang kepala lembu, walaupun wajah lembu itu banyak yang herot dari yang sempurna iaitu logo Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), kerana marah dengan keputusan pimpinan PAS bergabung dengan Umno, musuh tradisi PAS.

Tidak sedikit yang keluar PAS apabila PAS memilih Semangat 46, sebuah parti serpihan Umno pada tahun 1987 sebagai rakan baharu, bersama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawah Pairin Kitingan membentuk APU. Namun dalam BA dan PR, semangat ahli-ahli PAS agak berbeza. Mereka mahukan Umno dijatuhkan dan DAP diterima baik, sehinggakan ada pula yang rela menjadi pak turut DAP, keluar PAS.

PAS tidak tamak

Apa yang ramai pengkritik tertinggal dalam isu ADUN lantikan ini ialah, perbezaan hubungan antara GERAKAN dan DHPP. Dalam ruang lingkup nasional, GERAKAN adalah rakan tahaluf PAS dalam PN. Sementara DHPP ialah salah satu komponen dalam PAS. Jika kita bercakap mengenai hubungan mana yang lebih utama dijaga, ya, semestinya DHPP yang perlu diutamakan dan PAS kasihi.

Tetapi bukan isu kasih sayang dalam hal ini. Ini adalah hubungan antara rakan PN. Maka jika PAS meletakkan DHPP sebagai ADUN lantikan, maka jelaslah PAS mahu membolot jawatan itu. Ia akan kelihatan sama seperti PAS melantik wakil Dewan Pemuda, Ulamak atau Muslimat. Ia bukan masalah PAS tidak meyakini DHPP, tetapi kerana PAS tidak tamak kepada kedudukan dan tidak patut berbuat demikian dalam konteks hubungan dengan rakan PN.

Bagaimana pula dengan YB Zuraida Mohd Nor yang pertama kali dilantik sebagai ADUN lantikan kepada kaum wanita penggal lalu? Lihat sejarah kembali. PAS pada tahun 2018, bergerak secara solo dan YB Zuraida dilantik pada November 2018. PN terbentuk pada Ogos 2020, dua tahun selepas itu. Dan GERAKAN hanya menyertai PN pada Februari 2021.

Jelas, PAS Terengganu tiada komitmen apa-apa dengan mereka. Sedangkan dalam tahaluf yang dahulu, waktu PKR rakan yang paling miskin dan menyusahkan PASpun kita sanggup serahkan kerusi Dungun dengan calonnya pula orang luar Terengganu. Apalah sangat dengan lantikan yang PAS tidak kehilangan kerusi atas nama tahaluf?

PAS untung dalam tahaluf

Sejarah dalam tahaluf yang dibuat oleh PAS, ada untung dan ruginya. Akan tetapi sehingga kini, secara kolektif, ia jelas menguntungkan PAS yang mempunyai kerusi terbanyak, sehingga rekod PAS yang bersih itu, dicemburui oleh semua parti. Bacalah kembali sejarah Perjanjian Hudaibiyyah yang sering diulang-ulang bagi melihat strategi politik Rasulullah. Atau kisah Perang Hunain yang membekas itu.

Berapa ramai ahli-ahli PAS yang merajuk dahulu, akhirnya akur dan kembali menyertai PAS? Ini kerana merajuk mereka diasaskan dalam kumpulan yang kecil dan banyak menurut perasaan. Sementara keputusan syura PAS pula dibuat selepas lumat berbincang menggunakan akal dari berbagai sumber, disertai doa dan solat istikharah. Ramai pemerhati politik sekarang telah memberikan pujian kepada PAS setelah banyak keputusan bijak PAS lakukan.

PAS ada ramai ahli yang berbeza latar belakang. PAS menerima perbezaan mereka itu dengan syarat mesti mengikut cara PAS. Dan juga, jika ada pandangan luar yang mengkritik PAS, PAS juga bersedia mendengar, tetapi tidak menjadi kewajipan kepada PAS untuk sama ada menerima atau menerangkan kepada mereka apa strategi yang PAS mahu lakukan.

Ringkasnya pandangan orang luar bagaikan mata wang asing. Ia bernilai digunakan di negara mereka sendiri. Namun tidak laku digunakan di negara lain, kecuali ditukarkan dahulu untuk berbelanja. Oleh itu, kepada ahli-ahli PAS yang sedang mengkritik patut sedar yang ‘mata wang’ yang mana sedang mereka gunakan sekarang.

DHPP sebagai ‘benchmark’

Kita tidak perlu tanya apa sumbangan GERAKAN, tetapi kita menyokong komponen dalam PN untuk menyumbang kepada masyarakat bukan-Melayu, Islam di Terengganu.

Baca komen yang adil dari Dr Bala, Ketua DHPP Terengganu yang juga sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam, mewakili MB Terengganu. Sepatutnya beliaulah yang paling terasa hati, tetapi orang lain yang kelihatannya melebihi beliau.

Kritikan dan perasaan tidak puas hati terhadap keputusan-keputusan yang dibuat pimpinan adalah perkara biasa. Yang membezakannya ialah apabila pimpinan membuat keputusan, mereka wajib melaksanakannya ke tahap paling maksima.

Dan mereka mesti bersedia menerima segala kritikan dan kecaman, malah kutukan yang tidak sedikit datangnya dari ahli sendiri, selain pihak musuh.

Inilah yang membezakan kita, peringkat bawah dengan pimpinan di peringkat atas. Kita hanya goyang kaki di depan telefon atau komputer, sambil ‘memutuskan’, itu tidak kena dan itu tidak betul. Ironinya semua keputusan pimpinan terdahulu majoritinya tepat dan ‘keputusan’ pengkritik melawan keputusan pimpinan, hampir semuanya tersasar.

Presiden PAS menegaskan bahawa PAS boleh bekerjasama dengan parti bukan-Islam yang tidak ekstrem terhadap Melayu Islam. Maksudnya dahulu DAP, PBS kita anggap tidak ekstrem, sehingga dibuktikan, maka PAS mufaraqah. Sekarang GERAKAN, PAS tidak menganggapnya ekstrem, maka kita terima mereka dalam PN. Dan cara kerja GERAKAN akan diperhatikan dan dibandingkan dengan DHPP yang sudah terbukti itu.

MOHD NASIR ABDULLAH
11 November 2027 – HARAKAHDAILY11/11/2026









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Perkukuh suara JAKIM dalam kelulusan konsert




KUALA LUMPUR:
 Kerajaan Madani digesa memperkukuh peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam proses kelulusan konsert artis luar negara supaya pandangan agama diberikan pertimbangan sewajarnya sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat, Nushi Mahfodz berkata, kontroversi konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu mencetus pelbagai reaksi.

Menurut beliau, isu itu sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana pandangan JAKIM mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL).

Berdasarkan Garis Panduan PUSPAL versi 6.0, JAKIM hanya merupakan salah satu daripada 13 ahli tetap jawatankuasa berkenaan, manakala kehadirannya tidak diwajibkan bagi mencukupkan kuorum mesyuarat.

Katanya, keputusan dibuat berdasarkan majoriti, sekali gus membolehkan sesuatu persembahan diluluskan walaupun mendapat bantahan JAKIM atas alasan sensitiviti agama.

“Ini bermakna, walaupun JAKIM membantah sesuatu persembahan atas alasan sensitiviti agama, kelulusan masih boleh diberikan.

“Pandangan agama berisiko menjadi sekadar nasihat yang tidak menentukan keputusan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Cadang panel pakar agama nilai konsert

Sehubungan itu, Nushi mencadangkan supaya Kerajaan Madani mewajibkan setiap permohonan konsert langsung mendapatkan penilaian daripada panel pakar khusus dalam bidang media dan kandungan Islam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih menjelaskan, penilaian itu perlu diselaraskan oleh JAKIM dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), serta direkodkan secara rasmi sebelum keputusan kelulusan dimuktamadkan.

Menurutnya, sekiranya terdapat bantahan berasas daripada panel pakar agama, permohonan berkenaan wajar melalui proses semakan lanjut sebelum sebarang kelulusan diberikan.

Katanya, kerajaan juga perlu memastikan penilaian kandungan persembahan mengambil kira aspek keselamatan, kesesuaian umur dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

Mengulas kontroversi konsert The Weeknd, Nushi menyambut baik tindakan JAKIM dan PUSPAL yang menyemak isu berkaitan unsur pemujaan dalam persembahan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan isu lebih mendasar yang perlu diberikan perhatian ialah sejauh mana pandangan JAKIM sebenarnya mempengaruhi keputusan kelulusan sesuatu persembahan.

Menurut Nushi, konsep pentas konsert The Weeknd yang menggambarkan sebuah tamadun rekaan memuja mesin sebagai tuhan telah dijelaskan secara terbuka oleh pereka pentasnya sebelum konsert itu berlangsung di Malaysia.

Namun, katanya, masih belum diketahui sama ada JAKIM telah mengemukakan bantahan terhadap konsep persembahan tersebut sebelum kelulusan diberikan.

“Justeru, wajar dijelaskan apakah penilaian yang dibuat dan bagaimana pandangan agama diambil kira sebelum kelulusan diberikan,” tegasnya.

Pengaruh hiburan terhadap masyarakat

Dalam pada itu, Nushi menegaskan kebimbangan terhadap pengaruh kandungan hiburan bukan hanya melibatkan umat Islam, sebaliknya merangkumi kesejahteraan seluruh masyarakat tanpa mengira agama.

Beliau merujuk kajian diterbitkan dalam jurnal ‘Pediatrics’ pada 2006 melibatkan 1,461 remaja yang menemukan hubungan antara pendedahan kepada lirik tidak bermoral dan merendahkan maruah dengan perkembangan tingkah laku seksual lebih awal.

Bagaimanapun, katanya, kajian berkenaan tidak membuktikan kesan khusus konsert The Weeknd, sebaliknya memberikan peringatan bahawa pengaruh budaya terhadap pembentukan generasi tidak boleh dipandang ringan.

Mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa kritikan terhadap penganjuran konsert antarabangsa boleh menjejaskan imej Malaysia dan perkembangan industri kreatif, beliau menyatakan pandangan tersebut perlu dihormati.

Namun, katanya, usaha mempertahankan nilai agama dan kesejahteraan masyarakat secara berhemah tidak sepatutnya dianggap sebagai tindakan mencemarkan imej negara.

Beliau yakin Malaysia mampu membangunkan industri hiburan ~yang~ maju tanpa mengabaikan prinsip, jati diri dan peraturan yang jelas.

Nushi turut mengingatkan bahawa dalam Islam, pemerintah memikul amanah menjaga kemaslahatan rakyat yang menuntut kebijaksanaan membuat keputusan sebelum berlakunya kemudaratan.

“Kerajaan Madani perlu memastikan JAKIM mempunyai suara yang lebih signifikan dalam JK-PUSPAL.

“Kepakaran agama hendaklah diberikan tempat yang sewajarnya ketika keputusan dibuat, bukan hanya dirujuk apabila kontroversi sudah tercetus,” tegasnya.

JAKIM teliti isu unsur pemujaan

Terdahulu, konsert jelajah ‘After Hours Til Dawn Tour’ oleh penyanyi Kanada, The Weeknd di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu mencetuskan kontroversi susulan gimik patung robot wanita gergasi berwarna emas di tengah pentas.

Patung setinggi 12 meter rekaan artis Jepun, Hajime Sorayama itu mencetuskan kontroversi apabila konsert turut menampilkan penari berjubah merah dengan hud yang disifatkan sesetengah pihak menyerupai ritual pemujaan.

Beberapa elemen visual dan persembahan pentas berkenaan menjadi perdebatan di media sosial, khususnya mengenai sensitiviti agama serta kesesuaian kandungan persembahan artis antarabangsa di negara ini.

Pada 9 November, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan Bahagian Penyelidikan JAKIM kini meneliti kesahihan isu serta pematuhan syarat persembahan bersama Urus Setia Garis Panduan JK-PUSPAL.

Beliau menegaskan bahawa Islam melarang sebarang bentuk pemujaan selain Allah SWT dan semua pihak perlu memastikan persembahan seni tidak menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah, akhlak serta sensitiviti agama di Malaysia.

Menurutnya, tindakan tegas berlandaskan undang-undang dan fakta yang sahih akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran bagi memastikan persembahan artis tempatan termasuk dari luar negara menghormati sensitiviti agama, budaya serta ketenteraman awam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil turut bimbang dengan elemen ritual dalam persembahan tersebut, lalu mengingatkan umat Islam supaya menilai hiburan berdasarkan prinsip akidah, syariah dan akhlak. – HARAKAHDAILY 11/11/2026







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kerajaan Madani jangan berpeluk tubuh isu hiburan melampau


KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani digesa tidak berpeluk tubuh terhadap penganjuran konsert artis luar negara yang semakin melampaui batas, termasuk persembahan dikhuatiri mengandungi unsur pemujaan sehingga boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya melahirkan kekesalan terhadap penganjuran konsert yang memaparkan patung emas bertubuh wanita serta penari berjubah merah dengan pakaian menutup seluruh tubuh.

Menurut beliau, paparan tersebut seolah-olah menggambarkan unsur pemujaan terhadap entiti tertentu dan menimbulkan kebimbangan terhadap pengaruhnya kepada penonton, khususnya umat Islam.

“Penganjuran konsert melampaui batas wajar diperhati dengan serius, ditambah lagi paparan entiti yang menggambarkan pemujaan sangatlah membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial, semalam.

Beliau turut mempersoalkan kepekaan pihak berkuasa terhadap elemen persembahan sedemikian yang dikhuatiri boleh menggugat pegangan agama, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Apakah kita tidak lagi sensitif dengan elemen-elemen yang boleh meretakkan keutuhan akidah anak-anak muda serta pengunjung beragama Islam?” soalnya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kesal kerana Kerajaan Madani, khususnya Kementerian Komunikasi dan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), yang disifatkan kurang memberikan perhatian serius terhadap perkara tersebut.

Katanya, pentas persembahan artis luar negara sering menjadi ruang untuk menyampaikan mesej yang bertentangan dengan nilai budaya dan adat masyarakat tempatan.

Tambah beliau, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan pemantauan terhadap penganjuran konsert artis antarabangsa di negara ini.

Dalam pada itu, DUPP turut menyatakan kebimbangan terhadap penganjuran konsert artis luar negara yang disifatkan semakin keterlaluan tanpa mengambil kira batas hiburan sepatutnya. 

Ahmad menegaskan, pihaknya tidak menolak hak masyarakat untuk berhibur, namun setiap bentuk hiburan perlu mempunyai batas dan sempadan yang jelas.

“Asasnya bukan soal menghalang kepada seseorang untuk berhibur, tetapi setiap perkara ada batas sempadan yang harus dijadikan pedoman,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa para mufti dan asatizah supaya tampil menyuarakan pendirian terhadap perkara yang disifatkannya sebagai kemungkaran terbuka.

“Jangan sampai kita hanya nampak buruknya orang yang memperjuangkan agama dalam politik, tetapi menutup mata langsung terhadap pihak terang-terangan merosakkan agama dengan tindak-tanduk mereka,” tegasnya.

Terdahulu, konsert jelajah ‘After Hours Til Dawn Tour’ oleh penyanyi Kanada, The Weeknd di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu mencetuskan kontroversi susulan gimik patung robot wanita gergasi berwarna emas di tengah pentas.

Patung setinggi 12 meter rekaan artis Jepun, Hajime Sorayama itu mencetuskan kontroversi apabila konsert turut menampilkan penari berjubah merah dengan hud yang disifatkan sesetengah pihak menyerupai ritual pemujaan.

Susulan kontroversi itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan pada 9 November bahawa Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang berhubung dengan urus setia PUSPAL bagi meneliti isu serta pematuhan syarat persembahan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan berlandaskan undang-undang dan fakta yang sahih akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran terhadap syarat ditetapkan.

Setakat ini, kebimbangan mengenai kewujudan unsur pemujaan dalam persembahan tersebut masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa. – HARAKAHDAILY 11/11/2026









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Taiwan: Malaysia mula terima kesan kenyataan Anwar




KUALA LUMPUR
: Taiwan bertindak menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai Taiwan pada Ogos lalu menunjukkan kebimbangan terhadap implikasi diplomatik dan ekonomi terhadap perkara itu jelas berasas.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkembangan tersebut sepatutnya menjadi pengajaran besar kepada kerajaan, khususnya Perdana Menteri supaya lebih berhati-hati ketika mengulas isu geopolitik yang sensitif.
 
Menurut beliau, kenyataan menyentuh kemungkinan penggunaan tindakan ketenteraan dalam konflik yang tidak melibatkan Malaysia secara langsung tidak sepatutnya dibuat tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap hubungan diplomatik dan kepentingan ekonomi negara.
 
“Inilah akibat apabila seorang Perdana Menteri kurang berhati-hati dalam mengulas isu geopolitik yang sensitif. Tidak ada keperluan untuk menggunakan istilah berkaitan tindakan ketenteraan dalam konflik yang tidak melibatkan Malaysia secara langsung,” katanya.
 
Teguran pembangkang sejak Ogos
 
Ahmad Fadhli berkata, pembangkang menerusi Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah memberikan teguran sejak Ogos lalu berhubung kemungkinan implikasi diplomatik daripada kenyataan Anwar mengenai Taiwan.
 
Bagaimanapun beliau berpandangan, kerajaan tidak mengambil serius kebimbangan yang dibangkitkan pembangkang khususnya PAS ketika itu sehingga hubungan pelaburan antara Malaysia dengan Taiwan kini menerima kesannya.
 
Menurutnya, kerajaan mempunyai ruang untuk memperjelas atau menarik balik ungkapan yang menimbulkan kontroversi, selain mengambil langkah diplomatik segera bagi mengurangkan kesan terhadap hubungan kedua-dua pihak.
 
“Malangnya, kerajaan dilihat tidak mengambil serius kebimbangan berkenaan,” kesali beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
 
Taiwan pelabur kesembilan terbesar
 
Mengulas kepentingan hubungan ekonomi kedua-dua pihak, Ahmad Fadhli berkata, berdasarkan rekod rasmi Kementerian Luar Malaysia, Taiwan merupakan pelabur kesembilan terbesar di Malaysia bagi tempoh 1980 hingga Mac 2026.
 
Katanya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 2,719 projek perkilangan dari Taiwan diluluskan dengan nilai pelaburan AS16.7 bilion atau kira-kira RM70 bilion, selain berpotensi mewujudkan lebih 407,000 peluang pekerjaan.
 
“Malah, bagi enam bulan pertama 2026 sahaja, sebanyak RM3.34 bilion pelaburan perkilangan dari Taiwan telah diluluskan,” ujarnya.
 
Beliau berkata, angka berkenaan menggambarkan kepentingan hubungan pelaburan antara Malaysia dengan Taiwan, khususnya dalam sektor perkilangan, semikonduktor dan teknologi tinggi.
 
Ahmad Fadhli turut menyuarakan kebimbangan sekiranya ketegangan diplomatik yang berlaku akhirnya menjejaskan keyakinan pelabur Taiwan untuk meneruskan atau menambah pelaburan mereka di Malaysia.
 
Menurut beliau, sebarang perubahan terhadap keputusan pelaburan syarikat Taiwan berpotensi memberikan kesan terhadap perkembangan industri semikonduktor dan teknologi tinggi negara.
 
Taiwan tangguh rundingan pelaburan
 
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar Taiwan pada 10 November mengesahkan keputusan menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia yang dibuat pada Oktober lalu susulan kenyataan Anwar mengenai Taiwan.
 
Jurucakap kementerian itu, Hsiao Kuang-wei menjelaskan keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira aspek kedaulatan, keselamatan ekonomi serta perlindungan hak dan kepentingan pelabur Taiwan.
 
Bagaimanapun, Taiwan masih meneruskan komunikasi dengan Malaysia dan berharap hubungan pelaburan yang erat serta kepercayaan bersama dibina selama ini dapat membuka ruang kepada penyambungan semula rundingan berkenaan.
 
Kontroversi itu tercetus selepas Anwar dalam wawancara bersama _Al-Jazeera_ pada Ogos lalu menegaskan pendirian Malaysia terhadap dasar Satu China.
 
Ketika ditanya mengenai kemungkinan penggunaan kekerasan oleh China terhadap Taiwan, beliau membuat perbandingan dengan keadaan sekiranya sebuah negeri di Malaysia cuba memisahkan diri daripada Persekutuan.
 
Kenyataan tersebut menerima bantahan daripada Taiwan yang menganggap perbandingan itu sebagai memberikan justifikasi terhadap kemungkinan penggunaan kekerasan oleh China.
 
Anwar bagaimanapun kemudiannya mempertahankan dasar Satu China yang diamalkan Malaysia sejak pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, sambil menegaskan bahawa penyelesaian isu Taiwan seharusnya dilakukan secara aman.
 
Dasar luar memerlukan kebijaksanaan
 
Mengulas keputusan penangguhan itu, Ahmad Fadhli berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan kebimbangan pembangkang yang dibangkitkan sebelum ini tidak boleh dipandang ringan.
 
“Hari ini, kebimbangan yang pernah dibangkitkan pembangkang mula menunjukkan asasnya apabila rundingan pelaburan dua hala ditangguhkan,” katanya.
 
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa setakat ini belum terdapat laporan mengenai pembatalan pelaburan sedia ada dari Taiwan di Malaysia.
 
Namun katanya, penangguhan rundingan tersebut tetap merupakan satu amaran mengenai kemungkinan kesan ekonomi sekiranya ketegangan diplomatik berterusan.
 
“Walaupun pelaburan sedia ada belum dilaporkan dibatalkan, perkembangan ini tetap merupakan amaran yang tidak boleh dipandang ringan.
 
“Dasar luar negara memerlukan kebijaksanaan dan ketelitian, bukannya kenyataan spontan yang akhirnya boleh mengundang kesan ekonomi kepada Malaysia,” tegasnya.
 
Ahmad Fadhli turut mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri dalam mengendalikan isu berkenaan, khususnya selepas pembangkang memberikan peringatan lebih awal mengenai risiko yang mungkin timbul.
 
“Nah sekarang, di mana cerdiknya Perdana Menteri yang penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) agung-agungkan?” soalnya menempelak. – HARAKAHDAILY 11/11/2026





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Taiwan tangguh rundingan pelaburan susulan kenyataan Anwar



  • Taiwan mengesahkan penangguhan sementara rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China dalam wawancara bersama Al Jazeera pada Ogos lalu.
  • Menurut laporan United Daily News, jurucakap Kementerian Luar Taiwan, Hsiao Kuang-wei berkata, keputusan itu dibuat bagi mengambil kira isu kedaulatan, keselamatan ekonomi serta melindungi kepentingan pelabur Taiwan.

KUALA LUMPUR — Taiwan mengesahkan penangguhan sementara rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China dalam wawancara bersama Al Jazeera pada Ogos lalu.

Menurut laporan United Daily News, jurucakap Kementerian Luar Taiwan, Hsiao Kuang-wei berkata, keputusan itu dibuat bagi mengambil kira isu kedaulatan, keselamatan ekonomi serta melindungi kepentingan pelabur Taiwan.

Beliau berkata, kementerian berkenaan memandang serius kenyataan Anwar yang disifatkan sebagai ‘tidak mesra’ kerana dikhuatiri menjejaskan keyakinan syarikat Taiwan untuk melabur di Malaysia.

Bagaimanapun, Taiwan masih mengekalkan hubungan dengan Kuala Lumpur dengan harapan keadaan sesuai dapat diwujudkan bagi menyambung semula rundingan berkenaan.

Terdahulu, Nikkei Asia melaporkan rundingan bagi memperluas kerjasama perdagangan dua hala yang dijadualkan berlangsung pada akhir Oktober ditangguhkan susulan kenyataan Anwar.

Dalam wawancara bersama Al Jazeera, Anwar menyatakan sokongan terhadap dasar Satu China dan berpandangan Taiwan merupakan sebahagian daripada China, sambil menegaskan faktor sejarah perlu diambil kira.

Kenyataan itu mendapat bantahan Kementerian Luar Taiwan yang menuduh Anwar membuat kenyataan tidak benar serta memberikan justifikasi terhadap pendirian Beijing berhubung penyatuan semula.

Sementara itu, Nikkei Asia melaporkan ketegangan diplomatik tersebut berpotensi menjejaskan pelaburan Taiwan di Malaysia, khususnya dalam sektor semikonduktor.

Presiden Kehormat Dewan Perniagaan Taiwan di Malaysia, Lin Kai-min berkata, operasi syarikat Taiwan sedia ada dijangka tidak terjejas dalam masa terdekat berikutan komitmen modal yang besar.

Namun, beliau berkata, pelabur semakin berhati-hati dalam mempertimbangkan projek baharu dan rancangan pengembangan perniagaan.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), William Ng pula memberi amaran bahawa pelaburan baharu berpotensi beralih ke Vietnam atau Thailand sekiranya persepsi terhadap pendirian berkecuali Malaysia berubah.-The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PRN Melaka: Jangan gadai prinsip dan maruah demi secebis undi – Ridhuan Tee



BANGI, 1 JAMADILAKHIR — Parti politik diingatkan supaya tidak menggadaikan prinsip dan maruah negara semata-mata mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan, kepentingan negara perlu diutamakan dan tidak seharusnya dikorbankan hanya kerana parti politik mahu mendapatkan sokongan dalam pilihan raya.

“Berpada-pada dalam memenuhi tuntutan politik dan desakan kempen pilihan raya. Jangan gadaikan prinsip dan maruah demi secebis undi.

“Negara ini ada sejarah, Perlembagaan, identiti dan maruahnya. Jagalah semua itu. Jadikan ia sebagai asas hidup bernegara. 

“Jangan kerana terlalu gilakan undi, kita korbankan semua itu,” katanya menerusi kolumnis bertajuk Berpada-pada dalam memenuhi tuntutan ultra kiasu yang disiarkan TV Pertiwi.

Beliau mengkritik tindakan parti politik yang menurutnya terlalu sibuk meraih undi kelompok yang dilabel sebagai ultra kiasu dengan menjanjikan pemenuhan tuntutan mereka sekiranya memperoleh kuasa.

“Semua parti yang bertanding, terutama PN, PH dan Bersama, sibuk meraih undi ultra kiasu dengan menjanjikan pemenuhan tuntutan mereka sekiranya memperoleh kuasa, tidak kira parti mana sekalipun.

“Itulah yang sentiasa berlaku setiap kali pilihan raya, sama ada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum,” katanya.

Ridhuan Tee turut mengaitkan perkara itu dengan isu pengurangan waktu pengajaran Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam cadangan awal Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027).

Beliau mempersoalkan bantahan terhadap cadangan berkenaan sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akhirnya mengekalkan 12 waktu pengajaran Bahasa Cina seminggu di SJKC.

“Akhirnya, sekali lagi KPM terpaksa tunduk kepada ultra kiasu,” katanya.

Bagaimanapun, KPM sebelum ini memaklumkan keputusan mengekalkan 12 waktu pengajaran bahasa di sekolah dibuat selepas sesi libat urus bersama pihak berkepentingan.

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee menegaskan kepentingan negara mesti didahulukan sekiranya berlaku pertembungan dengan kepentingan sesuatu bangsa.

“Dalam hidup bernegara, kita diajar bahawa apabila berlaku pertembungan antara kepentingan negara dengan kepentingan bangsa, maka kepentingan negara mesti diutamakan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa budaya memenuhi tuntutan dan desakan demi kepentingan politik hanya akan menyebabkan perkara sama terus berulang setiap kali pilihan raya.

“Apa yang berlaku melalui proses tawar-menawar, tuntut-menuntut serta desak-mendesak akan terus menjadi bahan kempen dan ugutan.

“Parti mana pun yang memerintah akan terus bermain politik demi secebis undi.

“Tidakkah kita berasa bersalah dan berdosa dengan politik sebegini? Ingat, politik ada perkiraan dunia dan akhirat. Syurga dan neraka,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo