NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts sorted by relevance for query MUSLIM CARE. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query MUSLIM CARE. Sort by date Show all posts

Jangan Lupakan Tangisan Pelarian Syria Dimusim Sejuk Menggigit.

Oleh: Dr  Riduan Mohamad Nor

Ujian kepada mereka bertindan tindih, api peperangan yang membakar bahagia dan merengut kebebasan , hilang tempat tinggal dan hidup terbuang. Tahun kesembilan derita rakyat Syria selepas Arab Spring meledak di Asia Barat dan nasib bekas tanah jajahan Perancis ini tak sebaik negara lain dengan konflik yang rencam , perang proksi dan perang antara mazhab. Tahun ini dengan pandemik kovid 19 yang telah menjangkau 49 juta pesakit diseluruh dunia ,juga membawa kesan hiliran  kepada warga Syria di khemah pelarian. Kantung derma menguncup perlahan kerana impak ekonomi global tak memungkinkan masyarakat ghairah menderma. 

Peta luka umat Islam seperti tiada pancingan pesona buat warga dunia, darah yang tumpah seperti darah kerbau yang tiada nilainya. Kovid menjadi tema utama masyarakat antarabangsa, yang tewas telah berjumlah seramai  1 251,044 jiwa manakala yang telah dijangkiti seramai 49.917 juta diseluruh dunia. Sehingga kini, vaksin anti pandemik belum lagi ditemui oleh pengkaji. Manakala di khemah pelarian Syria, jangkitan kovid mula dikesan oleh WHO pada bulan September lepas.

Kesan kovid sangat sadis kepada isu kemanusiaan peta luka, bertempiklah sehingga bergegar dunia, bagi yang tak peduli mereka tetap tak kisah. Gaza yang merintih, al Quds yang dijajah, Rohingya yang disembelih, Bosnia yang rawan atau Kashmir yang disergap kesakitan. Peta luka umat Islam memerlukan kepedulian ummat, tidak cukup kita mengeluh dan berpeluk tubuh dihadapan kaca TV melihat angka-angka baru pesakit dan kematian kovid 19.

Pagi ini di Rayhanlli ,iaitu kawasan sempadan Syria -Turki, paras suhu ialah 12 celcius , suhu ini akan makin menurun  sehingga kemuncak musim sejuk dengan suhu di bawah paras minus sangat mendera para pengungsi. Pelarian ini juga  tidak pasti bilakah kubangan darah di tanah air mereka akan berhujung. Kemuncak musim sejuk dengan salju putih memenuhi kawasan pengungsian seolah berada di kutub Utara, timbunan salju sehingga beberapa kaki ini juga mengheret duka pelarian. 

Pelarian Syria yang berada di sempadan Turki agak bernasib baik kerana keprihatinan kerajaan Pimpinan Erdogan yang menyediakan ruang yang lebih baik untuk pelarian. NGO antarabangsa Turki seperti IHH juga menfokuskan dengan baik untuk bantuan pelarian Syria seperti mewujudkan sekolah-sekolah untuk anak pelarian. Manakala NGO daripada Malaysia seperti Muslim Care  Malaysia menjadi rakan kolaborasi dengan NGO Turki ,setiap masa membantu pelarian Syria. Regim Bashar pernah melepaskan air empangan ke Antakia kerana berang dengan sikap kerajaan Turki yang dilihat seolah campurtangan dalam soal pengungsi dari Syria.

Penulis berpeluang belasan kali mengikuti misi bantuan Muslim Care ke sempadan Turki , sempadan  Jordan yang merupakan jiran Syria, juga misi di khemah pelarian Eropah.  Muslim care Malaysia membawa bantuan musim sejuk seperti makanan, pakaian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa peperangan yang menghuni dalam khemah dan juga bantuan untuk sekolah Muslim Care.

Dalam bidang pendidikan untuk anak-anak pelarian, MCM Syiria  yang diketuai oleh Muhamad Khatib. Beliau bertanggungjawab menguruskan tiga buah sekolah tajaan Muslim Care untuk anak-anak Syria. Tiga di sempadan Syria Turki manakala lima buah di dalam negara Syria yang sedang diselimuti api peperangan. Muslim Care Malaysia pernah men jalankan perniagaan menternak lembu bagi menggerakkan dana bantuan yang berterusan kepada sekolah-sekolah. Di tanahair pula, Ustaz Nazmi Karim,Exco MCM diberikan tanggungjawab khusus menyelia isu berkaitan pendidikan anak-anak pelarian Syria.

Pihak  Muslim Care Malaysia sering melawat sekolah mereka di Rayhanli. Sekolah Muslim Care mendapat pengiktirafan UNICEF dan juga kerajaan Turki sendiri. Kerapkali anak-anak seni, selebriti tersohor tanahair mengikuti rombongan MCM ke sekolah-sekolah ini  dan juga khemah pelarian.

Muslim Care Malaysia yang kini mempunyai  lima buah sekolah pelarian Syria akan terus memberikan komitmen berterusan untuk membantu saudara akidah terutama di musim sejuk yang sangat menggigit tulang. Bantuan rakyat Malaysia sangat besar maknanya kepada mereka, luka dan sakit mereka adalah nestapa kita yang pasti dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Jalil. Jom, kita membantu! 

Bantu Saudara Kita di Syria yang menderita dimusim sejuk serta wabak pandemik kovid 19 .

Sumbanglah melalui akaun MUSLIM CARE MALAYSIA:

Maybank: 564490413882

Bank Islam: 14014010147470

Bank Muamalat: 14010007654717

#misikemanusiaanmerentasisempadan#muslimcaremalaysia

Whatsapp/ Msg Bank in slip setiap sumbangan kepada Zulkifli +60192518771

( Penulis ialah Aktivis misi Bantuan Tanpa Sempadan )

šŒš„šŒšŽš‘š€ššƒš”šŒ: š”šŒšŒš€š‡ šš„š‘š’š€šŒš€ šŸ’šŸ’šŸŽ šš†šŽ šˆš’š‹š€šŒ šŒš„šš˜šŽšŠšŽšš† šƒš€š‘š”š‘š€š“ šš„š‘š‹š” šƒšˆšŠš„šŠš€š‹šŠš€š



1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong saranan Ahli Akademik Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, Pensyarah dan Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan, Pusat Polisi Perdana UTM, di 'post' FB beliau yang menulis bahawa, "buat masa ini daruratlah satu-satunya cara untuk menangguhkan pilihanraya.Dan dalam situasi wabak Covid 19 ini, ia suatu yang amat perlu".

Rujuk FB beliau, tulisan bertajuk ‘Kalau Darurat Ditamatkan, Boleh Ke Pilihan Raya Ditangguhkan?’

2. UMMAH sembah maklum mengharapkan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, untuk mencadangkan agar Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos 2021 nanti dikekalkan, sehingga kepada masa yang sesuai apabila pandemik virus Covid-19 dapat diputuskan dan komuniti imunisasi mencapai tahap maksimun sehingga 90% mendapat suntikan vaksin.

3. Sebagaimana rakyat maklum Seri Paduka Baginda sangat mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat yang tinggi semasa mengistiharkan Proklamasi Darurat yang terdahulu, maka keadaan yang sama juga masih berterusan sehingga sekarang ini (PKP 3.0), dengan jumlah bilangan jangkitan masih kekal ribuan angka.

4. Meneliti kenyataan media Istana Negara hari ini 15 Jun, UMMAH juga sangat gembira diatas perkenan Tuanku menerima mengadap 18 pemimpin politik dan pakar-pakar dari agensi kerajaan bagi mendengar pandangan pelbagai isu berkaitan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan kesannya kepada kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi untuk dibawa dalam perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada hari esok 16 Jun 2021.

5. Sementelah juga semua rakyat maklum bahawa suntikan vaksin telah, sedang dan akan berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran 150 ribu suntikan sehari, dan dijangka mengambil masa selama 213 hari atau 7 bulan lagi bagi 32 juta rakyat Malaysia.

6. Maka, sekurang-kurangnya Darurat perlu dikekalkan selepas 1 Ogos 2021 selama 8 bulan lagi (sehingga Mac 2022) jika keadaan jangkitan dan suntikan vaksin mencapai sasaran sebagaimana yang dirancangkan oleh kerajaan.




7. Sayugia semua pihak mesti giat bekerjasama mengerakkan kempen suntikan vaksin imunisasi, juga bekerjasama bagi memutuskan rantaian virus Covid -19, jika kita mahu darurat ditamatkan dan boleh mengadakan pilihanraya umum ke 15.

8. Semua pihak wajar memainkan peranan penting kearah menyelamatkan negara daripada wabak ini. Rakyat dan negara mesti yakin untuk memenangi bagi memutuskan virus pandemik Covid-19 ini.


MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
15 Jun 2021


Kenyataan ini disokong bersama oleh 440 NGO Islam disenaraikan dibawah:
SENARAI NGO ISLAM MENYOKONG DARURAT PERLU DIKEKALKAN
1. Yayasan Amal Malaysia cawangan Perak
2. ERAT (Pertubuhan Kebajikan Wanita ERAT Perak)
3. Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Prihatin Melayu Perak (KPP)
4. Pertubuhan Pembela Ummah Perak
5. Pertubuhan Khadijah Prihatin Taiping
6. Sahabat Gerik
7. Pertubuhan Budi Insan Perak
8. Badan Kebajikan Pembangunan Insan Muslim Perak
9. Kelab Ikatan Usahawan Perak (KITA)
10. Pertubuhan Pendidik Ummah Perak
11. Pertubuhan Amal dan Dakwah Muallim
12. Pertubuhan Muslim Braders Kerian
13. Kelab Rekreasi Bestari Bagan Serai
14. Persatuan Kebajikan Taqwa Manjung Perak (TAQWA CARE)
15. Persatuan Qaseh Ipoh Perak (QASEH)
16. Persatuan Perikanan Air Tawar Kg Sg Galah Kg Gajah Perak (PENIAT)
17. Pertubuhan kebajikan dan dakwah murabbi Perak
18. Pertubuhan Dakwah dan Penyelamat Ummah Perak
19. Pertubuhan Kebajikan Asas Tani Malaysia (AGROCARE)
20. Persatuan Wanita Islam Kuala Kangsar (PEWANIS)
21. Pertubuhan Amilin Bagan Datuk (PABD)
22. Baitu Dhuha Care Malaysia
23. Pertubuhan Al Isyraqiah Bagan Serai
24. Ihsan Care Bagan Serai
25. Pertubuhan Halaqah Dirasatul Islamiah
26. Pertubuhan Kebajikan Prihatin Taiping
27. Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping
28. Persatuan Kebajikan Assabiqun Perak
29. Pertubuhan Prihatin Rakyat Kinta, Perak
30. Pertubuhan Kebajikkan Wanita Muslimah (PEKANITA)
31. Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Al Hambra Ipoh, Perak.
32. Pertubuhan Belia Imarah Masjid
33. Pertubuhan kebajikan Rakyat Marhaen Sg Siput
34. Pertubuhan Insan Perihatin Ummah
35. Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Komuniti K. Kangsar
36. Pertubuhan Wanita Prihatin T. Intan (PERWATIN)
37. Kelab Kebajikan Warga Tapah Perak
38. Persatuan Penggemar Sukan Lasak Tapah Perak
39. Pertubuhan Amal Nur Hikmah Perak
40. Pertubuhan Qaseh Ipoh, Perak (QASEH)
41. Pertubuhan Prihatin Johor Bahru (JB Prihatin)
42. Pertubuhan Berkat Kebajikan Batu Pahat
43. Persatuan Kebajikan Pendidik Ummah Malaysia (PENDIDIK)
44. Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT)
45. Pertubuhan Kebajikan Dan Bakti Ledang Tangkak Johor
46. Pertubuhan Kebajikan Dan Kemasyarakatan Aspirasi Ledang Tangkak Johor
47. Pertubuhan Kebajikan Dan Kemasyarakatan Cakna Ledang Tangkak Johor
48. Pertubuhan Kebajikan Dan Rekreasi Alternatif Ledang Tangkak Johor
49. Pertubuhan Hal Ehwal Ledang Prihatin Tangkak Johor
50. Pertubuhan Amal Kebajikan Daerah Pontian ( PAKAT )
51. Kulai Care
52. Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Prihatin (PERMAI CARE)
53. Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pasir Gudang (PG Care)
54. Pertubuhan Melayu Muslim Johor Prihatin
55. Pertubuhan Kebajikan & Kemasyarakatan N.08 Bkt Pasir Prihatin
56. Pertubuhan Kebajikan Dapor Prihatin Pagoh
57. Pertubuhan Usahawan Muslim Muar
58. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Prihatin Tanjung Piai
59. Kelab Kebajikan Anak2 Tebrau K-KAT
60. Pertubuhan Perniagaan Muslim Negeri Johor (PEMJ)
61. Persatuan Profesional Islam Anak Johor (GAPHOR)
62. Johor Bahru Prihatin
63. Pertubuhan Pembela Ummah Kelantan
64. Prihatin Ummah Rantau Panjang
65. Pertubuhan Ehsan Sejahtera
66. Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Rantau Panjang
67. Pertubuhan Kebajikan Al Fateh Negeri Kelantan
68. Persatuan Misi Kembara Dakwah
69. Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan
70. Kelab Kongsi Ilmu
71. Persatuan Wanita Kelantan Lestari.
72. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan
73. Pertubuhan Angkatan Warga Sejahtera Kelantan
74. Pertubuhan Kabajikan dan Sosial Tumpat (TAKSIR)
75. Kelab Saem Sahabat Kelantan.
76. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Pasir Puteh
77. Komuniti Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera)
78. Generasi Islam Unggul Sejahtera (Genius)
79. Persatuan Belia Asal Kelantan (PBK)
80. Pertubuhan Krai Caring Society
81. Persatuan Prihatin Vateran Pasir Puteh (PRIHATIN)
82. Kelab Kebajikan Dan Reakrasi Tanah Merah
83. Kelab Maufakat Darulnaim
84. Kelab Darulnaim
85. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir(ILMAM)
86. Kelab Silaturrahim Pasir Puteh
87. Ilmuan Islam Kelantan
88. Persatuan Anak Kelantan perantauan Malaysia
89. Pertubuhan Pewaris Tapak Suci Malaysia
90. Badan Kebajikan Parlimen Pengkalan Chepa
91. Persatuan Mawadah Kelantan
92. Pertubuhan Ikatan Murabithun progresif Kelantan
93. Persatuan Kebajikan Masyarakat Air Chanal
94. Kelab Belia Sungai Satan (KERIS)
95. Kelab Belia Legeh (BELA)
96. Kelab Belia Air Lanas (KEBAL)
97. Kelab Belia Kg Rahmat (KERAMAT)
98. Sabah Relief
99. Persatuan Siswazah Sabah
100. Khidmat Sabah
101. Ranau care
102. Sandakan Prihatin
103. Persatuan Kebajikan & Perihatin Dakwah Sabah
104. Kudat Care
105. Pertubuhan Pembangun Pendidikan Islam Sabah (PISA)
106. Pertubuhan Kebajikan An-Nur (PEKAN), Beluran
107. Petubuhan Sahabat Prihatin Kenyalang Sarawak
108. PERWANIS - Pertubuhan Wanita Islam Sarawak
109. Persatuan Kebajikan Sahabat Cakna Sibu
110. Kelab Sahabat Alam Sekitar Sibu (SALAM)
111. Pertubuhan kebajikan anak sarawak
112. Batang Lupar Muslim Care
113. Pertubuhan Anak Tani Sarawak (PANTAS)
114. BIC- Bintulu Iqra Centre
115. KABIB -Kelab Belia Islam Bintulu
116. Pertubuhan Kebajikan Kota Samarahan (PKKS)
117. Pertubuhan Generasi Anak Terengganu Insaf (GANTI)
118. Persatuan Rabitah Kebajikan Institusi Pendidikan Islam Terengganu (RABITAH)
119. Persatuan Kebajikan Asatizah Terengganu (PAKAT)
120. KT Care
121. Kelab Penggiat Media Sosial Wanita Inspirasi Terengganu (MASWIN)
122. Pertubuhan kebajikan Masyarakat cakna Darul Iman, Terengganu (IMAN CARE)
123. Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (PPMM)
124. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) caw Terengganu
125. Pertubuhan Kebajikan Komuniti DUN Tepoh (TEPOHCARE)
126. Pertubuhan Komuniti Sahabat Cakna Terengganu
127. Pertubuhan Cakna Marang Terengganu ( Wecare Marang)
128. Permaisuri Care
129. Pertubuhan Permuafakatan Barakah Negeri Terengganu (BARAKAH)
130. Pertubuhan Ikatan Usaha Teguh Kebaikan Terengganu (IKHTIAR CARE)
131. Pertubuhan Kebajikan Prihatin Terengganu (PRIHATIN)
132. Persatuan Sahabat Alam Sejahtera Malaysia
133. LUHAM CARE
134. Persatuan Cakna Masyarakat Mukim Batu Rakit (BATU RAKIT CARE)
135. Kumpulan Aktivis Media Insprasi KAMI
136. Pertubuhan Sukarelawan Generasi Terengganu SERASI
137. Kelab Media Baru Terengganu (NEWMED)
138. Kelab Foto Wanita Inspirasi Terengganu (KOFIT)
139. Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (BANTU)
140. Kelab Kebajikan Bandar Barokah Negeri Terengganu (BAROKAH)
141. Kelab Sukan, Budaya dan Seni Negeri Terengganu (DACS)
142. Pertubuhan Kebajikan Wanita Nur Insani Terengganu (Nisa’)
143. Kelab Kebajikan Tunas Islam Kuala Terengganu
144. Kelab Kebajikan Sinar Islam Kuala Terengganu
145. Persatuan Amilin Amal Terengganu (PESAT)
146. Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES)
147. Persatuan Pengusaha, Pengedar, Pemborong dan Peruncit Muslim Terengganu (PPPPPMT)
148. Pertubuhan Kebajikan Pengguna Prihatin Terengganu (Ccare)
149. Pertubuhan Kebajikan Darul Ansor
150. Persatuan Kebajikan Teman Masyarakat Terengganu (TEAM)
151. Persatuan Kebajikan wanita progresif Paka (Pejiwa)
152. Persatuan kami prihatin negeri terengganu(PERKIP)
153. Kelab Wanita Islam Insaniah Terengganu (KEWIIT)
154. Persatuan Hawa Harmoni Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu (HAWANIS).
155. Pertubuhan kebajikan Wanita Sakinah Manir (SAKINAH).
156. Kelab Sukarelawan Sejahtera, Terengganu Unggul (RESTU).
157. Kelab Gabungan Muslimah Aktif Air Putih (GAMA)
158. Kelab Kebajikan Muslimah Muda Cukai Kemaman Terengganu.
159. Young Muslimah Care
160. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Annisa Kijal Kemaman Terengganu.
161. Kelab Kebajikan Aafiyah Istiqamah Kemaman Terengganu.
162. Kelab Kebajikan Wanita Fitrah Insan Terengganu
163. Persatuan Kebajikan Halwanita Terengganu (HAWA)
164. Persatuan Kebajikan Sosial Wanita Islam Terengganu (SWIIT)
165. Pertubuhan Prihatin Integrasi Ilham Terengganu (ILHAM)
166. Persatuan Kebajikan Mahabbah Terengganu (PERMATA)
167. Pertubuhan Kebajikan Infiniti Terengganu
168. Kelab Kebajikan Serikandi Unggul Terengganu (KESUTRA)
169. Persatuan Kebajikan Lestari Kasih Terengganu
170. Pertubuhan Sukarelawan Aulad Terengganu (PESAT)
171. Sahabat Cakna Lembah Pantai.
172. Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera
173. Pertubuhan OKU Prihatin Wangsa Maju
174. Pertubuhan Wangsa Hijau Lestari
175. Pertubuhan Amal Kebajikan Nur Mastika
176. Perkim Wangsa Maju
177. Pertubuhan Setiawangsa Prihatin
178. Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia
179. Pertubuhan Kebajikan Kasih Insan Setiawangsa
180. Pertubuhan Wilayah Sejahtera
181. Persatuan Kebajikan Sakinah Setiawangsa
182. Khadimah Care
183. Perkim Sentul Timur
184. Pertubuhan Kebajikan Kasilh Al-Ma'wa Kuala Lumpur
185. Persatuan Pendidik Ummah Kuala Lumpur & Selangor
186. Pertubuhan MAQTAR
187. Pertubuhan NISA Wilayah Persekutuan
188. Pertubuhan Maaruf Prihatin
189. Pertubuhan Halaqah Ilmu Setiawangsa
190. Pertubuhan Kebajikan Wanita Kuala Lumpur
191. Perkim Bahagian WP
192. Pertubuhan Ummah Prihatin
193. Pertubuhan Ikatan Seruan Ummah Kuala Lumpur
194. PERKIM Cawangan Datuk Keramat
195. Perkim Cawangan Bt Muda
196. Pertubuhan wanita dinamik putrajaya (wanita dinamik)
197. Pertubuhan Cakna Putrajaya
198. Perkim. Cawangan Bandar Tun Razak
199. Pertubuhan Sejahtera Ummah Lembah Pantai
200. Pertubuhan Pendokong UMMAH Pahang
201. Abrar Care Malaysia
202. Cakne Rakyat
203. GENERASI
204. Pertubuhan Kebajikan Prihatin Insan
205. Pertubuhan Kebajikan Khadijah Bentong
206. Gerakan Belia 4B Kawasan Raub
207. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
208. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
209. PERKIM Raub
210. Persatuan Pengguna Raub
211. Srikandi PVATM Raub
212. Dunua Seni Silat Melayu (DSSM)
213. Haluan Raub
214. Pertubuhan Seni Silat Gayong Pelangj & Pedang Pahang
215. Pertubuhan Anak Raub
216. Pertubuhan Pemanah Tradisional Raub (PETRA RAUB)
217. Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Raub
218. Pertubuhan Kebajikan Daerah Raub (PEKIDAR)
219. KIMMA Raub
220. Nisa’ Malaysia Raub
221. Pertubuhan Madinah Prihatin
222. Dunia Seni Silat Melayu Ummah (DSSMUPB)
223. Islamic Circle Of Raub
224. Al Banna Care
225. Pertubuhan Ikatan Muslim Amilin Nasional
226. Pertubuhan Jaringan Anak Pahang
227. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia. (MAPPIM)
228. Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Perak. (PPSAR)
229. Pertubuhan Kebajikan Pendidik Ummah Malaysia. (PENDIDIK)
230. Pertubuhan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia. (IGURU)
231. Gabungan Sekolah Islam Selangor. (GASIS)
232. Institusi Pendidikan Rakyat Terengganu. (RABITAH)
233. Gabungan Sekolah Islam Selangor. (GAPIS)
234. Majlis Taawun Pusat Pendidikan Islam Pahang. (MANTAP)
235. Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah. (PISA)
236. Pertubuhan Prihatin Tunas Insan Serawak. (PUITIS)
237. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah. (HESA)
238. Pertubuhan Pendidikan Islam Negeri Sembilan. (PANTAS)
239. Pertubuhan Pendidikan Islam Melaka.
240. Pertubuhan Majlis Pendidikan Islam Johor. (MAPPIJ)
241. Pertubuhan Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor. (MAPPIS)
242. Yayasan Pendidikan Islam Selangor. (YAPIS)
243. PERAKAN Cawangan Ipoh
244. Yayasan Amal Malaysia
245. Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia (Cakna Palestin)
246. Muslim Care Malaysia
247. Cinta Gaza Malaysia
248. Al-Quds Foundation Malaysia
249. Palestinian Cultural Organization – Malaysia (PCOM)
250. Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
251. Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Terengganu Darul Iman (Iman Care)
252. Pertubuhan Bakti Massa
253. PAS Humanitarian Affairs and Relief (PASRelief)
254. Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia (Yaman Care)
255. Pertubuhan Syabab Prihatin dan Kebajikan (Syabab Care)
256. Pertubuhan Kebajikan Dan Sukarelawan Alumni Azhar Mesir Malaysia (Al Azhar Care)
257. Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz)
258. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
259. Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MEDICOM)
260. Muslimat Medical Team (MusMedik)
261. Pertubuhan MyHawa Malaysia (MyHawa)
262. Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Care Global - MCG)
263. Yayasan Kubra Malaysia
264. Yayasan Isra’ Malaysia
265. International Muslim Women Union Malaysia (IMWU)
266. Nisa' Malaysia
267. Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)
268. Pertubuhan Advokasi dan Hak Asasi Wanita Antarabangsa Malaysia (i-Aware)
269. Pertubuhan Rahmat Utuk Semua (RAHMAT CARE)
270. Ansar Global
271. Pertubuhan Generasi Amal Selangor
272. Pertubuhan Pendidikan Dan Kebajikan Al-Munir Malaysia (Al-Munir Malaysia)
273. Pertubuhan Nur Fitrah
274. Pertubuhan Pengurusan & Pusat Program Sadaqah (Sadaqah Centre)
275. Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS)
276. Yayasan Amirul Ummah
277. Pertubuhan Dhuafa Sejahtera
278. Persatuan Misi Kembara Dakwah
279. Pertubuhan Rescue Ummah
280. Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor
281. Persatuan Belia Prihatin (PBP)
282. Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP)
283. Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Prihatin (Permai Care)
284. Kelab Kebajikan Masyarakat Sinar (KESINAR)
285. Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (Warga Cakna)
286. Pertubuhan Ikatan Generasi Anak Terengganu (i-GenT)
287. Pertubuhan Kebajikan Wanita ERAT Perak (ERAT)
288. Pertubuhan Wanita Islam Perak (Perwita)
289. Persatuan Sukarelawan Wanita Islam Sarawak (PERWANIS)
290. Humanitarian Malaysian Medical Aid Society (Medic Aid)
291. Aman Palestin Berhad
292. Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
293. Global Unity Network
294. Kuala Lumpur and Selangor Multiracial Reverted Muslims (MRM)
295. Islamic Propagation Society International (IPSI)
296. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA KL)
297. Persatuan Dakwah Islamiah Dan Kebajikan Saudara Baru India Semalaysia (Al- Hidayah)
298. Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam (Kemudi)
299. Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (Jam’iyah)
300. Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM)
301. Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan
302. Pertubuhan Angkatan Warga Sejahtera Kelantan (AWAS)
303. Asian Federation Of Muslim Youth (AFMY)
304. Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia
305. Persatuan Generasi Prihatin (GenP)
306. Pertubuhan Kebajikan Muslim Profesional Sejahtera Malaysia (MPROS)
307. Pertubuhan Inspirasi Muslim Professional (IMProf)
308. Kelab Sahabat Profesional (KSPRO)
309. Pertubuhan Ilmuan Asasi Negeri Sembilan (ASASI)
310. Persatuan Graduan UK dan Ireland (iPro)
311. Pertubuhan Ilmuan dan Profesional Intelek Malaysia (PROTEAM)
312. Persatuan Generasi Al-Abrar Malaysia (AGES)
313. Ikatan Muslim Progresif (IMPRO)
314. Pertubuhan Sahabat Cakna Pasir Gudang Johor (Sahabat)
315. Persatuan Ikatan Aisatsu Malaysia (Aisatsu)
316. Persatuan Tenaga Insan Dinamik
317. Persatuan Siswazah Serdang Prihatin (PERSIP)
318. Pertubuhan Jaringan Profesional Muslim (SERASI)
319. Pertubuhan Kesihatan Bersekutu Fitrah Malaysia (Fitrah Care)
320. Perintis Profesional Muda (RINTIS)
321. Ability Generate Insan (AGI)
322. Ikatan Muslim Amilin Nasional (IMAN)
323. Persatuan Profesional Muda Malaysia (IPRISMA)
324. Alumni Muslim Profesional Kesihatan Malaysia (IMPAK Malaysia)
325. Pertubuhan Intelek Madani (Prisma)
326. Selayang Care
327. Persatuan Prihatin Pandan (PRIHATIN PANDAN)
328. Kumpulan Wanita Islam Kapar (KWIK)
329. Persatuan Kebajikan Cakna Kuala Terengganu (KT Care)
330. Persatuan Kebajikan Wanita Hulu Selangor (DM Care)
331. Batu Burok Care
332. Persatuan Belia Bestari Puchong
333. Pertubuhan Kebajikan Komuniti DUN Permaisuri, Terengganu (Pemaisuri Care)
334. Pertubuhan Kebajikan Dan Sosial Rakyat Tumpat
335. Charity Care Malaysia
336. Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia)
337. Persatuan Dakwah Remaja Islam (DARI)
338. Pertubuhan Mukmin Cakna Negeri Kelantan
339. Pertubuhan Jaringan IT Prihatin
340. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan
341. Pertubuhan Gerakan Wanita Dinamik Putrajaya
342. Pertubuhan Amal Wanita Daerah Pokok Sena (Pawana)
343. Pertubuhan Sakeenah Batu Gajah Perak (Sakeenah Perak)
344. Pertubuhan Peduli Buruh Wanita Malaysia (PEDULI)
345. Pertubuhan Abrar Care Malaysia
346. Pertubuhan Madinah Prihatin
347. Pertubuhan Ummah Care Malaysia
348. Persatuan Hulu Kelang Prihatin (PHKP)
349. Pertubuhan Kebajikan Muslim Putra Mahkota
350. Ikatan Insprasi Muslim Nasional
351. Pertubuhan Sukarelawan Pantas Malaysia (SP-M)
352. Pertubuhan Kebajikan Ilmu & Amal Selangor (Geng Talaqqi)
353. Kelab Ibu Bapa dan Guru Akademi Bakat ABS (KIG)
354. Pertubuhan Anak Muda Malaysia
355. Pertubuhan Generasi Anak Terengganu Insaf (GANTI)
356. Pertubuhan Dakwah Islamiah Terengganu
357. Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Dakwah Islam Sabah (Sabah Relief)
358. Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun
359. Pertubuhan Intelek Anak Soleh (Anak Soleh)
360. Pertubuhan Akademi Didik Anak Muda (ADAM)
361. Persatuan Kebajikan Al Itqan Kuantan (Al-Itqan Care)
362. Perutubuhan Kebajikan Dun Tepoh, Terengganu (Tepoh Care)
363. Yayasan Ilmuwan Utara
364. Persatuan Wanita Sejahtera Melaka
365. Komuniti Peduli Insan (KPI)
366. Pertubuhan Kebajikan Wanita Kuala Lumpur (Perkawati Care)
367. Pertubuhan Kebajikan Madani Prihatin
368. Pertubuhan Bersatu Ikhlas Malaysia (Sukarelawan Bela Islam)
369. Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia
370. Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Miri
371. Persatuan Usrah Kebajikan Profesional Malaysia
372. Pertubuhan Kebajikan Wanita & Famili Kuala Lumpur
373. Pertubuhan Cakna Insan Selangor
374. Persatuan Kebajikan Rabitah Institusi Pendidikan Islam Terengganu (Rabitah)
375. Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pasir Gudang (PG Care)
376. Pertubuhan Prihatin Rakyat Kinta Perak
377. Pertubuhan Komuniti Peduli Ipoh Perak
378. Pertubuhan Kasih Tuaran (Tuaran Care)
379. Pertubuhan Dakwah, Amal Dan Kebajikan Al Qarni (Al Qarni Care)
380. Pertubuhan Kami Prihatin Malaysia
381. Persatuan Kebajikan Assakinah
382. Pertubuhan Pendakwah Darul Ehsan (DAIE)
383. Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri
384. Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin Muar
385. Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation)
386. Pertubuhan Kebajikan Wadi An-Nasr (An-Nasr Care)
387. Pertubuhan Permata Ummah Malaysia
388. Pertubuhan Kebajikan Cakna Kuala Krau (PENCAK)
389. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (Sejahtera)
390. Pertubuhan Kebajikan Sejahtera (Sejatera Care)
391. Badan Ugama dan Kebajikan MARA
392. Pertubuhan: Al Jawahir Resources (Al Jawahir Care)
393. Pertubuhan Annur Musa'adah Care (AMC)
394. Pertubuhan Kebajikan At-Tanwiriah Malaysia
395. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM of Cawangan Datuk Keramat KL)
396. Pertubuhan Anak Muda Prihatin Darul Ehsanu
397. Pertubuhan Cinta Khazanah Alam Perak
398. Pertubuhan Amal Nur Hikmah Perak.
399. Perakan Cawangan Ipoh
400. Perakan Cawangan Taiping
401. Perakan Cawangan Gombak
402. Perakan Cawangan Shah Alam
403. Perakan Cawangan Bandar Baru Bangi
404. Perakan Cawangan Ampang
405. Perakan Cawangan Bintulu
406. Perakan Cawangan Lembah Pantai
407. Perakan Cawangan Hulu Kelang
408. Perakan Cawangan Puchong
409. Perakan Cawangan Port Dickson Baru
410. Perakan Cawangan Kuala Kangsar
411. Perakan Cawangan Klia Sepang
412. Perakan Cawangan Sungai Buloh
413. Perakan Cawangan Nilai
414. Perakan Cawangan Kerian
415. Perakan Cawangan Limbang
416. Perakan Cawangan Manjung
417. Perakan Cawangan Kota Kinabalu
418. Perakan Cawangan Sandakan
419. Perakan Cawangan Tawau
420. Perakan Cawangan Kangar
421. Perakan Cawangan Sungai Petani
422. Perakan Cawangan Melaka Tengah
423. Perakan Cawangan Changlun
424. Perakan Cawangan Labuan
425. Perakan Cawangan Seberang Perai
426. Perakan Cawangan Butterworth
427. Perakan Cawangan Kuching
428. Perakan Cawangan Kuantan (Baru)
429. Perakan Cawangan Muar
430. Perakan Cawangan Tanjung Malim
431. Perakan Malaysia Cawangan Bayan Lepas
432. Perakan Malaysia Cawangan Masai
433. Perakan Malaysia Cawangan Kota Tinggi
434. Perakan Malaysia Cawangan Johor Bahru
435. Perakan Cawangan Temerloh
436. Perakan Cawangan Pekan
437. Perakan Cawangan Kulim
438. Perakan Cawangan Dungun Baru
439. Perakan Cawangan Kemaman
440. Perakan Cawangan Bandar Tun Razak






Muslim Care ke Bangladesh, bantu pelarian Rohingya






Oleh: Yusmizal Dolah Aling dan Fairus Anuar
am@hmetro.com.my


MUSLIM Care Malaysia Society (Muslim Care) berlepas ke Dhaka, Bangladesh malam ini untuk misi bantuan kepada pelarian Rohingya di sana.

Presidennya Zulkifli Wahijan berkata, sukarelawan yang disertai Exco Muslim Care, empat doktor itu akan ke beberapa kem dan kampung di Cox's Bazar.

Turut sama artis tanah air, Heliza Helmi serta beberapa aktivis kemanusiaan yang akan berada di sana sehingga Isnin depan.


Zulkifli berkata, 20 telaga tiub dijangka dibina Muslim Care untuk digunakan lebih 200,000 pelarian di Kem Balukhali dan Kutupalong di Cox's Bazar Bangladesh.

Katanya, hasil tinjauan lapangan di kedua-dua kem bulan lalu, pihaknya mendapati wujud keperluan mendesak untuk menyegerakan pembinaan telaga tiub serta klinik ketika pelarian memenuhi kem penempatan bagi mendapatkan perlindungan.

Menurutnya, Muslim Care membawa pakar bius, ortopedik, paediatrik dan kecemasan untuk memberi rawatan di kedua-dua kem berkenaan.

"Dengan nisbah seorang doktor akan merawat sekurang-kurangnya 70 pesakit, kita berharap ia dapat membantu pelarian mendapatkan rawatan sewajarnya kerana keadaan yang begitu mendesak," katanya.

Zulkifli berkata, misi kali ini mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Masjid Asy Syakirin Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang mengumpul derma untuk disumbangkan kepada saudara seagama.

Sementara itu, mengulas misi berkenaan, Zulkifli berkata, ketika ini segala persiapan berjalan lancar dan pihaknya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Bangladesh untuk membina lima telaga tiub, hujung bulan ini.

"Menerusi rakan gabungan NGO di sana, kita mengikuti prosedur yang ditetapkan dan berharap bakinya akan dibina dengan kadar segera untuk kegunaan pelarian di dalam kem.

"Kita juga memberikan fokus kepada kanak-kanak selain pengedaran pek makanan sebanyak 1,200 termasuk sebahagiannya yang sudah sedia untuk dimakan.

"Anggaran kasar keseluruhan kos yang kita akan salurkan nanti sebanyak RM250,000 termasuk kos operasi. Kita juga akan mewakafkan al-Quran di dalam misi ini dan saya mengharapkan doa kita semua agar misi ini membawa manfaat kepada golongan sasar," katanya.

Justeru beliau mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk melancarkan urusan misi kali ini melalui akaun Muslim Care 564490413882 (Maybank), 14014010147470 (Bank Islam) atau hubungi Setiausaha Agung Muslim Care Zakaria Abd Latif di talian 0126935938



Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/277149/muslim-care-ke-bangladesh-bantu-pelarian-rohingya

SYRIA, GAZA LAPAR! BANTULAH MEREKA




Di hari-hari terakhir Ramadhan ini, bantulah mereka melalui sedekah, zakat dan sumbangan tuan puan bagi meringankan beban penderitaan mereka.

Sumbangan online boleh disalurkan terus ke akaun MUSLIM CARE MALAYSIA;

šŸ§MAYBANK: 5644 9041 3882

SMS/Whatsapp slip sumbangan untuk rekod kepada Ust Shukri 0199820400.

Baarakallahu feekum.

NYAWA DIPERTARUHKAN DEMI SAUDARA SEAQIDAH DI BULAN RAMADHAN *

Di saat kita sedang berpuasa dan iftar dengan juadah yang istimewa, saudara kita di Gaza dan Syria dengan bertarung dengan suasana yang amat memeritkan jiwa dan raga.
.
Gaza dan Syria sebahagian dari Bumi Syam yang didoakan keberkatan oleh Rasulullah SAW.
.
Berbaki 10 hari terakhir Ramadhan ini, Muslim Care Malaysia merayu dan mengajak semua bersama-sama menggembirakan mereka dengan membantu meringankan penderitaan yang sedang mereka hadapi.
.
Dalam Ramadhan 1440H 2019 Muslim Care Malaysia (Syria) telah mempertaruhkan nyawa mereka dengan meredah masuk ke zon merah bagi mengagihkan sumbangan Iftar Ramadhan kepada rakyat Syria yang terputus bekalan makanan yang diketuai oleh Team Muslim Care Malaysia di Ghutoh Damsyik dan Jabal Zawiyah Idlib yg mana kedua2 lokasi ini adalah  (kawasan merah). War Zone.
.
Segerakan sumbangan anda sementara ruang membantu dan menyumbang masih terbuka untuk Ramadhan ini.
.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Karim +60 19 272 6567.
.
Sumbangan boleh disalurkan ke AKAUN MUSLIM CARE MALAYSIA:
.
šŸ§MAYBANK: 5644 9041 3882
šŸ§BANK ISLAM: 1401 4010 1474 70
šŸ§BANK MUAMALAT: 1401 0007 6547 17
.
SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
šŸ“±Ustaz Nazmi +60 19 272 6567
šŸ“±Mohd Johari +016 997 8323
šŸ“±Haji Zulkifli +019 251 8771
šŸ“±Ahmad Safuan +013 488 6447
šŸ“±Ustaz Shukri +6 0199820400
.
MUSLIM CARE MALAYSIA
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
.
Facebook: Muslim Care Malaysia
🌐www.muslimcaremalaysia.com
#JomMenyumbang
#MuslimCareMalaysia
#Ramadhan
#CrossBorderHumanitarianAid
#kitabantuAllahbantukita
#IftarMasjidAlAqsa

Relawan Muslim Care Malaysia dan penggalangan bencana Covid19.



Oleh: Dr Riduan Mohd Nor

Gerakan swadaya yang dibidani daripada tragedi bencana kemanusiaan di Acheh ini semenjak awal Covid 19 telah memberikan perhatian kepada perancangan untuk membantu masyarakat dan kerajaan. Muslim Care Malaysia telah membatalkan semenjak awal program-program yang yelah dirancang kerana bimbang wabak ini menaufan dunia termasuk Malaysia. Misi ke Padang Indonesia, misi membantu pengungsi Syria, Rohingya, juga misi kutipan dana di Eropah telah dibatalkan.

NGO bernuansa kebajikan dan kemanusiaan ini mempunyai relawan yang teruji kesungguhan dan komitmen membantu ummah dipelbagai belahan dunia. Semenjak daripada 18 Mac sehinggalah malam ini hampir 100 program membantu masyarakat yang terkesan dengan PKP,malah aktif membantu pihak kerajaan. Menyediakan pelbagai program turun ke medan operasional, mengagihkan PPE, menyediakan makanan, makanan asas,ubatan , belanja tunai serta sokongan moral kepada wira-wira barisan hadapan kovid 19.

MCM yang berpejabat di Muslim Care Center Selayang, mempunyai rangkaian dengan NGO-NGO tempatan dan antarabangsa yang berorientasikan kebajikan dan kemanusiaan. Mempunyai ratusan relawan yang sangat komited membantu dan meringankan beban penderitaan orang lain. Presidennya,Hj Zulkifli Wahijan, lulusan Universiti Hull United Kingdom bersama relawan ,Exco MCM menjelajah keseluruh negara menyampaikan bantuan.

Exco MCM bekerja tanpa cuti, menghulurkan bantuan termasuk kepada masyarakat orang asal, pekerja migran daripada Indonesia, Bangladesh, Mynmar, Thailand . Mereka juga membantu kelompok asatizah sepenuh masa yang terjejas dengan wabak fenomenal sejagat ini. Mungkin rakyat negara ini biasa berpapasan dengan kenderaan berlogo Muslim Care Malaysia yang dipandu oleh " akhawat besi MCM " , Atie dan Yana berhenti diratusan sekatan jalanraya Polis dan tentera bagi menghulurkan bantuan. Muka mereka tebal demi untuk membantu insan lain, juga guratan wajah mereka bertukar gelap disengat mentari terik musim ini.

Kenderaan MCM menjelajah daripada Selatan ke Utara, Barat dan ke Timur, padat dengan kampit beras dan barang keperluan lain. Senyuman gembira terukir indah diwajah penerima , musim ini segalanya payah dan jerih. Bantuan dilebarkan kepada asnaf, kelompok B40, golongan santri termasuk yang belajar diluar negara turut dibantu oleh MCM. Haji Johari ,Safuan Ujar, Khidir, Cik Fuza, Dr Uyyun, Ustaz Shukri, Ustaz Nazmi Karim tanpa lelah menghidupkan bilik operasi bantuan .

Bilik operasi yang beroperasi sepanjang minggu dan tanpa cuti terus melaporkan perkembangan misi bantuan diseluruh negara, juga aliran keluar masuk kewangan . Semua penggerak MCM ini berukhuwwah seperti adik beradik, saling bahu membahu, melengkapi antara satu sama lain. Unit seranta dan promosi, unit mobilisasi bantuan, media dan pengiklanan memotori gerakan bantuan kovid 19 ini.

Menginsafi bahawa rakyat jembel dan yang terbanyak sangat terjejas akibat kovid 19, ramai yang kelaparan dan ketakutan maka tindakan kerja mestilah digarap dalam perspektif yang betul , tepat, terarah untuk membantu. Usaha membantu bukanlah usaha promosi murahan untuk melonjakkan nama MCM semata-mata. Bencana global ini telah meratah lebih 100 ribu korban nyawa manakala lebih 1.2 juta jiwa manusia telah dijangkiti. Tiada negara yang boleh mendabik dada , negara meteka selamat dan mampu mengusir virus ini dengan mudah.

Relawan MCM memahami bahawa bencana ini adalah usaha untuk menentang musuh yang tak nampak, sebab itulah memerlukan kolaborasi dan bersinergi dengan banyak pihak. Ucapan terimakasih bersilih ganti kami terima dan ini merupakan suntikan motivasi kepada MCM untuk menghadapi hari mendatang samada ia bersifat hitam mahupun bersisi putih.

Maka dengan kesaktian dan keseriusan kerja bantuan kemanusiaan Muslim Care, NGO bantuan tanpa sempadan, kami mengharapkan agar masyarakat yang mempunyai lebihan kantung untuk mendanai misi-misi membantu kami disepanjang PKP ini . Kami bergerak dengan dokongan massa, tanpa sokongan kalian maka kami hanya menjadi wira-wira papan kekunci sahaja . Doakan sahabat-sahabat semua untuk kami menyumbang sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang bagi ummah dan tanah leluhur ini. Jom kita membantu masyarakat dengan menyumbang melalui tabung kemanusiaan Muslim Care Malaysia..

šŸ§Maybank Muslim Care Malaysia
5644 9041 3882

☎️Hotline no:+60 11-5005 0035

Sumber: https://www.facebook.com/108081752552069/posts/3437754559584755

Gerakan Pembela Ummah Menjunjung Penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

1) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menjunjung penuh titah Yang Dipertuan Agong sebagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Istana Negara pada petang semalam (25 Oktober 2020) selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

2) UMMAH menyanjung tinggi dan menghargai pengiktirafan yang telah diberikan oleh Yang Dipertuan Agong kepada keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yasin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan  penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.

3) UMMAH menyanjung tinggi di atas keprihatinan Yang Dipertuan Agong agar negara terus dipelihara kesihatan, kestabilan dan kemakmuran seterusnya menasihatkan agar semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan Negara 2021 bagi mendepani Covid-19 seterusnya mengukuhkan ekonomi negara pada pembentangan sesi parlimen akan datang.

4) UMMAH mempertegaskan bahawa titah Yang Dipertuan Agong yang mengingatkan ahli-ahli politik untuk menghentikan segera segala ‘politicking’ yang boleh menganggu gugat kestabilan pemerintahan negara.

5) UMMAH juga menempelak mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keresahan dengan mempertikaikan titah Yang Dipertuan Agong sehingga mengelirukan rakyat perlu dihentikan serta merta dan tindakan tegas perlu diambil oleh pihak keselamatan.

6) UMMAH turut mencadangkan semua pihak dan parti politik mengangkat gencatan senjata politik dan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong dan mencari formula perdamaian.

7) Oleh itu, UMMAH, Majlis Perundangan Melayu serta seluruh NGO-NGO islam tanah air mencadangkan ditubuhkan suatu Majlis Permuafakatan Negara yang terdiri daripada wakil parti-parti politik, wakil pegawai tertinggi kerajaan, wakil ilmuan Islam, cendikiawan, profesional dan akademik, wakil NGO-NGO utama, wakil NGI dan tokoh masyarakat.

8) Sekiranya cadangan ini tidak dihormati, maka dicadangkan Yang Dipertuan Agong mengisytiharkan Darurat

UMMAH berkeyakinan penuh Yang Dipertuan Agong terus menjadi tonggak utama dan berperanan memayungi pemerintahan negara bagi mengukuhkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negara. 

MOHD ZAI MUSTAFA
PENGERUSI,
GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH)
26 OKTOBER 2021

#ResetMalaysia
#LockdownPolitik
#KekalTenang
#DaulatTuanku

Kenyataan ini turut disokong oleh Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH negeri-negeri, Majlis Perundingan Melayu serta pelbagai NGO seluruh Malaysia:

1. Sdr. Md Shukor Aziz, Pengerusi Ummah Wilayah Persekutuan

2. Ust. Kamalulhysham Bin Suhut, Pengerusi Ummah Selangor 

3. Sdr. Hishammudin Abu Bakar, Pengerusi Ummah Melaka

4. Sdr. Wan Mohd Faizul Wan Abas, Pengerusi Ummah Terengganu 

5. Hj. Yamin Bin Daud, Pengerusi Ummah Kelantan 

6. Ust. Roslan Bin Md Esa, Pengerusi Ummah Pahang

7. Dr. Mohd Mazri Yahya, Pengerusi Ummah Johor

8. Hj. Zul Bin Che Harun, Pengerusi Ummah Kedah 

9. Sdr. Mohd Akhir, Pengerusi Ummah Pulau Pinang

10. Dato Idham Lim, Pengerusi Ummah Perak

11. Pertubuhan Yayasan Amal Malaysia

12. Pertubuhan Muktamar Dakwah Malaysia

13. Pertubuhan CAKNA PALESTIN MALAYSIA

14. Pertubuhan Halwanis

15. Pertubuhan Mesra Prihatin

16. Pertubuhan Royalti Kelantan

17. Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin

18. Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat

19. Pertubuhan Abrar Care Malaysia

20. Pertubuhan Generasi

21. MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)

22. Pertubuhan Halaqah Baiti Jannati.

23. Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Komuniti Malaysia (Akademi KAWAN)

24. Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera

25. Pertubuhan Muslim Care Malaysia Society

26. Pertubuhan MyHawa Malaysia

27. Persatuan Warga Melaka Di Perantauan

28. Kelab Kecacatan Fizikal Selangor

29. Kelab Sahabat Profesional

30. Persatuan Prihatin Pandan

31. Pertubuhan Syabab Care Malaysia

32. Persatuan Hulu Kelang Prihatin

33. Pertubuhan Akademi Didik Anak Muda

34. Persatuan kebajikan amal bangi

35. Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah

36. Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam (iCare)

37. Langat Islamic Genaration

38. Pertubuhan Penyeri

39. Pertubuhan Langat Care

40. Pertubuhan Hulu Langat Prihatin 

41. Pertubuhan Nisa Hulu Langat

42. Pertubuhan Semenyih Sejahtera

43. Pertubuhan Kota Raja Care.

44. Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia     

45. Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu

46. Persatuan Kebajikan Usrah Profesional Malaysia (UKP).

47. Pertubuhan PASRelief

48. Yayasan Kubra Malaysia 

49. Yayasan Isra’ Malaysia

50. Pertubuhan Geng Ustaz

51. Muslim Care Global (MCG)

52. Pertubuhan Yaman Care

53. Pertubuhan Syabab Care

54. Pertubuhan Azhar Care

55. Pertubuhan Iman Care

56. Pertubuhan Warga Cakna

57. Pertubuhan Amal Perubtan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

58. Pertebuhan Medicom

59. Pertubuhan NurFitrah

60. Pertubuhan MusMedik

61. Pertubahan IMWU (International Muslim Women Union Malaysia)

62. Pertubuhan Sadaqah Centre 

63. Pertubuhan Sahabat Care 

64. Pertubuhan Nisa' Malaysia 

65. Pertubuhan Cakna Palestin 

66. Pertubuhan Ansar Global 

67. Pertubuhan Pemaisuri Care 

68. Pertubuhan ERAT

69. Persatuan Generasi Prihatin 

70. Pertubuhan BAKEWANIS

71. Pertubuhan IMProf

72. Pertubuhan Misi Kembara Dakwah

73. Pertubuhan PRIHATIN PANDAN

74. Kumpulan Wanita Islam Kapar 

75. Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP)

76. Pertubuhan RAHMAT CARE

77. Pertubuhan Kelab Kebajikan Masyarakat Sinar Marang, Terengganu (KESINAR) 

78. Pertubuhan Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)

79. Pertubuhan KT Care

80. Sekretariat Anak Pahang Perantauan

81. Persatuan Annajwa

82. Pertubuhan Cinta Khazanah Alam Perak

83. Majlis Pendidikan Islam Malaysia

84. Pertubuhan Kebajikan dan Muafakat Malaysia

85. Pertubuhan Lestari Alam Malaysia

86. Persatuan anak Kelantan Perantauan

87. Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia

88. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia

89. Pertubuhan Insan Sayang Kebajikan

90. Pertubuhan Tunas Insan Serawak

91. Pertubuhan Kebajikan Wanita Muslimah Kuala Kangsar (PEKANITA)

92. Pertubuhan Ihsan Care Bagan Serai

93. Pertubuhan Amal Lenggong

94. Pertubuhan Amal Dakwah Bagan Datoh

95. Pertubuhan Amilin Bagan Datok

96. Pertubuhan Sahabat Greek

97. Persatuan Wanita Islam Kuala Kangsar

98. Persatuan Semarak Prihatin Masyarakan Perak

99. Pertubuhan Prihatin Rakyat

100. Pertubuhan Marhaien Sungai Siput

Rohingya..Tiada siapa yang peduli tangisan pilu Muslim



Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Langit merah jingga menebar cahaya keperakan dipermukaan Sungai Naf yang menyimpan sejuta rahsia muslim Rohingya yang ditindas oleh regim Mynmar serta dikucilkan oleh masyarakat antarabangsa. Dua bulan terakhir ini ratusan ribu pelarian muslim Rohingya bergadai nyawa untuk menyeberangi sungai yang luas ini, sungai yang memisahkan dua negara. Kelihatan pihak aparat keamanan Bangladesh mengawal ketat sempadan negara kerana bimbang ratusan ribu pelarian muslim Arakan akan membolosi sempadan negara mereka, namun akhirnya Bangladesh terpaksa menelan hakikat, mereka adalah berjiran dan terpaksa menerima pelarian Rohingya yang diancam pembersihan etnik.

Tiada sebersit rasa kemanusiaan dihamparan relung hati tentera Mynmar ini walaupun pelarian Arakan berasal daripada tanahair mereka dan berjiran dengan mereka. Malah mereka juga tidak segan melepaskan tembakan kepada pengungsi Arakan yang kelaparan, melakukan pembantaian ,membakar rumah-rumah,merogol,menyiksa muslim Arakan. Penasihat tentera Mynmar adalah regim zionist, maka tidak pelik tektik sadis yang sama digunakan terhadap muslim,bahkan lebih kejam kerana melibatkan kejadian rogol secara pukal.

Muslim Arakan tak ubah seperti muslim Palestin yang hilang peta dan tanah, cuma berbeda dengan nasib ummat Palestin yang sentiasa dilimpah cahaya lensa, kesengsaraan Palestin menggema keseluruh belahan dunia. Bantahan awam sentiasa menjerkah regim zionis dan "uncle Sam" , samada oleh NGO Islam atau bukan Islam. Bulan Mei pula , sambutan Nakbah Palestine terus menyubur kepedulian terhadap kejerihan Palestine. Arakan adalah Gaza di Asia yang berselimut kesakitan dan menebar aroma kematian.

Muslim Arakan hidup di tanah Burma sejak abad ketujuh dan pernah bernaung dibawah kerajaan Islam Moghul India, dengan identiti mereka sendiri. Bahkan makam Sultan Bahadur ii juga disemadikan di Mynmar, masjid-masjid lama, nisan-nisan lama adalah bukti empiris bahawa masyarakat Islam telah mendiami tanah Arakan ,jauh sebelum penjajahan British lagi. Menarik juga, kerajaan Islam Arakan telah menghantar bantuan kewangan kepada Khilafah Uthmaniah pada tahun 1913, dalam membantu perang di wilayah Balkan.

Kerajaan Moghul mengamalkan pemerintahan yang adil untuk semua agama dan etnik. Ini menyebabkan Islam berkembang dan memaut nurani manusia kepada agama fitrah.kejatuhan Empayar Islam Moghul ditangan empayar Pax Britannica , maka dengan perlahan-lahan nasib umat Islam di Burma memburuk.
Selepas Burma merdeka pada tahun 1948, nasib muslim mula diterjah satu persatu, termasuk Operasi Naga Ming, dan pelbagai kejahatan yang mula menimpa masyarakat Muslim.

Kumpulan Buddha adalah kelompok yang kuat menentang imperialisme Barat seperti Persatuan Buddha Burma, Persatuan Pemuda Buddha Burma dan sebagainya. Selepas Barat meninggalkan Burma, nasib muslim semakin parah, mereka dianggap orang asing, apatah lagi dengan perbedaan agama dan etnik.

Muslim Rohingya berkulit agak gelap kerana mereka berketurunan Benggali serta merupakan penganut Islam yang taat. Mereka dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan, memiliki perniagaan, memiliki senjata, bahkan hak sebagai manusia itu sendiri. Jutaan muslim Rohingya akhirnya cuba melarikan diri daripada Arakan, kerana mereka dibunuh, dibakar dan dirogol.

Ratusan ribu mengungsi di Coox Bazaar, kem khutupalong, Teknaf dan pelbagai tempat diBangladesh dalam keadaan terpuruk dan sangat dhaif. Nasib mereka semakin buruk apabila regim sekular Bangladesh beberapa tahun lepas menutup pintusempadan .Misi bantuan kepada muslim Rohingya juga dihalang dan mengalami sekatan melampau, cuma keadaan agak baik dalam tahun ini. Antara NGO Malaysia yang aktif membantu muslim Rohingya ialah MAPPIM, Muslim Care, Yayasan Amal, namun tak semudah membantu muslim di peta luka ummat yang lain seperti Gaza, Syria, Pakistan, Cambodia. Paling baru ialah NGO, Pasrelief yang memasuki khemah pelarian muslim Rohingya, membantu pelarian dengan projek kemanusiaan.

SIKAP WARGA ANTARABANGSA.

Sejujurnya, Turki adalah negara paling terkehadapan dalam membantu pelarian Rohingya terutama dalam empat tahun kebelakangan ini. Tayyeb Erdogan meletakkan keprihatinan yang besar dalam isu kemanusiaan dipelbagai peta luka umat Islam. Ini berbeda dengan negara Arab yang dianugerahi kekayaan minyak dan gas. Umat Islam terpenjara dalam kotak "nation state" yang dibina bekas penjajah sehingga mereka kurang peduli terhadap sempadan akidah , sempadan syahadah.

PBB dan OIC kurang mencaknai isu ini bahkan negara ASEAN sendiri seolah memekakkan telinga. Walhal,sepatutnya tekanan paling keras datangnya daripada ASEAN sendiri kerana perlakuan regim Mynmar telah melebihi batas perikemanusiaan.

Konsep ZOPFAN (Zone of peace, freedom,and neautrality) seolah membunuh kepedulian ummah. Darah yang tumpah seolah darah kerbau yang tidak mempunyai nilai harga. Bahkan Malaysia tetap menghantar kontijen ke Sukan SEA di Burma sebelum ini tanpa merasa bersalah. Desakan demi desakan,akhirnya kerajaan Malaysia melalui NGO-NGO memulakan inisiatif yang baik, "food flotilla for Mynmar " dalam bulan Februari yang lepas, seterusnya akujanji Malaysia unguk membina hospital medan di penempatan Rohingya di Bangladesh. Jika semua muslim dan kerajaan umat Islam mengambil cakna akan isu ini,maka beban penderitaan Rohingya paling kurang akan sedikit terbela.

Insyaallah, Muslim care sekali lagi akan menerbangkan anggota-anggota misi bantuan seramai 22 orang ke khemah pelarian Rohingya pada 26 sehingga 31 oktober ini. Pelbagai bantuan akan dihulurkan seperti agihan pek makanan,membina tubewell, rawatan di medan oleh anggota medik dan paramedik. Muslim Care merasa berbesar hati dapat menyampaikan amanah rakyat Malaysia kepada saudara -saudara Rohingya yang diselimuti kejerihan dan kepayahan. Sebahagian besar anggota misi yang merupakan doktor perubatan akan mempunyai jadual ketat menyantuni mangsa krisis kemanusiaan terburuk di rantau Asia Tenggara ini.

(Penulis ialah Anggota Misi Muslim Care 26-31 Oktober ke Kem khutupalong, )

Ghouta, Syria; sukarelawan Muslim Care mula sampaikan bantuan makanan




REJIM tentera Presiden Bashar al-Assad yang dibantu Russia bertindak di luar batasan kemanusiaan dengan mengebom dan membedil hospital di wilayah Syria dalam usaha melumpuhkan kumpulan penentang di timur Ghouta.

Dalam keganasan terbaru, empat fasiliti kesihatan iaitu Hospital Baldah Mudira, Hospital Jisrin Al Midani, Hospital Al Yaman Al Tibbi di Duma dan Hospital Hilal Ahmar di Harasta musnah dalam serangan udara.

Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaan Syria Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) Ustaz Nazmi Abdul Karim berkata, tindakan mengebom hospital itu secara terang-terangan adalah satu bentuk jenayah perang.


“€œUmum mengetahui hospital adalah tempat orang sakit mendapatkan rawatan, bukan gudang penyimpanan senjata atau markas penentang.



“€œKetika serangan berlaku mangsa yang mendapatkan rawatan terpaksa dipindahkan ke ‘€˜hospital’™ sementara iaitu ruang di dalam terowong bawah tanah.

“œKonflik berkenaan sewajarnya dihentikan segera dengan sokongan dunia termasuk Malaysia kerana melampaui batas sifat kemanusiaan,” katanya.

Menurutnya, serangan udara menggunakan jet pejuang yang menggugurkan bom dan roket bagi membedil jelas bertujuan memusnahkan hospital berkenaan.
Maklumat terkini, katanya, masih tinggal enam hospital yang belum dimusnahkan sepenuhnya di wilayah itu.

Beliau berkata, wakil Muslim Care semalam, sudah menghantar bantuan kecemasan termasuk makanan iaitu 2,500 bungkusan roti untuk 200 keluarga membabitkan kos AS$10,000 (RM42,000).

“€œAlhamdulillah, Muslim Care mempunyai wakil yang cekap dan amanah menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terselamat dalam serangan udara berkenaan.

“€œMereka berada di zon perang untuk memastikan bantuan kecemasan segera disampaikan khususnya makanan bagi mengelakkan mangsa kebuluran,” katanya.

Menurutnya, agihan bantuan dilakukan menggunakan sistem kupon khas bagi memastikan penduduk yang menjadi mangsa konflik berdarah itu mendapat bahagian masing-masing.

Orang ramai boleh menyumbang menerusi Kutipan Dana Kecemasan ke Ghouta, Syria, Muslim Care menggunakan akaun Maybank (564490413882), Bank Islam Malaysia Berhad (1401401014740) atau Bank Muamalat (14010007654717). Mohon maklumkan derma/ infak kepada Ustaz Nazmi Karim di talian ‭+6019 272 6567‬

Dianggarkan 400,000 tinggal dalam wilayah terkepung di Damsyik sejak 2013 dan mereka berdepan masalah kekurangan makanan serta ubatan.

Stop the Ongoing Massacres Committed Against the Defenseless Palestinians


By: Zulkifli Wahijan

Muslim Care Malaysia condemns in the strongest possible terms the brutal massacres committed against the unarmed peaceful participants of the Great Return March who were trying to express their desire to gain their legitimate rights which are guaranteed by the international law. 58 Palestinians were slaughtered including children and 2771 others were injured within less than 24 hours of nonviolent demonstrations demanding the implementation of the UN resolutions, most notably UN 194.




This massacre took place concurrently with the inauguration of the new US embassy in AlQuds. Muslim Care strongly denounces the heinous step of moving the American embassy to Jerusalem and considers it as a blatant insult against all Muslims all over the World.

We are still following with too much concern the Zionists’ very grieve violations against the international law; where their cowardly filthy soldiers have deliberately targeted with live ammunition innocent armless people including journalists and paramedics. We call upon the whole world to show seriousness regarding its intention to maintain justice and security for all people particularly the Palestinian refugees who are the responsibility of the United Nations. 

Moreover, we demand the Security Council to assume its duties and authorities to act now to provide the needed protection to the Palestinian refugees to stop the repulsive massacres committed against the defenseless protestors and to avert any possible further bloodshed. The Security Council must make sure that its resolutions are respected in light of the Zionists’ repeated breaches and provocations against the just rights and national aspirations of the Palestinian people.

We urge the Western countries and the international community to take concrete measures to curb the Zionist perpetrators and to hold them accountable as well as bringing them to the international criminal court.

Muslim Care Malaysia also calls upon our new government and his Excellency Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the Prime Minister of Malaysia to exert his utmost efforts to continue his very well-known pro-Palestine stances and to maintain the consistent public support of the struggle of the Palestinian people. We wish to see him utilizing Malaysia strong position in the United Nations and the Security Council to issue new resolutions that coerce the so-called “Israel” to abide by the international law. 

Muslim Care Malaysia stresses its unshakable religious and moral commitments towards the Palestinian people and announces the establishment of a new campaign to help them by all means. In this regard, we encourage our fellow Malaysian brothers and sisters to generously donate to help us implementing new projects to help the needy Palestinians. We advise everyone to seize the golden opportunity of the upcoming blessed month of Ramadan to allocate portions of their Zakat to help the Palestinians maintain their defiance and steadfastness.

We call upon all the Malaysians as well as all the respected non Malaysian communities to show their solidarity with the Palestinians and the Great Return March and to express their rejection of moving the US embassy to Jerusalem by participating in the massive demonstration which will be held on Friday 18th May 2018 in front of the American embassy in Kuala Lumpur immediately after Jumaah prayer.

Zulkifli Wahijan is President of Muslim Care Malaysia
FB: Muslim Care Malaysia Society

Muslim Care peruntuk RM500,000 bantu mangsa banjir




KUALA LUMPUR: Muslim Care Malaysia (Muslim Care) memperuntukkan RM500,000 dan 200 sukarelawan bagi membantu mangsa banjir yang melanda negara, baru-baru ini.

Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan, berkata walaupun usaha memberi bantuan kepada mangsa menuntut usaha dan komitmen luar biasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sudah mulakan sejak 10 hari lalu.

Katanya, sukarelawan yang diperuntukkan turut bekerja siang dan malam bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan kritikal di empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

"Sebanyak 50 pacuan empat roda, satu van yang dijadikan klinik bergerak, satu lori dan empat bot turut digerakkan untuk tujuan itu.

"Selain itu kami turut menyediakan dua jentolak, dua jengkaut dan satu lori sampah untuk menyempurnakan kerja pembersihan sisa banjir di Dusun Tua dan Desa Nanding, Hulu Langat.

"Kami juga membekalkan kira-kira 500,000 liter air bersih melalui lori tangki dan dua mesin khas untuk memproses air sungai bagi kegunaan 2,500 keluarga di sekitar Dusun tua yang terputus bekalan air selama tujuh hari," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, barangan yang disumbangkan Muslim Care kepada mangsa banjir termasuk beras sebanyak 2,000 kampit, tilam (1,000), bantal (1,200) serta set kelengkapan solat iaitu telekung, kain pelikat, kain batik dan sajadah (1,000).

Katanya, turut disumbangkan ialah dapur gas (400), gas memasak (250 tong), set tuala, sabun, berus dan ubat gigi (700), lilin dan pemetik api (200 kotak), kit ujian kendiri COVID-19 (2,000), pelitup muka (16,000) dan al-Quran (200).

"Barang makanan yang disumbangkan pula ialah lebih 5,000 pek makanan dimasak, biskut dan roti (700) serta set makanan kering iaitu minyak masak, gula, tepung, susu, sardin, kicap dan teh (600), selain air mineral (15,000 botol)," katanya.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Tsunami Acheh dan Muslim Care Malaysia : Mengimbau tragedi 16 tahun dahulu.



Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

"Allahurabbi...dasyatnya tsunami...ini kuasa Allah" berdecak Haji Zulwahijan spontan apabila pesawat kami berlegar di ruang udara Acheh. Ada bongkah kesayuan meragut hati kami.

"Bagaimana kita jika hari kiamat, tsunami pun sudah begini dasyat" detik hati kecilku, terpanar dan terasa ngeri melihat daripada tatapan langit yang suram.

Ketika melihat dengan kesayuan pemandangan Acheh Jaya yang sebahagiannya seperti padang jarak padang tekukur daripada helikopter NURI milik TUDM dalam perjalanan dari Banda Acheh ke Meulaboh yang terputus jalan darat, hati kecil saya diserkap dengan pertanyaan, bagaimanakah nasib umat Islam Acheh Jaya dan Meulaboh yang kini tinggal di khemah-khemah pengunsian selepas diterjah oleh ombak Tsunami.

Persoalan yang muncul dalam benak saya ialah tentang Aqidah mereka terutama kerana selepas petaka Tsunami, NGO-NGO jaringan Kristian seolah berpesta kebajikan, menebarkan keprihatinan terhadap mangsa Tsunami terutama anak-anak yatim dan pengunsi-pengunsi yang sedang didera dengan trauma Tsunami dan kejerihan hidup setelah semua yang dimiliki disentap dalam sekelip mata. Tidak menjadi rahsia lagi dikalangan petugas dan pekerja kemanusian Gerakan Islam berebutan anak-anak yatim dengan gerakan Kristian yang datang dari dalam dan luar negeri.

"Kristian membantu dengan bersungguh manakala umat Islam kurang peduli...siapa yang perlu kita salahkan"ulang Haji Johari pula.saya sudah tak mampu berkata-kata. Terpanar dalam kesedihan yang sarat.

Pengalaman menjadi sukarelawan di Acheh dengan misi utama membantu penempatan anak-anak yatim Acheh mengesahkan jawapan kepada saya bahawa misionari Kristian telah mendapat 'syurga' baru bagi menjaring ahli-ahli kerana sebelum ini serambi Mekah ini tertutup rapat bagi mereka. Acheh Darussalam sejak zaman berzaman kental menjadi benteng akidah, bumi perlawanan dengan penjajah Belanda. Semenjak dari KLIA kami berpapasan dengan NGO-NGO Kristian dan apabila tiba di Medan pula bertembung dengan kumpulan-kumpulan Kristian dari Perancis dan Jerman yang turut terjun kelapangan untuk membantu.

Kehadiran mereka cukup terkesan di kawasan-kawasan pendalaman yang tidak mampu dijangkaui oleh petugas-petugas Islam malah dibeberapa tempat tertentu petugas Islam seperti yang diceritakan oleh sahabat-sahabat PKS terpaksa 'berkasar' dengan kelompok in yang kelihatan cukup agresif menyantuni anak-anak yatim dan gelandangan yang serba kepayahan. Modal mereka besar sehingga mampu menyewa helikopter swasta untuk ulang-alik kepelbagai lokasi. Membawa relawan bertopeng tugas ketuhanan dalam kondisi bencana yang dasyat.

Terjahan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 15 tahun lepas telah memberikan kesan yang besar kepada Acheh dan Sumatera Utara berbanding dengan wilayah yang lain. Dianggarkan korban seramai 240 000 orang manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Tragedi ini juga telah menyebabkan 35 000 lebih kanak-kanak menjadi yatim dan sekarang ini mendiami khemah-khemah pengunsian dan juga dipanti anak-anak yatim. Isu anak yatim ini menarik perhatian dunia apabila dikhabarkan seramai 300 anak-anak yatim Acheh telah dilarikan oleh pertubuhan Kristian World Help yang berpusat di Virginia, Amerika Syarikat.

Isu ini dengan pantas ditanggapi oleh pelbagai gerakan Islam di Indonesia seperti Partai Keadilan Sejahtera, Majlis Ulama Indonesia, Majlis Mujahiddin Indonesia dan sebagainya, malah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhyono telah memberikan amaran bahawa tidak sesiapapun orang perseorangan ataupun organisasi yang boleh membawa keluar anak-anak yatim Acheh keluar dari Indonesia. Indonesia menjadi suluhan lensa masyarakat antarabangsa, mereka wajib bertegas menjaga maruah dan harkat bangsa.

Kebimbangan tentang nasib aqidah anak yatim telah dipaparkan dengan meluas oleh media massa bernuansa Islam di Indonesia dan juga menjadi produk pertuturan masyarakat daripada anjung masjid sehinggalah di gerai-gerai makan. Kebimbangan umat Islam mempunyai asas kerana pertubuhan-pertubuhan Kristian yang memakai jenama pertubuhan kemanusiaan seperti Yayasan Pelita Kasih, Yayasan Obor Bakti, Yayasan Berkat Indonesia, Global Relief, USAid, World Vision dan pelbagai nama lagi begitu agresif menyantuni anak-anak yatim dan gelandangan.

Gelojak kebimbangan ini turut dirasai oleh umat Islam di negara ini yang mempunyai ikatan persaudaraan Islam dan rumpun bangsa yang sama. Maka program Muslim Care, misi menyelamatkan anak-anak yatim Acheh telah digerakkan dengan bersungguh-sungguh di bawah payung Yayasan Amal Malaysia. Kutipan dana telah digerakkan secara besar-besaran di Lembah Klang dengan matlamat utama untuk membina bangunan kekal di Banda Acheh dan Meulaboh. Setelah dana yang dianggarkan wajar untuk membina sebuah bangunan tetap mesyuarat koordinasi telah dilaksanakan di Kuala Lumpur dengan wakil PKS Indonesia iaitu Ustaz Khairul Rahimi (PKS dan Yayasan Amal Malaysia bernaung dibawah Komiti Kemanusiaan Indonesia).

Setelah urusan awal berjaya selesaikan maka rombongan Muslim Care telah bertolak ke Medan pada 9 Februari dan di Medan disambut oleh Pak Mirwan, Pengerusi PKS Medan. Rombongan kami terus bertolak ke Banda Acheh dengan pesawat GARUDA dan sebelum mendarat di Bandara Sultan Iskandar Muda Acheh, pesawat yang dinaiki telah membuat beberapa kali pusingan di atas Banda Acheh. Kami telah melihat dengan penuh keinsafan kesan yang hebat akibat terjahan Tsunami yang melanda Acheh. Di Banda Acheh, kami ditempatkan di rumah penginapan PKKU (Pos Keadilan Peduli Umat). Pada sebelah petangnya, lawatan telah diadakan ke Lampua untuk menyaksikan kesan kemusnahan yang maha dahsyat. Kami juga melawat sebuah masjid yang bersejarah iaitu Masjid Baitur Rahim yang merupakan kepada Masjid Baitur Rahman, yang dibina selepas masjid Baitur Rahman dibakar oleh Belanda.

TRAGEDI YANG MEMBIDANI MUSLIM CARE

Pulang daripada misi bantuan Acheh dengan sejuta pengalaman baru, menghirup nikmat membantu yang jerih serta membina jaringan baru maka kami merasakan unit Muslim Care dibawah lujnah kebajikan wajib diangkat menjadi sebuah gerakan swadaya yang lebih terarah fokusnya. Banyak gerakan swadaya muslim antarabangsa yang setanding dengan badan kebajikan kristian. Dipelbagai belahan dunia , NGO Islam seperti Muslim Aid, Islamic Relief, Hasana Foundation, IHH, alkhidmat Foundation, PIMA dan puluhan nama besar yang lain.

Disamping mempunyai struktur mandiri yang boleh menfokuskan gerakan kebajikan dalam dan luar negara. Mempunyai akaun bank yang akan memudahkan pelbagai misi digerakkan dan memudahkan para penyumbang untuk berkongsi pahala.Tuhan melorongkan kemudahan kepada kami untuk membantu masyarakat, menarik rasa percaya rakyat negara ini untuk bermandi keringat dan membantu ummah.

Bermula dengan tragedi tsunami Acheh, akhirnya pelbagai misi berjaya digalang, antaranya misi gempabumi di Kashmir, Pakistan, membantu mangsa tsunami Pagandaran, Cipatujah yang menyaksikan ribuan insan hilang kediaman. MCM menyantuni mangsa perang Lubnan pada tahun 2006 akibat serangan regim Israel terhadap Lubnan Selatan.

Puluhan misi kemanusiaan ke kemboja dengan membina sekolah dan masjid serta acara korban perdana tahunan, usaha yang sama dibuat di Vietnam. Terlibat dengan misi membantu mangsa gempabumi Bantul Indonesia, bangladesh, Assam India, Jepun, Filipina, Kota Palu, Donggala, Wilayah Sigi, Lombok dan Mataram. Puluhan misi membantu muslim Rohingya termasuk membina sekolah-sekolah tahfiz dan masjid kem pelarian di Cox Bazaar, juga misi Membantu di Myanmar termasuk Food Flotilla For Mynmar.

MCM berterusan membantu umat Islam di Gaza Palestin dengan membina kilang roti, masjid, perpustakaan, kenderaan pelbagai guna. Kolaborasi dengan NGO di Palestin membolehkan usaha membantu dibuat dengan konsisten dalam tempoh 15 tahun ini. Gejolak pembantaian di Syria pasca Arab Spring membawa MCM terlibat daripada awal dan secara berterusan membantu dimedan konflik. Usaha cemerlang yang diiktiraf oleh UNESCO ialah kejayaan mengendalikan enam buah sekolah pelarian Syria serta usaha kemandirian menternak lembu untuk pelarian Syria di sempadan SyriaTurki. Dua aktivis Muslim care telah terkorban semasa mengagihkan makanan kepada mangsa peperangan di syria. Tribulasi ini tidak mematahkan semangat MCM untuk terus berbakti walaupun terhampar seribu ujian dan mehnah.

Selain itu kejayaan MCM disebelah tanah Eropah ialah mewujudkan Islamic Centre di Poland untuk membantu pelarian Chechen, juga membantu masjid di Bosnia serta membantu pelarian Syria di Austria, Jerman dan Republik Chech. Tsunami Acheh tetap dalam kenangan kolektif kami walau telah berlalu 15 tahun lampau kerana bertolak daripada tragedi besar ini, muncul NGO muslim Care Malaysia yang menggalang nuansa manusiawi membantu insan melewati garis sempadan dan geografi. Terimakasih rakyat Malaysia yang menyokong dan mendokong usaha kami selama ini dan akan datang. Juga tribut buat pahlawan kami yang telah pulang ke negeri abadi, almarhum Ustaz Norazli Musa alias Ustaz Toliban, Dr Bashar dan Abu Ishak iaitu aktivis MCM di Syria yang terkorban semasa misi membantu. Semoga kita ditemukan ditempat paling indah dinegeri abadi kelak.

(Penulis ialah aktivis bantuan tanpa sempadan)

Tsunami Acheh dan Muslim Care Malaysia : Mengimbau tragedi 15 tahun dahulu .


Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

" Allahurabbi...dasyatnya tsunami...ini kuasa Allah" berdecak Haji Zulwahijan spontan apabila pesawat kami berlegar di ruang udara Acheh. Ada bongkah kesayuan meragut hati kami.

" Bagaimana kita jika hari kiamat , tsunami pun sudah begini dasyat" detik hati kecilku, terpanar dan terasa ngeri melihat daripada tatapan langit yang suram.

Ketika melihat dengan kesayuan pemandangan Acheh Jaya yang sebahagiannya seperti padang jarak padang tekukur daripada helikopter NURI milik TUDM dalam perjalanan dari Banda Acheh ke Meulaboh yang terputus jalan darat, hati kecil saya diserkap dengan pertanyaan, bagaimanakah nasib umat Islam Acheh Jaya dan Meulaboh yang kini tinggal di khemah-khemah pengunsian selepas diterjah oleh ombak Tsunami.

Persoalan yang muncul dalam benak saya ialah tentang Aqidah mereka terutama kerana selepas petaka Tsunami, NGO-NGO jaringan Kristian seolah berpesta kebajikan, menebarkan keprihatinan terhadap mangsa Tsunami terutama anak-anak yatim dan pengunsi-pengunsi yang sedang didera dengan trauma Tsunami dan kejerihan hidup setelah semua yang dimiliki disentap dalam sekelip mata. Tidak menjadi rahsia lagi dikalangan petugas dan pekerja kemanusian Gerakan Islam berebutan anak-anak yatim dengan gerakan Kristian yang datang dari dalam dan luar negeri.

"Kristian membantu dengan bersungguh manakala umat Islam kurang peduli...siapa yang perlu kita salahkan"ulang Haji Johari pula.saya sudah tak mampu berkata-kata.terpanar dalam kesedihan yang sarat.

Pengalaman menjadi sukarelawan di Acheh dengan misi utama membantu penempatan anak-anak yatim Acheh mengesahkan jawapan kepada saya bahawa misionari Kristian telah mendapat 'syurga' baru bagi menjaring ahli-ahli kerana sebelum ini serambi Mekah ini tertutup rapat bagi mereka. Acheh Darussalam sejak zaman berzaman kental menjadi benteng akidah, bumi perlawanan dengan penjajah Belanda. Semenjak dari KLIA kami berpapasan dengan NGO-NGO Kristian dan apabila tiba di Medan pula bertembung dengan kumpulan-kumpulan Kristian dari Perancis dan Jerman yang turut terjun kelapangan untuk membantu.

Kehadiran mereka cukup terkesan di kawasan-kawasan pendalaman yang tidak mampu dijangkaui oleh petugas-petugas Islam malah dibeberapa tempat tertentu petugas Islam seperti yang diceritakan oleh sahabat-sahabat PKS terpaksa 'berkasar' dengan kelompok in yang kelihatan cukup agresif menyantuni anak-anak yatim dan gelandangan yang serba kepayahan. Modal mereka besar sehingga mampu menyewa helikopter swasta untuk ulang-alik kepelbagai lokasi. Membawa relawan bertopeng tugas ketuhanan dalam kondisi bencana yang dasyat.

Terjahan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 15 tahun lepas telah memberikan kesan yang besar kepada Acheh dan Sumatera Utara berbanding dengan wilayah yang lain. Dianggarkan korban seramai 240 000 orang manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Tragedi ini juga telah menyebabkan 35 000 lebih kanak-kanak menjadi yatim dan sekarang ini mendiami khemah-khemah pengunsian dan juga dipanti anak-anak yatim. Isu anak yatim ini menarik perhatian dunia apabila dikhabarkan seramai 300 anak-anak yatim Acheh telah dilarikan oleh pertubuhan Kristian World Help yang berpusat di Virginia, Amerika Syarikat.

Isu ini dengan pantas ditanggapi oleh pelbagai gerakan Islam di Indonesia seperti Partai Keadilan Sejahtera, Majlis Ulama Indonesia, Majlis Mujahiddin Indonesia dan sebagainya, malah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhyono telah memberikan amaran bahawa tidak sesiapapun orang perseorangan ataupun organisasi yang boleh membawa keluar anak-anak yatim Acheh keluar dari Indonesia. Indonesia menjadi suluhan lensa masyarakat antarabangsa, mereka wajib bertegas menjaga maruah dan harkat bangsa.

Kebimbangan tentang nasib aqidah anak yatim telah dipaparkan dengan meluas oleh media massa bernuansa Islam di Indonesia dan juga menjadi produk pertuturan masyarakat daripada anjung masjid sehinggalah di gerai-gerai makan. Kebimbangan umat Islam mempunyai asas kerana pertubuhan-pertubuhan Kristian yang memakai jenama pertubuhan kemanusiaan seperti Yayasan Pelita Kasih, Yayasan Obor Bakti, Yayasan Berkat Indonesia, Global Relief, USAid, World Vision dan pelbagai nama lagi begitu agresif menyantuni anak-anak yatim dan gelandangan.

Gelojak kebimbangan ini turut dirasai oleh umat Islam di negara ini yang mempunyai ikatan persaudaraan Islam dan rumpun bangsa yang sama. Maka program Muslim Care, misi menyelamatkan anak-anak yatim Acheh telah digerakkan dengan bersungguh-sungguh di bawah payung Yayasan Amal Malaysia. Kutipan dana telah digerakkan secara besar-besaran di Lembah Klang dengan matlamat utama untuk membina bangunan kekal di Banda Acheh dan Meulaboh. Setelah dana yang dianggarkan wajar untuk membina sebuah bangunan tetap mesyuarat koordinasi telah dilaksanakan di Kuala Lumpur dengan wakil PKS Indonesia iaitu Ustaz Khairul Rahimi (PKS dan Yayasan Amal Malaysia bernaung dibawah Komiti Kemanusiaan Indonesia).

Setelah urusan awal berjaya selesaikan maka rombongan Muslim Care telah bertolak ke Medan pada 9 Februari dan di Medan disambut oleh Pak Mirwan, Pengerusi PKS Medan. Rombongan kami terus bertolak ke Banda Acheh dengan pesawat GARUDA dan sebelum mendarat di Bandara Sultan Iskandar Muda Acheh, pesawat yang dinaiki telah membuat beberapa kali pusingan di atas Banda Acheh. Kami telah melihat dengan penuh keinsafan kesan yang hebat akibat terjahan Tsunami yang melanda Acheh. Di Banda Acheh, kami ditempatkan di rumah penginapan PKKU (Pos Keadilan Peduli Umat). Pada sebelah petangnya, lawatan telah diadakan ke Lampua untuk menyaksikan kesan kemusnahan yang maha dahsyat. Kami juga melawat sebuah masjid yang bersejarah iaitu Masjid Baitur Rahim yang merupakan kepada Masjid Baitur Rahman, yang dibina selepas masjid Baitur Rahman dibakar oleh Belanda.

TRAGEDI YANG MEMBIDANI MUSLIM CARE

Pulang daripada misi bantuan Acheh dengan sejuta pengalaman baru, menghirup nikmat membantu yang jerih serta membina jaringan baru maka kami merasakan unit Muslim Care dibawah lujnah kebajikan wajib diangkat menjadi sebuah gerakan swadaya yang lebih terarah fokusnya. Banyak gerakan swadaya muslim antarabangsa yang setanding dengan badan kebajikan kristian. Dipelbagai belahan dunia , NGO Islam seperti Muslim Aid, Islamic Relief, Hasana Foundation, IHH, alkhidmat Foundation, PIMA dan puluhan nama besar yang lain.

Disamping mempunyai struktur mandiri yang boleh menfokuskan gerakan kebajikan dalam dan luar negara. Mempunyai akaun bank yang akan memudahkan pelbagai misi digerakkan dan memudahkan para penyumbang untuk berkongsi pahala.Tuhan melorongkan kemudahan kepada kami untuk membantu masyarakat, menarik rasa percaya rakyat negara ini untuk bermandi keringat dan membantu ummah.

Bermula dengan tragedi tsunami Acheh, akhirnya pelbagai misi berjaya digalang, antaranya misi gempabumi di Kashmir, Pakistan, membantu mangsa tsunami Pagandaran, Cipatujah yang menyaksikan ribuan insan hilang kediaman. MCM menyantuni mangsa perang Lubnan pada tahun 2006 akibat serangan regim Israel terhadap Lubnan Selatan.

Puluhan misi kemanusiaan ke kemboja dengan membina sekolah dan masjid serta acara korban perdana tahunan, usaha yang sama dibuat di Vietnam. Terlibat dengan misi membantu mangsa gempabumi Bantul Indonesia, bangladesh, Assam India, Jepun, Filipina ,Kota Palu, Donggala, wilayah Sigi, Lombok dan Mataram. Puluhan misi membantu muslim Rohingya termasuk membina sekolah-sekolah tahfiz dan masjid kem pelarian di Cox Bazaar, juga misi Membantu di Myanmar termasuk Food Flogilla For Mynmar.

MCM berterusan membantu umat Islam di Gaza Palestin dengan membina kilang roti, masjid, perpustakaan, kenderaan pelbagai guna. Kolaborasi dengan NGO di Palestin membolehkan usaha membantu dibuat dengan konsisten dalam tempoh 15 tahun ini. Gejolak pembantaian di Syria pasca Arab Spring membawa MCM terlibat daripada awal dan secara berterusan membantu dimedan konflik. Usaha cemerlang yang diiktiraf oleh UNESCO ialah kejayaan mengendalikan enam buah sekolah pelarian Syria serta usaha kemandirian menternak lembu untuk pelarian Syria di sempadan SyriaTurki. Dua aktivis Muslim care telah terkorban semasa mengagihkan makanan kepada mangsa peperangan di syria. Tribulasi ini tidak mematahkan semangat MCM untuk terus berbakti walaupun terhampar seribu ujian dan mehnah.

Selain itu kejayaan MCM disebelah tanah Eropah ialah mewujudkan Islamic Centre di Poland untuk membantu pelarian Chechen , juga membantu masjid di Bosnia serta membantu pelarian Syria di Austria , Jerman dan Republik Chech. Tsunami Acheh tetap dalam kenangan kolektif kami walau telah berlalu 15 tahun lampau kerana bertolak daripada tragedi besar ini, muncul NGO muslim Care Malaysia yang menggalang nuansa manusiawi membantu insan melewati garis sempadan dan geografi. Terimakasih rakyat Malaysia yang menyokong dan mendokong usaha kami selama ini dan akan datang. Juga tribut buat pahlawan kami yang telah pulang ke negeri abadi, almarhum Ustaz Norazli Musa alias Ustaz Toliban, Dr Bashar dan Abu Ishak iaitu aktivis MCM di Syria yang terkorban semasa misi membantu. Semoga kita ditemukan ditempat paling indah dinegeri abadi kelak.

(Penulis ialah aktivis bantuan tanpa sempadan)

Sumber: https://www.facebook.com/ustazriduan/posts/3204521539574726
© all rights reserved
made with by templateszoo