NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts sorted by relevance for query KONGRES RAKYAT. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query KONGRES RAKYAT. Sort by date Show all posts

Kongres Rakyat Kelantan jadi model



Kelantan ada kelainan apabila dilibatkan sendiri kerajaan negeri dalam kongres ini.
KOTA BHARU: Kongres Rakyat Kelantan mencatat sejarah apabila peserta memenuhi Dewan Kovensyen Kelantan Trade Centre hari ini.

Pengerusi Kongres Rakyat Nasional Mohd Azmi Abdul Hamid berkata nampak kesungguhan Kongres Rakyat di Kelantan dari persiapan yang dijalankan.

Katanya resolusi Kongres Rakyat boleh didengari atau tidak oleh kerajaan. 


"Namun di Kelantan ada kelainan apabila dilibatkan sendiri kerajaan negeri dalam kongres ini.

"Kongres Rakyat di Kelantan boleh jadi model kepada negeri-negeri lain," katanya pada ucaptama di Kongres Rakyat Kelantan.

Sehingga sekarang lapan Kongres Rakyat diadakan sejak kongres peringkat nasional dianjurkan di Shah Alam pada akhir 2015.

Hanya Pahang, Melaka dan Sarawak yang belum menganjurkan Kongres Rakyat sehingga sekarang.

Mohd Azmi juga berkata resolusi Kongres Rakyat boleh menjadi dasar bertindak kepada semua pihak termasuk juga kerajaan.

Menurutnya suara sanubari rakyat boleh menjadi batin kepada pemimpin untuk bertindak.

Pengarah Kongres Rakyat Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata suara rakyat boleh menjadi formulasi bertindak kepada kerajaan negeri.

Kongres tersebut turut disertai 50 NGO dan wakil agensi kerajaan serta wakil rakyat. 

11 kluster dibahas Kongres Rakyat Kelantan



Sebanyak 11 bidang akan dibahas pada Kongres Rakyat Kelantan yang akan berlangsung di Kelantan Trade Centre esok.

Ia merupakan kesinambungan Kongres Rakyat yang diadakan Selangor pada 2015.

Bidang atau kluster tersebut meliputi Agama dan Syariah, Pendidikan,

Alam Sekitar dan Kesejahteraan, Perumahan dan Perbandaran, Sosial dan Keselamatan, Ekonomi, Keusahawanan dan Kepenggunaan.

Selain itu Kebudayaan dan Pelancongan, Petani, Nelayan dan Penternak, Perantauan, Perpaduan dan Hak-hak Rakyat.

Kongres Rakyat Kelantan akan bermula jam 9 didahulukan ucapan Pengarah Kongres Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ucap utama Pengerusi Kongres Rakyat Nasional Azmi Abdul Hamid.

Kemudian wakil setiap kluster akan membentang usul dan diikuti pembentangan Resolusi Kongres Rakyat.

Sebelum ucapan penutup oleh Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob akan diadakan pengisytiharan Agenda Bertindak Rakyat Kelantan.

Menteri Besar kemudian akan menerima resolusi terbabit difahamkan merangkumi cadangan bertindak kepada kerajaan negeri.

Khamis lepas berlangsung mini Kongres Rakyat Kelantan bagi memperhalusi agenda perbahasan setiap kluster di Dewan Teratai Kota Darulnaim.

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43707-kongres-rakyat-kelantan-jadi-model



Kongres Rakyat sambut ulangtahun ke-6




1. Berdasarkan kepada Resolusi Konvensyen NGO-NGO Peringkat Kebangsaan ke-2 bertarikh 1 Zulhijjah 1442 bersamaan dengan 11 Julai 2021 bersetuju , “10. Menggerakkan semula Sekretariat Kongres Rakyat bagi membela dan memperjuangkan kepentingan Rakyat”

2. Mesyuarat Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 telah dibentuk dan bersetuju melantik Saudara Mohd Shuhaimi bin Embong, sebagai Pengerusi/Ketua Sekretariat bagi mengurus dan memperbadankannya sebagai sebuah organisasi yang melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya serta melnganjurkan program dan aktiviti yang bersesuaian dengan fungsinya.

3. Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 juga bersetuju membuat keputusan untuk menyambut ulangtahun ke-6 pada 12 September 2021 dengan mengadakan Kongres Ekonomi Rakyat (KER) yang bertujuan untuk merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER).





4. Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 bersetuju mengekalkan logo dan tema asal ‘Membina Malaysia Sejahtera dengan memasukkan 2.0 bagi mengekalkan identiti asal Kongres Rakyat sebelum ini.

5. Sekiranya ada sebarang urusan berkaitan dengan Kongres Rakyat boleh berhubung dengan Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 yang baharu dibentuk.

Dikeluarkan Oleh: Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 (8hb September, 2021)


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Kenyataan Media Kongres Rakyat: Ekonomi Rakyat Diutamakan




KENYATAAN MEDIA KONGRES RAKYAT:
EKONOMI RAKYAT DIUTAMAKAN

1. Keadaan  Ekonomi Rakyat yang ‘tenat’ kesan pandemik covid-19 yang melanda negara telah mendorong Sekretariat Kongres 2.0, menganjurkan Kongres Ekonomi  Rakyat (KER) yang akan diadakan pada 12 September 2021. Ianya bertujuan memastikan kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia yang tergugat ekoran pandemik covid-19 dapat kembali pulih dan memberikan sinar baharu bagi rakyat yang terjejas.

2. Kongres Ekonomi Rakyat (KER) adalah idea yang menarik untuk menjadi platform rakyat mengemukakan cadangan, solusi, memberikan pandangan dan merangka pelan tindakan ekonomi masa hadapan sebagai penyelesaian ke arah membina negara yang sejahtera dan selamat dari tekanan ekonomi yang menindas rakyat , serta ketidakstabilan politik yang menggugat kemakmuran negara. 

3. Disebabkan keadaan semasa yang menghalang berkumpul secara bersemuka, KER akan dianjurkan secara maya melalui aplikasi ‘zoom meeting’ yang dapat menghimpunkan kira-kira 1,100 peserta yang terdiri daripada lebih kurang 300 NGO yang berkolobrasi dengan Kongres Rakyat sebelum ini . Selain itu peserta dan orang ramai juga boleh mengikuti melalui Facebook Live Himpunan Rakyat . 

4. Sasaran utama KER adalah untuk menghasilkan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat yang berkesan untuk ‘Membina Malaysia Sejahtera’ bagi mengatasi permasalahan rakyat..

5. Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 telah melantik  Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP) sebagai Pengurus Teknikal dan Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (PEKERTI) sebagai Pengurus Acara untuk menjayakan KER.
KER akan melibatkan 3 pembentangan, satu diskusi dan 3 sesi bengkel bagi menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat. 

Sekian. Terimakasih


Mohd Shuhaimi bin Embong 

Pengerusi Sekretariat Kongres Rakyat 2.0. 
11 September 2021




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Kongres Rakyat Terengganu: Dialog Rakyat Terengganu bakal kupas isu semasa


KUALA TERENGGANU: Seramai 300 peserta dari pelbagai latar belakang Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu akan menyertai Dialog Rakyat Terengganu (DRT) secara terbuka, esok. 

Pengerusi Kongres Rakyat Terengganu, Yahaya Ali berkata program dialog rakyat itu terbuka penyertaannya kepada semua wakil-wakil NGO yang berminat. 

Justeru, katanya setakat ini seramai 300 peserta akan mengambil bahagian dari pelbagai NGO yang terdapat di negeri ini. 

Menurutya, rakyat diberi peluang secara terbuka untuk Bersama dengan pimpinan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.

[ads-post]


"Ini program terbuka dan pelbagai NGO yang berada dalam NGO Induk Kongres Rakyat Terengganu membuat satu desakan supaya dalam suasana PRU14 ini dapat diadakan satu dialog. 

"Mereka boleh berdialog dengan pimpinan PAS terutama mengenai manifesto (pilihan raya) yang ditawarkan oleh parti-parti bertanding PRU14 ini. 

"Jemputan itu bukan kepada aktivis parti (PAS) kita tetapi khusus di kalangan mereka yang di luar dan ingin tahu berkenaan PAS," jelasnya dalam satu sidang media Dialog Rakyat Terengganu Sejahtera Selepas PRU14 di Pejabat PAS Terengganu, di sini semalam. 

Katanya, pelbagai isu semasa hari ini akan dikupas oleh ahli panel terdiri daripada pimpinan utama PAS Pusat. 

"Setakat ini 300 peserta mengesahkan untuk hadir Dialog Rakyat itu dan kita ada lebih 60 NGO yang berada bersama Kongres Rakyat Terengganu ini. 

"Peranan kita (Kongres Rakyat) untuk menghubungkan antara rakyat yang mewakili pelbagai kepentingan untuk mereka terlibat sama dalam proses pemilihan kepimpinan dalam pilihan raya akan datang ini," ujarnya. 

Menurutnya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan bagi merasmikan majlis penutup Dialog Rakyat Terengganu tersebut. 

Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi NGO Gabungan Anak Terengganu Insaf (Ganti), Ahmad Amzad Hashim, wakil Majlis Perundingan Pelaksanaan Syariah Islam Terengganu (Mapit), Ustaz Ismail Osman dan Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan bekas Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa), Zarani Othman. - 




Kongres Rakyat perlu fokus perjuang isu ekonomi rakyat marhaen - Ustaz Misbah



Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 10 Sept: Kongres rakyat mestilah memperjuangkan nasib rakyat daripada golongan petani, penternak, nelayan dan golongan marhaen yang lain, kata Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

"Harap (kongres ini) dapat berfungsi sebagai medium rakyat dalam pelbagai lapisan menyalurkan permasalahan ekonomi, pertanian dan sebagainya kepada kerajaan," ujarnya lagi.

Tambah beliau, kongres ini mestilah kekal sebagai medium non-partisan, bersifat merakyat ke akar umbi, bukan di pentas yang dibarisi oleh ahli akademik atau politik.

Beliau berkata demikian semalam dalam satu ucapan tahniah beliau sempena ulang tahun Ke-6 Sekretariat Kongres Rakyat yang bakal disambut pada 12 September ini.

"Tahniah kepada Sekretariat Kongres Rakyat yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Shuhaimi Embong," ujar beliau di dalam kenyataan itu

Beliau turut berharap agar sebarang resolusi yang dikemukakan hendaklah juga berupa cadangan pelan tindakan yang progresif dan boleh dilaksanakan.

Untuk rekod Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 juga akan menyambut ulangtahun ke-6 pada 12 September ini dengan mengadakan Kongres Ekonomi Rakyat (KER) yang bertujuan untuk merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER) secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.

Antara ahli panel yang bakal membarisi KER ini ialah Pengasas Malakat.com, Coach Fadzil Hashim, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Usahawan Halal Hub, Dato' Sri Mohd Hafidz Jafelis dan ramai lagi tokoh usahawan.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


Pilih calon yang berintegriti, bersih dan bebas rasuah - Kongres Rakyat 2.0

SERUAN TERBUKA KEPADA RAKYAT MELAKA

Pilih calon yang berintegriti, bersih dan bebas rasuah

Kongres Rakyat mengikuti dengan dekat Pilihanraya Negeri Melaka (PRN) yang akan diadakan pada hari Sabtu, 20 November 2021.

Secara asasnya, Kongres Rakyat berpendapat PRN Melaka tidak sepatutnya diadakan semata-mata untuk memenuhi kehendak politik mereka yang berkepentingan dan bernafsu besar untuk merebut kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Ditambah pula dengan situasi semasa covid-19 yang masih lagi tinggi dan menimbulkan kebimbangan rakyat untuk keluar mengundi.

Bagaimanapun disebabkan pilihanraya terpaksa juga diadakan,Kongres Rakyat menyeru kepada rakyat negeri Melaka agar ;

1. Bersama-sama menunaikan tanggungjawab keluar mengundi dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

2. Menolak empat orang bekas ADUN yang telah menyebabkan politik negeri Melaka berada dalam keadaan kucar-kacir dan PRN terpaksa diadakan.

3. Menolak calon-calon BN sebagai signal bahawa rakyat tidak bersetuju RM100 juta dibazirkan untuk memenuhi kehendak bekas Perdana Menteri ke-6, DS Najib Razak . Beliau merupakan Penasihat BN kini.

4. Menolak Pakatan Harapan(PH) kerana ternyata telah gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto PRU-14 setelah berkuasa selama 22 bulan.

5. Menyeru rakyat memilih calon-calon yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah yang bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN),disamping menyokong seorang Wanita sebagai calon Ketua Menteri pada kali ini.

PRN Melaka menyusuli PRN Sabah
Rakyat Melaka mampu merubah

Pengerusi Kongres Rakyat 2.0
Jam 6.00 Petang
19 November 2021

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Kongres Rakyat Yakin ‘Kemelut Politik’ Pasca PRU15 Selesai Segera

Demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat, Kongres Rakyat menyarankan agar rakyat Malaysia bertenang dan menyerahkan ‘kebuntuan’ politik yang berlaku sekarang diselesaikan dengan sebaik-baiknya mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan negara.

Disebabkan rakyat telah membuat pilihan masing-masing melalui PRU 15 pada 19 November lepas dengan keputusan yang tidak memberikan mandat atau majoriti yang jelas kepada mana-mana pihak samada Perikatan Nasional, Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.

Dengan ini,Kongres Rakyat menyokong penuh tindakan Yang DiPertuan Agong memanggil 30 orang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang tidak jelas pendiriannya bagi membentuk kerajaan baharu sesegera yang mungkin.

Kongres Rakyat berpendirian sebuah kerajaan gabungan PN+GPS+GRS yang merupakan kesinambungan daripada kerajaan sebelumnya disokong oleh Ahli Parlimen BN perlu dibentuk segera untuk kestabilan politik negara.

Mohd Shuhaimi Embong.       
Ketua Sekretariat Kongres Rakyat 2.0

Kongres Ekonomi Rakyat capai lapan resolusi





SHAH ALAM - Kongres Ekonomi Rakyat anjuran Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 yang diadakan pada Ahad berjaya mencapai lapan resolusi Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER) bagi membantu ekonomi negara menangani kesan penularan Covid-19.

Pemudah cara bengkel dalam kongres tersebut, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, resolusi pertama yang diputuskan pada acara tersebut ialah membina rangkaian kerjasama aktiviti ekonomi rakyat yang menuruti syariat ALLAH SWT.

Menurutnya, resolusi kedua yang dipersetujui adalah pembentukan sebuah jawatankuasa bertindak bagi mengambil kesempatan daripada peluang ekonomi yang disediakan oleh agensi kerajaan.

“Ketiga, membentuk kluster bidang-bidang ekonomi dengan menggunakan teknologi terkini seperti persatuan dan sosial media. Keempat, menubuhkan ekosistem ekonomi yang bekerjsama dan saling menyokong di antara satu sama lain.

“Kelima, membina koperasi ekonomi rakyat yang menggalakkan ahlinya terlibat dalam bidang ekonomi. Keenam, menubuhkan mekanisme wakaf ekonomi bagi menyediakan peluang atau akses kepada latihan dan kemahiran modal serta pembinaan infrastruktur ekonomi melalui wakaf.

“Ketujuh, menyediakan mekanisme untuk menggalakkan aktiviti ekonomi bagi generasi masa hadapan dan yang terakhir menggalakkan usahawan ekonomi untuk mencari ilmu serta pengalaman di sepanjang hayat,” katanya ketika membacakan draf resolusi tersebut pada akhir kongres berkenaan.

Kongres Ekonomi Rakyat yang diadakan secara maya itu terbahagi kepada tiga pembentangan, satu diskusi dan tiga sesi bengkel disertai oleh 15 wakil pemain ekonomi yang memberikan pandangan dan cadangan bagi tiga sektor utama iaitu pertanian, usahawan mikro, kecil dan sederhana serta pelancongan.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, kesemua resolusi tersebut berkemungkinan disampaikan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

Katanya, Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 turut bercadang untuk mengadakan acara sedemikian secara berkala bagi tujuan melibatkan lebih ramai pemain ekonomi negara dari pelbagai sektor.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/161023/BERITA/Nasional/Kongres-Ekonomi-Rakyat-capai-lapan-resolusi


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Kongres Rakyat Perak Bakal Bawa Suara Masyarakat Pelbagai Latar

15 isu rakyat akan dibentangkan kepada semua bagi mencari solusi serta mengatur pelan tindakan sebaiknya.

H405: Permulaan kepada ‘himpunan gergasi rakyat’


1. Setelah satu tahun Kerajaan PH mengambil alih Putrajaya, Kongres Rakyat serta Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 300 NGO-NGO Islam-Melayu berpendirian bahawa kedaulatan Agama Islam dalam negara kita sedang berada dalam keadaan bahaya dan perlu diselamatkan. Sekiranya perkara ini dibiarkan maka keadaan akan menjadi lebih teruk daripada hari ini.

2. Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (H405) yang diadakan di KL pada 4 Mei 2019 baru-baru ni adalah permulaan kepada kesedaran dan keprihatinan rakyat terhadap ancaman kedaulatan Islam yang sedang berlaku dalam negara kita.

3. H405 adalah signal awal kepada kerajaan PH bahawa rakyat sudah hilang keercayaan kepada mereka untuk membela kedaulatan agama Islam dalam negara kita Malaysia.

4. Gelombang kebangkitan rakyat yang dicetuskan dalam H405 baru-baru ini akan diteruskan dengan program "roadshow" di peringkat negeri-negeri dari utara ke selatan, pantai barat ke pantai timur sehinggalah semua umat Islam faham, bersatu dan bersedia untuk bangkit membela kedaulatan Islam dalam negara kita.

5. Isu konspirasi dalam kes siasatan arwah Adib, Isu Statut Rom yang membelakangkan Majlis Raja-Raja, Isu UEC, Isu PPSMI, Isu Hina Rasulullah SAW, dan Isu status Islam dalam kad pengenalan akan menjadi salah satu daripada kempen penerangan Kongres Rakyat bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sepanjang "roadshow" di negeri-negeri ini berjalan.

6. Kami mengalu-alukan sebarang partisipasi rakyat, sama ada NGO-NGO, tokoh masyarakat, dan mana-mana ahli politik yang prihatin dengan isu ini untuk bersama dengan kami dalam kempen nasional ini.

7. Kempen Nasional ini dalam masa terdekat akan menatijahkan satu Himpunan Gergasi Rakyat yang akan memberikan pengajaran secukupnya kepada pihak-pihak yang bersongkongkol dalam agenda menghapuskan kedaulatan Islam dan Negara dalam negara kita Malaysia.

Sekian.

Terima kasih.

KAMARUZAMAN MOHAMAD ialah Pengarah Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (H405),
Timb Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH),
Setiausaha Agung Kongres Rakyat.

Resolusi Kongres Ekonomi Rakyat-12 September 2021



RESOLUSI KONGRES EKONOMI RAKYAT-12 SEPTEMBER 2021


Pendahuluan
Islam sangat menitikberatkan soal ekonomi. Salah satu punca ekonomi yang digalakkan dalam Islam ialah perniagaan.Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang mengalakkan dan menyarankan umat Islam menjalankan aktiviti perniagaan kerana ianya merupakan satu punca rezeki yang paling banyak.

Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis bermaksud: 

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” 
(Hadis Riwayat Tirmizi). 

Dalam Hadis yang lain, baginda bersabda yang bermaksud :
“ Peniaga yang boleh dipercayai dan beramanah akan bersama para Nabi, siddiqi dan syuhada di dalam Syurga Allah SWT”(Hadis Riwayat Tarmizi)

Hadith riwayat Abu Hurairah:

“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa paras kamu dan harta kamu, akan tetapi Dia,melihat kepada hati dan amal perbuatan kamu”.

Disini kita melihat satu formula yang agak mudah yang dianjurkan oleh Islam, iaitu kita perlu menjadi seorang ahli perniagaan yang boleh dipercayai dan amanah. Insya-Allah kejayaan akan menjadi milik kita. 

Mengambil contoh kekayaan dan kejayaan perniagaan yang dijalankan oleh sahabat Rasulullah SAW, iaitu Abdul Rahman bin Auf apabila ditanya tentang rahsianya, beliau menjawab :

“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati”

Walaupun kisah kejayaan beliau telah berlaku lebih dari 1400 tahun yang lalu, namun ianya sentiasa relevan hingga kini. Sebagai umat Islam,kita hendaklah sentiasa yakin apabila kita mengejar akhirat, Insya-Allah dunia juga kita akan dapat.

Justeru untuk mendapat keuntungan di dunia dan akhirat, ahli perniagaan hendaklah mengikut syariat yang telah digariskan oleh Islam dengan mengambil kira soal halal dan haram,perkara yang hak dan batil.  

Sekiranya kita ditimpa musibah dan ujian ketika menjalankan perniagaan, kita jangan terus berputus asa. Hendaklah sentiasa yakin dengan pertolongan Allah SWT. Terus berusaha dan berdoa. Mungkin ini adalah cara Allah SWT hendak membersihkan hati dan amalan kita agar kita beroleh kejayaan yang lebih besar di dunia dan akhirat.Ingat tiada jalan mudah untuk berjaya.  

Antara matlamat kongres ekonomi rakyat (KER) adalah untuk membina rangkaian ekonomi yang saling bekerjasama dan menyokong di antara satu sama lain, yang akhirnya membina satu ekosistem perniagaan yang lestari yang sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT. 

Selain itu juga adalah bertujuan untuk mencari jalan bagi menyediakan generasi masa hadapan yang mampu menyahut cabaran untuk menjalankan perniagaan yang berpandukan syariat Islam,seterusnya memberi keuntungan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Justeru itu, ruang Latihan,ilmu dan kemahiran  perlu diperkasakan.

Resolusi Kongres Ekonomi Rakyat
Berikut adalah 8 Resolusi yang telah dihasilkan dalam persidangan sehari pada 12 September 2021 yang diadakan secara atas talian :

1. Membina rangkaian kerjasama  aktiviti ekonomi rakyat yang menuruti syariat Allah SWT sebagai satu Jihad Ekonomi Rakyat (JER) dalam meneruskan kesinambungan program Buy Muslim First (BMF)
2. Membentuk jawatankuasa bertindak bagi mengambil kesempatan daripada peluang aktiviti ekonomi yang disediakan oleh agensi kerajaan dan pelbagai pihak lain yang terlibat dalam bidang ekonomi
3. Membentuk kluster bidang-bidang ekonomi dengan badan-badan NGO yang terlibat dalam bidang ini  disamping menggunakan teknologi terkini IR4.0 seperti Medsos , Virtual Reality dalan lain-lain.  
4. Menubuh eko-sistem ekonomi berkonsepkan halal hub yang bekerjasama dan saling menyokong  di antara satu sama lain bagi mempertingkatkan daya saing produk-produk yang dihasilkan ke pasaran global.
5. Membina koperasi-koperasi ekonomi rakyat yang menggalakkan ahli-ahlinya terlibat di bidang aktiviti ekonomi.
6. Menubuhkan  mekanisma wakaf ekonomi rakyat bagi menyediakan peluang akses kepada latihan dan kemahiran, modal permulaan dan pembinaan infrastruktur ekonomi.
7. Menyediakan jaringan dan mekanisma untuk menggalakkan aktiviti ekonomi rakyat bagi generasi masa depan di negeri dan tempat-termpat terpilih sebagai permulaan.
8. Menggalakkan usahawan ekonomi rakyat mendalami ilmu perniagaan dan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat disamping pengalaman hands-on dalam bidang-bidang terpilih.

Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat
Satu Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER) yang bersepadu akan dibangunkan berasaskan 8 resolusi diatas secara berperingkat-peringkat dalam bidang-bidang terpilih yang telah dibincangkan dalam 3 sesi bengkel melibatkan Agrotani, SME dan Usahawan Mikro serta Pelancongan.
Sekian

Dikeluarkan bersama oleh:
Prof Anuar bin Ahmad  (Fasilitator Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat)  Mohd Shuhaimi bin Embong (Pengarah Kongres Ekonomi Rakyat)
12 September 2021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Kongres Ekonomi Rakyat tepat - Pekerti




KEMAMAN - Kongres Ekonomi Rakyat yang akan bermula pada Ahad ini, 12hb September dilihat mampu menjadi medan kepada mencari solusi jangka pendek dan jangka panjang kepada usahawan yang terjejas teruk ekoran pendemik COVID-19 yang melanda sejak Mac 2020.

Kongres yang bersifat non partisan difahamkan akan membincangkan pendekatan pelbagai sekor ekonomi dalam masyarakat pasca pendemik. Perbincangan yang bersifat membangun semula ekonomi rakyat diharapkan mencapai sasaran secara menyeluruh. 

Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan peningkatan ekonomi rakyat terutamanya di negeri Terengganu, Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (PEKERTI), melihat usaha baik ini mampu mencambahkan minda serta mampu mengetengahkan solusi meningkatkan kembali sektor ekonomi rakyat.

Menurut Setiusaha PEKERTI, Encik Wan Asrul, sejak Jun lepas, NGO PEKERTI dengan kerjasama Darul Iman Traing Center (DITC) juga turut giat mengadakan sesi Bicara Ekonomi Rakyat Terengganu secara mingguan, bertujuan melihat isu ekonomi yang menekan rakyat disamping mencadangkan solusi bagi mengatasinya. 

Program tersebut, menurut beliau telah menjemput beberapa panel terdiri daripada Exco Kerjaaan Negeri, agensi kerajaan negeri seperti YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan), pakar motivasi, pakar ekonomi serta mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor ekonomi. 

Sebagai salah satu NGO yang akan turut menyertai Kongres Ekonomi Rakyat pada Ahad ini, Encik Wan Asrul mengajak seluruh ahli NGO untuk turut serta menjayakan Kongres bagi memastikan manfaat kongres dapat dibincang dan dihadam bersama.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Konvensyen NGO Kebangsaan disertai 250 NGO garis 10 resolusi




Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 11 Jul: Konvensyen NGO Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Penerangan Isu-isu Negara Dan Peranan NGO’ yang berlangsung secara maya pagi tadi dan disertai 250 badan bukan kerajaan (NGO) berakhir dengan memuktamadkan 10 resolusi.

Demikian dinyatakan penganjur di dalam satu hantaran di laman Facebook Kongres Rakyat petang tadi.

“Menyedari bahawa NGO adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan politik yang mempunyai hala tuju, objektif, peranan dan fungsi tersendiri, serta berdiri dengan sifatnya bagi membantu semua pihak dan masyarakat.

“Maka Konvensyen NGO-NGO Peringkat Kebangsaan ke-2 tahun 2021 yang bersidang pada 1 Zulhijjah 1442 Hijrah bersamaan 11 Julai 2021 Masihi dengan ini mengisytiharkan:-

“Pertama, menjadi jurubicara ummah bagi menyuarakan isu dan permasalahan pelbagai peringkat masyarakat dan rakyat kepada pihak pemerintah.

“Kedua, menyokong apa sahaja usaha kerajaan yang memberi kebaikan kepada rakyat, dan membantah apa sahaja usaha kerajaan yang menindas kepentingan rakyat,” ujar kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, resolusi ketiga ialah membantu menyebarkan maklumat yang benar dan tepat ke peringkat akar umbi serta menangkis sebarang berita yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Resolusi keempat pula ialah mendukung, menyokong dan mempertahankan pendirian oleh mana-mana pihak yang memperjuangkan dan memelihara kesuciaan agama Islam, kedudukan Institusi Raja Berpelembagaan, Hak-hak orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu serta kedaulatan undang-undang.

“Kelima, membantu keutamaan kerajaan dalam Program Vaksinasi Kebangsaan serta Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi menangani pandemik Covid-19.

“Keenam, mendukung dan membantu sebarang usaha daripada mana-mana pihak dalam memperkasakan perpaduan ummah, mempertahankan keamanan dan kestabilan negara.

“Ketujuh, membantu membangunkan negara dengan memperkasakan kesihatan, ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan itu, resolusi kelapan ialah mempertahankan kerajaan yang sah daripada diganggu gugat oleh sebarang anasir yang bertindak di luar batasan undang-undang.

“Kesembilan, membantah sebarang tindakan dari mana-mana pihak yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman, ketidakharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Kesepuluh, menggerakkan semula Sekretariat Kongres Rakyat bagi membela dan memperjuangkan kepentingan rakyat,” kata hantaran itu.

Antara pimpinan PAS yang turut menyampaikan ceramah dalam konvensyen ini ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Program konvensyen anjuran Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat ini berlangsung secara maya dari jam 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari tadi dengan setiap NGO menghantar dua orang wakil.

https://berita.pas.org.my/konvensyen-ngo-kebangsaan-disertai-250-ngo-garis-10-resolusi/

Himpunan Solidariti Ummah Bersama Ummat Islam Rohingya


Kongres Rakyat menyeru semua ngo -ngo Islam malah juga ngo non muslim atas nama kemanusiaan untuk sama - sama kita nyatakan sikap dan kecaman terhadap kekejaman regim Mynmar.

Kenyataan Media Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan


Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang tanpa mengira pegangan politik, agama dan bangsa supaya bersama menyertai Himpunan menyokong RUU355 ini demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan serta keadilan seluruh rakyat Malaysia.
Kelantangan golongan  tertentu yang mempersoalkan kewajaran Rang Undang-undang 355 ( RUU355 ) telah mencabar kedaulatan Islam di negara ini sepertimana yang telah ditegaskan secara jelas dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama rasmi negara ini adalah agama Islam. 

Ianya merupakan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku khususnya di dalam sebuah negara yang menjadikan demokrasi sebagai teras perlembagaannya. Kita hendaklah faham bahawa segala prosedur kelulusan RUU355 adalah mengikut lunas-lunas demokrasi berdasarkan proses perundangan negara.

Kebebasan suara adalah hak yang telah dijamin oleh perlembagaan namun janganlah hak tersebut disalahgunakan sehingga boleh mengeruhkan hubungan harmoni antara agama dan bangsa yang menjadi teras keamanan masyarakat majmuk di negara yang kita cintai ini.

Bertitik tolak daripada kesedaran bahawa Kepentingan Islam dan keharmonian beragama wajib dipertahankan maka kami mewakili suara umat Islam di Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif untuk menyertai satu mobilasi rakyat mengadakan Himpunan menyokong perlaksanaan Rang Undang-undang 355 atau Himpunan 355 (H355).

Oleh kerana itu diatas kesedaran ini, kami menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang tanpa mengira pegangan politik, agama dan bangsa supaya bersama menyertai Himpunan menyokong RUU355 ini demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan serta keadilan seluruh rakyat Malaysia.

Untuk merealisasikan impian tersebut , kami di Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan ceramah mempertahankan gagasan RUU355 seperti maklumat dibawah :

Tarikh : 14hb Januari 2017
Hari : Sabtu
Lokasi : Padang Blok E, Desa Pandan, KL.

Ayuh sertai kami mmperkasakan mahkamah syariah demi keadilan semua rakyat Malaysia.

9hb Januari 2016



“Halatuju & Pendekatan Gagasan Sejahtera dan Pelancaran Manifesto Malaysia Sejahtera”



SYARAHAN PERDANA PRESIDEN PAS

“HALATUJU & PENDEKATAN GAGASAN SEJAHTERA DAN PELANCARAN MANIFESTO MALAYSIA SEJAHTERA”

Astana Banquet Hall, Cyberjaya
1 Rejab 1439 / 18 Mac 2018

Mesej Politik Islam yang di bawa PAS bersama Gagasan Sejahtera

1. Mesej politik Islam yang dipimpin oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama dengan rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera adalah untuk melakukan perubahan bagi memimpin negara, memperbaiki kerosakan, menjadi penyelamat dan mengemukakan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat, masyarakat dan negara. 

2. Tugas ini adalah berat, dan tidak cukup hanya dengan laungan dan retorik politik semata-mata tetapi hendaklah diperkuatkan dengan prinsip yang jelas dan pendekatan yang sesuai dengan suasana masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita ini.

3. Perlulah juga kita sedari bahawa Islam telah menunjukkan bahawa punca dan sebab paling utama adalah masalah melencongnya aqidah dan rosaknya akhlak, sehingga institusi kekeluargaan menjadi tidak tenteram, masyarakat hilang punca, bernegara dijadikan sebab untuk mengaut keuntungan duniawi, nafsu mengatasi akal, dan sebagainya. Tetapi aspek menekankan akidah dan akhlak kadangkala tidak diminati oleh setengah masyarakat umum hari ini untuk diselesaikan kerana mereka hanya berfikir mengenai masalah kehidupan yang sangat menekan, dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan seharian dengan apa cara sekalipun. Akhirnya kita hanya bertindak untuk menyelesaikan masalah di depan mata sahaja, tanpa melakukan perubahan kepada kemanusiaan, sistem kenegaraan dan kaedah pelaksanaan bernegara. 

4. Pada hari ini saya ingin mengajak para hadirin untuk menginsafi bahawa Malaysia adalah negara berbilang agama – kaum – etnik yang merupakan satu tapak yang subur untuk membina semula peradaban umat Islam dan sebuah negara Malaysia. Kepelbagaian ini disatu sudut adalah satu cabaran yang rumit, dan disatu sudut yang lain pula adalah suatu kelebihan yang boleh digunakan oleh kita untuk membina sebuah negara Malaysia yang sejahtera dan harmoni.

5. Maka dengan mengambilkira apa yang ada dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang dengan terang menjelaskan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”, maka tentunya amalan Islam sebagai agama persekutuan sewajarnya boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana – mana Bahagian Persekutuan. Maka jelasnya, Islam perlulah diberi peranan utama untuk membina Malaysia sejahtera, dengan acuan tafsirannya yang sebenar dan tidak tersasar.

Mendewasakan Malaysia Hari Ini

6. Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal. Kita dilimpahi dengan berbagai sumber hasil dan potensi yang terbentang luas. Rakyat perlu dibimbing, pemimpin pula mesti mempunyai akhlak dan keikhlasan serta kemahiran untuk memimpin. Dasar dan halatuju negara yang cantik sahaja tidak cukup kerana kita memerlukan pelaksanaan dasar negara yang tidak tiris serta jauh dari bercampur dengan rasuah yang membarah.

7. Tidak dinafikan bahawa diwaktu ini kita sedang berhadapan dengan masalah-masalah besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Masalah dalam aspek politik ialah seperti politik wang dan politik kebencian. Masalah dalam ekonomi seperti hutang isi rumah yang semakin membesar dan jurang kaya-miskin yang semakin melebar, termasuklah kos sara hidup yang menekan rakyat terbanyak. Masalah dari segi sosial seperti goyangnya perpaduan kaum, peningkatan kadar jenayah dan keruntuhan moral berleluasa, kehidupan beragama yang dihimpit kiri-kanan oleh gaya hidup bebas, dan sebagainya.

8. Sebagai enjin yang menggerakkan negara ini, kita juga mempunyai jentera kakitangan awam dan kerajaan yang mempunyai kelayakan dan kecekapan dalam melaksanakan tugasnya, dan juga golongan korporat yang bersungguh-sungguh membangunkan negara.

9. Bukan semua dasar-dasar yang telah digubal oleh kerajaan tidak selaras dengan ajaran Islam dan tidak membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Sekiranya ada dasar-dasar yang tidak membawa kebaikan, maka kita perlu melakukan penambahbaikan, supaya ianya akan lebih efisien dan pelaksanaanya yang  bebas dari rasuah dan apa jua bentuk penyelewengan.

10. Di waktu ini kita perlu mengakui bahawa pelaksanaan dasar-dasar tersebutlah yang banyak menimbulkan masalah. Penyelesaian kepada perkara tersebut memerlukan sistem semak imbang yang baik, mengurangkan campurtangan politik dalam jentera pelaksanaan dan menanam nilai-nilai murni Islam dalam kalangan pelaksana-pelaksana dasar.

11. Oleh sebab itu, GAGASAN SEJAHTERA dan PAS mengambil sikap yang adil dalam berhadapan dengan permasalahan yang dihadapi oleh negara pada hari ini. Antaranya ialah :

a. Menghormati mandat rakyat yang memberi kemenangan kepada sesebuah parti politik memerintah, dan tidak menumbangkan kerajaan melalui ‘cara pintu belakang’.

b. Menyertai pilihanraya sebagai kaedah sebenar untuk menukar kerajaan yang lebih baik serta mengemukakan dasar dan amalan bernegara yang terbaik melalui manifesto dan tawaran pilihanraya.

c. Menjadi pembangkang yang matang dan sejahtera, di mana menegur kerajaan dalam perkara yang tidak dipersetujui dengan memberi cadangan alternatif. Pada masa yang sama boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan rakyat dan umat manusia.

d. Mengelakkan campurtangan asing dalam menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sosial negara, apatah lagi mengundang golongan yang mempunyai rekod jenayah antarabangsa, keras terhadap umat Islam, mencerobohan terhadap negara-negara lemah dan sebagainya.

e. Menolak sekerasnya politik fitnah yang membinasakan keharmonian. 

12. Sistem Pilihanraya di Malaysia mesti di perbaiki proses demokrasinya dengan memberi peluang seimbang kepada semua parti-parti politik untuk berlawan secara sihat di padang yang sama rata atau meraihkan kemenangan. Masih ada ruang yang banyak untuk melakukan penambahbaikan seperti memberi peluang saksama untuk parti-parti politik berkempen dalam media kerajaan dan mewujudkan batas yang jelas peranan kerajaan peralihan atau care taker.

Malaysia Sejahtera Pasca PRU 14

13. GAGASAN SEJAHTERA perlu diberi peranan yang lebih besar untuk mencorakkan negara Malaysia ke arah kesejahteraan. Rakyat boleh melihat peranan yang dimainkan oleh PAS, IKATAN dan BERJASA serta NGOs dan NGIs bersama GAGASAN dalam menangani isu GST, TPPA, DLP dan lain-lain isu dalam negara, serta isu membela nasib Rohingya dan Baitul Maqdis.

14. GAGASAN berusaha untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi, dan jumlah kerusi yang ditandingi jauh melepasi 112 kerusi, iaitu majoriti mudah. Kami sedar bahawa tugas ini sememangnya berat, tetapi akan terus komited untuk bersama dengan kelompok masyarakat tidak berparti, tokoh masyarakat, cendekiawan, ilmuan, dan orang perseorangan untuk menambahbaik perjalanan negara kita ini. Tugas kita juga bukan terhenti pada PRU-14 semata-mata, bahkan akan berterusan selepas dari itu.

Penutup

Sebagai menunjukkan kesediaan GAGASAN SEJAHTERA, maka kami telah mengemukakan dokumen-dokumen rasmi yang dihasilkan oleh GAGASAN SEJAHTERA sendiri atau parti-parti komponen seperti Memorandum GAGASAN tentang dana politik, barah rasuah dan isu FELDA. Juga dokumen rasmi yang dihasilkan oleh komponen GAGASAN seperti Resolusi Kongres Rakyat Kebangsaan, Resolusi Kongres Rakyat Negeri-negeri, Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

Hari ini kami melancarkan satu lagi dokumen rasmi iaitu Manifesto Malaysia Sejahtera. 

Ringkasannya ialah pada hari ini akan dikemukakan sebuah Manifesto Nasional – Peringkat Pertama yang mempunyai SEMBILAN Teras Utama iaitu :

1. Mewujudkan Pentadbiran Yang Telus Dan Beramanah, Membasmi Rasuah Dan Menyekat Penyalahgunaan Kuasa 

2. Meningkatkan Pendapatan Dan Menjana Peluang Pendapatan Baru Untuk Rakyat Marhaen

3. Meredakan Kesan Inflasi Dan Kenaikan Kos Sara Hidup

4. Mengurangkan Jurang Agihan Dan Kekayaan Ekonomi Di Antara Kawasan Bandar Dan Luar Bandar

5. Meningkatkan Kualiti Pendidikan Ke Arah Pembinaan Modal Insan Cemerlang

6. Mengharmonikan Sistem Perundangan Dan Pentadbiran  Negara Selaras Dengan Tuntutan Syariah

7. Mengembalikan Hak-hak Negeri Berasaskan Konsep Federalisme 

8. Memperkasakan Suara Rakyat  Untuk Menyuarakan Pendapat Dan Membuat Keputusan Selaras Dengan Tuntutan Syura Dan Demokrasi

9. Memperkasakan Sistem Sokongan Sosial Kepada Golongan Yang Memerlukan

Penjelasan lanjut mengenai keseluruhan kandungan Manifesto pula  akan menyusul di hadapan tuan/puan sekelian.

Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa dan bertawakkal pada Allah Tuhan Rabbul Jalil, agar kita semua diberikan pertolongan dan panduan oleh Allah dalam kita melaksanakan tugas serta tanggungjawab untuk menjadikan tanah tumpah darah kita ini sebagai sebuah negara yang sejahtera dan harmoni.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Pengerusi GAGASAN / Presiden PAS

Kongres Maruah Melayu: Yang Di Rancang Dan Yang Terjadi


oleh: Tun Abdul Hamid
23 10 2019
tunabdulhamid@gmail.com

http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

(Rencana ini adalah untuk orang-orang yang sanggup baca. Jika ia terlalu panjang, baca sahajalah kesimpulan di penghujunya. Jika itu pun terlalu panjang, rencana-rencana saya tidaklah sesuai untuk mereka. – Pengarang)

Pada 20 Ogos 2019, bekas-bekas ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan UMNO dan diterima masuk menjadi ahli Bersatu datang menemui saya. Tujuan mereka adalah untuk meminta saya berucap di satu bengkel anjuran mereka pada 21 September 2019. Bengkal itu (bengkel politik) adalah satu daripda lima bengkel yang akan diadakan sebelum satu kongres Melayu besar-besaran diadakan yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir.

Persoalan yang pertama sekali timbul di fikiran saya ialah sama ada kongres itu bertujuan menyaingi Himpunan Perpaduan Ummah (HPU914) yang akan diadakan pada 14 September 2019 itu. Ini kerana tarikh ia akan diadakan itu begitu rapat selepas HPU914 dan Perpaduan Ummah UMNO-PAS itu tentu sekali menggugat sokongan orang Melayu terhadap Bersatu dan PH. Maka, kongres itu hendak diadakan untuk menunjuk bahawa Bersatu juga sebuah parti Melayu untuk menarik pengundi Melayu kepadanya, yang semestinya menguntungkan PH dan DAP. Saya tidak mahu menjadi alat untuk tujuan seperti itu.

Menjawab soalan-soalan saya, mereka meyakinkan saya, pada masa itu, bahawa UMNO dan PAS juga akan dijemput. Malah, di kongres itu, pemimpin-pemimpin Melayu, termasuk daripada UMNO dan PAS akan duduk bersama-sama Tun Dr. Mahathir di atas pentas.

Saya berkata kepada mereka bahawa perpaduan orang Melayu/Islam di negara ini yang meliputi UMNO-PAS-Bersatu tidak mungkin berlaku selagi Bersatu berada dalam PH bersama-sama DAP. Saya bertanya mereka sama ada Bersatu sanggup keluar daripada PH untuk menyertai Perpaduan Ummah UMNO-PAS. Mereka meyakinkan saya bahawa Bersatu sanggup berbuat demikian. Ketua kumpulan yang datang itu berulang-ulang kali berkata bahawa hati mereka masih bersama UMNO.
Saya fikir, pada masa itu, jika Perpaduan Ummah UMNO-PAS menyatukan dua kumpulan orang Melayu/Islam terbesar di negara ini dan kongres itu akan meluaskannya meliputi Bersatu, ia patut disokong. (Namun demikian, saya lebih sukakan PRU15 ditandingi oleh PH seperti komposisinya sekarang dan Perpaduan Ummah UMNO-PAS dengan harapan Bersatu dan Amanah akan kalah, selakigus mengurangkan bilangan parti Melayu/Islam.)

Maka, saya bersetuju untuk menyampaikan ucapan di bengkel itu atas dua syarat:
1. Ia akan dihadiri oleh UMNO dan PAS; dan
2. Bersatu sanggup keluar dari PH.

Beberapa minggu berlalu dan saya tidak mendengar apa-apa berita mengenainya, manakala Setiausaha Agung Pas menelifon saya menjemput saya hadir di HPU14 dan berkata banyak orang mengharapkan kehadiran saya. Saya menerima jemputan itu.
Saya bertanya kepada ketua kumpulan yang datang ke rumah saya itu mengenai bengkel berkenaan. Saya lambat menerima jawapan. Akhirnya apabila saya tidak mendapat jawapan kepada dua syarat itu dan khuatir saya akan menjadi alat Bersatu yang akan menguntungkan PH dan DAP, saya menolak jemputan itu dengan baik.
Kemudian keluar berita PAS akan hadir Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada 6 Oktober 2019. Mulanya, saya kurang senang dengan keputusan PAS itu. Saya khuatir, jika PAS hadir tetapi UMNO tidak hadir, maka Perpaduan Ummah UMNO-PAS yang baharu sahaja dimeterai itu, sudah nampak seperti retak, dimanupulasi Tun Dr. Mahathir.

Semakin hampir tarikhnya, semakin jelas penglibatan IPTA-IPTA berkenaan. Tidak dapat dinafikan bahawa tujuan mereka hendak dilibatkan adalah kerana penganjur asal itu hendak mengelak kongres itu dituduh bermotifkan politik. Saya percaya IPTA-IPTA itu mengetahuinya. Jika demikian, mereka mereka menerimanya?

Mungkin mereka nampak ia adalah suatu kesempatan baik untuk mereka mengketengahkan pendirian mereka dalam isu-isu negara semasa untuk mendapat perhatian dan, mungkin, pelaksanaan, walaupun sebahagian daripadanya. Jika itulah sebabnya, mereka lebih cerdik.

Pemimpin-pemimpin DAP mula mengkitik kongres itu dan Tun Dr Mahathir. Kritikan terhadap kongres itu adalah atas alasan lama dan sama seperti yang diberi terhadap perpaduan ummah UMNO-PAS dan sebarang usaha untuk menyatupadukan orang Melayu/Islam: rasis, pelampau Islam dan sebagainya. Dr. Ramasamy, Timbalan Presiden DAP mengatakan ia adalah suatu uaha untuk merapatkan Tun Dr. Mahathir dengan PAS. (Kenyataan itu dibuat sebelum UMNO membuat keputusan untuk menyertainya.)

Lim Kit Siang mempersoalkan penglibatan IPTA-IPTA itu.

“Adakah empat universiti awam ini sanggup menganjurkan Kongres Maruah Cina Malaysia, Kongres Maruah India Malaysia, Kongres Maruah Kadazan Malaysia, Kongres Maruah Dayak Malaysia, Kongres Maruah Orang Asli Malaysia dan yang paling penting, Kongres Maruah Rakyat Malaysia?
“Martabat bagi rakyat Malaysia adalah jika setiap kumpulan etnik dan agama di Malaysia menikmati maruah masing-masing – yang selari dengan prinsip asas dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukunegara,” kata Kit Siang dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.’

Kemudian UMNO membuat keputuan akan menghadiri kongres itu. Bagi saya, keputusan UMNO itu sekaligus meletakkan Tun Dr. Mahathir bersama-sama UMNO dan PAS dan merenggangkannya dan Bersatu daripada PH, yang tentu sekali tidak menyenangkan sekutunya dalam PH, terutama sekali DAP.

Tiba 6 Oktober 2019. Ada laporan mengatakan lebih kurang 5,000 orang hadir. Ada yang mengatakan 10,000 tetapi menambah bahawa kebanyakannya adalah palajar-pelajar IPTA. Fakta bahawa kebanyakan yang hadir itu adalah pelajar-pelajar IPTA disokong oleh seorang sahabat saya yang hadir dan kenyataan Yap Wen Qing, Naib Presiden Kesatuan Pelajar Universiti yang menuduh bahawa asrama-asrama pelajar diarah menyumbang sebilangan pelajar Melayu untuk menghadiri kongres itu dan juga berita bahawa lebih 100 orang pelajar yang menghadiri kongres itu terkena keracunan makanan kerana memakan nasi lemak yang disediakan di kongres itu.

Dalam ucapannya, Tun Dr. Mahathir mengulangi kritikanya terhadap orang Melayu. Di samping itu katanya:

“Kita harus ingat bahawa dahulu Semenanjung ini adalah milik orang Melayu, dia dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu, itulah nama Semenanjung ini, tetapi hari ini kita dapati kita terpaksa kongsi dengan orang lain… Di zaman belum kita merdeka, pihak British yang memerintah negara kita pada masa itu membawa masuk orang asing dengan ramainya dan Raja-Raja kita berpendapat bahawa mereka ini adalah orang asing dan apabila habis tugas mereka, mereka akan kembali ke tanah air mereka, tetapi ini tidak jadi kenyataan, orang asing berasa selesa dengan negara kita dan mereka ingin tinggal di sini, nak tak nak pun kita terpaksa terima, kalau tidak kita tidak akan capai kemerdekaan.”
Tun Dr Mahathir telah dikecam hebat oleh pemimpin-pemimpin DAP. Ahli , Mohan Ramasamy memanggilnya “Bapak Racist”, “Sudah Nyanyuk” dan “Mana Maruah Kamu”.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat, Ronnie Liu Tian Khiew, menulis “Kami bukan lagi orang asing”, “Kata kata macam ni sakitkan hati kami”, “Lain kali tolong pakai otak sebelum membuka mulut”. Kritikan terbuka Ronald Liu terhadap Tun Dr Mahathir dan kenyataan bahawa tanpa Bersatu pun, PH masih mempunyai majoriti dan boleh menubuh kerajaan (The Star online 22 Oktober 2019) dan reaksi terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin Bersatu menunjukkan keretakan itu telah menjadi semakin teruk.Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, menulis “betul-betul suatu penghinaan dan tidak sepatutnya”, ” tidak sepatutnya dikatakan” dan “sangat sensitif dan mengancam keharmonian kaum di negara ini”. (Terjemahan saya).

Pertama, perhatikan bahasa yang digunakan oleh Mohan Ramasamy dan Ronnie Liew itu. Itulah budaya mereka.

Kedua, saya tidak fikir mereka membaca ucapan Tun Dr Mahathir. Jika mereka membacanya, mereka sepatutnya tahu bahawa Tun Dr. Mahathir bukan bercakap mengenai mereka, tetapi orang-orang yang di bawa oleh British masuk ke Semenanjung Tanah Melayu semasa pemerintahannya. Memang mereka dipanggil “orang asing”. Itu fakta sejarah.

Malah, Tunku Abdul Rahman Putra dalam kenyataannya dalam The Straits Times Tahun 1957, berkata “All aliens who have been resident for 10 years can become citizens, if they sincerely desire it.” (“Semua orang asing yang telah bermastautin selama 10 tahun boleh menjadi warga negara, jika mereka benar-benar menginginkannya.”)

Tun Dr. Mahathir merasakan perlu untuk menafikan kritikan terhadap kongres itu. Katanya:
‘“Kita tak kecam orang Cina dan India, tetapi nak kecam orang Melayu kenapa jadi begini,” katanya pada sidang media di akhir Kongres Maruah Melayu di sini.

‘Beliau berkata, kongres itu juga tidak ada kaitan dengan politik kerana ia dihadiri semua pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), universiti dan parti politik.

‘“Mereka hadir sebagai Melayu dan nak tahu apa jadi maruah Melayu dan nak pulih maruah.”’ (BH Online 06 10 2019)

Ucapan yang paling menjadi kontroversial adalah ucapan Naib Canselor Universiti Malaya, Dr. Abdul Rahim Hashim. Mari kita baca dan faham dahulu apa yang beliau ucapkan. (Saya perturunkan bahagian yang berkenaan sahaja):

“ ‘Setahun yang lalu berlakunya peralihan tampuk kepimpinan negara, maka lahirlah harapan orang Melayu untuk melihat masa depan yang lebih terjamin. Malangnya, peralihan ini disulami perpecahan politik Melayu sehingga menghilangkan dominasi politik Melayu.

Lebih parah lagi selepas 62 tahun menikmati kemerdekaan, ekonomi orang Melayu masih ibarat melukut di tepi gantang. Kuiti korporat Melayu Bumiputera sekadar 23.4% manakala bukan Bumiputera memegang 34.8% dan ekuiti asing 37.2%. Ini menunjukkan sasaran Dasar Ekonomi Baru masih belum tercapai. Bukan itu sahaja, jurang pendapatan isi rumah juga semakin melebar dengan jumlah pendapatan Melayu Bumiputera 3.5 kali ganda lebih rendah berbanding kaum Cina bagi purata Malaysia pada tahun 2016.

Dunia pendidikan pula semakin mencabar. Pendidikan kebangsaan disaingi oleh pendidikan berasaskan kaum. Bahasa Melayu bukan lagi tonggak sehinggakan falsafah pendidikan kebangsaan tercabar. Malahan akhir-akhir ini hak keistimewaan Melayu, agama Islam, institusi Raja mulai dipersoalkan satu per satu.

Bukankah kuasa politik itu seharusnya milik kita?

Bukankah hasil mahsul negara ini sepatutnya memakmurkan kita?

Bukankah pendidikan itu boleh menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia?

Bukankah hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya sudah selesai?

Justeru itulah, berdasarkan persoalan-persoalan yang dibangkitkan, Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya bersama dengan Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi MARA bergabung tenaga bagi meneliti kegusaran dan keresahan orang Melayu Bumiputera.’ ”

Esoknya (7 Oktober 2019), Malaysiakini melaporkan bahawa Yap Wen Qing, Naib Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Malaya mengecam Dr. Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor Universiti Malaya kerana membuat kenyataan yang bersifat perkauman di kongres tersebut.

“Beliau menyeru Rahim untuk meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan meletak jawatan kerana beliau tidak menyelesaikan masalah di kampus UM.

“Yap mendakwa bahawa, di kongres itu, Rahim berkata peralihan kuasa pada 9 Mei 2018 (dari BN ke Pakatan Harapan) telah menghapuskan penguasaan politik Melayu sementara hak istimewa orang Melayu juga dipersoalkan.

“Rahim juga dikatakan berkata kongres itu diadakan untuk memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencabar kontrak sosial, Yap mendakwa.

” ‘Kami mengkritik naib canselor kerana membuat kenyataan rasis,…’” (Terjamahan saya).
Bayangkan seorang pelajar sudah menjadi begitu besar kepala menuntut Naib Canselornya meletak jawatan!

Dalam hidup ini, orang yang tahu sedikit mengenai sesuatu perkara, merasakan dia telah tahu segala-galanya. Tetepi, lagi banyak dia tahu, lagi banyak dia tahu apa yang dia tidak tahu.

Saya selalu menasihatkan pelajar undang-undang: Oleh sebab kursus undang-undang empat tahun, jangan fikir apabila kamu lulus tahun pertama, kamu telah tahu satu perempat daripada undang-undang; apabila lulus tahun kedua, kamu telah tahu satu perdua daripada undang-undang; apabila kamu lulus tahun ketiga, kamu telah tahu tiga perempat daripada undang-undang dan apabila kamu lulus tahun keempat, kamu telah tahu semua undang-undang. Nantilah, pada hari pertama kamu pergi ke mahkamah untuk mewakili anakguam (client) kamu, baru kamu tahu berapa banyak yang kamu tidak tahu.

Nasihat ini terpakai juga kepada pelajar-prlajar di semua jurusan. Maka, jangan besar kepala. Be humble.

Di manakah rasisnya ucapan Naib Caselor itu? Kita petik apa yang dikatakan Yap sendiri sebagai asas tuduhannya bahawa ucapan itu rasis. Seperti dilapor, dua kenyataan Naib Canselor itu dikemukakan sebagai asas tuduhan itu:

1. Yap mendakwa bahawa Dr. Abdul Rahim berkata peralihan kuasa pada 9 Mei 2018 (dari BN ke Pakatan Harapan) telah menghapuskan penguasaan politik Melayu;

2. Hak keistimewaan orang Melayu juga dipersoalkan.

3. Yap mendakwa bahawa Dr. Abdul Rahim juga berkata kongres itu diadakan untuk memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencabar kontrak sosial.

Mengenai 1, itu satu pendapat beliau berdasarkan penganalisisan fakta yang dibuat oleh beliau. Jika kenyataan itu rasis dan tidak boleh disebut, maka pensyarah di fakulti sains politik pun tidak boleh berkata demikian dalam kuliahnya. Jika kenyataan itu rasis, maka kenyataan sebaliknya bahawa peralihan kuasa itu telah menguatkan penguasaan politik Melayu, juga rasis.

Mengenai 2, ini juga satu kenyataan fakta berdasarkan pengamatan beliau. Jika berkata “ada orang mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu” itu rasis, tidakkah orang yang mempersoalnya itu lebih rasis?

Jika kenyataan-kenyataan 1 dan 2 itu tidak betul, tulislah satu rencana, beri hujah-hujah dan alasan-alasan bagi menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan itu tidak betul. Beri hujah-hujah dan alasan-alasan bahawa seorang yang menyatakan satu fakta seperti dalam 1 dan 2 itu, rasis. Itu cara orang terpelajar respond kepda sesuatu isu.

Mengenai 3, saya membaca keseluruhan ucapan Naib Canselor itu beberapa kali. Beliau langsung tidak berkata demikian. Yang berkata demikiam ialah Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Ketua Eksekutif kongres tersebut. Jika beliau berkata kongres itu diadakan untuk memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencabar kontrak sosial sekalipun, di mana rasisnya? Itu samalah dengan berkata untuk memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencabar hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Tujuannya untuk mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan, bukan untuk merampas hak kaum lain.

Yap juga menuntut Naib Canselor itu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan meletak jawatan kerana beliau tidak menyelesaikan masalah di kampus UM.
Apa kena mengena kegagalan menyelesaikan masalah di kampus UM, jika benar pun, dengan ucapannya di kongres itu?

Biar apa pun, apa yang dilakukannya itu bukanlah cara yang sesuai untuk menyatakan tidak bersetuju dengan ucapan Naib Canselor itu. Yap adalah Timbalan Presiden Kesatuan Pelajar. Mengapa tidak menggunakan saloran kesatuan itu untuk menyatakan rasa tidak puas hati kesatuan itu, jika ahli-ahli jawatankuasanya bersetuju dengan pandangannya? Dia juga seorang ahli Senat Universiti itu. Bukankah lebih sesuai dan lebih beradab (proper) untuk beliau membangkitkan isu itu di mesyuarat senat?

Pada 14 0ktober 2019, aktivis pelajar, Wong Yan Ke mempamerkan plakad yang mengandungi kata-kata “Tolak Rasis” dan “Undur VC” di atas pentas upacara konokasyen selepas menerima ijazahnya dan menjerit “Ini Tanah Malaysia”.

Pada hari yang sama, Malaysiakini melaporkan peristiwa itu sebagai “protes berani”.

Pada 17 Oktober 2019, The Star online melaporkan:

“Aktivis Pelajar Wong Yan Ke berkata protesnya terhadap Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada konvokesyen itu adalah untuk “mendemokrasikan” dan “memberi inspirasi” kepada kampus.
 “Dia berkata dia akan melakukannya sekali lagi tidak kira masalah yang dibawa oleh tindakan itu kepadanya sambil mendakwa bahawa Datuk Abdul Rahim Hashim tidak pernah bertanggungjawab kepada pelajar atau ahli akademik.” (Terjemahan saya).

Soalan: Adakah dia mendapat inspirasi daripada gerakan pro-demokrasi di Hong Kong?
Kepada Wong saya ingatkan, kamu bukan orang pertama masuk universiti dan mereka yang lebih awal dari kamu bukan kesemuanya kurang cerdik daripada kamu. Banyak di antara mereka yang radikal dan revolusionari. Tetapi umur, ilmu, pengalaman, tanggungjawab dan kebijaksanaan menjadikan mereka lebih matang hari ini.

Adalah perkara biasa bagi pelajar-pelajar yang baru membaca baberapa buah buku dan mengikuti beberapa kuliah, mahu mangubah dunia (change the world). Apabila mereka bekerja, tanpa disedari, sedikit demi sedikit (ada yang dengan serta merta) mereka mengubah diri mereka untuk menyesuaikan diri untuk hidup dalam dunia yang lebih luas. Itu lumrah alam yang seorang pelajar tentu tidak suka dengar.

Saya tidak berkata pelajar tidak boleh bersuara, tetapi biarlah sepadan dengan ilmu yang ada dan pengalaman, kematangan dan kebijaksanaan yang belum ada dan mengikut cara yang beradab, beradat dan beretika. Semua yang disebut di akhir ayat sebelum ayat ini juga perlu dipelajari, jika ia tidak diajar di rumah sekalipun.

Sehari selepas Wong melakukan protesnya (15 10 2019), Kon Hua Eng dari fakulti perakaunan telah tidak dibenarkan oleh pihak universiti daripada menerima ijazahnya di majlis konvokesyen universiti itu, kerana khuatir dia akan melakukan protes yang sama seperti Wong, sehari sebelumnya.

Kon adalah bekas presiden UM Association of New Youth. Mengikutnya, dia menduga sebab dia dihalang daripada upacara itu ialah dia telah membuat post di Facebooknya menyokong protes Wong.(The Star 15 Oktober 2019). Mengikut laporan The New Straits Times pada 19 Oktober 2019, polis simpanan menemui plakat yang dilipat dalam milikannya, sebelum dia dihalang.

Pada hari yang sama (15 Oktober 2019), The Malay Mail melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP Sosialist Youth (Dapsy) mempersoalkan sama ada Naib Canselor Universiti Malaya, Abdul Rahim Hashim mengabaikan nasihat Menteri Pendidikan Maszlee Malik untuk bersikap terbuka ketika berurusan dengan pelajar.

“Dapsy mengutuk tindakan Abdul Rahim Hashim yang menyalahgunakan kuasa untuk melarang pelajar siswazah Kon Hua En daripada mendapat skrolnya semasa majlis konvokesyen Universiti Malaya pagi ini.
………..
“Dari senyap apabila pelajar diserang oleh penyokong mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kepada membuat pernyataan perkauman semasa Kongres Maruah Melayu dan membuat laporan polis terhadap Wong kerana bersuara, terbukti bahawa Abdul Rahim telah gagal dalam melaksanakan tugasnya dan harus meletakkan jawatan dengan segera.” (Terjemahan saya).

Esoknya (16 Oktober 2019), The Star melaporkan bahawa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah menuntut Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Abdul Rahim Hashim untuk meletakkan jawatan jika beliau tidak dapat menerima kritikan daripada pelajar atau tidak mahu menyediakan ruang yang selamat untuk pelajar terlibat dalam wacana.

“… apa-apa kritikan terhadap dasar-dasar melalui protes atau ketidakpatuhan awam adalah dijangka dan dialu-alukan, selagi ia tidak menggalakkan keganasan terhadap orang lain,” kata pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy dalam satu kenyataan pada Rabu (16 Okt). (Terjemahan saya).
Perhatikan Suaram mengalu-alukan tindakan ketidakpatuhan awam (civil disobedience) yang termsuk tidak mematuhi undang-undang. Misalannya ialah apa yang sedang berlaku di Hong Kong sekarang! 
Pada hari yang sama (17 Oktober 2019), the Star online melaporkan:
“Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) berkata mereka menyokong hak Wong untuk menyatakan pendapatnya, tetapi tidak bersetuju dengan platform yang digunakannya.
“Mereka mengatakan bahawa protes itu telah mencemarkan majlis itu kepada orang lain, tetapi mungkin didorong oleh komuniti pelajar yang sudah tidak berpuas hati dengan tindakan Naib Canselor UM.” (Terjemahan saya).
Saya bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh PKAUM seperti dalam perenggan pertama laporan itu. Saya bersetuju ia telah mencemarkan majlis itu, tetapi, jika betul pun ia didorong oleh komuniti pelajar yang sudah tidak berpuas hati dengan tindakan Naib Canselor UM, ia bukanlah justifikasi bagi perbuatan itu.

Seterusnya, Setiausaha PKAUM, Dr Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz berkata “Naib Cancelor itu gagal untuk menggalakkan toleransi dan perpaduan kaum di universiti dengan melibatkan diri dalam mengadakan kongres itu, dan bahawa beliau gagal untuk melepaskan diri daripada permainan ahli politik, yang tidak sesuai bagi ahli akademik.” (Terjemahan saya).

Beliau mungkin mempunyai satu hujah yang sah (valid) di sini. Tetapi, soalnya, jika ia satu hujah yang sah pun, adakah protes yang dilakukan di majlis konvokesyen itu sesuai? PKAUM sendiri mengatakan ia tidak bersetuju dengan platform yang digunakan. Itu isunya.

Setiausaha PKAUM itu seterusnya berkata:
“PKAUM bertanya di manakah the voice of reason dan tangan keadilan bagi mengurangkan kuasa naib-naib canselor yang laparkan politik yang menggunakan alat dalam organisasi mereka dan semua cara politik untuk memastikan mereka terus berkuasa, yang banyak di antara mereka tidak sesuai untuk mengisi (jawatan tersebut), dari awal lagi,…” (Terjemahan saya).
Ini ibarat membuka pekung di IPTA-IPTA. Saya tidak tahu hal sebenar. Maka saya tidak akan komen mengenai merit kenyataan itu. Tetapi, jika tuduhan itu benar pun, mengapa menunggu higga pelajar-pelajar membuat bantahan mengenai satu isu lain untuk menumpang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap naib-naib canselor? Apakah yang dilakukan oleh PKAUM mengenai isu itu selama ini?
Bantahan terhadap Naib Canselor itu adalah kerana ucapannya di kongres itu dikatakan rasis. Yap sendiri berkata “Kami mengkritik naib canselor kerana membuat kenyataan rasis,…” Demikian juga Wong. Plakad yang dipamernya tertulis “Tolak rasis”. Dia menjerit “Ini bumi Malaysia”, yang jelas merujuk kepada ucapan Tun Dr. Mahathir yang berkata:

“Kita harus ingat bahawa dahulu Semenanjung ini adalah milik orang Melayu, dia dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu, itulah nama Semenanjung ini,..”

Itu yang dibantah, bukan permainan politik Naib-Naib Canselor di IPTA-IPTA untuk dilantik dan kekal menjadi Naib Canselor. Apa yang tidak betulnya dengan apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir itu? Nampaknya Yap dan Wong tidak boleh dengar perkataan “Tanah Melayu” walau pun itu nama Semenanjung ini pada suatu masa dahulu, malah nama rasmi negara ini dalam Pelembagaan 1957 ialah “Persekutuan Tanah Melayu”.

Pada hari yang sama (17 Oktober 2019), The Star Online juga melaporkan:

“Pergerakan Akademik Malaysia (Gerak) berkata ia berdiri di belakang Wong Yan Ke mengenai tindakannya di majlis konvokesyen Universiti Malaya, baru-baru ini.

“Gerak berdiri tegak di belakang Wong dan hak dan kebebasannya untuk mengatakan apa yang dia katakan, walaupun (jika dia) mengatakannya dalam suasana yang selama bertahun-tahun telah diaturkan sebagai suram dan terhormat.

“Bagi mereka yang mengatakan bahawa ia adalah tempat yang salah, kami bertanya, apa lagi tempat yang lebih berkesan?” jawatankuasa eksekutif Gerak bertanya dalam satu kenyataan pada hari Khamis (17 Okt). (Terjemahan saya).

Nampaknya, Gerak hanya menitikberatkan soal hak untuk bersuara, tanpa memberi perhatian langsung kepada adab, budi bahasa dan adat resam. Adakah semuanya tidak relevan lagi? Jika demikian, tukarkanlah semula nama Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran.
Laporan itu juga memuatkan petikan dari Bernama yang mengatakan:

“Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa ketua pegawai penerangan Majlis Pemuda Malaysia (MYC) Wan Mohd Husni Abdullah berkata pelajar itu melanggar tradisi dan protokol upacara yang patut dihormati oleh semua pihak.

“’Tindakan pelajar itu menunjukkan kekurangan moral dan nilai sebagai orang yang berpendidikan dan melemahkan reputasi universiti itu di khalayak ramai. Penggunaan istilah ‘kebebasan bersuara’ (oleh pelajar itu) tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dan perlu dilakukan melalui saluran yang betul,” katanya. (Terjemahan saya).

Katakanlah rasis atau apa pun, itu adalah pandangan hampir keseluruhan orang Melayu. Lihatlah, walaupun ia dikeluarkan oleh Bernama, berita itu hanya dilapor sebagai sampingan dan tidak diberi keutamaan langsung. Akhbar-akhbar lain mungkin tidak menyiarkannya langsung. Itulah “kebebasan akhbar”! Apatah lagi “akhbar rasis” Utusan Malaysia (akhbar-akhbar Cina tidak rasis!) telah berjaya dikuburkan. Berita-berita yang sealiran dengan akhbar-akhbar itu sahajalah yang akan diberi keutamaan. Di milenium kedua ini, itulah cara menguasai sesebuah negara.

Pada 19 Oktober 2019, The New Straits Times melaporkan bahawa Persatuan Undang-Undang Universiti Malaya mengeluarkan kenyataan, antara lain, mengatakan:

“Menurut Persatuan Undang-undang itu, kebebasan bersuara dipandu mengikut parameter dan keperluan berkaitan dengan ketenteraman awam, morality, defamation dan hasutan terhadap sebarang kesalahan, tetapi perkara itu tidak dinyatakan dengan jelas di dalam undang-undang atau dasar dalaman universiti.
“Kami memahami kebimbangan universiti berkenaan dengan pandangan bahawa majlis konvokesyen rasmi mungkin tidak menjadi platform yang sesuai untuk menyatakan bantahan yang sah.
“Walau bagaimanapun, mengambil kira keadaan sekeliling berkenaan dengan kes itu, bahawa protes itu tidak mengganggu aliran dan prosedur majlis itu, bahawa ia tidak menghalang pelajar lain daripada mendapatkan skrol mereka, atau menikmati pengalaman konvokesyen.
“Ia menambah bahawa protes itu juga tidak menghasut sebarang bentuk keganasan, dengan itu menyokong hak Wong dan Kon untuk kebebasan bersuara.” (Terjemahan saya).
Soalannya ialah sama ada tunjuk perasaan seperti itu sesuai dilakukan di atas pentas majlis konvokesen semasa upacara itu sedang berjalan atau tidak, tidak kira oleh seorang atau lebih; tidak kira ia mengganggu kelancaran perjalanan malis itu atau tidak; tidak kira sama ada ia menghalang pelajar lain daripada mendapatkan skrol mereka atau tidak; tidak kira ia menghalang pelajar-pelajar lain daripada menikmati pengalaman konvokesyen atau tidak dan tidak kira sama ada ia menghasut sebarang bentuk keganasan atau tidak.

Sekali lagi, soalannya ialah sama ada perbuatan itu sesuai atau tidak dan, oleh itu, patut dilarang atau tidak. Adalah tidak munsabah membiarkan seorang atau beberapa orang melakukannya, tetapi bila sudah terlalu ramai (berapa orang?) baru hendak berkata ia tidak sesuai dan perlu dihalang. Meraka semua melakukan atau hendak melakukan perbuatan yang sama. Mengapa yang awal sesuai dan yang kemudian tidak hanya kerana banyak orang telah melakukannya?

Demikian juga dengan faktor-faktor lain yang menjadi asas pendirian persatuan undang-undang itu. Jika kita hendak tunggu kesan sesuatu perbuatan itu dalam sesuatu keadaan itu berlaku baru hendak memutuskan sama ada perbuatan itu sesuai atau tidak, kita akan terlewat sepanjang masa.

DYMM SPB Raja Permaisuri Agong menyatakan sesuatu yang amat bernas, apabila baginda berkata:
“Saya tidak bersetuju bahawa tindakan itu diambil dalam satu acara rasmi. Tidak wajar dan tidak menghormati upacara itu.

“… Dia tidak sepatutnya melakukannya pada konvokesyen … menunjukkan rasa tidak hormat! Rather unbecoming! ” (Terjemahan saya).

Perhatikan juga bagaimana, dalam peristiwa itu, media massa memainkan peranan untuk mengagung-agungkan perbuatan dua orang pelajar yang, paling kurang, tidak beradab dan menjadikan mereka wira.

Sekarang mari kita lihat resolusi-resolusi kongres itu. Walaupun, melalui seorang sahabat yang menghadiri kongres itu dan saya sendiri, kami cuba mendapat resolusi muktamad dan rasmi kongres itu, sehingga saya menyiapkan rencana ini, saya tidak berjaya mendapatnya. Mengikut sahabat saya itu, tidak seperti biasa, di akhir kongres itu tidak ada sesi plenari yang meluluskan resolusi muktamad kongres itu. Beliau hanya berjaya memperolehi dua resolusi (mengikut sahabat saya itu, yang lainnya tidak ada), iaitu resolusi kluster Agama dan Ekonomi, dan beberapa teks ucapan peserta. Maka saya terpaksa menulis rencana in berdasarkan bahan-bahan yang saya ada itu.

Dari bahan-bahan itu pun, banyaklah resolusi/cadangan yang dibuat. Rencana ini bukanlah ruang untuk memperturunkan kesemuanya, apatah lagi membincangnya. Saya juga tiada kepakaran dalam semua bidang untuk membincanya.

Saya tidak fikir resolusi-resolusi dan cadangan-cadangan itu akan dan boleh dilaksanakan oleh Kerajaan PH. Dari segi itu, kongres itu tidak boleh dikatakan berjaya. Tetapi bagi individu dan kumpulan yang mencadangkannya, mereka telah berjaya menggunakan kesempatan itu untuk menunjukkan di mana letaknya kekurangan dan kelemahan Kerajaan PH (pada pandangan mereka) dan mengketengahkan cadangan-cadangan mereka, yang jika dilaksanakan, mereka berjaya dan, jika tidak pun, mereka (terutama sekali jika mereka adalah ahli-ahli parti politik pembangkang) boleh menjadikannya modal politik, untuk mengkritik Kerajaan PH. Lebih dari itu, ia juga akan meretakkan hubungan antara Tun Dr. Mahathir dan Bersatu dengan sekutunya, terutama sekali DAP. Itu kejayaan politik kepada UMNO dan PAS.

Bagi saya pun, bukan semua resolusi itu sesuai atau boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan yang ada sekarang. Lebih lagilah bagi Kerajaan PH. Tetapi dengan adanya kongres itu, Kerajaan PH telah membuka peluang kepada individu dan kumpulan, termasuk parti pembangkang melambakkan tuntutan ke atasnya yang Kerajaan PH tidak mahu atau tidak mampu melaksanakannya. Selepas itu, Kerajaan PH akan terbuka kepada kritikan kerana tidak melaksanakannya yang akan memberi political mileage kepada parti-parti pembangkang, terutama sekali UMNO dan PAS. Ia juga akan menyebabkan rasa tidak puas hati parti sekutu PH, terutama sekali DAP dan merenggangkan mereka daripada Tun Dr Mahathir dan Bersatu.
Kritikan terbuka Ronnie Liu terhadap Tun Dr Mahathir dan kenyataannya bahawa tanpa Bersatu pun, PH masih mempunyai majoriti dan boleh menubuh kerajaan (The Star Online 22 Oktober 2019) dan reaksi terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin Bersatu menunjukkan keretakan itu telah menjadi semakin teruk.

Dalam hal ini, dari segi politik, UMNO dan PAS yang untung.

Ini amat jelas terutama sekali mengenai dua resolusi:

1. Resolusi Kluster Pendidikan yang dicadangkan oleh wakil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mewujudkan sekolah satu aliran melalui pemansuhan sekolah vernakular secara beransur-ansur dalam tempoh enam tahun.

2. Resolusi Kluster Agama yang di bawa oleh Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Kelantan bahawa jawatan utama kepemimpinan negara dan negeri, iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, serta kementerian penting seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam serta beraliran ahli Sunnah wal-Jama’ah. Begitu jugalah jawatan penting lain seperti Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan lain-lain jawatan strategik hendaklah digalas oleh muslim beraliran ahli Sunnah walJama’ah.

Mengenai 1, itu adalah yang sebaik-baiknya, demi perpaduan negara. Tidak ada negara yang membenarkan sekolah dua aliran, termasuk Singapure yang majoriti besar penduduknya adalah orang Cina. Masalahnya adalah orang Melayu yang, semasa mempunyai majority besar, tidak melakukannya kerana terlalu berlembut dan pemurah. Sekarang keadaan telah berubah. Orang yang dahulu lemah dan dikasihani telah menjadi kuat dan keras kepala dan menuntut lebih lagi hingga kita terpaksa mengalah lagi, sehinggakan sesiapa yang menyebut untuk mewujudkan sekolah satu aliran dikatakan rasis, manakala mereka yang mahukan sekolah vernakular, tidak. Malah, hari ini, mempertahankan hak orang Melayu adalah rasis. Tetapi, mempertahankan hak orang bukan Melayu dan mahukan hak Melayu tidak rasis. Itulah realitinya.

Sehari selepas kongres itu diadakan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan menyoal DAP mengapa ia berdiam diri mengenai resolusi pemansuhan sekolah vernakular secara beransur-ansur dalam tempoh enam tahun itu. Perhatikan, ia hanya lebih kurang sebulan sebelum PRK Tanjung Piai. Nyata sekali beliau ingin menarik pengundi Cina kepada MCA yang mahu calon MCA diletak di situ. Saya percaya, pengundi Cina tidak akan berpatah balik kepada MCA daripada DAP, tetapi pengundi Melayu yang merupakan majoriti mungkin tidak akan mengundi calon MCA. UMNO eloklah mengambil perhatian.
Mengenai 2, ia tidak akan dan tidak boleh dilakukan dalam kerangka Perlembagaan yang ada sekarang. Dari segi politik pun ia tidak mungkin boleh dilakukan. Malaysia bukan Kelantan. Tetapi, seperti isu hudud dipolitikkan di Kelantan, resolusi ini juga hanya akan menjadi modal politik selagi ia akan membawa undi. Biar apa pun PAS tidak ada apa-apa untuk rugi daripada resolusi yang dicadangkan oleh wakilnya itu. Yang rugi ialah Kerajaan PH.

Kesimpulan

1. Kongres itu bermula dengan tujuan untuk menyaingi perpaduan ummah UMNO-PAS dan menarik pengundi Melayu kepada Bersatu yang akan menguntungkan PH khususnya DAP.

2. Untuk mengelak ia dituduh bermotifkan politik dan memberi kredibiliti kepadanya, IPTA-IPTA diminta menganjurnya. (Siapa yang membayar perbelanjaannya, saya tidak tahu).

3. Mungkin IPTA-IPTA itu bersesetuju untuk menganjurkan kongres itu kerana mereka nampak ia adalah suatu kesempatan baik untuk mereka mengketengahkan pendapat dan pendirian mereka dalam isu-isu negara semasa untuk mendapat perhatian dan, mungkin, pelaksanaan, walaupun sebahagian daripadanya.

4. Tun Dr Mahathir nampak seperti terheret ke dalam kongres itu, melainkan jika beliau mempunyai tujuannya yang tersendiri.

5. UMNO dam PAS membuat keputusan bijak untuk menyertainya. Kehadiran mereka meletakkan Tun Dr Mahathir lebih rapat dengan UMNO dan PAS. Ini akan menimbulkan prasangka di kalangan anggota PH, terutama sekali DAP dan PKR terhadap Tun Dr Mahathir yang akan menambahkan lagi keretakan di antara mereka.

6. Dengan kehadiran di kongres itu, UMNO dan PAS tidak rugi apa-apa. Malah mereka untung kerana menyebabkan bertambahnya keretakan hubungan Tun Dr Mhathir dengan rakan sekutu PH. Di samping itu PAS, melalui wakilnya telah berjaya memasukkan satu resolusi yang memang tidak akan dilaksanakan oleh PH, memberi modal politik percuma kepada PAS.

7. IPTA-IPTA dikritik oleh DAP, individu dan kumpulan yang dipengaruhi oleh atau sependapat dengannya kerana terlibat dalam penganjuran kongres itu. Kritikan itu adalah atas alasan kongres itu rasis. Valid atau tidak alasan itu, ia mencemarkan imej IPTA-IPTA itu yang sukar dibersihkan sepenuhnya. Keadaan mungkin berbeza jika idea kongres itu datangnya dari IPTA-IPTA itu sendiri untuk mengumpulkan para akademik dan professional untuk membincang masalah orang Melayu semasa dan mencari jalan mengatasinya.

8. Kongres itu memberi kesempatan kepada golongan pelajar, terutama sekali Cina, yang dipengaruhi atau sealiran dengan DAP mengecam Naib Canselor Universiti Malaya kerana ucapannya di kongres itu yang disifatkan sebagai rasis. Valid atau tidak alasan itu, pelajar-pelajar itu telah dijadikan wira oleh orang dan kumpulan yang sependapat dan mempunyai kepentingan yang sama dengan mereka.

9. Isunya bukan hak pelajar-pelajar itu bersuara, tetapi di mana? Semua orang bersetuju mereka ada hak bersuara. Tetapi, manusia bukan sahaja ada hak. Manusia juga ada tannggungjawab, ada adab, adat, budaya, peraturan, etika dan, sepatutnya, perasaan malu untuk melakukan sesuatu yang tidak senonoh di majlis seperti itu. Adakah semua itu tidak relevan lagi?

10. Lebih mendukacitakan ialah, kumpulan-kumpulan yang menyokong pelajar-pelajar itu, termasuk ahli-ahli politik (pembuat undang-undang) dan ahli-ahli akdemik (cerdik pandai), juga cuma mengutamakan hak bersuara seseorang tetapi tidak langsung mengambil kira factor-faktor lain yang saya sebut dalam perenggan 9, malah ada yang terang-terang mengalu-alukan ketidakpatuhan awam (civil disobedience) dari mereka.

11. Ada pula ahli akademik yang mengambil kesempatan untuk mengkritik naib-naib canselor yang, mengikutnya, tidak berkelayakan memegang jawatan itu, bermain politik untuk dilantik dan kekal di jawatan itu.

12. Kita juga dapat melihat dengan jelas peranan media masa Bahasa Inggeris (Bahasa Cina saya tidak tahu) dalam mempromosikan pelajar-pelajar itu.

13. MCA, yang mahu bertanding di Tanjung Piai menagambil kesempatan untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada DAP. Saya tidak fikir ia akan berajaya. Sebaliknya, jika orang Melayu mengikuti perkembangan isu kongres itu, mereka mungkin tidak akan mengundi calon MCA dalam PRK Tanjung Piai. UMNO perlu ambil perhatian.

14. DAP, terutama sekali Dapsy, tentu gembira dapat mempromosi pelajar-pelajar yang fikirannya sealiran dengan mereka dalam usaha memenagi sokongan orang Cina. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapat sokongan orang Cina lagi, pada masa ini. Orang Cina sudah pun berada dalam genggaman mereka. Sebaliknya, DAP perlu sedar bahawa perbuatan dua pelajar itu dan sokongan tidak berbelah-baginya mungkin lebeih berkesan kepada orang Melayu daripada ceramah bersepadu UMNO-PAS ke seluruh Semenanjung untuk menolak PH kerana DAP berada di dalamnya. Saya fikir dalam PRU15, undi orang Melayu lebih penting kepada PH, khususnya PKR, Bersatu dan Amanah.

15. Bahawa keretakan antara Tun Dr. Mahathir dengan DAP dan bahawa kongres itu memburukkan lagi keadaan itu tidak boleh dinafikan. Dalam masa dua minggu sahaja selepas kongres itu diadakan, keretakan itu telah menjadi lebih teruk apabila Ronnie Liu mengkritik Tun Dr. Mahathir secara terbuka dan mengatakan bahawa tanpa Bersatu pun PH masih mempunyai majoriti dan boleh menubuh kerajaan. Apa yang menyebabkan sekutu PH masih tolerate antara satu sama lain ialah mereka masing-masing takut sekiranya mereka berpecah pada masa ini, ada kemungkinan Tun Dr. Mahathir akan memohon DYMM SPB YDP Agong membubarkan Parlimen, menyebabkan PRU 15 diadakan lebih awal dan mereka akan kalah. Maka, adalah lebih baik untuk terus berkuasa sehingga tamat penggal Parlimen semasa.

16. Memandangkan di kebanyakan universiti, Canselornya yang menyampaikan skrol itu adalah DYMM Raja-Raja Melayu, DYMM Raja-Raja Permaisuri atau TYT Gobnor, perbuatan tidak beradab itu tidak boleh diterima sama sekali. Ia mesti di larang dengan hukuman yang setimpal bagi sesiapa yang melanggarnya. Janganlah suatu upacara yang beradat seperti itu dirosakkan oleh sekumpulan orang yang tidak tahu adat dan tidak beradab.

17. Saya tidak fikir resolusi-resolusi kongres itu akan dilaksanakan, tetapi kesannya yang tidak dirancang akan berpanjangan.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.


© all rights reserved
made with by templateszoo