KENYATAAN MEDIA KONGRES RAKYAT:
EKONOMI RAKYAT DIUTAMAKAN
1. Keadaan Ekonomi Rakyat yang ‘tenat’ kesan pandemik covid-19 yang melanda negara telah mendorong Sekretariat Kongres 2.0, menganjurkan Kongres Ekonomi Rakyat (KER) yang akan diadakan pada 12 September 2021. Ianya bertujuan memastikan kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia yang tergugat ekoran pandemik covid-19 dapat kembali pulih dan memberikan sinar baharu bagi rakyat yang terjejas.
2. Kongres Ekonomi Rakyat (KER) adalah idea yang menarik untuk menjadi platform rakyat mengemukakan cadangan, solusi, memberikan pandangan dan merangka pelan tindakan ekonomi masa hadapan sebagai penyelesaian ke arah membina negara yang sejahtera dan selamat dari tekanan ekonomi yang menindas rakyat , serta ketidakstabilan politik yang menggugat kemakmuran negara.
3. Disebabkan keadaan semasa yang menghalang berkumpul secara bersemuka, KER akan dianjurkan secara maya melalui aplikasi ‘zoom meeting’ yang dapat menghimpunkan kira-kira 1,100 peserta yang terdiri daripada lebih kurang 300 NGO yang berkolobrasi dengan Kongres Rakyat sebelum ini . Selain itu peserta dan orang ramai juga boleh mengikuti melalui Facebook Live Himpunan Rakyat .
4. Sasaran utama KER adalah untuk menghasilkan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat yang berkesan untuk ‘Membina Malaysia Sejahtera’ bagi mengatasi permasalahan rakyat..
5. Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 telah melantik Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP) sebagai Pengurus Teknikal dan Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (PEKERTI) sebagai Pengurus Acara untuk menjayakan KER.
KER akan melibatkan 3 pembentangan, satu diskusi dan 3 sesi bengkel bagi menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat.
Sekian. Terimakasih
Mohd Shuhaimi bin Embong
Pengerusi Sekretariat Kongres Rakyat 2.0.
Pengerusi Sekretariat Kongres Rakyat 2.0.
11 September 2021
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment