NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label KENYATAAN MEDIA. Show all posts
Showing posts with label KENYATAAN MEDIA. Show all posts

THE WEEKND, PENJAJAHAN DAN NORMALISASI BUDAYA?

Antara lagu yang dinyanyikan oleh The Weeknd, penyanyi daripada Canada di Malaysia baru-baru ini adalah lagu “Often”. 

Antara liriknya adalah begini:-

🟄“In my city I'm a young god
That pus*# kill be so vicious
My god white, he in my pocket
He get me redder than the devil 'til I go nauseous
She asked me if I do this every day, I said, "Often"
Asked how many times she rode the wave, not so often (baby)

Bitches down to do it either way, often
Baby, I can make that pus*# rain, often
Often, often, girl, I do this often
Make that pus*# poppin', do it how I want it
Often, often, girl, I do this often
Make that pus*# poppin', do it how I want it
Often”🟄

Ya, sangat menggelikan. Lucah, tidak beradab, lirik yang hitam (dark) dan membawa unsur-unsur seksual tanpa batas. 

Konsert The Weeknd dihadiri ribuan penonton. Ramai peminat di Malaysia. Saya pun hairan daripada mana.

Persembahan beliau yang bersifat “dark” menimbulkan kontroversi. Patung wanita telanjang, karya Hajime Sorayama menghiasi pentas. Hajime terkenal dengan patung wanita telanjang, kononnya atas nilai artistik.

Kemudian penari berjubah merah. Dengan percikan api. Seolah-olah ritual penyembahan. 

Tengok pula lirik lagu “Lost in the fire” ini:-

🟄“I wanna fu*# you slow with the lights on (lights on, lights on, lights on)
You're the only one I've got my sights on (sights on, sights on, sights on)
Type of sex you could never put a price on (price on, price on, price on)
I'll take it off, you're the one I'll roll the dice on (dice on, dice on, dice on)
And I just want a baby with the right one
(I just want a baby with the right)
'Cause I could never be the one to hide one
(I could never be the one to hide)”🟄

Dan lirik lagu “Wicked Games” ini:-

🟄“Bring your love, baby, I could bring my shame
Bring the drugs, baby, I could bring my pain
I got my heart right here
I got my scars right here
Bring the cups, baby, I could bring the drank
Bring your body, baby, I could bring you fame
And that's my motherfuc*#ng words too
Just let me motherfu*#ng love you”🟄

Kombinasi persembahan pentas yang “dark”, patung wanita telanjang yang erotik, dan lirik-lirik lagu lucah dan berunsur budaya negatif ini membawa hanya satu kesimpulan.

Ia bukan lagi hedonistik, ia penjajahan budaya yang sangat berat. 

Benar, Malaysia tidak boleh menolak hiburan. Kononnya sebelum ini yang dikatakan melonggarkan kebenaran konsert adalah akan bertumpu kepada persembahan kebudayaan tradisional.

Namun, yang menikmati kelonggaran itu adalah penjajahan budaya. Buruk sifatnya.

Kerajaan perlu segera bertindak. Siasatan sedang dijalankan. Namun tindakan yang lebih penting ialah merangka dasar hiburan dengan penguatkuasaan yang jelas.

Sudah-sudahlah tenggelam dalam budaya sesat ini hanya atas nama pembangunan ekonomi dan penjanaan pendapatan lumayan.

Bukankah rukun negara ialah “kesopanan dan kesusilaan”?

DR YUSFARIZAL YUSSOFF
Ketua Penerangan
PAS Selangor


Full Stop! - DYMM Sultan Selangor

7 Mei 2026 ~

KENYATAAN MEDIA D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kekal dengan pendirian Baginda seperti yang telah ditegaskan menerusi Kenyataan Media bertarikh 10 Februari 2026 bahawa Baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan.
 
Pendirian tersebut dibuat setelah mengambil kira implikasi penternakan babi yang boleh menyebabkan pencemaran pada tanah, udara dan risiko pencemaran sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.
 
Baginda turut menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti berkenaan boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk kira-kira 9 juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Selain itu, kaedah penternakan moden yang mematuhi piawaian memerlukan kos yang amat tinggi dan tidak praktikal serta tidak mungkin dapat dilaksanakan hanya bagi memenuhi bekalan daging babi di Negeri Selangor sahaja. Justeru, Baginda mencadangkan agar daging babi diimport dari negeri lain seperti Sarawak bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam yang makan babi di Negeri Selangor. Bahkan negara seperti Singapura juga tidak menternak babi dan mengimport daging babi dari luar.
 
D.Y.M.M. Sultan Selangor juga berpandangan bahawa penternakan babi berskala besar mahupun kecil adalah tidak sesuai dilaksanakan di Negeri Selangor memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi, yang sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan yang lebih ekonomik dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.
 
Sehubungan itu, D.Y.M.M. Sultan Selangor menegaskan agar isu penternakan babi ini dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya (full stop) demi mengelakkan keresahan masyarakat serta memastikan keamanan dan keharmonian rakyat di Negeri Selangor terus terpelihara.
 

“PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM”
“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA”
 
Saya yang menjunjung titah,
 
DATO’ HJ. MOHAMAD MUNIR BIN BANI D.P.M.S., J.S.D.
 
7 Mei 2026

Umno: Rumah yang dicabut paku lantai

IMAM al-Ghazali RH menegaskan:

الدِّŁŠŁ†ُ Ų£ُŲ³ٌّ ŁˆŲ§Ł„Ų³ُّŁ„ْŲ·َانُ Ų­َŲ§Ų±ِŲ³ٌ، وَŁ…َŲ§ Ł„َŲ§ Ų£ُŲ³َّ Ł„َهُ فَŁ…َهْŲÆُŁˆŁ…ٌ، وَŁ…َŲ§ Ł„َŲ§ Ų­َŲ§Ų±ِŲ³َ Ł„َهُ فَŲ¶َŲ§Ų¦ِŲ¹ٌ.

“Al-din (Islam) itu menjadi asas dan kuasa pemerintahan yang berdaulat (politik) menjadi pengawas. Apa-apa yang tiada asasnya, maka runtuhlah, dan apa-apa yang tiada pengawasnya, maka hilanglah.” [Al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, hlm. 128]

Islam yang dianut oleh bangsa Melayu adalah sempurna dan berkuasa memerintah berkonsepkan Raja Berperlembagaan yang ditadbir bersama oleh para ulama’ dan umara’. Pemerintahan ini berkonsepkan ali-din (Islam yang sempurna) daripada Allah Pencipta alam. Segala ajarannya dipelihara dan diamalkan dengan sempurna, sehinggalah ia dihapuskan apabila tanah air umat Islam mula dijajah.

Betapa eratnya hubungan Melayu dengan Islam sehingga kedua-dua perkataan ini dianggap seperti perkataan yang seerti. Hal inilah yang menyebabkan penjajah gagal memurtadkan orang Melayu.

Maka, umat Islam diwajibkan berjuang meninggikan Islam sehingga berkuasa, sepertimana firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّŲ°ِيٓ Ų£َŲ±ۡŲ³َŁ„َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َهُŪ„ ŲØِٱلۡهُŲÆَىٰ وَŲÆِŁŠŁ†ِ ٱلۡŲ­َŁ‚ِّ Ł„ِيُŲøۡهِŲ±َهُŪ„ Ų¹َŁ„َى ٱلدِّŁŠŁ†ِ كُŁ„ِّهِŪ¦ وَŁ„َوۡ كَŲ±ِهَ ٱلۡŁ…ُŲ“ۡŲ±ِكُŁˆŁ†َ Ł©

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama (termasuk ideologi) meskipun orang Musyrik membenci.” [Surah al-Saff: 9]

Demikian juga, wajib adanya kumpulan Islam atau parti Islam yang berjuang sehingga berkuasa. Firman Allah SWT:

وَŁ„ۡŲŖَكُن Ł…ِّŁ†ŁƒُŁ…ۡ Ų£ُŁ…َّŲ©ٞ يَŲÆۡŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų„ِŁ„َى ٱلۡŲ®َيۡŲ±ِ وَيَŲ£ۡŁ…ُŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِٱلۡŁ…َŲ¹ۡŲ±ُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ Ų¹َنِ ٱلۡŁ…ُŁ†ŁƒَŲ±ِۚ وَŲ£ُوْŁ„َŁ€ٰٓŲ¦ِكَ هُŁ…ُ ٱلۡŁ…ُفۡŁ„ِŲ­ُŁˆŁ†َ ٔ٠٤

“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” [Surah Ali ‘Imran: 104]

Di Malaysia, ada dua parti Islam dan Melayu Islam yang berjuang menentang penjajah sehingga merdeka, iaitu parti Islam (PAS) dan parti Melayu Islam (Umno).

PAS dalam Fasal 5 perlembagaannya menegaskan:

Tujuan PAS ialah:

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
2. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Adapun dalam Fasal 3 Perlembagaan Umno pula, dinyatakan bahawa:

Fasal 3 asas dan tujuan

Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.

3.1 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kedua-dua petikan ini menunjukkan bahawa asas atau dasar perjuangan Umno tidaklah berbeza dengan PAS dari segi kedudukan Islam pada dasarnya. Bahkan, Umno dan PAS berjaya bersama-sama meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. PAS juga pernah bekerjasama dengan Umno dalam isu yang mengancam kedudukan Islam, bangsa dan keselamatan negara.

Adapun perbezaan antara PAS dengan Umno hanya berlaku dari segi pentafsiran dan pendekatan.

Sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menyatukan kumpulan Arab bagi menegakkan Islam sehingga berjaya memerintah negara. Maka, kita juga wajib menyatukan Melayu Islam.

Allah mewajibkan kumpulan Islam bersatu kukuh seperti satu bangunan yang disusun daripada batu atau kayu yang digabungkan dengan ikatan yang kukuh. Firman Allah SWT:

Ų„ِنَّ ٱللَّهَ يُŲ­ِŲØُّ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ يُŁ‚َٰŲŖِŁ„ُŁˆŁ†َ فِي Ų³َŲØِŁŠŁ„ِهِŪ¦ ŲµَفّٗŲ§ كَŲ£َنَّهُŁ… ŲØُنۡيَٰنٞ Ł…َّŲ±ۡŲµُوصٞ ٤

“Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang berjuang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” [Surah al-Saff: 4]

PAS dan Umno sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan dan meletakkan Islam serta umat Islam memimpin kuasa politik. Walaupun berkhilaf dalam beberapa perkara, kedua-dua parti ini bersatu dalam perkara dasar dan perkara yang melibatkan kepentingan umat Islam dan negara. Malah, beberapa kerjasama pernah berlaku antara PAS dengan Umno dalam isu yang melibatkan dasar Islam dan keselamatan negara.

Keadaan berubah apabila dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PAS memperolehi banyak kerusi di beberapa negeri dan mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen. Namun, Umno menolak tawaran kerjasama bersama PAS atas alasan PAS lebih kuat daripada Umno, dan ada yang beranggapan PAS akan membunuh Umno. Tiba-tiba, parti bukan Islam pula yang mengangkat Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran dalam keadaan Umno tidak mempunyai kedudukan yang kuat.

Jika dilihat dalam lipatan sejarah, PAS pernah berada dalam Kerajaan Campuran 1974 pada zaman Almarhum Tun Abdul Razak dalam keadaan PAS masih lemah. Almarhum Tun Abdul Razak sedia menguatkan PAS dengan memberi kerusi dan jawatan Exco di setiap negeri, serta memberi peluang kepada PAS untuk berada dalam kabinet. Malah, PAS juga dibenarkan bergerak di pusat-pusat pengajian tinggi dan bersama dalam kementerian dan jabatan kerajaan.

Alasan yang diberikan Umno terkini iaitu PAS akan membunuh Umno adalah tidak benar. Dalam sejarahnya, kerjasama dahulu berjaya memperkasakan Islam secara berperingkat dan menghapuskan kegiatan penjajah dalam jabatan kerajaan.

Apa yang dilakukan sekarang, Umno sedia meninggalkan asas Islam dan Melayu, laksana mencabut paku lantai kerana bekerjasama dengan parti liberal seperti PKR dan parti yang melampau sekularnya seperti DAP kerana mahukan kedudukan, bukan kuasa dalam kerajaan.

Tindakan ini melemahkan pegangan Umno kepada dasar perjuangannya laksana mencabut paku lantai Islam dan Melayunya supaya masuk angin dari bawah, tidak cukup dengan angin melalui jendela yang terbuka. Sehingga menyebabkan Umno berpenyakit dan semakin lemah.

Apabila paku lantai dicabut, maka lantainya banyak yang terbuka lalu masuk angin dari bawah rumah yang berpenyakit dan menambahkan lagi kelemahan Umno.

Ramai dalam kalangan Umno yang menjadi bisu terhadap gejala negatif dan kemungkaran kerana lemahnya semangat Islam dan Melayu bumiputera mereka yang telah dihanyutkan oleh konsep liberal masyarakat majmuk. Keadaan ini terjadi kerana ingin menjaga kedudukan yang sedang berpijak di atas lantai yang lemah dan bergoyang akibat dicabut paku lantainya.

Umno hilang kehebatan Islam dan Melayunya dalam kalangan mereka yang anti-Islam, dan melemahkan semangat Islam dan Melayu sehingga kumpulan lain pula berani membuat kenyataan anti-Islam secara terbuka tanpa halangan. Bahkan, mereka berani mencabar kedudukan Islam dan berusaha melemahkan pengaruh politik bangsa Melayu Islam dan bumiputera.

Hal ini termasuklah keberanian beberapa pihak untuk menganjurkan aktiviti yang merosakkan akhlak dan melemahkan pegangan agama atas nama kebebasan kebudayaan tanpa memikirkan batas agama dan adat Melayu, serta adat kaum lain yang berasal dari Timur, bukan adat budaya asing. Atas nama pelancongan, dibebaskan budaya asing tanpa mengira halal dan haram, yang di luar daripada konsep pelancongan yang sepatutnya menonjolkan keaslian adat dan budaya kita yang tidak sama dengan mereka.

Umno terpalit dalam perkara negatif yang berlaku kerana salah memilih kawan, laksana sabda Rasulullah SAW:

Ų„ِنَّŁ…Ų§ Ł…َŲ«َŁ„ُ الجَŁ„ِيسِ الصَّŲ§Ł„ِŲ­ِ، ŁˆŲ§Ł„ْŲ¬َŁ„ِيسِ السَّوْŲ”ِ، كَŲ­َŲ§Ł…ِŁ„ِ المِŲ³ْكِ، ‌وَنَافِŲ®ِ Ų§Ł„Łƒِيرِ، فَŲ­َŲ§Ł…ِŁ„ُ Ų§Ł„ْŁ…ِŲ³ْكِ: Ų„Ł…َّŲ§ Ų£َنْ يُŲ­ْŲ°ِيَكَ، ŁˆŲ„Ł…َّŲ§ Ų£َنْ ŲŖَŲØْŲŖَŲ§Ų¹َ Ł…ِنْهُ، وَŲ„ِŁ…َّŲ§ Ų£َنْ ŲŖَŲ¬ِŲÆَ Ł…ِنْهُ Ų±ِيحًŲ§ Ų·َيِّŲØَŲ©ً، وَنَافِŲ®ُ Ų§Ł„Łƒِيرِ: Ų„ِŁ…َّŲ§ Ų£َنْ يُŲ­ْŲ±ِŁ‚َ Ų«ِيَŲ§ŲØَكَ، وَŲ„ِŁ…َّŲ§ Ų£َنْ ŲŖَŲ¬ِŲÆَ Ų±ِيحًŲ§ Ų®َŲØِيثَŲ©ً.

“Sesungguhnya, perbandingan orang yang bersama orang yang soleh (beragama dan berakhlak) dan bersama orang yang jahat, laksana mendekati pembawa bauan harum (kasturi) dan tukang besi. Jika bersama pembawa bauan harum, nescaya disapu bauannya yang harum kepadamu atau kamu membelinya atau kamu dapat mencium baunya yang harum. Adapun tukang besi, sama ada terkena percikan bara apinya yang membakar pakaianmu atau mencium bau yang busuk.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Zaba’ih wa al-Said, no. 2101 dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no. 2628, daripada Abu Musa al-Asy‘ari]

Umno sepatutnya melakukan muhasabah dan kembali ke pangkal jalan apabila tersalah.

Ada kalangan pemimpin Umno dan ahlinya yang keluar daripada rumah kerana tidak tahan dengan angin yang masuk melalui celah lantai rumah yang renggang dan dari bawah rumah.

Akibatnya tidak boleh dibiarkan merebak kerana kuasa politik umat Islam sudah semakin melemah, apabila Umno memberi kuasa kepada banyak parti kecil bagi menubuhkan kerajaan campuran. Keadaan ini meminggirkan Islam dan politik orang Melayu sebagai kaum asal yang mendominasi penduduk.

Apabila orang Melayu bersuara membangkitkan haknya, mereka dianggap rasis (bersifat perkauman). Adapun apa yang dilakukan oleh pihak lain pula, dianggap sebagai kebebasan bersuara.

Allah mewajibkan umat Islam bersatu dengan berpegang kepada agama bagi meninggikan Islam, bukan semata-mata untuk bertakhta dan berharta. Umat Islam diharamkan berpecah belah disebabkan urusan keduniaan yang melemahkan mereka. Firman Allah SWT:

يَŁ€ٰٓŲ£َيُّهَŲ§ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُوٓŲ§ْ Ų„ِŲ°َŲ§ Ł„َŁ‚ِيتُŁ…ۡ فِŲ¦َŲ©ٗ فَٱثۡŲØُŲŖُواْ وَٱذۡكُŲ±ُواْ ٱللَّهَ كَŲ«ِيرٗŲ§ Ł„َّŲ¹َŁ„َّكُŁ…ۡ ŲŖُفۡŁ„ِŲ­ُŁˆŁ†َ ٤ل وَŲ£َŲ·ِيعُواْ ٱللَّهَ وَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َهُŪ„ وَŁ„َŲ§ ŲŖَنَٰŲ²َŲ¹ُواْ فَŲŖَفۡŲ“َŁ„ُواْ وَŲŖَŲ°ۡهَŲØَ Ų±ِيحُكُŁ…ۡۖ وَٱصۡŲØِŲ±ُوٓŲ§ْۚ Ų„ِنَّ ٱللَّهَ Ł…َŲ¹َ Ł…َŲ¹َ ٱلصَّŁ€ٰŲØِŲ±ِŁŠŁ†َ ٤٦

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung! (45) Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah! Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)” [Surah al-Anfal: 45-46]

Allah melarang mendapatkan kemenangan bersama musuh Islam dan umatnya. Firman Allah SWT:

يَŁ€ٰٓŲ£َيُّهَŲ§ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُواْ Ł„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲ®ِŲ°ُواْ ŲØِŲ·َانَŲ©ٗ Ł…ِّن ŲÆُŁˆŁ†ِكُŁ…ۡ Ł„َŲ§ يَŲ£ۡŁ„ُŁˆŁ†َكُŁ…ۡ Ų®َŲØَŲ§Ł„ٗŲ§ وَŲÆُّواْ Ł…َŲ§ Ų¹َنِŲŖُّŁ…ۡ Ł‚َŲÆۡ ŲØَŲÆَŲŖِ ٱلۡŲØَŲŗۡŲ¶َŲ§ٓŲ”ُ Ł…ِنۡ Ų£َفۡوَٰهِهِŁ…ۡ وَŁ…َŲ§ ŲŖُŲ®ۡفِي ŲµُŲÆُورُهُŁ…ۡ Ų£َكۡŲØَŲ±ُۚ Ł‚َŲÆۡ ŲØَيَّنَّŲ§ Ł„َكُŁ…ُ ٱلۡŲ£ٓيَٰŲŖِۖ Ų„ِن كُنتُŁ…ۡ ŲŖَŲ¹ۡŁ‚ِŁ„ُŁˆŁ†َ ٔٔ٨ هَŁ€ٰٓŲ£َنتُŁ…ْ Ų£ُوْŁ„َŲ§ٓŲ”ِ ŲŖُŲ­ِŲØُّŁˆŁ†َهُŁ…ۡ وَŁ„َŲ§ يُŲ­ِŲØُّŁˆŁ†َكُŁ…ۡ وَŲŖُŲ¤ۡŁ…ِنُŁˆŁ†َ ŲØِٱلۡكِŲŖَٰŲØِ كُŁ„ِّهِŪ¦ وَŲ„ِŲ°َŲ§ Ł„َŁ‚ُوكُŁ…ۡ Ł‚َŲ§Ł„ُوٓŲ§ْ Ų”َŲ§Ł…َنَّŲ§ وَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų®َŁ„َوۡŲ§ْ Ų¹َŲ¶ُّواْ Ų¹َŁ„َيۡكُŁ…ُ ٱلۡŲ£َنَŲ§Ł…ِŁ„َ Ł…ِنَ ٱلۡŲŗَيۡŲøِۚ Ł‚ُŁ„ۡ Ł…ُوتُواْ ŲØِŲŗَيۡŲøِكُŁ…ۡۗ Ų„ِنَّ ٱللَّهَ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ُۢ ŲØِŲ°َŲ§ŲŖِ ٱلصُّŲÆُورِ ٔٔ٩ Ų„ِن ŲŖَŁ…ۡŲ³َŲ³ۡكُŁ…ۡ Ų­َŲ³َنَŲ©ٞ ŲŖَŲ³ُŲ¤ۡهُŁ…ۡ وَŲ„ِن ŲŖُŲµِŲØۡكُŁ…ۡ Ų³َيِّŲ¦َŲ©ٞ يَفۡŲ±َŲ­ُواْ ŲØِهَŲ§ۖ وَŲ„ِن ŲŖَŲµۡŲØِŲ±ُواْ وَŲŖَŲŖَّŁ‚ُواْ Ł„َŲ§ يَŲ¶ُŲ±ُّكُŁ…ۡ كَيۡŲÆُهُŁ…ۡ Ų“َيۡ‍ًٔŲ§ۗ Ų„ِنَّ ٱللَّهَ ŲØِŁ…َŲ§ يَŲ¹ۡŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ Ł…ُŲ­ِيطٞ ٔ٢٠

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (118) Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata, ‘Kami beriman’, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka), ‘Matilah kamu kerana kemarahanmu itu.’ Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati. (119) Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)” [Surah Ali ‘Imran: 118-120]

Ada kalangan yang menunjukkan ketidaksetiaan terhadap agama, bangsa dan negara secara terbuka dan halus, sehingga mengundang pengaruh penjajahan politik, ekonomi dan sosial tanpa hala tuju untuk memperkasakan kedaulatan negara dan umat. Keadaan ini menyebabkan negara mudah dicatur oleh kuasa asing yang bersaing, dan ditembusi serangan pemikiran yang meruntuhkan akhlak lalu tunduk kepada nafsu kebendaan yang diberhalakan.

Firman Allah SWT:

وَŲ„ِŲ°َŲ§ٓ Ų£َŲ±َŲÆۡنَŲ§ٓ Ų£َن نُّهۡŁ„ِكَ Ł‚َŲ±ۡيَŲ©ً Ų£َŁ…َŲ±ۡنَŲ§ Ł…ُŲŖۡŲ±َفِŁŠŁ‡َŲ§ فَفَŲ³َŁ‚ُواْ فِŁŠŁ‡َŲ§ فَŲ­َŁ‚َّ Ų¹َŁ„َيۡهَŲ§ ٱلۡŁ‚َوۡŁ„ُ فَŲÆَŁ…َّŲ±ۡنَٰهَŲ§ ŲŖَŲÆۡŁ…ِيرٗŲ§ ٔ٦

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah selayaknya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” [Surah al-Isra’: 16]

Berlakunya kelemahan apabila berpijak di atas lantai yang tidak kuat khususnya apabila meninggalkan al-din, yang menjadikannya tidak istiqamah.

Kini, Umno berpijak di atas lantai yang bergoyang dan ditembusi angin setelah melemahkan dasar Islam dan Melayunya, laksana rumah melayu yang dicabut paku lantainya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Zulqa‘dah 1447 / 7 Mei 2026
[Bil: 32 / 2026] 

Persinggahan Kapal Perang AS: Kesal Jawapan MENHAN, Mohon Ketegasan Malaysia

Oleh: Syahir Sulaiman

Merujuk kenyataan Menteri Pertahanan bahawa dua kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang berlabuh di Pulau Pinang telah mematuhi prosedur yang ditetapkan di Malaysia.

Menurut beliau, semua kapal tentera laut di seluruh dunia lazimnya singgah di pelabuhan bagi tujuan logistik sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Terdahulu pada 16 Mac, Setiausaha Agung PN telah menggesa kerajaan memberikan penjelasan berhubung laporan kehadiran aset tentera laut Amerika Syarikat di perairan negara yang didakwa boleh menimbulkan persepsi bercanggah dengan dasar berkecuali Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran dua kapal perang tersebut, yang dilaporkan dikaitkan dengan tugasan di Selat Hormuz, menimbulkan persoalan sama ada Malaysia berperanan sebagai pemudah cara atau terlibat secara tidak langsung dalam operasi ketenteraan yang berkait dengan konflik luar.

Penjelasan MENHAN bahawa persinggahan kapal perang ini telah mematuhi “prosedur yang ditetapkan” (New Straits Times, 17 Mac) adalah tidak memadai dan amat dikesali.

Kita sedia maklum bahawa sejak 28 Februari, AS terlibat dalam tindakan ketenteraan terhadap Iran yang dipersoalkan dari sudut kesahihan serta kepatuhan kepada undang-undang antarabangsa.

Tindakan Malaysia membenarkan kapal tentera AS berlabuh bagi tujuan logistik, difahamkan tiba pada 14 Mac dan meninggalkan pelabuhan pada 16 Mac (menurut Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang), memberi gambaran bahawa Malaysia secara tidak langsung terlibat dalam ‘memfasilitasi’ keperluan operasi sebuah negara yang terlibat dalam kancah peperangan yang sedang berlangsung.

Perkara ini wajar diberi perhatian serius kerana berpotensi menjejaskan kredibiliti Malaysia dalam konflik Asia Barat yang semakin memuncak.

Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia diseru untuk:

1) Menggantung serta-merta kebenaran berlabuh bagi kapal tentera dari negara yang terlibat dalam peperangan serta pelanggaran aktif undang-undang antarabangsa;

2) Menyemak semula dengan segera semua dasar dan prosedur (SOP) berkaitan akses pelabuhan kepada tentera asing, selaras dengan prinsip berkecuali Malaysia; dan

3) Menuntut ketegasan yang tidak berbelah bahagi di pihak MINDEF, Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia dalam menangani konflik di Asia Barat yang menjejaskan prospek keamanan global dan keselamatan serantau.

Syahir Sulaiman
Ahli Parlimen Bachok
18 Mac 2026



PAS Kutuk Kezaliman Amerika dan Israel atas Pembunuhan Ayatollah Ali Khamenei

Kenyataan Media Presiden PAS

PAS MENGUTUK KEZALIMAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL ATAS PEMBUNUHAN AYATOLLAH ALI KHAMENEI

Firman Allah:

﴿Ł…ِّنَ ٱلۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِنِŁŠŁ†َ Ų±ِŲ¬َŲ§Ł„ٞ ŲµَŲÆَŁ‚ُواْ Ł…َŲ§ Ų¹َٰهَŲÆُواْ ٱللَّهَ Ų¹َŁ„َيۡهِۖ فَŁ…ِنۡهُŁ… Ł…َّن Ł‚َŲ¶َىٰ نَŲ­ۡŲØَهُŪ„ وَŁ…ِنۡهُŁ… Ł…َّن يَنتَŲøِŲ±ُۖ وَŁ…َŲ§ ŲØَŲÆَّŁ„ُواْ ŲŖَŲØۡŲÆِŁŠŁ„ٗŲ§ ٢٣﴾

“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa-apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.” [Surah al-Ahzab: 23]

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan Amerika Syarikat dan Israel yang telah mengorbankan nyawa Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Iran.

Serangan ganas ini menyasarkan lokasi strategik Iran termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara, yang jelas melanggar norma keadilan sejagat, mengancam keselamatan, kestabilan dan kedaulatannya.

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Ayatollah Ali Khamenei atas tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran Syahid di sisi Allah. 

Seluruh dunia perlu bersatu mengutuk Amerika Syarikat dan Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di rantau Timur Tengah. 

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

Bertarikh: 11 Ramadan 1447 / 1 Mac 2026

———————

PAS President’s Media Statement

PAS CONDEMNS THE AGGRESSION OF THE UNITED STATES AND ISRAEL OVER THE ASSASSINATION OF AYATOLLAH ALI KHAMENEI

Allah says in the Quran:

﴿Ł…ِّنَ ٱلۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِنِŁŠŁ†َ Ų±ِŲ¬َŲ§Ł„ٞ ŲµَŲÆَŁ‚ُواْ Ł…َŲ§ Ų¹َٰهَŲÆُواْ ٱللَّهَ Ų¹َŁ„َيۡهِۖ فَŁ…ِنۡهُŁ… Ł…َّن Ł‚َŲ¶َىٰ نَŲ­ۡŲØَهُŪ„ وَŁ…ِنۡهُŁ… Ł…َّن يَنتَŲøِŲ±ُۖ وَŁ…َŲ§ ŲØَŲÆَّŁ„ُواْ ŲŖَŲØۡŲÆِŁŠŁ„ٗŲ§ ٢٣﴾

“Among the believers are men who have proven true to what they pledged to Allah. Some of them have fulfilled their pledge (with their lives), others are waiting (their turn). They have never changed (their commitment) in the least.”
[Surah al-Ahzab: 23]

The Malaysian Islamic Party (PAS) condemns the attacks by the United States and Israel that have claimed the life of Ayatollah Ali Khamenei, the Supreme Leader of Iran.

This brutal attack targeted strategic locations in Iran, including sites associated with the nation’s highest leadership, clearly violating the norms of universal justice and threatening the country’s security, stability, and sovereignty.

PAS extends its deepest condolences to the family of Ayatollah Ali Khamenei over this tragedy. May Allah bestow His mercy upon him and grant those who have lost their lived the reward of martyrdom.

The whole international community must unite in unequivocally condemning this cowardly act by the United States and Israel, who are not only the masterminds behind this attack but are also committing war crimes in the Middle East.

ABDUL HADI AWANG
President of PAS

Dated: 11 Ramadan 1447 / 1st March 2026

Albert Tei dan Jihad Menentang Rasuah: PAS Wilayah Persekutuan Bersuara Tegas

PUTRAJAYA, 9 Nov — Gerakan menentang rasuah di Malaysia nampaknya mula menemukan wajah baharu — seorang rakyat biasa bernama Albert Tei, yang keberaniannya mendedahkan skandal rasuah terbesar dalam sejarah Sabah kini mencetuskan gelombang solidariti lintas kaum dan parti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PAS Wilayah Persekutuan tampil menyatakan sokongan penuh terhadap Tei serta menyokong penganjuran Perhimpunan “Tangkap Jerung” yang dijadual berlangsung Jumaat, 14 November di hadapan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut PAS Wilayah, keberanian Albert Tei menentang arus dan berhadapan risiko keselamatan diri demi kebenaran merupakan “tanda integriti dan moral tinggi” yang wajar dijadikan teladan — bukan sahaja oleh rakyat biasa, tetapi juga pemimpin dan penjawat awam.

“Keberanian beliau adalah lambang tanggungjawab moral dan kemanusiaan yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” kata kenyataan itu.

Rasuah Musuh Negara, Bukan Isu Politik

PAS Wilayah turut mengingatkan bahawa rasuah bukan isu politik semata-mata, tetapi dosa besar yang menghancurkan keadilan dan maruah negara.

Kenyataan itu memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188 serta hadis Rasulullah SAW yang menyebut:

“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

Bagi PAS Wilayah, tiada ruang untuk kompromi. “Pelaku rasuah, sama ada pemberi, penerima, atau mereka yang melindungi pesalah, semuanya bersalah dan mesti diadili,” tegas mereka.

Ibrah dari Sirah dan Sejarah Islam

Kenyataan itu turut menarik perhatian kepada sikap Rasulullah SAW terhadap amalan penyalahgunaan kuasa. Ketika seorang pegawai zakat menerima hadiah atas kedudukannya, baginda menegur keras dan mengingatkan bahawa hadiah seperti itu adalah bentuk penyalahgunaan amanah.

PAS menegaskan prinsip itu kekal relevan hingga hari ini — sebagai asas kepada sistem pentadbiran bersih dan bebas rasuah.

Pandangan Ulama: Rasuah Meruntuhkan Tamadun

Kenyataan itu turut mengutip pandangan Imam al-Ghazali dan Ibn Khaldun yang menegaskan bahawa runtuhnya masyarakat dan kerajaan bermula apabila pemimpin memperdagangkan hukum dan amanah demi kepentingan diri.

“Apabila kuasa dan hukum dijadikan komoditi, kejatuhan sesebuah tamadun hanyalah soal masa,” kata PAS Wilayah, mengingatkan bahawa Malaysia juga tidak kebal daripada keruntuhan moral dan institusi jika rasuah terus dibiarkan.

Seruan Kepada SPRM dan Rakyat

Menutup kenyataan itu, PAS Wilayah menyeru seluruh rakyat Malaysia — khususnya warga Sabah di Semenanjung — untuk turun ke perhimpunan aman “Tangkap Jerung” bagi menunjukkan solidariti terhadap perjuangan menegakkan keadilan.

Parti itu juga mendesak agar SPRM dan kerajaan tidak mengamalkan siasatan dua darjat, dan memastikan semua yang terlibat, termasuk “VVIP”, dihadapkan ke muka pengadilan tanpa pilih kasih.

PAS menegaskan bahawa memerangi rasuah adalah jihad besar zaman moden, berpaksikan firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 58:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.”

Analisis: PAS Letak Garis Jelas Antara Politik dan Prinsip

Langkah PAS Wilayah memperlihatkan usaha menyusun semula naratif anti-rasuah dari sudut moral dan agama, bukan sekadar politik kepartian. Dalam konteks politik semasa — ketika pelbagai pendedahan skandal melibatkan tokoh berprofil tinggi — pendekatan seperti ini mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap suara Islam dalam isu keadilan dan integriti.

Perhimpunan “Tangkap Jerung” mungkin dilihat kecil dari segi bilangan, namun impaknya boleh besar — menandakan gelombang baru kesedaran rakyat bahawa perjuangan melawan rasuah tidak mengenal warna parti.

-1Media.my

PAS Selangor Dakwa Reformasi Hanya Sandiwara, Rakyat Terus Tertekan Dengan SST Baharu


SHAH ALAM, 17 Jun – PAS Selangor menyelar keras kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam menunaikan janji-janji reformasi yang dicanangkan sebelum memegang tampuk pemerintahan. Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, YB Shafie Ngah, menyifatkan tindakan kerajaan Madani hari ini sebagai pengkhianatan terhadap semangat reformasi yang pernah diperjuangkan oleh Anwar dan gabungan partinya.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata alasan kononnya reformasi memerlukan masa dan kerjasama politik tidak lagi relevan memandangkan kerajaan kini sudah lebih dua tahun mentadbir negara.

“Tempoh dua tahun itu sepatutnya sudah mencukupi untuk rakyat melihat hasil sebenar reformasi. Namun apa yang berlaku adalah pengulangan kezaliman lalu dalam bentuk dan wajah yang baru,” katanya.

Shafie turut mengkritik pelantikan diri Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan serta pelantikan anaknya sebagai penasihat kanan, sambil menyifatkannya sebagai amalan nepotisme yang terang-terangan bercanggah dengan prinsip reformasi.

Kritikan itu muncul ketika kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan cukai perkhidmatan (SST) 8% terhadap pelbagai perkhidmatan, termasuk langganan digital, makanan dan minuman di restoran, serta servis penyelenggaraan – yang dianggap oleh banyak pihak sebagai satu lagi beban terhadap rakyat.

Menurut Shafie, “Reformasi ekonomi hari ini bukannya untuk meringankan beban rakyat, tetapi lebih kepada menyiksa rakyat demi mengukuhkan pentadbiran.”

Beliau turut mempersoalkan keikhlasan kerajaan dalam menangani isu rasuah, merujuk kepada pelantikan individu yang sedang berdepan puluhan pertuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri serta keputusan mahkamah untuk membebaskan tokoh tersebut tanpa melepaskannya sepenuhnya (DNAA).

PAS Selangor menyeru kerajaan untuk berhenti beralasan dan segera memperlihatkan kesungguhan sebenar dalam mentadbir negara secara adil dan telus, sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat semasa pilihan raya lalu.

“Kerajaan Madani tidak boleh terus menunggang slogan reformasi hanya untuk mengekalkan kuasa,” tegas Shafie.

Pengumuman SST baharu yang kini semakin dipertikai oleh masyarakat umum turut menjadi antara bukti, menurut PAS Selangor, bahawa reformasi yang dijanjikan kini hanyalah slogan retorik – sementara rakyat terus menanggung akibat dasar ekonomi yang pincang. - 1Media.my


Rakyat Jadi Mangsa Ekonomi Madani

Rakyat Mangsa Ekonomi Madani

Perbelanjaan isi rumah akan meningkat dengan lebih mendadak berbanding 2023 dengan unjuran peningkatan 5% kepada RM904.6 bilion.

Jumlah perbelanjaan ini bakal berlaku pada kadar pertumbuhan yang sama seperti tahun 2015 hingga 2019 menurut kajian BMI.

Namun jika dibandingkan dengan tahun tersebut, harga barang jauh lebih rendah. Subsidi masih boleh dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. 

Berbeza dengan harga barang, kenaikan cukai, penarikan subsidi, harga bahan api dan inflasi yang berlaku hari ini.

Dasar dan polisi kerajaan hari ini ingin mengalih pendapatan tinggi yang dimiliki sebahagian rakyat kepada bayaran terpaksa kepada kerajaan melalui cukai yang tinggi dan penafian subsidi.

Maka, corak perbelanjaan golongan ini yang telah banyak menyumbang kepada kerancakan ekonomi pasca Covid-19 akan turut terkesan.

Apa yang mampu dikawal dan diubah oleh kerajaan tidak berlaku sebaiknya. Dasar ekonomi yang dijalankan hari ini bertumpu kepada imej negara seperti penghapusan hutang dan pungutan hasil negara.

Rakyat tetap semakin miskin kerana dasar yang mengecilkan kuasa berbelanja dan tidak seimbang antara memajukan ekonomi negara dengan ekonomi rakyat.

Walaupun perbelanjaan meningkat, kos sebenar tidak mampu ditampung oleh kebanyakan rakyat dan pendapatan mereka masih terjejas.

Sekian

Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS Selangor

Sumber | Facebook


PADU sebenarnya bernilai puluhan juta!

Pertama, mengapa tahun lepas Rafizi mendakwa PADU menjimatkan kos dan tiada kos tahunan namun hari ini kos PADU bernilai RM85.27 juta bagi tempoh tiga tahun pelaksanaan 2023-2025?

Mungkin hanya Rafizi yakin PADU ini akan melonjak kekaguman rakyat kepada kerajaan namun sebaliknya yang berlaku, sehingga Sarawak juga menahan rakyatnya daripada mendaftar PADU.

Kedua, adakah penyasaran subsidi RON95 yang bakal diumumkan secara mengejut akan menggunakan sepenuhnya data PADU?

Ini kerana sebelum ini PADU dikatakan akan membantu kerajaan menyasarkan bantuan dengan lebih berkesan.

Namun selepas pengumuman kenaikan harga diesel, mengapa individu yang memerlukan masih perlu mendaftar BUDI untuk mendapat kelayakan menerima bantuan subsidi diesel?

Jika Rafizi mendakwa data di LHDN, KWSP dan JKM diserap masuk ke dalam PADU, kenapa data BRIM atau STR tidak dibuat serupa agar tidak ada rakyat yang terjejas?

Ketiga, Rafizi mendakwa PADU akan gagal jika jumlah pendaftaran sangat sedikit. 

Berapa jumlah data yang mencukupi untuk beliau membuat formula baru supaya PADU bukan suatu projek bazir? Bagaimana Rafizi mahu menggunakan PADU dengan lebih efisyen? 

Jelaskan dengan jujur kerana rakyat tidak mahu lagi dibahalolkan dan dibodohkan apabila ditanya tentang formula beliau mengurus ekonomi negara.

Rafizi perlu ambil serius kesan yang sedang dirasai rakyat ketika ini dengan kenaikan diesel dan pengurusan subsidi bersasar yang masih caca marba.

Kerajaan dilihat sangat tidak berhati perut jika penarikan subsidi RON95 dilakukan secara mengejut tanpa mengambil kira nasib rakyat yang akan menerima tempias terbesar.

Kekeliruan dan kekalutan yang berlaku hari ini membuktikan PADU masih belum cukup padu untuk digunakan kerajaan sebagai medium penyampaian bantuan kepada rakyat. 

Kerajaan gagal berterus terang kepada rakyat dan kenyataan mengenai PADU sering bercanggah sejak awal pengumuman. 

Apa yang pasti, PADU dibuat dengan tergesa-gesa, rakyat digesa mendaftar, harga diesel naik tergesa-gesa. 

Adakah kerajaan juga sudah tergesa-gesa mahu dijatuhkan oleh rakyat?

Rakyat juga tidak sabar.

Zurk Ahmad 
Ketua Penerangan PAS Selangor


Selat Klang: Keputusan Pengecut Yang Kalah Sebelum Bertanding

Hanya orang pengecut yang sanggup menunggang perlembagaan dan undang-undang untuk kepentingan sendiri.

Ahli Dewan Negeri Selat Klang, YB Abdul Rashid Asari jelas telah terhenti keahlian sebagai ahli Bersatu apabila beliau gagal membuat akuan menyokong Parti Bersatu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Speaker DUN Selangor, YB Lau Weng San dalam sidang DUN Selangor pada 4 Julai 2024. Boleh rujuk hansard serta rakaman.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara LXVA(1)(a) pula menegaskan bahawa seseorang Ahli Dewan Negeri hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu.

Malangnya perlembagaan dan undang-undang ini telah diketepikan oleh Speaker Dewan apabila memutuskan kerusi DUN Selat Klang tidak perlu dikosongkan seterusnya menghentikan sidang DUN 7 hari lebih awal.

Adakah ini reformasi yang ingin dibawa? Bila hendak tangguh, baru buat keputusan. Keputusan pula dibuat tanpa mengikut perlembagaan dan undang-undang.

Kenapa Kerajaan Negeri Selangor takut untuk habiskan sidang? Kenapa takut untuk mengosongkan kerusi Selat Klang? Jika Perikatan Nasional tetap menang sekalipun, kerajaan PH Selangor masih kekal menjadi kerajaan.

Adakah gelombang rakyat meresahkan kalian?

Saya tumpang malu melihat kerajaan yang pengecut begini. Di mana semangat kalian sewaktu menyokong Akta Lompat Parti? Adakah kerana ia tidak menguntungkan kalian, maka akta ini boleh ditolak ke tepi?

Kalau betul hendak menghormati pilihan rakyat, kosongkan kerusi dan buat pilihan raya sekali lagi. Berhenti gunakan kuasa untuk menghalang demokrasi. Serahkan semula hak kepada rakyat.

Sekian

Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS Selangor

17 Julai 2024

https://www.facebook.com/share/p/GJ8r51oLBxrafMAP/?mibextid=qi2Omg
© all rights reserved
made with by templateszoo