NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam & Tanah Melayu seperti tidak boleh berpisah lagi.



Catatan sejarawan menyebut Islam sampai di sini seawal 29H/651M. Ia berdasarkan penemuan batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar, Kedah. Seakan2 terlalu awal kerana ia sezaman dengan Khalifah Uthman b. Affan. Lalu mereka menyimpulkan mungkin 290H/920M. Ia disusuli dengan penemuan kepingan Dinar Emas bertarikh  577H/1181M di Kelantan dan Batu Bersurat bertarikh 702H/1303M di Terengganu. Bukan itu sahaja, Kanun Melaka, Majallat Ahkam di Johor, Itqanul Muluk bi Ta'dil as-Suluk di Terengganu & banyak lagi membuktikan bahawa Islam begitu utuh di Tanah Melayu.

Pada abad ke 16 pula, Kerajaan Uthmaniyyah Turki menghantar kepakaran meriam mereka kepada Aceh untuk menentang penjajah Portugis. Lihatlah bendera Turki & bandingkan pula dengan bendera Aceh, Johor, Melaka, Selangor, Terengganu & Kelantan. Sudah pasti ia bukan satu kebetulan.

Sejarah yang panjang. Ringkasnya Islamlah kunci keamanan Tanah Melayu dari seawal abad ke 9 sehingga ke hari ini. 1,000 tahun lamanya. Kuncinya tidak lain ialah Islam yang berjaya dikekalkan sehingga ke hari ini. Sekali sekala berlakulah huru hara dan pergolakan apabila datangnya penceroboh & juga penjajah. Perjanjian Pangkor 1874 lah antara tarikh utama yang perlu diberikan perhatian. Kesannya meninggalkan luka yang dalam, kudis & nanah yang berpanjangan sehinggalah ke hari ini. 


Kini ICERD pula. Dengan slogan keadilan untuk semua bangsa & kaum serta pelbagai lagi. Hilang terus jati diri umat Islam apabila melihat di sana ada keadilan selain Islam. Yakinlah hanya Islam sahaja yang mampu membawa keamanan, keadilan, kesejahteraan & rahmat buat sekalian alam. Bumi Tanah Melayu ini sebagai buktinya. 

Jom BANTAH ICERD hari ini di DATARAN MERDEKA

#IslamMemimpin
( Hide )
  1. Menghalang diskriminasi antara kaum adalah tuntutan Islam. . Kalau kita masih tak bersedia utk mematuhi kehendak Allah. .Beristighfarlah sungguh2 kpd Allah. Buatlah persiapan supaya satu hari nanti kita betul2 boleh melaksanakan perintah Allah tersebut. Sama ada melalui ICERD atau pun tidak.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo