NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Indahnya Islam

Pagi itu suasana Masjid Rusila tenang di dalam, sibuk di luar dengan pasar pagi. Cahaya matahari Duha masuk perlahan, seolah-olah turut mahu mendengar apa yang ingin disampaikan.

Ayah Cik mulakan kuliah, persis seorang ayah yang mahu anak-anaknya faham.

“Dulu pernah kita berdialog dengan pemimpin DAP, bincang tentang hukum Islam, tentang hudud.”

Ada seorang wakil mereka bangun bertanya, dia seorang Kristian. Dia kata, “Kami orang Kristian anggap Tuhan itu ayah, tak munasabah seorang ayah sanggup potong tangan anaknya sendiri.”

Kemudian Ayah Cik jawab sambil senyum menampakkan barisan gigi yang putih.

“Dalam Islam kita tak anggap Tuhan itu ayah. Allah itu lebih tinggi dari itu.”

Kami menanti sambungan cerita:

“Kalau ayah sayang anak, Allah lebih sayang dari itu. Kalau ibu peluk anak dengan penuh kasih, kasih Allah jauh lebih luas.”

Ayah Cik sambung,

“Seorang ayah bila penat, dia tidur. Bila letih, dia rehat. Tapi Allah.”

Ayah Cik baca ayat,

Ł„َŲ§ ŲŖَŲ£ْŲ®ُŲ°ُهُ Ų³ِنَŲ©ٌ وَŁ„َŲ§ نَوْŁ…ٌ

“Dia tidak mengantuk dan tidak tidur.”

Nada suara Ayah Chik santai, tenang saat melontar hujah:

“Jadi bila Allah tetapkan hukum, jangan fikir itu zalim. Itu tanda kasih.”

Ayah Cik bawa satu contoh.

“Kalau ada orang kencing manis, sampai kaki dia busuk, rosak, doktor kata kena potong kaki.”

Orang semua angguk.

“Doktor itu zalim ke?”
“Orang tak kata doktor itu zalim.”
“Tak, doktor itu nak selamatkan nyawa.”

Ayah Cik teruskan,

“Macam tu juga pencuri, mencuri itu penyakit. Bila seorang mencuri, satu kampung tak tidur, satu bandar jadi resah.”

Satu orang buat jenayah, seribu orang tak lena tidur.

“Jadi untuk selamatkan masyarakat, Allah tetapkan hukuman. Itu bukan benci, itu rawatan.”

Ayah Cik terus sambung:

“Jangan salah faham, nak potong tangan pencuri bukan senang.”

Nada suara jadi tegas.

“Ada syarat, ketat. Sangat ketat.”

Ayah Cik sebut satu per satu.

Mesti cukup saksi.
Mesti cukup nilai barang.
Mesti tengok hubungan, anak curi harta ayah, tak dipotong.
Adik-beradik, tak dipotong.
Barang diletak tempat terdedah, juga tak dipotong.

“Banyak syarat, banyak tapisan.”

Ayah Cik pandang jemaah.

“Hudud bukan nak hukum ramai-ramai, hudud nak cegah.”

Kemudian Ayah Cik bagi gambaran yang buat orang tersenyum, untuk mudah faham:

“Kalau pencuri itu hanya masuk penjara. Dalam tu dia makan free, tidur free. Siap jumpa geng pencuri lain.”

Ada yang ketawa kecil.

“Dalam tu mereka buat mesyuarat agung, belajar teknik baru. Bila keluar naik pangkat jadi perompak pula.”

Ayah Cik geleng kepala.

“Yang susah anak isteri di luar. Rumah tangga rosak. Masyarakat lagi parah.”

Jemaah angguk, faham dengan analogi yang diucap:

“Jadi bila Allah turunkan hukum, itu bukan nak bagi orang jadi kudung tangan.”

Ayah Cik angkat jari:

“Kalau seribu pencuri, bukan seribu tangan dipotong.”

“Cukup seorang saja, yang lain akan rasa gerun, jadi takut nak mencuri.”

Itulah maksud cegahan.

نَكَŲ§Ł„ًŲ§ Ł…ِّنَ اللَّهِ
“Satu peringatan daripada Allah.”

Ayah Cik kaitkan juga hukuman dengan kehidupan selepas mati:

“Kalau seseorang itu sudah dihukum di dunia, dia datang kepada Allah nanti dalam keadaan bersih.”

Terlepas dari azab.
Diampunkan dosa.
Jika Allah izinkan.
Masuk syurga terus.

Itulah hikmah hukum Allah, dihukum di dunia akhirat takkan dihukum lagi.

Kita tengok hukum nampak keras, kalau kita faham. Di sebalik itu, ada kasih sayang yang sangat dalam.

Kasih sayang Tuhan yang lebih tahu bagaimana nak jaga manusia daripada manusia itu sendiri.

Alif Mahari 
Indahnya Islam

Pendakwaan Biarlah Dilihat Adil

1. Pernah suatu ketika Saidina Umar bergaduh dengan Saidina Ubai bin Ka’ab dalam satu urusan sehingga Umar mencadangkan agar dilantik seorang hakim di antara mereka berdua. Lalu mereka bersetuju untuk melantik Saidina Zaid bin Thabit sebagai hakim.

2. Setibanya di rumah Zaid, Umar menceritakan perihal tersebut. Kata al-Sha’bi:

Ų£َŲŖَيْنَاكَ Ł„ِŲŖَŲ­ْكُŁ…َ ŲØَيْنَنَŲ§، وَفِي ŲØَيْŲŖِهِ يُŲ¤ْŲŖَى Ų§Ł„ْŲ­ُكْŁ…ُ

“Kami datang kepada engkau agar engkau memberikan hukum dalam masalah kami dan dirumahnya biasa diberi pandangan mengenai hukum. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra)

3. Lalu Zaid segera mendudukkan Umar di sisinya. Tindakan ini menyebabkan Umar marah lalu berkata:

هَŲ°َŲ§ Ų£َوَّŁ„ُ Ų¬َوْŲ±ٍ Ų¬َŲ±َى فِي Ų­ُكْŁ…ِكَ، Ų£َŲ¬ْŁ„ِŲ³ْنِي وَŲ®َŲµْŁ…ِي Ł…َŲ¬ْŁ„ِŲ³ًŲ§

“Ini adalah ketidakadilan pertama yang engkau lakukan dalam majlis ini (kerana Zaid memberikan Umar tempat duduk di sisinya, sedang Ubai duduk di tempat lain. Lalu Umar berkata): Sepatutnya engkau meletakkan aku dan lawanku di tempat duduk yang sama (bukan di sisi mu).” (Sunan al-Kubra)

4. Perhatikan di sini bagaimana Umar benar-benar menjaga proses kehakiman itu sehingga tidak mahu dilihat berlaku ketidakadilan dalam proses perundangan tersebut. Umar tidak mahu dia dilihat supaya beliau diberikan keistimewaan berbanding lawannya.

5. Samalah seperti yang berlaku pada hari ini setiap pendakwaan biarlah dilihat adil dan tidak diberikan keistimewaan yang tertentu pada orang yang tertentu sahaja.

6. Malah Saidina Umar dikatakan sangat berhati-hati dalam urusan perkara yang melibatkan keluarganya. Pernah suatu hari beliau turun meninjau di pasar dan mendapati seekor unta yang sihat dan cantik. Lalu Umar bertanya: Milik siapakah unta ini? Orang awam menjawab: Ini adalah unta Abdullah bin Umar (iaitu anak Saidina Umar). 

7. Umar segera memanggil anaknya Abdullah dan meminta agar unta ini segera dijual. Alasannya adalah Umar tidak mahu dilihat anaknya mendapat kelebihan memiliki unta yang sihat dan cantik kerana hubungannya dengan ayahnya sebagai seorang pemimpin negara.  Kisah ini ditulis dalam buku 40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan. Boleh muat turun di sini:


8. Betapa Umar menjaga sesuatu urusan agar ia tidak dilihat berat sebelah dan tidak adil. Ini sangat penting bagi menampakkan proses keadilan itu benar-benar dijaga dan tidak dicemari dengan unsur-unsur yang meragukan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Raya Mengejut Lagi? Fahami dan Ikuti Nas Agar Hati Menjadi Tenang

Fenomena “Raya Mengejut” tahun 2022 nampaknya masih segar dalam ingatan dan kembali menjadi perbualan masyarakat pada tahun 2026 ini. Isu ini mencetuskan keresahan tentang persiapan raya seperti juadah serta perjalanan pulang ke kampung sekiranya 1 Syawal jatuh lebih awal daripada apa yang tertera di kalendar.

Pihak JUPEM pula memberikan penerangan teknikal mengenai ketidaknampakan hilal bagi tahun ini (berdasarkan tarikh cerap pada 19 Mac 2026) dan menjelaskan yang kedudukan hilal tidak memenuhi syarat Imkanur Rukyah (kriteria kebolehnampakan), yang boleh membawa kepada penggenapan Ramadan kepada 30 hari di Malaysia.

Sebagai Muslim yang prihatin, kita perlu sedar bahawa kegusaran ini sebenarnya berakar umbi daripada kekeliruan dalam meletakkan kedudukan hukum antara data astronomi dan ketetapan syarak.

Penentuan awal Ramadan dan Syawal adalah ibadah yang berpasak kepada ketaatan mutlak kepada Allah (swt). Dengan kata lain, ia hendaklah berdasarkan dalil atau diambil daripada dalil semata-mata. Berdasarkan nas, melihat hilal adalah wajib dan puasa atau raya ditentukan semata-mata berdasarkan nampak atau tidaknya hilal. Jika hilal nampak (kelihatan), maka bermulalah 1 Ramadan atau 1 Syawal. Manakala jika hilal tidak nampak, maka Sya’ban atau Ramadan digenapkan kepada 30 hari.

ŲµُŁˆŁ…ُوا Ł„ِŲ±ُŲ¤ْيَŲŖِهِ وَŲ£َفْŲ·ِŲ±ُوا Ł„ِŲ±ُŲ¤ْيَŲŖِهِ فَŲ„ِنْ ŲŗُŲØِّيَ Ų¹َŁ„َيْكُŁ…ْ فَŲ£َكْŁ…ِŁ„ُوا Ų¹ِŲÆَّŲ©َ Ų“َŲ¹ْŲØَانَ Ų«َلاَŲ«ِŁŠŁ†َ

“Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berbukalah (berhari rayalah) kalian kerana melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian terhalang, maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya’ban menjadi 30 hari” [HR al-Bukhari, dari Abu Hurairah]

Justeru, berdasarkan nas, rukyah atau melihat anak bulan adalah satu-satunya autoriti untuk umat Islam memulakan puasa atau rata, yang seharusnya mengatasi hisab mahupun data sains secanggih mana pun.

Malah, dalam prinsip yang lebih luas, rukyah tidak kira di mana-mana belahan dunia sekalipun adalah sah untuk dijadikan hujah bermulanya bulan baharu sekiranya ia sabit mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw). Dengan kata lain, rukyah hendaklah global, bukannya lokal, kerana nas mengenai rukyah adalah bersifat global.

Kedaulatan syarak ini menuntut kita memahami bahawa sains hanyalah pembantu untuk memberi jangkaan awal, atau membantu dalam melakukan hal-hal yang bersifat teknikal, manakala penyaksian hilal dengan mata kasar (atau teleskop dsb) di lapangan, tetap menjadi penentu hukum yang sebenar. Meletakkan kepercayaan bahawa data astronomi adalah “kebenaran mutlak” sehingga menafikan rukyah bermakna kita sedang mendahulukan akal dan kebijaksanaan manusia di atas ketetapan wahyu.

Sebagaimana perintah Rasulullah (saw) agar umat Islam berpuasa dan berbuka (berhari raya) kerana melihat hilal, ketetapan tersebut tidak boleh dinafikan atau ditolak hanya kerana ia tidak selari dengan ramalan data atau kriteria Imkanur Rukyah. Yang harus ditolak ialah hisab dan apa jua kaedah saintifik apabila ternyata bertentangan dengan nas.

Dengan kata lain, jika hilal kelihatan sedangkan berdasarkan data sains ia tidak boleh kelihatan, maka umat Islam wajib puasa/raya. Begitu juga jika hilal tidak kelihatan (kerana mendung, hujan dsb), sedangkan berdasarkan data sains ia boleh kelihatan, maka umat Islam wajib menggenapkan Sya’ban/Ramadan kepada 30 hari. Demikianlah cara kita mengutamakan nas berbanding data sains.

Apabila kita berpegang kepada nas, maka tidak akan timbul istilah “mengejut”, baik untuk puasa mahupun raya. Jika nampak hilal, maka kita puasa/raya. Jika tidak nampak, maka kita genapkan bulan kepada 30 hari. Demikianlah mudahnya dan indahnya Islam, yang tidak perlu dikomplikatedkan dengan pelbagai jangkaan atau kejutan.

Istilah “mengejut” itu sendiri sebenarnya lahir daripada mentaliti yang terlalu bergantung kepada kalendar yang dicetak berdasarkan data sains semata-mata. Sedangkan hukum Islam mengenai puasa dan raya tidak tertakluk kepada cetakan kalendar atau data sains. Ia tertakluk kepada hilal – sama ada nampak atau tidak.

Bagi seorang Muslim yang berpegang kepada Sunnah, 1 Syawal hanya mempunyai dua kemungkinan – sama ada selepas 29 hari atau 30 hari berpuasa. Hal ini dipegang oleh Muslim sejak daripada zaman Rasulullah (saw), tanpa ada apa-apa “kejutan”. Apabila masuk hari ke-29, maka umat Islam keluar melihat hilal. Jika nampak, maka esoknya raya. Jika tidak nampak, maka raya adalah lusanya.

Apabila kita sudah bersedia secara hukum dan juga mental untuk melihat anak bulan pada maghrib ke-29, dan bersedia dengan dua kemungkinan di atas, maka istilah “mengejut” langsung tidak relevan kerana ia adalah sebahagian daripada disiplin ibadah yang kita wajib patuhi dan kita redha dengan jangkaan raya sama ada esok atau lusa. Ini dari satu sudut.

Dari sudut lain, kita perlu mengubah mentaliti daripada sekadar memikirkan tentang urusan logistik – seperti kesukaran memasak rendang atau kesesakan jalan raya – kepada nilai ketaatan yang lebih tinggi kepada Allah (swt).

Oleh itu, janganlah kita tenggelam dalam keresahan tentang tarikh raya, apatah lagi di penghujung Ramadan yang seharusnya dipecut dengan segala ibadah dan kebaikan. Marilah kita didik jiwa untuk berpegang kepada nas, dan menunggu berita global sama ada hilal Syawal telah kelihatan atau tidak, dengan hati yang tenang, kerana itulah manifestasi sebenar ketaatan kita kepada Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw) iaitu dengan mematuhi segala perintah-Nya.

Ingatlah, raya bukan soal ketepatan kalendar atau persetujuan logistik manusia, tetapi ia adalah soal ketaatan sepenuhnya kepada nas agama yang melangkaui segala data dan angka.

Sumber | MyKhalifah.com

Selfie Suami Orang & Isteri Orang: Normalisasi Bahaya yang Menghakis Institusi Keluarga

Oleh: Unit Rencana 1Media

Dalam era media sosial yang serba pantas, amalan merakam gambar bersama — termasuk budaya selfie — semakin dianggap perkara biasa tanpa menilai implikasi syarak dan moral. Namun, apabila selfie melibatkan lelaki dan wanita yang masing-masing telah berumah tangga, isu ini tidak lagi boleh dilihat sebagai perkara remeh atau sekadar “tiada niat apa-apa”.

Dari sudut pandang Islam, perbuatan tersebut perlu dinilai secara menyeluruh kerana ia berpotensi membuka rantaian dosa yang ditegah syariat, khususnya dalam konteks menjaga kehormatan diri dan amanah perkahwinan.

Rantaian Zina yang Diabaikan

Rasulullah SAW telah memperingatkan bahawa zina bukan hanya terbatas kepada perbuatan fizikal semata-mata. Setiap anggota manusia mempunyai bahagiannya daripada zina — termasuk mata yang melihat, hati yang berkeinginan dan langkah yang mendekatkan diri kepada maksiat.

Selfie bukan pandangan sepintas lalu. Ia melibatkan pandangan yang disengajakan, pemilihan sudut, ekspresi dan sering kali disimpan atau dikongsi sebagai kenangan. Dalam konteks ini, ia jelas bertentangan dengan perintah Allah SWT supaya orang beriman menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri, sebagaimana ditegaskan dalam Surah an-Nur.

Zina Hati dan Normalisasi Keakraban

Lebih membimbangkan, selfie antara suami orang dan isteri orang lazimnya berlaku dalam suasana selesa dan tanpa rasa bersalah. Di sinilah berlakunya apa yang digelar ulama sebagai zina hati — iaitu keinginan, rasa selamat dan kebanggaan terhadap sesuatu yang pada asalnya dilarang.

Apabila keakraban ini dinormalisasikan, garis sempadan syarak semakin kabur. Apa yang bermula sebagai “sekadar gambar” berpotensi berkembang kepada hubungan emosi yang melampaui batas, sekali gus meruntuhkan benteng takwa secara perlahan tanpa disedari.

Khalwat Moden dalam Dunia Terbuka

Masyarakat hari ini sering mengaitkan khalwat dengan bilik tertutup atau tempat sunyi. Hakikatnya, khalwat juga boleh berlaku dalam bentuk moden — di pejabat, di majlis rasmi atau di ruang terbuka — apabila wujud keakraban tanpa keperluan syarie.

Rasulullah SAW mengingatkan bahawa apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan akan menjadi pihak ketiga. Amaran ini kekal relevan meskipun konteks zaman berubah, kerana yang dinilai syarak ialah keadaan dan kesannya terhadap hati.

Pengkhianatan Amanah Perkahwinan

Aspek paling serius dalam isu ini ialah pengkhianatan terhadap amanah perkahwinan. Perkahwinan bukan sekadar kontrak fizikal, tetapi perjanjian moral dan spiritual yang menuntut kesetiaan, penjagaan maruah serta penutupan segala pintu yang boleh membawa kepada dosa.

Apabila seorang suami atau isteri membenarkan dirinya berada dalam situasi yang menimbulkan fitnah, kepercayaan pasangan di rumah sebenarnya telah digadai — walaupun zina fizikal belum berlaku.

Mencegah Sebelum Terlanjur

Islam tidak hanya melarang zina, tetapi melarang mendekati zina. Larangan ini menunjukkan pendekatan pencegahan yang tegas dan realistik, selari dengan fitrah manusia yang lemah apabila diuji secara berperingkat.

Dalam hal ini, selfie antara suami orang dan isteri orang bukan isu kecil. Ia adalah tanda awal kepada kelonggaran nilai, penghakisan cemburu yang fitrah, dan pembiasaan terhadap perkara yang ditegah agama.

Kesimpulan

Tidak semua yang belum berzina itu suci. Ada yang sedang melangkah yakin menuju ke arah kehancuran tanpa disedari. Justeru, umat Islam dituntut untuk lebih berwaspada, menutup pintu fitnah sebelum ia terbuka luas, dan meletakkan batas yang jelas demi menjaga keluarga serta keberkatan hidup.

Rumah tangga yang kukuh tidak runtuh secara tiba-tiba. Ia sering bermula dengan perkara yang dianggap kecil — senyuman, gambar, dan rasa “tidak apa” — sebelum akhirnya membawa penyesalan yang besar.


Bagaimanakah Cara Duduk Tahyat Akhir ?

SOALAN :
Ketika tahyat akhir ada orang duduk atas lantai dan ada yang duduk atas kaki dan lain-lain lagi cara duduknya.
Bolihkah jelaskan manakah cara yang betul duduk tahyat akhir dan yang lebih afdhal duduknya dan adakah wajib ditegakkan tapak kakinya?

JAWAPAN :

Duduk Ketika tahyat akhir atau disebut juga taysahud akhir ialah rukun sembahyang dan membaca tahyat akhir juga adalah rukun sembahyang yang tidak sah sembahyang tanpa keduanya manakala cara duduk ketika tahyat akhir itu ialah sunat bukannya wajib.

Ketika duduk tahyat akhir yang afdhal ialah duduk dengan kelakuan duduk tawaruk yaitu punggung di atas lantai dan kaki kiri dikeluarkan dari bawah betis yang kanan.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini :

يُŲ³َنُّ (فِي) التَّŲ“َهُّŲÆِ (Ų§Ł„ْŲ¢Ų®َŲ±ِ) وَŁ…َŲ§ Ł…َŲ¹َهُ (التَّوَŲ±ُّكُ وَهُوَ كَŲ§Ł„ِافْŲŖِŲ±َŲ§Ų“ِ، Ł„َكِنْ يُŲ®ْŲ±ِŲ¬ُ يُŲ³ْŲ±َاهُ Ł…ِنْ Ų¬ِهَŲ©ِ يَŁ…ِŁŠŁ†ِهِ وَيُŁ„ْŲµِŁ‚ُ وَŲ±ِكَهُ ŲØِŲ§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ) Ł„ِŁ„ِŲ§ŲŖِّŲØَŲ§Ų¹ِ كَŁ…َŲ§ Ų£َŲ®ْŲ±َŲ¬َهُ Ų§Ł„ْŲØُŲ®َŲ§Ų±ِيُّ

Artinya : “Disunatkan (pada) tasyahud (akhir) dan barang yang bersamanya itu (duduk tawarruk dan yaitu seperti duduk iftirasy juga tetapi dikeluarkan kakinya yang kiri daripada pihak kanannya dan ditempelkan punggungnya ke atas lantai) kerana mengikut sunnah seperti hadith yang dikeluarkannya olih Imam Bukhari.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Telah diriwayatkan daripada Abu Humaid As-Sa’idi r.a. beliau menceritakan sifat sembahyang Nabi sollallahu alaihi wasallam dengan katanya :

فَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų¬َŁ„َŲ³َ فِي الرَّكْŲ¹َŲŖَيْنِ Ų¬َŁ„َŲ³َ Ų¹َŁ„َى Ų±ِŲ¬ْŁ„ِهِ Ų§Ł„ْيُŲ³ْŲ±َى وَنَŲµَŲØَ Ų§Ł„ْيُŁ…ْنَى وَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų¬َŁ„َŲ³َ فِي الرَّكْŲ¹َŲ©ِ Ų§Ł„ْŲ¢Ų®ِŲ±َŲ©ِ Ł‚َŲÆَّŁ…َ Ų±ِŲ¬ْŁ„َهُ Ų§Ł„ْيُŲ³ْŲ±َى وَنَŲµَŲØَ Ų§Ł„ْŲ£ُŲ®ْŲ±َى وَŁ‚َŲ¹َŲÆَ Ų¹َŁ„َى Ł…َŁ‚ْŲ¹َŲÆَŲŖِهِ

Artinya : “Baginda apabila duduk pada dua rakaat (yakni tahyat awal) baginda duduk atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Dan apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir baginda hulurkan kaki yang kiri dan menegakkan tapak kaki yang kanan. Dan baginda duduk di atas lantai.” (Hadith riwayat Bukhari)"

Akan tetapi ketika seorang itu berada pada tahyat akhir dia duduk dengan duduk iftirasy maka sembahyangnya tidak batal tetapi yang afdhal ia duduk dengan duduk tawaruk.

Ada pun kedudukan kaki itu yaitu sunat tegakkan tapak kakinya yang kanan dan segala jari kaki yang kanan itu dilipatkan hingga jadilah jari-jari kaki yang kanan itu menghala ke kiblat.

Jika tidak dilipatkan tetapi hanya ditegakkan dengan hujung jari kaki atau dihamparkan hingga segala jari kaki mengarah ke belakang maka sembahyangnya tidak batal tetapi dia telah meninggalkan suatu yang afdhal.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Binaan Atas Kubur : Haram Atau Makruh ?

SOALAN :

Setahu saya selama ini haram buat binaan di atas kubur tetapi ada pula saya dengar seorang ustaz mengatakan makruh.

Sebenarnya haram atau makruh buat binaan atas kubur?

Kalau memang haram apakah patut dibiarkan atau diroboh?

JAWAPAN :

Bermula hukum membuat binaan di atas kubur itu ada padanya perincian hukum yakni jika tanah kubur itu milik persendirian maka hukumnya adalah makruh membuat binaan dan jika tanah perkuburan itu tanah wakaf maka haram buat binaan di situ.
tersebut.

Berkata Imam Nawawi :

وَŲ£َŁ…َّŲ§ Ų§Ł„ْŲØِنَŲ§Ų”ُ Ų¹َŁ„َيْهِ فَŲ„ِنْ كَانَ فِي Ł…ِŁ„ْكِ Ų§Ł„ْŲØَانِي فَŁ…َكْŲ±ُŁˆŁ‡ٌ وَŲ„ِنْ كَانَ فِي Ł…َŁ‚ْŲØَŲ±َŲ©ٍ Ł…ُŲ³َŲØَّŁ„َŲ©ٍ فَŲ­َŲ±َŲ§Ł…ٌ نَŲµَّ Ų¹َŁ„َيْهِ الَّؓافِŲ¹ِيُّ وَŲ§Ł„ْŲ£َŲµْŲ­َŲ§ŲØُ Ł‚َŲ§Ł„َ الَّؓافِŲ¹ِيُّ فِي Ų§Ł„ْŲ£ُŁ…ِّ وَŲ±َŲ£َيْŲŖُ Ų§Ł„ْŲ£َŲ¦ِŁ…َّŲ©َ ŲØِŁ…َكَّŲ©َ يَŲ£ْŁ…ُŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِهَŲÆْŁ…ِ Ł…َŲ§ يُŲØْنَى 

Artinya : “Dan adapun binaan atas kubur itu jika tanah itu adalah milik tuannya maka hukumnya adalah makruh dan jika perkuburan itu merupakan tanah yang diwakafkan maka haram buat binaan. Telah menaskan atasnya olih Imam Syafie dan Ashab. Telah berkata olih Imam Syafie dalam kitab Al-Umm : Dan aku telah melihat akan pemerintah-pemerintah di negeri Mekah menyuruh mereka itu supaya diruntuhkan banggunan yang dibina.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Maka jelaslah jika binaan itu dibuat pada tanah kubur yang diwakafkan maka hukumnya adalah haram dan apabila haram ia maka hendaklah diroboh binaan-binaan tersebut.

Berkata Imam Al-Imrani As-Syafie :

ŁˆŲ£Ł…Ų§ البناؔ على القبر: ف؄ن ŲØŁ†ŁŠ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ بيت أو قبة، ف؄ن ŁƒŲ§Ł† Ų°Ł„Łƒ في مقبرة مسبلة لم يجز؛ لأنه ŁŠŲ¶ŁŠŁ‚ على ŲŗŁŠŲ±Ł‡، ŁˆŲ¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁŠŲ­Ł…Ł„ الخبر. قال Ų§Ł„Ų“Ų§ŁŲ¹ŁŠ Ų±َŲ­ِŁ…َهُ اللَّهُ: ورأيت من Ų§Ł„ŁˆŁ„Ų§Ų© من ŁŠŁ‡ŲÆŁ… ŲØŁ…ŁƒŲ© Ł…Ų§ ŲØŁ†ŁŠ بها، ŁˆŁ„Ł… Ų£Ų± من الفقهاؔ من يعيب Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Ų°Ł„Łƒ 

Artinya : “Dan Adapun binaan atas kubur itu jika dibuat di atasnya akan binaan atau kubah maka jika atas tanah yang diwakafkan maka tidak diharuskan kerana ia akan menyempitkan atas orang lain dan atasnyalah ditanggung maksud larangan pada hadith. Berkata Imam Syafie r.a. : Dan aku telah melihat pihak yang berkuasa mereka runtuhkan binaan yang dibuat dengannya dan tiada aku nampak fuqahak yang mencela atasnya akan yang demikian itu.” (Kitab Al-Bayan)

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Apakah Kesan Orang Kafir Berbuat Dosa Besar Sehari Sebelum Peluk Islam ?

ORANG KAFIR BUAT DOSA BESAR SEHARI SEBELUM MEMELUK ISLAM

SOALAN :

Kalau orang bukan Islam berbuat dosa yang dikenakan hukuman hudud seperti minum arak atau berzina sehari sebelum masuk Islam adakah dikenakan hukum hudud setelah dia masuk Islam?

JAWAPAN :

Orang kafir yang memeluk Islam diampunkan segala dosanya yang dia lakukan sebelum Islam samada dosa yang dikenakan hukum hudud atau tidak.

Berkata Imam Nawawi :

مسألة: Ų„ِŲ°Ų§ زنى Ų§Ł„Ų°Ł…ŁŠُّ، Ų«Ł… أسلم، ŁˆŁ‚Ų§Ł…ŲŖ ŲØَيّنة بزناه سقط عنه الحد، فلا يُŲ­ŲÆُّ ŁˆŁ„Ų§ يعزَŲ±، نصَّ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Ų§Ł„Ų“Ų§ŁŲ¹ŁŠ ŲØŁ‚ŁˆŁ„ الله تعالى: {Ł‚ُŁ„ْ Ł„ِŁ„َّŲ°ِŁŠŁ†َ كَفَŲ±ُوا Ų„ِنْ يَنْŲŖَهُوا يُŲŗْفَŲ±ْ Ł„َهُŁ…ْ Ł…َŲ§ Ł‚َŲÆْ Ų³َŁ„َفَ}  ŁˆŁŠŲ³ŲŖŲÆŁ„ أيضًŲ§ ŲØŁ‚ŁˆŁ„Ł‡ - صلى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… -: "ال؄ِŲ³ْلامُ يَهْŲÆِŁ…ُ Ł…Ų§ Ł‚َŲØْŁ„َهُ". Ų±ŁˆŲ§Ł‡ مسلم من رواية Ų¹Ł…Ų±Łˆ بنِ العاص. ŁˆŁ„Ų£Ł†َ نص القرآن ŁŠŲÆŁ„ على Ų³Ł‚ŁˆŲ· الحدِّ عن السارق ŁˆŁ‚Ų§Ų·Ų¹ Ų§Ł„Ų·Ų±ŁŠŁ‚ Ų„ِŲ°Ų§ ŲŖŲ§ŲØŲ§، فعن Ų§Ł„ŁƒŲ§ŁŲ± Ų£ŁˆŁ„Ł‰، ŁˆŁ„Ų£Ł† في Ų„ِيجاب الحد ŲŖŁ†ŁŁŠŲ±ًŲ§ عن Ų§Ł„ِ؄سلام، ŁˆŲØŁ…Ų«Ł„ هذه العلة Ų¹Ł„Ł„ŁˆŲ§ Ų³Ł‚ŁˆŲ· قضاِؔ الصلاة عنه، ŁˆŲ­ŁƒŁ‰ ابن المنذر هذا عن Ł…Ų§Ł„Łƒ -أيضًŲ§- وروايةً عن أبي Ų­Ł†ŁŠŁŲ© Ų±Ų­Ł…Ų© الله تعالى Ų¹Ł„ŁŠŁ‡.

Artinya : “Persoalan : Apabila berzina kafir zhimmi kemudian dia masuk Islam dan ada bukti dia pernah melakukan zina nescaya gugur daripadanya hukum hudud maka tidaklah dia  dihukum samada dengan hukum hudud atau takzir. Telah menaskan atasnya olih Imam Syafie r.a. dengan firman Allah Taala : Katakan kepada orang-orang kafir itu jika mereka berhenti dari kekufuran maka akan diampunkan bagi mereka dosa yang telah lalu.” Dan mengambil dalil juga dengan sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam : Islam itu memadamkan segala dosa sebelumnya. Telah meriwayatkannya olih Imam Muslim dari riwayat ‘Amr bin Al-‘As. Dan dari kerana sungguhnya nas Al-Quran menunjuk atas gugur hudud daripada pencuri dan perampas jalanan apabila bertaubat olih keduanya maka digugurkan dari orang yang kafir itu lebih utama dan kerana sungguhnya mewajibkan hudud itu akan meliarkan dari agama Islam. Dan semumpama sebab inilah para ulamak jadikan sebab akan gugurnya qadha solat daripada orang kafir. Telah menghikayat olih Ibnu Al-Munzir akan ini daripada Imam Malik juga dan satu riwayat dari Abu Hanifah r.a.” (Kitab Fatawa An-Nawawi )

Kesimpulannya orang kafir yang telah memeluk Islam diampunkan segala dosanya dengan Allah Taala termasuk dosa zina yang telah dia lakukan sebelum memeluk Islam yakni tidak dikenakan hukuman di dalam dunia dan tidak juga di akhirat.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Hukum Solat Jenazah di Hadapan Mayat

SOALAN :

Adakah sah solat jenazah berdiri di depan mayat?
Bagaimana pula yang berdiri dibelakang mayat tetapi di depan imam?

JAWAPAN :

Syarat sah solat jenazah yang hadir ialah wajib berdiri orang yang solat itu mengadap kiblat dan di belakang jenazah.

Dan jika dia mengikut imam maka wajib pula berada di belakang imam dan ukuran belakang itu ialah pada tumitnya.

Maka tidak sah solat jenazah berdiri di depan jenazah sebagaimana tidak sah berdiri dibelakang jenazah tetapi di depan imam.

Berkata Imam Nawawi :

ŁˆŲ£Ł…Ų§ من صلى قدام الجنازة أو قدام Ų§Ł„ِŲ„Ł…Ų§Ł… ŁˆŲ„Ł† لم ŁŠŲŖŁ‚ŲÆŁ… على الجنازة فصلاته باطلة "هذا Ł‡Łˆ Ų§Ł„ŲµŲ­ŁŠŲ­" في مذهب Ų§Ł„Ų“Ų§ŁŲ¹ŁŠ ŁˆŲØŁ‡ قال Ų¬Ł…Ų§Ł‡ŁŠŲ± أصحابه

Artinya : “Dan adapun orang yang solat di hadapan jenazah atau dihadapan imam sekalipun tidak di hadapan jenazah maka solatnya itu tidak sah. Inilah dia pendapat yang sahih pada mazhab Syafie dan dengan pendapat inilah berkata olih majoriti Ashabnya.” (Kitab Fatawa Nawawi)

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Hukum Talak 3 Sebelum Dukhul

SOALAN :

Jika suami yang belum bersetubuh dengan isterinya bercerai dengan talak tiga apakah boleh bernikah semula?

JAWAPAN :

Perceraian talak satu atau talak dua selepas nikah dan sebelum bersetubuh disebut sebagai talak bain sughra yakni isetri tidak mempunyai eddah dan suami tidak bolih merujuk semula isterinya sekalipun dalam eddah tetapi bolih berbaik semula dengan melakukan akad nikah yang baru.

Tetapi jika talak tiga maka tidak boleh lagi berbaik semula samada dengan rujuk mahu pun nikah melainkan isterinya itu bernikah dengan suami yang baru kemudian bercerai dengannya.

Pernah ditanya akan Imam Nawawi tentang cerai talak tiga sebelum jimak lalu Imam Nawawi berkata :

.لا ŲŖŲ­Ł„ له حتى ŲŖŁ†ŁƒŲ­ زوجًŲ§ غيرَه، ŁˆŁŠŲ·Ų£Ł‡Ų§ في القبل، ŁˆŁŠŁŲ§Ų±Ł‚Ł‡Ų§ بطلاق أو غيرِه، ŁˆŲŖŁ†Ł‚Ų¶ŁŠ عدتها

Artinya : “Tiada halal isterinya itu bagi suaminya sehinggalah isterinya itu berkahwin dengan suami yang lain dan bersetubuh dengannya dan menceraikannya dengan talak atau lainnya dan selesai eddah isterinya itu.” (Kitab Fatwa Nawawi)

Kesimpulannya jika seorang suami menceraikan isterinya dengan talak tiga sebelum bersetubuh maka tidak sah lagi mereka berbaik semula samada dengan jalan rujuk atau akad nikah melainkan isterinya itu berkawhin dengan suami yang baru kemudian dijimak olih suami yang baru kemudian bercerai dengan suami yang bari kemudian habis eddah dengan suami yang baru.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Hukum Tidak Berdiri Tegak Ketika Solat

SOALAN :

Benarkah kalau seorang itu solat dalam keadaan tunduk sedikit maka solatnya tidak sah sebab antara syarat sah solat fardu ialah berdiri tegak tidak bolih tunduk walaupun sedikit?

JAWAPAN :

Dalam menunaikan solat fardu sungguhnya qiam adalah rukun yang kalau tidak dikerjakan maka solatnya tidak sah.

Dan yang dikatakan qiam itu ialah berdiri tegak.

Berkata Imam Nawawi :
وَيُŲ“ْŲŖَŲ±َŲ·ُ فِي Ų§Ł„ْŁ‚ِيَŲ§Ł…ِ Ų§Ł„ِانْŲŖِŲµَŲ§ŲØُ

Artinya : “Dan disyaratkan pada qiam itu berdiri tegak.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Siapa yang bolih berdiri tegak tetapi sengaja tunduk atau bongkok sedikit maka solatnya masih sah tetapi sengaja berbuat demikian adalah makruh.

Jika banyak tunduknya yaitu sampai had separuh rukuk sekira-kira tangannya sudah dapat sentuh lututnya maka solatnya itu tidak sah kerana tidak dinamakan qiam.

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

ŁˆŲ„Ł†Ł…Ų§ يعتبر الرجل قائماً Ų„Ų°Ų§ ŁƒŲ§Ł† منتصب القامة، ف؄ذا انحنى ŲÆŁˆŁ† Ų¹Ų°Ų± بحيث Ų£Ł…ŁƒŁ† أن تلامس Ų±Ų§Ų­Ų© ŁŠŲÆŁ‡ Ų±ŁƒŲØŲŖŁ‡

Artinya : “Dan sungguhnya dikirakan seorang itu telah qiam apabila adalah dia tegak berdiri. Maka jika dia membongkok tanpa sebarang uzur sekira-kira sudah sampai kepada had tapak tangannya bolih menyentuh lutut maka batal solatnya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Walaupun qiam dalam keadaan tunduk sedikit solatnya masih sah tetapi yang afdhal ialah hendaklah seorang itu berdiri tegak dengan lurus tulang belakang dan tengkuknya.

Dan tetapi jika tunduknya itu banyak tanpa uzur sekira-kira sampai separuh paras orang yang hendak turun rukuk atau lebih dari itu maka solatnya tidak sah.

Berkata Imam Taqiyuddin Al-Hisni Ad-Dimasyqi :

فَŁ„َو انحنى Ł…ŲŖŲ®Ų“Ų¹Ų§ً وَكَانَ Ł‚َŲ±ِيبا Ų„ِŁ„َى Ų­ŲÆ الرُّكُوع لم ŲŖŲµŲ­ صلَاته

Artinya : “Maka jikalau seorang itu tunduk kerana khusyuk dan adalah tunduknya itu lebih hampir kepada had rukuk nescaya tidak sah solatnya.” (Kitab Kifayah Al-Akhyar)

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Surah Al-Mulk: Pelindung Jiwa Selepas Maghrib

Dalam kehidupan moden yang sibuk dan penuh tekanan, ramai antara kita mencari ruang ketenangan selepas seharian berdepan dengan urusan dunia.

Waktu Maghrib sering menjadi saat paling tenang kerana ia adalah waktu peralihan antara siang dan malam, di mana langit mula gelap dan hati manusia mula kembali kepada ketenangan.

Antara amalan yang sangat digalakkan untuk mengisi waktu ini ialah membaca Surah Al-Mulk, surah ke-67 dalam Al-Quran.

Surah yang pendek, hanya 30 ayat, tetapi mempunyai fadilat yang besar kepada kehidupan seorang Muslim, dunia dan akhirat.

Pelindung daripada azab kubur
Rasulullah ļ·ŗ bersabda:

“Surah Tabarakallazi bi yadihil mulk (Surah Al-Mulk) akan menjadi pelindung bagi pembacanya daripada azab kubur.” (Riwayat At-Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan betapa besar kedudukan Surah Al-Mulk. Ia bukan sekadar bacaan, tetapi menjadi pendinding rohani bagi mereka yang mengamalkannya secara istiqamah.

Dalam Islam, azab kubur ialah hakikat yang pasti dan bacaan surah ini menjadi salah satu ikhtiar yang diiktiraf oleh Rasulullah ļ·ŗ untuk mendapatkan perlindungan daripada seksa itu.

Sentuh soal kekuasaan dan kebergantungan kepada Allah
Surah Al-Mulk dibuka dengan ayat yang penuh keagungan:

“Maha Suci Allah yang di tangan-Nya segala kekuasaan, dan Dialah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Mulk, 67:1)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap nikmat, rezeki, kesihatan dan juga ujian hidup semuanya berada dalam kekuasaan Allah.

Ketika dibaca selepas Maghrib, waktu di mana dunia mula sunyi dan hati mudah tersentuh, mesej ini menjadi peringatan lembut untuk menyerahkan urusan hidup kepada Allah dengan sepenuh keyakinan.

Hidupkan malam dengan cahaya iman

Membaca Surah Al-Mulk selepas Maghrib memberi peluang kepada jiwa untuk mendapat ketenangan dan pencerahan batin.

Para ulama menjelaskan, antara sebab disunatkan membacanya pada waktu malam ialah kerana ia membuka ruang renungan dan tafakur terhadap kebesaran ciptaan Allah.

Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebut bahawa ayat-ayat Surah Al-Mulk “mengajar manusia untuk berfikir tentang ciptaan langit, bumi dan kehidupan.”

Bacaan selepas Maghrib ketika langit mulai gelap dan bintang mula muncul menghidupkan rasa kagum terhadap kekuasaan Allah, seperti yang diulang dalam surah ini.

Menenangkan jiwa selepas penat bekerja

Dalam suasana masyarakat hari ini, ramai pulang ke rumah dengan fikiran penuh tekanan, keletihan dan keresahan.

Surah Al-Mulk menjadi ubat hati yang mujarab, kerana setiap ayatnya membawa ketenangan dan rasa tunduk kepada Pencipta.

Membacanya selepas Maghrib bukan hanya amalan rutin, tetapi terapi rohani yang mendidik hati untuk reda dan bersyukur.

Seolah-olah Allah sedang berbicara kepada hamba-Nya dan menenangkan hati yang resah dengan ayat-ayat penuh hikmah.

Ulama menyebut, antara hikmah membaca Surah Al-Mulk pada waktu malam ialah kerana ia membersihkan hati daripada kekotoran dunia sebelum tidur, agar kita tidur dalam keadaan mengingati Allah.

Amalan Rasulullah ļ·ŗ yang tidak pernah ditinggalkan

Menurut hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a.:

“Rasulullah ļ·ŗ tidak akan tidur sehingga membaca Alif Lam Mim Sajdah (Surah As-Sajdah) dan Tabarakallazi bi yadihil mulk (Surah Al-Mulk).” (Riwayat At-Tirmizi, An-Nasa’i)

Ini menunjukkan bahawa Surah Al-Mulk ialah amalan harian Nabi ļ·ŗ. Baginda menjadikan bacaan ini sebagai penutup hari, tanda berserah diri kepada Allah selepas menunaikan tanggungjawab duniawi.

Maghrib adalah waktu terbaik
Waktu Maghrib ialah waktu yang sangat disukai untuk ibadah kerana ia masa hati sedang “turun dari kesibukan dunia.” Dalam tempoh itu, membaca Surah Al-Mulk menjadi ibadah ringan tetapi besar nilainya.

Selepas solat Maghrib, ketika tubuh dan fikiran masih segar, bacaan surah ini boleh menjadi pengisian rohani utama keluarga.

Bapa, ibu dan anak-anak boleh membaca bersama, mengisi rumah dengan ayat-ayat Al-Quran yang membawa rahmat. Rumah yang dihidupkan dengan bacaan Al-Quran akan dijauhi syaitan dan diberkati rezekinya.

Manfaat duniawi dan akhirat
Antara manfaat yang sering disebut oleh para ulama bagi mereka yang mengamalkan Surah Al-Mulk ialah:

1. Dilindungi daripada azab kubur.
2. Mendapat syafaat pada hari kiamat.
3. Dikurniakan ketenangan hati dan keteguhan iman.
4. Mendapat rezeki yang diberkati.
5. Dihindari dari sifat lalai terhadap kebesaran Allah.

Surah Al-Mulk bukan sekadar surah pendek untuk dihafal, tetapi pesanan hidup untuk mereka yang mahu dekat dengan Allah.

Membacanya selepas Maghrib mengingatkan kita bahawa hidup ini milik Allah dan setiap detik adalah pinjaman yang harus disyukuri.

Mulakan malam dengan Surah Al-Mulk dan jadikan ia amalan tetap keluarga.

Semoga dengan itu, rumah kita dipenuhi rahmat, hati dipenuhi ketenangan dan kubur nanti diterangi dengan cahaya Al-Quran.

Hukum Mencuri Harta Rakyat

CURI HARTA RAKYAT

SOALAN :

Pada zaman sekarang sudah menjadi kebiasaan kita dengar pemimpin yang menggunakan kuasa mereka untuk mencuri harta rakyat dan negara.
Benarkah ada hadith yang mengatakan pemimpin yang mencuri harta rakyat di akhirat nanti akan dimasukkan ke dalam neraka?

JAWAPAN :

Tersangat banyak datang dalam hadith-hadith bahawa orang yang mengambil harta orang lain tanpa hak di akhirat nanti akan dihumban ke dalam neraka.

Setengahnya hadith yang diriwayatkan daripada Ka’ab bin ‘Ujrah r.a. berkata : Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

Ł„َŲ§ يَŲ±ْŲØُو Ł„َŲ­ْŁ…ٌ نَŲØَŲŖَ Ł…ِنْ Ų³ُŲ­ْŲŖٍ Ų„ِŁ„َّŲ§ كَانَŲŖْ النَّŲ§Ų±ُ Ų£َوْŁ„َى ŲØِهِ

Artinya : “Tidaklah membesar tubuh seseorang dari harta yang haram kecuali adalah neraka itu lebih layak dengannya.” (Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Dan setengahnya hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. berkata :

كَانَ على ثقل Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ الله صلى الله Ų¹َŁ„َيْهِ وَسلم رجل يُŁ‚َŲ§Ł„ Ł„َهُ كركرة فَŁ…َŲ§ŲŖَ فَŁ‚َŲ§Ł„َ النَّŲØِي صلى الله Ų¹َŁ„َيْهِ وَسلم هُوَ فِي النَّŲ§Ų± فَŲ°َهَŲØُوا ŁŠŁ†ŲøŲ±ُŁˆŁ†َ Ų„ِŁ„َيْهِ فوجدوا Ų¹ŲØŲ§Ų”Ų© قد غلها

Artinya : “Adalah di dalam rombongan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam seorang lelaki yang dinamakan baginya Karkarah kemudian daripada itu lelaki itu telah mati. Maka Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : Dia dalam neraka. Lalu jadilah orang-orang memeriksanya kemudian meraka dapati ada sehelai jubah yang telah diambilnya dengan cara yang tidak benar.” (Hadith riwayat Ahmad)

Dalam hadith ini Nabi sollalahu alaihi wasallam menyebut orang yang mencuri walau sehelai pakaian sudah dimasukkan ke dalam neraka apatah lagi kalau mencuri beribu-ribu bahkan berjuta-juta.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Adakah Sah Solat Tunai Sekiranya Tersalah Niat Qadha?

SOALAN :

Kita hendak solat tunai tetapi tersalah berniat solat qadha.
Adakah sah solat tersebut?

JAWAPAN :

Siapa yang hendak menunaikan solat tunai tetapi tersalah berniat qadha atau hendak solat qadha tetapi tersalah berniat tunai maka solatnya itu sah.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

(وَ) Ų§Ł„ْŲ£َŲµَŲ­ُّ (Ų£َنَّهُ يَŲµِŲ­ُّ Ų§Ł„ْŲ£َŲÆَŲ§Ų”ُ ŲØِنِيَّŲ©ِ Ų§Ł„ْŁ‚َŲ¶َŲ§Ų”ِ) Ų¹ِنْŲÆَ Ų¬َهْŁ„ِ Ų§Ł„ْوَŁ‚ْŲŖِ ŲØِŲŗَيْŁ…ٍ Ų£َوْ نَŲ­ْوِهِ كَŲ£َنْ Ųøَنَّ Ų®ُŲ±ُوجَ Ų§Ł„ْوَŁ‚ْŲŖِ فَŲµَŁ„َّاهَŲ§ Ł‚َŲ¶َŲ§Ų”ً فَŲØَانَ ŲØَŁ‚َŲ§Ų¤ُهُ (وَŲ¹َكْŲ³ُهُ) كَŲ£َنْ Ųøَنَّ ŲØَŁ‚َŲ§Ų”َ Ų§Ł„ْوَŁ‚ْŲŖِ فَŲµَŁ„َّاهَŲ§ Ų£َŲÆَŲ§Ų”ً فَŲØَانَ Ų®ُŲ±ُوجُهُ Ł„ِŲ§Ų³ْŲŖِŲ¹ْŁ…َŲ§Ł„ِ كُŁ„ٍّ ŲØِŁ…َŲ¹ْنَى Ų§Ł„ْŲ¢Ų®َŲ±ِ

Artinya : “Dan pendapat yang lebih sahih sungguhnya sah solat tunai dengan niat qadha ketika tidak mengetahui waktu sebab mendung atau seumpamanya seperti seorang itu sangka telah keluar waktu lalu dia solat qadha kemudian ternyata masih ada waktu dan demikian juga sebaliknya seperti seorang yang sangka masih ada waktu lalu dia solat sebagai tunai kemudian ternyata waktu telah habis kerana terpakai tiap-tiap satunya dengan makna yang satu lagi.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Menjaga Sempadan Akidah Dalam Dunia Tanpa Batas

Kita boleh berlembut dan berbincang dalam perkara yang tidak menyentuh dasar agama, seperti urusan muamalat dan kehidupan sosial, tetapi apabila menyentuh soal ketuhanan dan kebenaran agama, Islam menetapkan sempadan yang tegas.

Bagi mereka agama mereka, dan bagi kita agama kita. Itulah batas yang memisahkan kebenaran daripada kepalsuan, garis merah yang tidak boleh dilanggar oleh seorang mukmin. Dalam perkara prinsip, tidak ada tolak ansur walau atas nama keamanan, perpaduan atau toleransi.

Masalahnya, hari ini sempadan itu semakin kabur. Ada yang rela mengorbankan prinsip akidah demi menjaga hati manusia. Mereka tidak berani menyatakan kebenaran apabila melihat kesesatan, kerana takut dianggap ekstrem. Sedangkan Allah telah menjelaskan bahawa yang benar hanyalah Islam. Allah mengajak manusia berfikir dan membawa bukti jika benar dakwaan mereka, tetapi tiada siapa yang mampu menandingi hujah kebenaran Islam.

Agama lain tidak ditolak kewujudannya, tetapi Islam tidak boleh disamakan dengan yang lain. Kita menghormati kepercayaan orang lain, tetapi tidak boleh mengiktiraf persamaan akidah. Prinsip Islam ialah ia sentiasa berada di atas, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Ketika umat Islam menakluki Baitul Maqdis, mengembalikan semula tanah suci itu kepada warisan kenabian, Sayyidina Umar al-Khattab datang dari Madinah bersama khadamnya hanya menaiki seekor unta. Mereka bergilir menunggang, sehingga tiba di kota itu. 

Apabila tiba waktu solat dan ketua paderi, Patriarch Sophronius menjemputnya bersolat di dalam gereja besar Church of the Holy Sepulchre, Umar menolak dengan lembut. Katanya, “Aku tidak mahu solat di dalam gereja ini kerana aku bimbang nanti orang Islam akan datang selepas aku lalu menuntut gereja ini sebagai milik Islam hanya kerana aku pernah bersolat di dalamnya.” Begitulah bijaksananya Umar. Beliau menghormati penganut agama lain, tetapi tetap menjaga sempadan akidah Islam.

Islam tidak pernah menindas agama lain. Islam mengajar supaya kita menghormati kepercayaan mereka, tetapi tetap yakin bahawa kebenaran mutlak hanya pada Islam. Bukan kerana taksub, tetapi kerana itulah yang diajarkan oleh wahyu. Damai itu penting, tetapi damai tidak boleh dibina atas dasar menyamakan semua agama.

Begitu juga ketika sekelompok paderi datang berhujah dengan Rasulullah SAW tentang ketuhanan, mereka akhirnya tidak mampu menjawab hujah baginda. Nabi lalu mencabar mereka dengan sumpah laknat, menyerahkan keputusan kepada Allah agar menurunkan laknat ke atas pihak yang berdusta. Mereka terdiam, lalu berundur dengan hormat, kerana dalam hati mereka tahu baginda adalah Nabi yang benar sebagaimana yang disebut dalam kitab mereka.

Demikianlah tegasnya Islam dalam mempertahankan akidah. Persoalan kebenaran yang tidak boleh ditawar. Bahkan hingga hari ini, sebahagian penganut agama lain masih bergelut mempertahankan fahaman mereka yang tidak berasaskan hujah, yang mereka sendiri sukar menghuraikan. Mereka tahu kebenaran itu milik Islam, tetapi tidak semua berani mengakuinya.

Maka umat Islam mesti faham batas ini. Kita boleh bekerjasama dalam hal kemanusiaan dan kehidupan, tetapi tidak boleh berkompromi dalam soal keimanan. Islam mengajar supaya berakhlak lembut dalam berdakwah, tetapi tetap teguh dalam pegangan. Inilah keseimbangan yang menjadikan Islam agama yang lengkap, penuh kasih dalam pendekatan, tetapi tegas dalam prinsip. Islam mesti kekal di atas dalam segala urusan yang melibatkan kebenaran dan keyakinan.

“Ikatlah Unta Mu, Kemudian Bertawakal”

Rasulullah SAW turun ke medan perang dengan mengenakan dua lapis baju besi di tubuhnya, melindungi kepala dengan topi besi, serta menggenggam tombak dan pedang. Baginda mengajar umatnya bahawa tawakal bukan bererti meninggalkan usaha.

Suatu hari, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW. Dia menaiki seekor unta dan meninggalkannya begitu sahaja di luar tanpa diikat. Ketika berbicara dengan baginda, lelaki itu berkata bahawa dia menyerahkan segalanya kepada Allah, tanda tawakalnya. Maka Rasulullah SAW menegurnya dengan lembut, “Ikatlah dahulu untamu, kemudian bertawakal kepada Allah.”

Islam mengajar bahawa tawakal bukan bererti menyerah tanpa usaha. Ia bermula dengan ikhtiar. Kita berusaha dahulu, kemudian berserah kepada Allah. Seperti orang yang memiliki motosikal, jangan dibiarkan tanpa dikunci lalu berkata, “Aku bertawakal.” Itu bukan tawakal, itu cuai. Islam tidak mengajar cuai. Sakit, maka berubatlah. Lapar, maka makanlah. Dahaga, maka minumlah. Hidup, maka bekerjalah. Jangan bergantung hidup dengan meminta-minta, mengharap belas ehsan manusia. Islam mengangkat maruah dengan usaha.

Tawakal itu gabungan dua kekuatan. Kekuatan usaha dan kekuatan hati yang menyerah kepada Tuhan setelah usaha dilakukan. Sebab itu ulama mengingatkan, bergantunglah kepada manusia hanya dalam perkara yang dalam kemampuan manusia. Jika kenderaan kita rosak di tengah lebuh raya, hubungilah bantuan seperti talian kecemasan lebuh raya atau perkhidmatan tunda.

Masih ada yang silap memahami erti tawakal. Bila ditimpa sakit atau susah, bukan berubat atau berdoa, tetapi pergi ke kubur atau pusu, membawa pulut kuning dan ayam percik dengan harapan makhluk halus membantu. Jin bukan makan nasi atau ayam seperti manusia. Jika makanan itu hilang sekali dengan tulang, yang mengambilnya bukan jin, tetapi manusia. Pertolongan yang sebenar hanyalah daripada Allah. Maka kembalilah kepada-Nya dengan doa dan usaha, bukan dengan memuja makhluk yang tidak berdaya.

Inilah pentingnya kita memahami akidah dengan betul. Segala pergantungan hendaklah kepada Allah semata-mata. Rasulullah SAW mengingatkan, “Apabila engkau meminta, mintalah kepada Allah. Apabila engkau memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah.” Ketika sakit, berusahalah dengan ubat, tetapi jangan lupa berdoa. Doa juga sebahagian daripada usaha.

Rasulullah SAW mengajar agar kita menunaikan solat hajat. Doa dari hati sendiri lebih ikhlas dan lebih dekat. Jika badan kita gatal, dan orang lain yang tolong garukan, tentu tidak puas. Hanya kita yang tahu di mana tempat yang paling terasa. Begitu juga dengan doa. Doa yang keluar dari hati kita sendiri jauh lebih tersentuh berbanding doa yang orang lain bacakan.

Sebab itu para ulama dahulu, termasuk sahabat dan tabi‘in, tidak pernah menjadikan solat hajat berjemaah sebagai kebiasaan. Jika ada pun, tidak menjadi kesalahan, tetapi bukanlah satu tuntutan. Yang penting ialah keikhlasan hati ketika bersujud dan memohon.

Sebahagian orang alim apabila berdoa, tidak mengangkat suara. Hanya tangan terangkat, mata tertutup dan bibir terdiam, namun hati mereka sedang berbicara. Allah mengetahui setiap pandangan mata yang tersembunyi dan setiap rahsia yang tersimpan di dalam dada. Tiada yang terlindung daripada-Nya. Maka cukuplah isi hati hamba-Nya yang ikhlas dan berharap.

Begitulah indahnya agama ini. Bila hati kita benar-benar bergantung kepada Allah, di situlah datangnya kekuatan iman dan ketenangan jiwa. Minta yang baik, maka Allah akan beri yang baik.

#BaktiDisemai #TegasBerwibawa


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Hukum Membela Anjing Di dalam Rumah

SOALAN :

Ada seorang kawan saya berkata kepada saya bahawa boleh orang Islam bela anjing dalam rumah tetapi jika kena jilatannya kenalah basuh dengan air tanah.

Adakah boleh sebenarnya orang Islam bela anjing dalam rumah?

JAWAPAN :

Hukum orang Islam membela anjing ada padanya perincian hukum.

BELA ANJING DI LUAR RUMAH 

Jika membelanya bukan di dalam rumah kerana menjaga kebun tanaman atau menjaga haiwan ternakan atau anjing buruan maka hukumnya adalah harus.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

Ł…َنْ Ų§Ł‚ْŲŖَنَى كَŁ„ْŲØًŲ§ Ł„َيْŲ³َ ŲØِكَŁ„ْŲØِ ŲµَيْŲÆٍ وَلا Ł…َŲ§Ų“ِيَŲ©ٍ وَلا Ų£َŲ±ْŲ¶ٍ فَŲ„ِنَّهُ يَنْŁ‚ُŲµُ Ł…ِنْ Ų£َŲ¬ْŲ±ِهِ Ł‚ِيرَŲ§Ų·َانِ كُŁ„َّ يَوْŁ…ٍ

Artinya : “Siapa yang bela anjing yang bukan anjing berburu dan bukan anjing penjaga haiwan ternakan dan tanaman maka sungguhnya akan hilang dari pahala amalannya setiap hari sebanyak dua qirat.” (Hadith Imam Muslim)

Satu qirat ukurannya sebesar gunung Uhud.

Dan diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

Ł…َنْ Ų£َŁ…ْŲ³َكَ كَŁ„ْŲØًŲ§، فَŲ„ِنَّهُ يَنْŁ‚ُŲµُ كُŁ„َّ يَوْŁ…ٍ Ł…ِنْ Ų¹َŁ…َŁ„ِهِ Ł‚ِيرَŲ§Ų·ٌ، Ų„ِŁ„َّŲ§ كَŁ„ْŲØَ Ų­َŲ±ْŲ«ٍ Ų£َوْ Ł…َŲ§Ų“ِيَŲ©ٍ

Artinya : “Barang siapa membela anjing maka sungguhnya akan hilanglah pahala amalannya setiap hari sebanyak satu qirat melainkan anjing penjaga tanaman dan penjaga haiwan ternak.” (Hadith Imam Bukhari)

Setengah ulamak mengharuskan bela anjing untuk menjaga keselamatan harta seperti gudang atau setor barangan atau seumpamanya.

BELA ANJING DALAM RUMAH 

Ada pun membela anjing sebagai haiwan kesayangan di dalam rumah makan hukumnya adalah dilarang olih Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.

Orang yang membela anjing di dalam rumah adalah termasuk orang yang telah disebut pada dua hadith di atas yang mana pahalanya akan hilang setiap hari sebanyak satu qirat atau dua qirat. 

Kalau sehari membela anjing dalam rumah sudah binasa pahala amal sebesar gunung Uhud  maka bayangkanlah jika orang yang membela anjing di dalam rumah itu selama bertahun-tahun.

MALAIKAT TIDAK MASUK RUMAH ADA ANJING DI DALAMNYA

Rumah yang ada anjing di dalamnya tidak ada rahmat dan tidak ada keberkatan.

Diriwayatkan daripada Abi Talhah r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

Ł„َŲ§ ŲŖَŲÆْŲ®ُŁ„ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁ„َŲ§Ų¦ِكَŲ©ُ ŲØَيْŲŖًŲ§ فِŁŠŁ‡ِ كَŁ„ْŲØٌ

Artinya : “Tidak akan masuk oleh para malaikat ke rumah yang ada anjing di dalamnya.” (Hadith Syeikhain)

Malaikat yang tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing itu adalah malaikat rahmat yaitu malaikat yang membawakan  kebaikkan dan keberkatan kepada penghuni rumah.

Berkata Imam As-Suyuthi :

"Ł‚َŲ§Ł„َ Ų§Ł„ْŲ®َŲ·َّŲ§ŲØِيُّ : Ų§Ł„ْŁ…ُŲ±َŲ§ŲÆ ŲØِŲ§Ł„ْŁ…َŁ„َŲ§Ų¦ِكَŲ©ِ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ يَنْŲ²ِŁ„ُŁˆŁ†َ ŲØِالرَّŲ­ْŁ…َŲ©ِ وَŲ§Ł„ْŲØَŲ±َكَŲ©

Artinya : “Telah berkata oleh Imam Al-Khathabi : Yang dikehendaki dengan malaikat di sini ialah malaikat yang yang datang ke rumah orang mukmin membawa rahmat dan berkat.” (Kitab Syarah An-Nasaai)

Tersebut pada kitab Tuhfatul Ahwazi :
Ł‚َوْŁ„ُهُ : (Ł„َŲ§ ŲŖَŲÆْŲ®ُŁ„ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁ„َŲ§Ų¦ِكَŲ©ُ) Ų£َيْ : Ł…َŁ„َŲ§Ų¦ِكَŲ©ُ الرَّŲ­ْŁ…َŲ©ِ

Artinya : “Arti sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam malaikat tidak masuk itu ialah malaikat rahmat.” (Syarah Sunan Tirmizi)

HARAM BELA ANJING DALAM RUMAH

Tersebut pada Majlis Fatwa Al-Azhar :

حرم الؓرع Ų§Ł„ŁƒŲ±ŁŠŁ… اقتناؔ Ų§Ł„ŁƒŁ„Ų§ŲØ ؄لا Ł„ŲŗŲ±Ų¶ŁŠŁ† (الحراسة او Ł…Ų§ ŁŠŲ¹Ų§ŲÆŁ„ Ų°Ł„Łƒ من Ų­Ų±Ų§Ų³Ų© Ų§Ł„Ł…Ų§Ų“ŁŠŲ© أو الزرع ŁˆŁƒŲ°Ł„Łƒ ؄قتناؔ Ų§Ł„ŁƒŁ„ŲØ Ł„Ł„ŲµŁŠŲÆ)، ŁˆŁ„Ų§ يجوز تربية Ų§Ł„ŁƒŁ„Ų§ŲØ Ł„ŲŗŁŠŲ± هذه الأغراض، ŁˆŁƒŲ°Ł„Łƒ لا يجوز تربية Ų§Ł„ŁƒŁ„Ų§ŲØ داخل Ų§Ł„ŲØŁŠŲŖ.

Artinya : “Diharamkan pada syarak membela anjing melainkan kerana dua tujuan yaitu untuk menjaga atau seumpama demikian itu seperti menjaga haiwan ternakan dan kebun tanaman dan termasuk juga anjing yang digunakan untuk memburu. Dan tidak harus memelihara anjing selain sebab ini dan begitu juga tidak harus memelihara anjing di dalam rumah.”

Kesimpulan

Haram bela anjing di dalam rumah.

Haram bela anjing yang bukan digunakan untuk menjaga ternakan atau tanaman atau untuk berburu.

Harus bela anjing yang digunakan untuk menjaga ternakan dan tanaman dan berburu tetapi haram diletak di dalam rumah.

Siapa yang membela anjing yang bukan untuk menjaga ternakan atau tanaman atau berburu tetapi sebagai haiwan kesayangan maka hilang pahala amalannya setiap hari sebesar gunung Uhud.

Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Mengantuk Tidak Membatalkan Wuduk


SOALAN :

Batal atau tidak wuduk orang yang sangat mengantuk tapi belum tidur?

JAWAPAN :

Tidak batal wuduk dengan sebab mengantuk walaupun mengantuk yang amat sangat selagi dia tidak tidur kerana yang membatalkan wuduk itu ialah sebab hilang ingatan dan orang yang sedang mengantuk itu masih ada ingatannya.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

وَŲ®َŲ±َŲ¬َ ŲØِŲ²َوَŲ§Ł„ِ Ų§Ł„ْŲ¹َŁ‚ْŁ„ِ النُّŲ¹َŲ§Ų³ُ وَŲ­َŲÆِيثُ النَّفْŲ³ِ وَŲ£َوَŲ§Ų¦ِŁ„ُ نَŲ“ْوَŲ©ِ السُّكْŲ±ِ فَŁ„َŲ§ نقض بها ŁˆŁ…Ł† علامات النُّŲ¹َŲ§Ų³ِ Ų³َŁ…َŲ§Ų¹ُ كَŁ„َŲ§Ł…ِ Ų§Ł„ْŲ­َŲ§Ų¶ِŲ±ِŁŠŁ†َ وَŲ„ِنْ Ł„َŁ…ْ يَفْهَŁ…ْهُ

Artinya : “Dan keluar dengan kata hilang aqal itu ialah mengantuk dan bisikan hati dan permulaan pening sebelum mabuk maka ia tidak membatalkan wuduk. Dan setengah dari tanda mengantuk itu ialah mendengar percakapan orang lain sekalipun tidak memahaminya.” (Kitab Ftahul Wahhab)

Kesimpulannya mengantuk tidak membatalkan wuduk dan jika sudah tertidur walau pun sesaat maka batal wuduknya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Adakah Zakat Harta Perlu Ke Atas Harta Pusaka


Soalan: Encik Abu meninggal dunia dan dia ada meninggalkan harta yang banyak (melebihi nisab). Semasa hayatnya, beliau tidak pernah meninggalkan kewajipan zakat. Maknanya, tiada tunggakan zakat ke atas dirinya. Jadi, adakah harta peninggalannya masih perlu:

iDizakatkan dahulu sebelum difaraidkan kepada waris, atau
ii) Wajib zakat ke atas waris selepas difaraidkan.

Jawapan: Berdasarkan keterangan di atas, maka:

  1. Tidak perlu dizakatkan terlebih dahulu harta peninggalan si mati, kerana jelas tiada sebarang tunggakan zakat ke atasnya sehingga dia meninggal dunia.
  2. Wajib dizakatkan secara individu oleh semua waris yang menerimanya. Harta berkenaan dikategorikan sebagai harta yang diperolehi daripada hasil pemberian (al-Mal al-‘Atiyyah). Sila gabungkan dengan semua jenis harta pendapatan yang lain (penggajian, hasil bebas dan al-Mustaghallat) dan jika memenuhi syarat wajib, ia perlu dizakatkan sebagai zakat pendapatan.

Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Sah Atau Tidak Nazar Tanpa Lafaz

NAZAR TANPA LAFAZ

SOALAN :

Saya ada berniat satu nazar kalau dapat pekerjaan saya hendak berbuat suatu kebajikan tetapi ada orang kata tidak sah nazar jika tidak disebut pada mulut.

Mohon penjelasan.

JAWAPAN :

Nazar yang sah ialah nazar yang dilafazkan pada lisan seperti seorang itu berkata : Saya bernazar begitu dan begini.

Jika hanya berniat atau berkata di dalam hati maka nazar itu tidak sah.

Berkata Imam As-Syairazi : 

ŁˆŁ„Ų§ يصح النذر ؄لا ŲØŲ§Ł„Ł‚ŁˆŁ„

Artinya : “Dan tidak sah nazar melainkan dengan ucapan.” (Kitab Al-Muhazzab)

Yakni jika diniatkan sahaja nazar itu di dalam hati tanpa diucapkan pada lisan maka tidak sah tetapi jika diucapkan pada lisan sahaja tanpa niat maka nazar itu sah.

Berkata Imam Nawawi :

قال أصحابنا يصح النذر ŲØŲ§Ł„Ł‚ŁˆŁ„ من غير Ł†ŁŠŲ© ŁƒŁ…Ų§ يصح Ų§Ł„ŁˆŁ‚Ł ŁˆŲ§Ł„Ų¹ŲŖŁ‚ باللفظ بلا Ł†ŁŠŲ©. ŁˆŁ‡Ł„ يصح ŲØŲ§Ł„Ł†ŁŠŲ© من غير Ł‚ŁˆŁ„  ŁŁŠŁ‡ الخلاف Ų§Ł„Ų°ŁŠ Ų°ŁƒŲ±Ł‡ المصنف (Ų§Ł„ŲµŲ­ŁŠŲ­) باتفاق الاصحاب انه لا يصح الا ŲØŲ§Ł„Ł‚ŁˆŁ„ ŁˆŁ„Ų§ تنفع Ų§Ł„Ł†ŁŠŲ© ŁˆŲ­ŲÆŁ‡Ų§

Artinya : “Telah berkata Ashab kami sah nazar dengan perkataan tanpa berniat sepertimana sah waqaf dan merdekakan hamba sahaya dengan lafaz sahaja tanpa niat. Dan adakah sah nazar dengan niat tanpa berkata? Padanya ada khilaf yang telah menyebutnya olih pengarang yaitu Imam As-Syairazi. Pendapat yang sahih dengan sepakat Ashab sungguhnya ia tidak sah melainkan mesti dengan perkataan dan tidak berguna niat sahaja sendirinya.” (Kitab Al-Majmuk)

Kesimpulannya nazar yang sah yang wajib ditunaikan ialah nazar yang dilafazkan pada lisan sekalipun tidak berniat manakala nazar yang sekadar niat di dalam hati adalah tidak sah.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

Hukum Tawar Menawar Ketika Jual Beli

TAWAR MENAWAR DALAM JUAL BELI

SOALAN :

Betulkah orang kata kalau kita hendak membeli seuatu barang tidak bolih menawarkan harganya?

JAWAPAN :

Hukum tawar menawar ketika jual beli adalah harus tidak dilarang.

Diriwayatkan daripada Suwaid bin Qais r.a. berkata : 

Ų¬َŁ„َŲØْŲŖُ Ų£َنَŲ§ وَŁ…َŲ®ْŲ±َŁ…َŲ©ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŲØْŲÆِيُّ ŲØَŲ²ًّŲ§ Ł…ِنْ هَŲ¬َŲ±َ، فَŲ¬َŲ§Ų”َنَŲ§ النَّŲØِيُّ ŲµَŁ„َّى اللَّهُ Ų¹َŁ„َيْهِ وَŲ³َŁ„َّŁ…َ فَŲ³َاوَŁ…َنَŲ§ ŲØِŲ³َŲ±َاوِŁŠŁ„َ

Artinya : “Aku dan Makhramah Al-‘Abdi telah membawa datang kain-kain daripada daerah Hajar. Kemudian datang kepada kami olih Nabi sollallahu alaihi wasallam lalu menawarkan harga beberapa helai seluar.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Mungkin orang tersebut salah faham kerana yang dilarang membuat tawaran ialah barang yang sedang ditawar olih orang lain.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

لاَ يَŲ³ُŁ…ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ُ Ų¹َŁ„َى Ų³َوْŁ…ِ Ų£َŲ®ِŁŠŁ‡ِ 

Artinya : “Jangan seorang Islam membuat tawaran atas tawaran orang lain.” (Hadith riwayat Muslim)
© all rights reserved
made with by templateszoo