NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah berisiko berdepan tuntutan ganti rugi pengusaha premis judi



BANGI, 13 RABIULAWAL — Kerajaan Kedah tidak menolak kemungkinan berdepan tuntutan ganti rugi bernilai ratusan juta ringgit daripada pengusaha premis perjudian susulan dasar menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis judi sejak 2023.

Namun Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menegaskan bahawa kerajaan negeri bersedia mempertahankan dasar itu di mahkamah jika pengusaha yang terjejas mengemukakan tuntutan.

“Dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri selepas mahkamah mendapati kita tak ada kuasa itu (mengharamkan judi), kita kena tanggung ganti rugi ini. Ganti rugi itu mungkin banyak sehingga beratus juta.

“Kita bukan tahu syarikat judi untung berapa, kalau tidak depa (mereka) tak pulun (usaha) sampai tahap ini.

“Tapi kita lawan dulu (di mahkamah) sebab sekupang (10 sen) pun duit kita nak bagi kat syarikat judi, kita lawan sampai dinding,” katanya pada Sesi Penjelasan Isu Halangan Pengharaman Judi di Kedah di Alor Setar, malam tadi.

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan terhadap keputusan yang memutuskan tindakan menghentikan pengeluaran serta pembaharuan lesen perniagaan premis perjudian adalah tidak sah.

Muhammad Sanusi berkata, jumlah kerugian yang didakwa pengusaha perlu dibuktikan termasuk melalui rekod pendapatan yang diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliiau berkata, perkara itu mudah dilawan di mahkamah sekiranya pengusaha terbabit tidak mengisytihar pendapatan mereka kepada LHDN.

“Adakah selama beroperasi di Kedah, mereka isytihar pendapatan sebenar kepada LHDN atau tidak. Kalau tak isytihar dan ada tuntutan mudah nak patahkan. Kalau isytihar, sebanyak mana depa (mereka) isytihar kena bicara di mahkamah, kita perang lagi untuk depa dapat ganti rugi selama kita tidak bagi lesen premis,” katanya.

Menurutnya, perkara itu juga secara tidak langsung boleh mendedahkan jumlah keuntungan sebenar yang diperoleh syarikat perjudian daripada operasi mereka di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri tetap akan mempertahankan pendirian supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan wang kerajaan untuk membayar tuntutan kepada syarikat perjudian.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo