NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label SOSIAL. Show all posts
Showing posts with label SOSIAL. Show all posts

Tiga hari terdampar di pulau tanpa pakaian, makanan

KOTA KINABALU -
Badan membeku sehingga mulut tidak boleh dibuka pada waktu malam manakala pada waktu siang terpaksa biarkan badan 'dibakar' sinar matahari terik.

Itu yang berlaku kepada seorang nelayan, Jaikon Majumban, 52, yang dilaporkan terperangkap di Pulau Batu Laya-Laya, Kota Marudu, selama tiga hari sebelum diselamatkan pada Jumaat lalu.

Jaikon berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana boleh bertahan dalam tempoh sepanjang terperangkap di pulau berkenaan apatah lagi tanpa sebarang pakaian, makanan serta minuman.

"Ketika hujan, saya tak dapat tadah air kerana ribut kuat. Setiap malam ibarat berada dalam peti sejuk, semua sendi kaku, malah mulut tak dapat dibuka kerana terlalu sejuk. Bila siang, badan dibakar oleh sinar matahari.

Jaikon ketika diselamatkan oleh pihak polis dan penduduk kampung selepas tiga hari terperangkap di Pulau Batu Laya-Laya, Kota Marudu.
Jaikon ketika diselamatkan oleh pihak polis dan penduduk kampung selepas tiga hari terperangkap di Pulau Batu Laya-Laya, Kota Marudu.

"Pulau itu langsung tiada tempat berlindung dan saya hanya duduk di atas batu untuk elak dipukul ombak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Ditanya bagaimana dia hanyut sehingga ke pulau itu, Jaikon berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menyeberang muara sungai untuk membersihkan botnya.

"Ketika berada di tengah muara sungai, air dan banjir besar datang sehingga saya dipukul sebatang kayu sebesar paha dan dari situ saya tergulung mengikut ombak.

"Saya timbul kira-kira tiga minit kemudian tetapi bukan lagi berada di muara sungai sebaliknya sudah berada di tengah laut," katanya.

Tambah Jaikon lagi, dia kemudian berenang sambil menjerit untuk mendapatkan bantuan tetapi tiada siapa yang dapat menyelamatkannya ketika itu.

"Saya berenang sekuat hati sambil berteriak dan terminum air laut sehingga tiba di pulau itu. Saya cuba naik tetapi kerap dipukul ombak sebesar rumah.

"Kaki mulai kejang tetapi saya berusaha juga memanjat batu setinggi kira-kira 12 meter. Jika diikutkan jarak pulau itu dari muara hampir dua kilometer tetapi disebabkan angin kuat serta ribut menyebabkan tiada penduduk kampung menyedari saya berada di pulau terbabit," katanya.

Cerita Jaikon lagi, dia terpaksa menanggalkan semua pakaian dan kasut untuk memudahkan pergerakan ketika berenang.

"Alhamdulillah, saya kini semakin sihat tetapi belum lagi dibenarkan keluar dari Hospital Kota Marudu kerana masih mendapatkan rawatan," katanya.

........
Komen: ........

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Jejak tangisan, pesawah temui bayi disorok bawah kerusi gerai makan, uri dibuang di tepi sawah

SEORANG
penduduk kampung terkejut apabila menemui bayi baru lahir 'disumbat' di bawah kerusi di sebuah warung dalam kejadian pada Ahad.

Ketua Perhubungan Awam Polis Lamongan, Ipda Anton Krisbiantoro berkata, bayi malang itu ditemui di Kampung Sukobendu, Lamongan, Jawa Timur, Indonesia apabila saksi terdengar bunyi tangisan.

"Saksi dikenali sebagai Mukajid yang terdengar tangisan bayi kemudian mencari punca bunyi itu hingga ke tepi jalan besar, namun tidak menemuinya.

“Hanya ketika dia hendak pulang ke sawah, saksi ternampak bayi di bawah kerusi di hadapan gerai makan milik penduduk yang bernama Hartik,” kata Anton.

penemuan-bayi-lamongan_169

Penduduk kampung digemparkan dengan penemuan bayi di sebuah warung.

Menurut laporan Kompas.com, Mukajid segera memanggil penduduk setempat sebelum bayi itu dibawa ke rumah salah seorang penduduk untuk diberi pertolongan awal.

“Bidan kampung kemudian membawa bayi lelaki itu ke Pusat Kesihatan Mantup,” kata Anton.

penemuan-bayi-lamongan-1_169

Uri dipercayai milik bayi itu ditemui di tepi sawah. — Agensi

Kemudian, seorang penduduk, Abdul Manan, 56, menemukan uri atau plasenta yang dipercayai milik bayi itu di sawah miliknya.

"Saksi meletakkan uri itu dalam beg plastik melaporkan penemuannya kepada polis. Jarak antara penemuan uri dengan tempat bayi ditemui kira-kira 350 meter,” kata Anton.

Bayi itu memiliki berat 2.5 kilogram (kg) dan panjang 46 sentimeter.

Ketika ditemui, tali pusat bayi itu telah dipotong, tetapi tidak kemas dan teratur.

Selepas dibawa ke Pusat Kesihatan Mantup, bayi berkenaan diserahkan kepada Perkhidmatan Sosial. — Agensi

........
Komen: ........

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Momen sadis bayi dibuang dalam guni berisi sampah, badan penuh dihurung semut

SUDAHLAH
dibuang dalam guni berisi sampah, ditemukan pula dalam keadaan yang dihurung semut.

Itu yang berlaku kepada seorang bayi yang ditemukan dalam semak di tepi jalan di Kampung Degayu, Utara Pekalongan, Indonesia kira-kira pukul 3 pagi pada Selasa.

Dwi Tejo yang menemukan bayi itu berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk mencari ketam sebelum terdengar bunyi tangisan bayi.

"Saya mencari bunyi tangisan itu tetapi tak jumpa sehinggalah saya terpaksa meminta orang kampung untuk sama-sama mencari.

"Seorang daripada penduduk kampung yang berjaya menemukan bayi itu dalam karung plastik bersama dengan beberapa sampah," katanya.

Menurutnya, keadaan bayi itu ketika ditemukan juga sangat sadis kerana dihurung semut dipercayai ekoran terdapat sampah kotak susu yang diisi bersama dalam plastik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pekalongan Utara, Joko Hendro Sulistiyo berkata, pihaknya mengesahkan penemuan bayi tersebut.

"Kita ada terima laporan dengan melakukan tindakan segera iaitu membawa bayi itu ke hospital untuk menerima rawatan.

"Setakat ini bayi itu berada dalam keadaan baik dan siasatan mendapati bayi mungkin dilahirkan kira-kira enam jam sebelum ditemukan," katanya.

Tambahnya, usaha untuk mencari dalang yang membuang bayi itu sedang giat dijalankan. — Agensi

........
Komen: ........

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Trak 'hantu' drebar orang luar

PEMANDU  warga asing dikesan membawa kenderaan melebihi muatan dibenarkan selain memandu dengan laju.
PEMANDU warga asing dikesan membawa kenderaan melebihi muatan dibenarkan selain memandu dengan laju.

Cameron Highlands: Guna berpuluh kenderaan 'hantu' tanpa geran pendaftaran, dipasang tayar botak, brek tidak berfungsi dengan baik selain kenderaan diubah suai tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa.

Itu antara kesalahan dikesan dilakukan pemandu warga asing dan tempatan mendominasi laluan utama sepanjang pusat peranginan di sini, untuk mengangkut barangan berasaskan pertanian.

Malah, upah lebih murah dalam kalangan pekerja warga asing menyebabkan sebahagian besar majikan di daerah ini memilih menggaji pekerja luar berkenaan untuk membawa kenderaan pacuan empat roda atau lori.

Wartawan Skuad Khas Harian Metro melakukan tinjauan di kawasan itu mendapati cara pemanduan kenderaan dikendali pekerja warga asing berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Tanpa memiliki Lesen Vokasional (GDL) bagi membawa kenderaan komersial, pemandu warga asing dikesan membawa kenderaan melebihi muatan dibenarkan selain memandu dengan laju.

Kenderaan dibenarkan dipasang palang oleh pihak berkuasa setinggi 0.6 meter diubah suai dengan palang lebih tinggi bagi membolehkan mereka mengangkut hasil tani berlebihan.

Sumber berkata, pekerja warga asing ini pada asalnya dibawa masuk ke sini untuk bekerja sebagai buruh di ladang sayur milik majikan.

"Namun ada majikan tempatan mahu berjimat. Mereka mengarah pekerja warga asing terbabit membuat semua kerja lain termasuk membawa kenderaan komersial dan menghantar hasil tani walaupun menyedari perbuatan itu salah.

"Lebih licik apabila ada pekerja warga asing yang dikesan sengaja mengambil lesen memandu kelas D sebelum digunakan untuk memandu lori sayur. Mereka sepatutnya memiliki lesen GDL iaitu lesen memandu komersial khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti bas dan lori.

UPAH lebih murah menyebabkan majikan memilih menggajikan pekerja warga asing.
UPAH lebih murah menyebabkan majikan memilih menggajikan pekerja warga asing.

"Mereka ini (pekerja warga asing) tidak takut (diambil tindakan undang-undang) kerana sudah lama tinggal di sini. Agak menakutkan apabila mereka bermaharajalela di atas jalan tanpa asas pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pemanduan kenderaan berat," katanya.

Sumber berkata, ada kenderaan digunakan tiada perlindungan insurans, cukai jalan selain nombor pendaftaran dipalsukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Mereka ini bebas berkeliaran memandu kenderaan berat, membawa kenderaan lebih muatan selain diubahsuai secara keterlaluan.

"Malah di kawasan Kampung Raja, di sini, aktiviti ini dimonopoli seorang penduduk tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

"Dalang ini turut terbabit dalam perniagaan dan bebas menggunakan kenderaan tidak berdaftar dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Tambah sumber itu lagi, kenderaan tanpa identiti ini digunakan sewenang-wenangnya di atas jalan raya tanpa rasa gusar terhadap tindakan undang-undang.

"Malah, mereka dipercayai mempunyai rangkaian dan saling bertukar maklumat jika menyedari pihak berkuasa ingin melakukan serbuan atau operasi. Mereka akan segera memaklumkannya kepada rakan-rakan lain melalui kumpulan WhatsApp," katanya.

........
Komen: ........

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Gadis Sabah terima ijazah Sarjana di UK pakai baju Etnik Murut jadi perhatian dunia

Gadis Sabah terima ijazah Sarjana di UK pakai baju Etnik Murut jadi perhatian dunia. Seorang pelajar yang berasal dari Sabah telah menggayakan busana tradisional etnik Murut Nabai sewaktu majlis konvokesyennya.

Bukan kejar pubIisiti, Nur Liyana bangga bergaya busana Murut Nabai di rantau orang.

Demikian tutur Nur Liyana Razali, 26, gadis keturunan Murut yang tular di media sosiaI lantaran mengenakan pakaian tradisional Sabah ketika majlis konvokesyennya di United Kingdom (UK) baru-baru ini.

BERBUSANA TRADISIONAL TERIMA IJAZAH

Musim konvokesyen kini bukan hanya dilangsungkan di Malaysia tetapi juga di universiti seluruh dunia. Pelbagai kisah unik mengenai para graduan tempatan.

Gadis Sabah terima ijazah Sarjana di UK pakai baju Etnik Murut jadi perhatian dunia

Gadis yang dikenali sebagai Nur Liyana Razali ini telahpun menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari University of Manchester di United Kingdom. Menariknya,gadis berketurunan Brunei-Murut ini menjadi tular setelah fotonya berpakaian tradisional yang bercorak ‘linangkit’ pada hari majlis tersebut telah mencuri perhatian warganet terutamanya dari Sabah.

Sudah tentu saya gembira dapat menerima segulung Ijazah Sarjana. Namun kenangan itu lebih manis apabila saya dapat mempamerkan kebudayaan Sabah di Borneo suku Murut daripada keturunan sebelah ibu saya,” jelas anak sulung daripada tiga adik-beradik ini. Sambil itu, Liyana turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama masyarakat di Sabah yang memberikan galakan kepadanya setelah dia tuIar.

Sabahan graduand in ethnic Murut dress at UK convo steals the show – IIUM  Today

Kongsi Nur Liyana, sebab utama dia mengenakan pakaian tradisi wanita dari suku kaum Murut itu adalah untuk mempamerkan tradisi dan kebudayaan masyarakat Sabah di negara asing.

Nur Liyana sepatutnya menerima ijazah pada 2020 tetapi ia terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik C0v!d-19. Nur Liyana kini dilaporkan bertugas sebagai seorang pelatih pengurusan di syarikat Nestle Malaysia, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, terdapat lebih kurang 33 etnik di Sabah yang telah dikenalpasti. Selain itu, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 diaIek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang pelbagai, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih ditutur secara meluas di sana.

........
Komen: ........

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

1,000 orang muflis dalam sebulan

PETALING JAYA:
Sekurang-ku­rangnya 1,000 rakyat Malaysia dianggarkan muflis setiap bulan kerana tidak mampu melangsaikan hutang sejak kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata, kesan pandemik Covod-19 masih terasa dan kenaikan OPR memudaratkan lagi keadaan rakyat.

“Kebanyakan rakyat yang terkena tempias adalah yang bergaji sederhana dalam kelompok RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dan yang mempunyai keluarga yang besar.

“Hampir semua golongan umur termasuk dalam kategori yang boleh diisytiharkan muflis terutamanya usia antara 20 tahun hingga 50 tahun yang memiliki rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), BNM membuat keputusan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, iaitu kenaikan kali keempat berturut-turut tahun ini.

Berikutan kenaikan terbaharu itu, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.

Rosland berkata, kadar muflis dapat dikurangkan di Malaysia sekiranya pegawai bank mengambil inisiatif ke arah langkah tersebut.

“Mengapa pegawai bank enggan melakukan perundi­ngan dan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak yang terlibat serta sama-sama mencari solusi.

“Semasa melakukan pemasaran bagi pinjaman, ba­nyak promosi yang ditawarkan tetapi bila tidak dibayar, bank tidak ambil peduli untuk berunding.

“Ini adalah kelemahan pegawai bank sendiri kerana tidak pernah turun padang dan bertanya kepada peminjam masalah yang dihadapi dan bagaimana boleh dibantu,” katanya.

Rosland berkata, beliau sen­diri menerima 10 hingga 15 panggilan telefon setiap hari dan ini tidak termasuk pegawai-pegawai yang lain.

Katanya, kebanyakan me­ngadu nasib dan meminta nasihat, ada juga yang hampir bunuh diri kerana tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi disebabkan hutang.

“Dijangka keadaan akan le­bih teruk sekiranya OPR naik ke 3.00 peratus pada Januari 2023, sudah pasti lebih ramai akan diisytiharkan muflis.

“Saya akan berjuang sehabis mungkin untuk membantu rak­yat kerana saya percaya setiap permasalahan pasti ada solu­sinya,” ujarnya. – UTUSAN

Komen: ........

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Ibu terkejut anak 14 tahun lahirkan anak

BALING:
Seorang ibu terkejut apabila mendapati anaknya yang berusia 14 tahun sarat mengandung selepas dibawa ke hospital selepas remaja berkenaan mengadu sukar membuang air besar, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah dibawa ibunya ke Hospital Baling namun wanita berusia 40-an itu terkejut apabila doktor memberitahu anaknya mengandung dan bakal melahirkan anak.

Selepas dua jam dimasukkan ke hospital, doktor memaklumkan kepada ibunya yang remaja perempuan terbabit disahkan selamat melahirkan bayi perempuan cukup sifat.

Menurut sumber, ibu pelajar berkenaan yang masih terkejut dengan keadaan itu kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki yang anaknya menjadi mangsa rogol sehingga hamil dan melahirkan anak.

"Hasil keterangan yang diambil, wanita terbabit memberitahu anaknya mengadu tidak boleh membuang air besar sebelum dia melihat darah turun di kaki remaja terbabit ketika berada di rumah mereka.

"Wanita itu juga mendakwa dia sebelum ini menyedari perubahan bentuk fizikal badan anaknya itu sejak tiga bulan lalu namun remaja berkenaan menafikan dia hamil dan hanya memberitahu berat badannya naik," katanya.

Sumber berkata, ketika kejadian wanita terbabit juga ada mendakwa yang dia melihat cecair jernih atas tilam di ruang tamu tempat tidur anaknya namun remaja itu memberitahu yang dia terkencing.

"Bagaimanapun, wanita terbabit yang bimbang selepas melihat darah yang meleleh di paha anaknya terus membawa remaja berkenaan ke hospital.

"Ketika tiba di hospital ibu pelajar itu baru mengetahui yang anaknya sudah sarat dan selamat melahirkan bayi perempuan," katanya.

Menurut sumber, susulan daripada laporan polis itu polis mengambil keterangan daripada pelajar berkenaan dan dia mendakwa ada melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia 20-an yang juga tinggal di kampung sama dengannya.

"Mangsa mendakwa dia ada melakukan hubungan seks dengan rela sebanyak tiga kali bersama dua lelaki terbabit sejak Februari lalu selepas mengenali mereka melalui rakan perempuan di sekolahnya.

"Remaja itu bagaimanapun mendakwa dia mengesyaki anak yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan seorang daripada lelaki terbabit kerana mendakwa mereka kerap melakukan hubungan seks selepas itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan masih dijalankan.

"Setakat ini, kita masih mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit," katanya.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Bayi baru lahir ditinggalkan dalam kotak di hentian bas

PENDUDUK di sekitar Jalan SB Indah 2, Seri Kembangan gempar apabila seorang bayi lelaki dipercayai dibuang di hentian bas berhampiran sebuah pangsapuri di Serdang hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, bayi berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan sebelum ditinggalkan di hentian bas terbabit.

“Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima maklumat daripada MERS 999 Call Cars hari ini di mana pengadu seorang lelaki tempatan memaklumkan telah menjumpai seorang bayi.

“Siasatan awal mendapati bayi lelaki berkenaan ditinggalkan dalam sebuah kotak berwarna coklat di hentian bas berhadapan Pangsapuri Sungai Besi Indah, Seri Kembangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan individu yang meninggal bayi malang terbabit di hentian bas berkenaan sedang giat dijalankan pihaknya.

“Usaha untuk mengesan saksi bebas serta kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang dijalankan.

“Bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” ujar beliau, lapor Sinar Harian.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

20 lelaki berpakaian wanita ditahan

KUALA LUMPUR
: Seramai 20 lelaki ditahan kerana berpakaian wanita dan dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan, di sini, malam tadi.

Turut ditahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Dang Wangi dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 10 malam hasil maklumat awam.

"Ketika serbuan, terdapat 62 pelanggan terdiri 53 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 19 hingga 57 tahun berada di dalam premis itu.

Antara pengunjung termasuk lelaki yang berpakaian wanita ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan di sini, malam tadi. - Foto ihsan polis

"Hasil pemeriksaan ke atas semua pelanggan, dua lelaki berusia 27 dan 29 tahun didapati positif dadah jenis THC dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sejumlah 20 lelaki lagi berusia antara 22 hingga 34 tahun yang berpakaian wanita ditahan dan dibawa pihak JAWI bagi siasatan di bawah Seksyen 28, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997," katanya.

Noor Dellhan berkata, polis akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti kelab yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

"Semua pusat hiburan dalam daerah Dang Wangi, yang melakukan kesalahan berkaitan jenayah, narkotik dan beroperasi lebih masa tidak akan terlepas daripada pemantauan dan risikan yang dijalankan pihak polis," katanya.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

'Arwah isteri sangat teruja nak lihat saya pakai jubah konvo'

Kuala Lumpur:
"Saya hanya mahu menunaikan hasrat arwah isteri yang mahu melihat saya memakai jubah konvokesyen biarpun hakikatnya dia sudah tiada di dunia ini," kata Erman Mahrilar.

Erman, 47, berkata, isterinya, Raja Marzuin Raja Baharudin, 39, meninggal dunia pada 20 Ogos tahun lalu kerana jangkitan kuman.

Kisah Erman yang menziarah kubur arwah isteri, Raja Marzuin mendapat perhatian warganet selepas dikongsinya di TikTok, baru-baru ini.

Menurutnya, dia menghadiri konvokesyen pada September lalu tanpa kehadiran insan tersayangnya itu selepas menamatkan pengajian Diploma Pengurusan Pentadbiran.

"Isteri memang semangat mahu melihat saya memakai jubah konvokesyen hingga mahu menempah pakaian khas untuk dipakai pada majlis itu tetapi hasratnya tidak kesampaian.

"Sepatutnya majlis diadakan tahun lalu tetapi kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkannya tertangguh hingga tahun ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

GAMBAR kenangan Erman bersama arwah isteri, Raja Marzuin. FOTO Ihsan Erman Mahrilar.
GAMBAR kenangan Erman bersama arwah isteri, Raja Marzuin. FOTO Ihsan Erman Mahrilar.

Dia yang juga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor itu berkata, selepas tamat majlis di Shah Alam, dia segera ke kubur isteri di Bangi untuk merakam kenangan.

"Saya sangat bersyukur pihak pengurusan majlis membenarkan saya membawa pulang jubah itu. Apabila sampai di kubur saya minta adik rakam hanya untuk kenangan dan perasaan terus sebak kerana teringat kenangan kami dan hasratnya itu.

"Tak sangka juga video itu tular tetapi ia bukan untuk menagih simpati atau menunjuk kerana ia hanya untuk kenangan saya sahaja," katanya.

Katanya, banyak kenangan yang dicipta bersama isteri walaupun hanya tiga tahun melayari bahtera perkahwinan termasuk isteri sanggup menemani mengulang kaji pelajaran dan membantunya.

"Isteri memang setia temankan saya belajar, ikut kelas dalam talian dan membuat persediaan ujian akhir sehingga jam 3.30 pagi.

"Sepanjang tempoh belajar tidak mudah untuk saya membahagikan masa kerana mempunyai tugas hakiki tetapi isteri sentiasa memberikan semangat dan banyak membantu," katanya yang tidak mempunyai anak dengan arwah isterinya.

Bercerita lanjut, Erman berkata, selepas isterinya meninggal dunia dia sudah tidak tinggal di rumah mereka di Semenyih.

Katanya, tugas sebagai ketua bot ronda memerlukannya berada di laut selama beberapa hari dan apabila cuti dia akan balik ke rumah ibu bapanya di Alor Gajah, Melaka.

"Rumah di Semenyih hanya datang sesekali saja kerana saya masih belum kuat mahu tinggal di rumah yang banyak kenangan bersama arwah," katanya.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Lelaki kurang siuman mengamuk atas bumbung rumah

MELAKA:
Polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang mengamuk dan membawa parang serta pisau di atas bumbung dalam kejadian di rumah sewanya di Bukit Tempayan, Tanjung Keling di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam insiden pada kira-kira 11.30 pagi itu, suspek yang berusia 37 tahun telah bertindak menumbuk bahagian mata isteri selain memarahi anak-anaknya.

"Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk meminta anak-anak lelaki itu memujuk bapa mereka untuk turun tetapi suspek tidak mengendahkannya dan terus merapu-rapu di atas bumbung.

"Suspek tetap enggan memberi kerjasama walaupun usaha memujuk turut dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka selain bertindak agresif dengan memaki hamun anggota polis yang cuba memujuk dia," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata berlaku pergelutan antara anggota polis dengan suspek yang agresif ketika cuba ditangkap menyebabkan beberapa keping atap jenis asbestos pecah namun dia akhirnya berjaya digari sebelum dibawa turun dengan bantuan anggota bomba pada kira-kira 1.40 tengah hari.

"Berdasarkan keterangan mangsa yang berusia 38 tahun, suaminya merupakan pesakit mental dan telah beberapa kali mendapat rawatan psikiatrik di Hospital Melaka selain difahamkan lelaki itu telah lama enggan makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

"Mereka telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai tiga anak berusia antara 10 hingga 13 tahun selain sudah menyewa di rumah itu lebih lima tahun lalu dengan kadar sewaan RM300 sebulan," katanya sambil menambah suspek dihantar ke Hospital Melaka kerana cedera di kening dan beberapa bahagian badan akibat pergelutan itu.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Penuntut IPT telefon JKM maklum pembuangan bayi ditahan polis

ARAU:
Polis menahan seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), hari ini, berhubung kes penemuan bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan yang dibalut dengan plastik hitam di depan sebuah gerai berhampiran Taman Seri Wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Wari Kiew, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi itu sekitar 9.10 pagi tadi, dalam keadaan masih bertali pusat.

“Hasil siasatan awal mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis juga telah menerima panggilan daripada seorang wanita (suspek) yang memaklumkan telah meninggalkan seorang bayi berdekatan kawasan berkenaan.

“Wanita itu juga telah meninggalkan nombor telefon setelah dipujuk oleh pihak JKM,” katanya ketika dihubungi.

Wari berkata, selepas menerima panggilan itu, JKM Perlis bergegas ke lokasi terlibat dan menemui seorang bayi masih bertali pusat dibalut dengan plastik hitam.

Beliau berkata, pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) turut ke lokasi berkenaan dan membawa bayi tersebut ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Bayi itu dilaporkan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Terharu terima rumah selepas 20 tahun tinggal dalam kereta

KUALA LUMPUR:
"Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas keprihatinan, rumah yang dapat ini cukup selesa, lengkap dengan alat kelengkapan rumah seperti orang sudah berkeluarga," luah bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohd Redzuan Abdullah, 60, yang kisahnya tinggal dalam kereta sejak 20 tahun lalu mendapat perhatian pemimpin nombor satu negara itu, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media hari ini selepas menerima kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menyerahkan surat tawaran penyewaan sebuah unit Perumahan Awam Seri Johor 4C, Cheras.

Mohd Redzuan atau mesra dipanggil Pak Wan berkata, beliau tidak menyalahkan sesiapa mengenai nasibnya yang terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan menjadikan sebuah kereta di belakang bangunan kedai serbaneka di Taman Sungai Besi, di sini, sebagai kediaman.

"Kalau kita bersangka baik, Tuhan akan beri yang baik...disebabkan duduk seperti ini tidak buat masalah, tolong jaga kebersihan tempat ini dan tidak mengharapkan bantuan, hari ini dapat rumah yang selesa," katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu proses pemindahan veteran ATM itu secepat mungkin dan beliau tidak perlu membayar sewa bulanan rumah selama setahun.

"Begitu juga dengan tambahan peralatan rumah untuk beliau (Mohd Redzuan), ini semua akan diuruskan sebaiknya. Insya-Allah akan ada kawan kita yang dermawan membantunya," katanya.

Mohd Redzuan yang berkhidmat selama 17 tahun dalam ATM menyara kehidupannya dengan membaiki kenderaan di kawasan sekitar Sungai Besi dan kereta Volvo yang menjadi 'kediamannya' selama 20 tahun itu diberikan pelanggannya.

Pada 28 Mei lalu, Ismail Sabri yang diwakili Setiausaha Politiknya, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad melawat Mohd Redzuan dan mahu pesara itu diberikan sebuah rumah transit dalam masa terdekat dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.

– BERNAMA

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Menteri nasihat Aliff Syukri tarik balik video kontroversi

PUTRAJAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkaitan video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Idris berkata, sekiranya berpeluang beliau mahu bertemu mata dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang pelbagai perkara.

Katanya, beliau terpanggil untuk mengulas isu itu kerana ketika ini umat Islam sedang mengejar 10 malam terakhir Ramadan.

Katanya, terdapat perdebatan agak panas dalam kalangan rakyat terhadap klip video berkenaan yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

"Pastinya ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal selepas kita menempuh ujian dan tarbiyah di bulan Ramadan," katanya dalam kenyataan di Facebook (FB) hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Aliff Syukri menerima kecaman ramai apabila klip video lagu Kelepok Raya yang tidak bersesuaian dengan sambutan Syawal.

Idris berkata, beliau turut mengambil peluang mengajak semua umat Islam menjaga sensitiviti perkara berkaitan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

Menurutnya, negara baru saja pulih daripada bala Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Katanya, peluang dan rezeki yang Allah berikan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengajak umat Islam kepada perkara lebih takutkan Allah serta menjaga tingkah laku.

"Saya menasihatkan dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ditetapkan hanya untuk tatapan peribadi," katanya.

Idris berkata, beliau yakin hati lebih lapang jika patuh pada ajaran dan nilai agama malah Allah akan melapangkan lagi rezeki.

Katanya, beliau menyeru seru semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama.

"Dengan penuh rendah diri dan kasih sayang saya kepada semua saudara seIslam, semoga nasihat ini adalah kerana Allah dan biarlah Allah sahaja yang menentukan segala aturan kebaikan kepada hamba-Nya," katanya.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Ras Adiba serah memorandum tamat lantikan Syed Azmi pada PM

Senator Ras Adiba Radzi menyerahkan memorandum menggesa perlucutan jawatan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi sebagai penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) Kuala Lumpur dan ahli pemegang amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Berkongsi perkara itu di Instagram hari ini, Ras Adiba yang mewakili komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Dewan Negara mengulangi bahawa isu berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana terdapat "konflik kepentingan".

"Ia adalah konflik kepentingan, kerana Syed Azmi adalah penasihat dan pengasas bersama Rumah Bonda," katanya.

Ras Adiba juga mengalu-alukan pembentukan jawatankuasa kabinet untuk melindungi OKU, warga emas dan kanak-kanak yang akan dipengerusikan Ismail Sabri.

Ras Adiba sebelum ini menyatakan sokongan terbukanya kepada memorandum yang diusahakan sekumpulan aktivis kanak-kanak yang turut memulakan petisyen secara dalam talian mendesak pelucutan jawatan Syed Azmi.

Petisyen itu kini mempunyai lebih 112,000 penandatangan.

Jelas presiden OKU Sentral itu terdapat isu integriti dan percanggahan kepentingan melibatkan Syed Azmi, yang juga merupakan pengasas bersama Rumah Bonda, di mana seorang remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella sebelum ini ditempatkan.

Kes Bella tular di media sosial tahun lepas selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.

Susulan itu, pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di Kuala Lumpur antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Anugerah Akademi lancar 'siasatan rasmi' terhadap Will Smith

Pihak Akademi 'mengutuk' tindakan Will Smith menampar Chris Rock ketika majlis anugerah berlangsung Ahad malam. -Reuters

TINDAKAN Will Smith menampar muka pelawak Chris Rock ketika majlis anugerah Oscars pada Ahad diselar penganjur acara gemilang itu.
Pihak Anugerah Akademi memaklumkan akan melancarkan siasatan rasmi terhadap pelakon itu susulan tindakannya yang disifatkan keterlaluan, lapor The Telegraph.
Academy of Motion Picture Arts and Sciences mengeluarkan kenyataan rasminya pada Isnin berikutan insiden itu.
"Pihak Akademi tidak menggalakkan keganasan dalam apa jua bentuk.
"Kami secara rasmi telah memulakan siasatan rasmi terhadap kejadian itu dan akan melihat tindakan selanjutnya mengikut undang-undang kecil, tatakelakuan, dan undang-undang California," tulis kenyataan itu.
Will Smith naik ke pentas ketika majlis penyampaian anugerah yang turut disiarkan di seluruh dunia pada Ahad malam dan menampar Chris Rock susulan gurauan pelawak itu mengenai isterinya.
Majlis seakan terhenti seketika apabila rata-rata hadirin dan penonton tergamam melihat situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah anugerah berprestij itu.
Tidak sampai sejam kemudian, Smith kembali ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Terbaik dalam filem "King Richard".
Walaupun ada suara-suara yang menyokong tindakan disifatkan 'gentleman' oleh Will Smith, namun tidak kurang juga kalangan peminat juga penggiat di Hollywood yang mencadangkan Will Smith dilucutkan daripada menerima anugerah itu.
Penerbit "The Last Samurai dan Blood Diamond" Marshall Herskovitz dalam twitnya menyelar tindakan Will Smith.
“Saya menyeru kepada pihak Akademi, di mana saya adalah ahli, untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Will Smith.
"Dia memalukan seluruh masyarakat kita malam ini.”
Pelakon "Star Wars" Mark Hamill menggelarkan situasi janggal itu sebagai "momen Oscar paling hodoh pernah terjadi".
Pelawak Kathy Griffin pula berkata: "Biar saya beritahu anda sesuatu, itu satu perilaku yang sangat buruk untuk naik ke atas pentas dan menyerang seorang pelawak secara fizikal."
Whoopi Goldberg, seorang lagi ahli Akademi, berkata: "Mereka tidak akan tarik balik Oscar itu daripadanya.
"Akan ada akibat daripada tindakannya, saya pasti, tetapi saya tidak fikir itu yang akan mereka lakukan."
Majlis anugerah tahunan ke-94 itu dilanda kontroversi apabila Will Smith naik ke atas pentas dan menampar Chris Rock selepas pelawak itu bergurau tentang rambut isteri Will Smith, Jada Pinkett.
Jada Pinkett didiagnos menghidap alopecia, satu masalah keguguran rambut, yang mendorongnya membotakkan kepalanya.
Kejadian itu membuatkan Chris Rock kelihatan terkejut dan tergamam seketika ketika dia cuba meneruskan semula majlis.
Will Smith ketika menerima anugerah Pelakon Terbaik memohon maaf kepada Akademi dan rakan-rakan, namun langsung tidak menyebut nama Chris Rock.
Sumber | AstroAwani

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo