NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

THE WEEKND, PENJAJAHAN DAN NORMALISASI BUDAYA?

Antara lagu yang dinyanyikan oleh The Weeknd, penyanyi daripada Canada di Malaysia baru-baru ini adalah lagu “Often”. 

Antara liriknya adalah begini:-

🟄“In my city I'm a young god
That pus*# kill be so vicious
My god white, he in my pocket
He get me redder than the devil 'til I go nauseous
She asked me if I do this every day, I said, "Often"
Asked how many times she rode the wave, not so often (baby)

Bitches down to do it either way, often
Baby, I can make that pus*# rain, often
Often, often, girl, I do this often
Make that pus*# poppin', do it how I want it
Often, often, girl, I do this often
Make that pus*# poppin', do it how I want it
Often”🟄

Ya, sangat menggelikan. Lucah, tidak beradab, lirik yang hitam (dark) dan membawa unsur-unsur seksual tanpa batas. 

Konsert The Weeknd dihadiri ribuan penonton. Ramai peminat di Malaysia. Saya pun hairan daripada mana.

Persembahan beliau yang bersifat “dark” menimbulkan kontroversi. Patung wanita telanjang, karya Hajime Sorayama menghiasi pentas. Hajime terkenal dengan patung wanita telanjang, kononnya atas nilai artistik.

Kemudian penari berjubah merah. Dengan percikan api. Seolah-olah ritual penyembahan. 

Tengok pula lirik lagu “Lost in the fire” ini:-

🟄“I wanna fu*# you slow with the lights on (lights on, lights on, lights on)
You're the only one I've got my sights on (sights on, sights on, sights on)
Type of sex you could never put a price on (price on, price on, price on)
I'll take it off, you're the one I'll roll the dice on (dice on, dice on, dice on)
And I just want a baby with the right one
(I just want a baby with the right)
'Cause I could never be the one to hide one
(I could never be the one to hide)”🟄

Dan lirik lagu “Wicked Games” ini:-

🟄“Bring your love, baby, I could bring my shame
Bring the drugs, baby, I could bring my pain
I got my heart right here
I got my scars right here
Bring the cups, baby, I could bring the drank
Bring your body, baby, I could bring you fame
And that's my motherfuc*#ng words too
Just let me motherfu*#ng love you”🟄

Kombinasi persembahan pentas yang “dark”, patung wanita telanjang yang erotik, dan lirik-lirik lagu lucah dan berunsur budaya negatif ini membawa hanya satu kesimpulan.

Ia bukan lagi hedonistik, ia penjajahan budaya yang sangat berat. 

Benar, Malaysia tidak boleh menolak hiburan. Kononnya sebelum ini yang dikatakan melonggarkan kebenaran konsert adalah akan bertumpu kepada persembahan kebudayaan tradisional.

Namun, yang menikmati kelonggaran itu adalah penjajahan budaya. Buruk sifatnya.

Kerajaan perlu segera bertindak. Siasatan sedang dijalankan. Namun tindakan yang lebih penting ialah merangka dasar hiburan dengan penguatkuasaan yang jelas.

Sudah-sudahlah tenggelam dalam budaya sesat ini hanya atas nama pembangunan ekonomi dan penjanaan pendapatan lumayan.

Bukankah rukun negara ialah “kesopanan dan kesusilaan”?

DR YUSFARIZAL YUSSOFF
Ketua Penerangan
PAS Selangor


Sampai Kiamat Pun Saifuddin Nasution Tak Akan Terangkan Isu Shuhaily

ULASAN | Sampai Kiamat Pun Saifuddin Nasution Tak Akan Terangkan Isu Shuhaily

Minggu lepas, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution kata kementerian dia sudah buat keputusan nak tamatkan penugasan Shuhaily kat Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan hantar dia balik ke pasukan polis.

Tapi beberapa hari lepas itu, alih-alih Shuhaily telah masuk kerja balik sebagai Ketua Pengarah AKPS seperti biasa.

Kalau kita pelik kenapa menteri cakap lain minggu lepas, tapi minggu ni lain pula yang jadinya, bukan kita saja yang tertanya tanya.

Peguam Shuhaily, Rafique Rashid Ali kata, anak guam dia akan teruskan tugas di AKPS sebab sampai sekarang anak guam dia tak dapat apa-apa surat rasmi dari Kementerian Dalam Negeri pasal pertukaran balik ke pasukan polis.

Bukan Itu saja, Rafique siap gesa Saifuddin supaya perjelaskan status Shuhaily, sebab kenyataan awal menteri tu cuma buat orang ramai makin konfius.

"Orang ramai dah mula persoal kenapa menteri cakap lain, tapi apa yang jadi kat luar lain pulak. Saifuddin patut jelaskan benda ni sebab dia dah timbulkan pelbagai spekulasi," kata Rafique.

Jadi, agak-agak bila Saifuddin akan bagi penjelasan ?

Jawapan pendek saya ialah jangan harap lah Saifuddin akan bagi penjelasan.

Sampai sekarang pun  Saifuddin belum  jelaskan macam mana 6-7  pemain bola sepak asing boleh dapat kewarganegaraan Malaysia, padahal mereka langsung tak lepas syarat nak dapat taraf warganegara.

Kalau isu pemain naturalisasi tu pun dia tak pernah bagi penjelasan yang munasabah, apa peluangnya untuk dia terangkan isu ni pulak?

Bila saya lihat gelagat Menteri Menteri Madani ini, saya rasa macam lebih baik kalau kita lupakan saja lah niat nak dengar menteri-menteri Madani ni bagi penjelasan pasal apa-apa isu pun.

Kita tak  payah nak sibuk tanya kenapa Anthony Loke pergi China jalankan tugas menteri pengangkutan lepas dia kata nak letak jawatan, Dan lepas tu balik dari China dan terus tak jadi letak jawatan.

Lupakan jugaklah harapan nak dengar Menteri Sumber Manusia, Ramanan, jelaskan kenapa dia tak saman Rafizi — padahal Anwar sendiri kata kat Parlimen yang Ramanan akan saman Rafizi.

Jangan tanya kenapa Menteri Pendidikan, Fadhlina  terkial-kial nak buat keputusan pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berapa sekolah patut tutup — padahal dah bertahun-tahun dah kita pakai IPU tu untuk tahu tahap udara itu sihat ke tak sihat.

Jadi tak payah lah kita tunggu  bila lah  Saifuddin akan jelaskan kenapa dia umum satu benda minggu lepas, dan benda lain pula jadinya minggu ini.

Kerajaan Madani kita ni memang takkan boleh terangkan kenapa benda yang depa cakap tak jadi kenyataan, sebab depa sendiri pun  tak tahu kenapa depa cakap benda tu dari awal lagi.

Daripada memberi penjelasan, ni apa yang aku rasa Saifuddin akan buat:

Dia akan senyap  untuk beberapa minggu. Bila isu ni dah basi, baru dia akan muncul balik dan buat-buat macam tak ada apa-apa yang terjadi.

Kalau tak pun, hari ni atau esok dia akan buat pengumuman pasal isu lain yang langsung tak ada kaitan, semata-mata nak tunjuk pada kita  yang dia tengah buat kerja macam biasa dan tak terkesan sikit pun dengan apa yang terjadi.

Memang ni pun *standard operating procedure* menteri Madani bila timbul isu kantoi atau masalah.

Sama ada depa ghaib terus dari pandangan umum sampai ribut reda, atau depa berlakon macam tak ada apa-apa berlaku.

Pasal penjelasan tentelang kesilapan atau kontroversi depa pulak? Sampai Kiamat pun kita tak akan dapat pencerahan.

#KerajaanMadani #SaifuddinNasution #AKPS #Shuhaily #AnthonyLoke #Ramanan #FadhlinaSidek #AkuntabilitiKerajaan #PolitikMalaysia #TheRealNehruism

Yusoff Rawther Sudah Bebas, Tetapi Persoalan Perangkap Masih Belum Terjawab

Pada 12 Jun 2025, selepas lebih sembilan bulan ditahan tanpa jamin di Blok Hukuman Mati Sungai Buloh, Muhammad Yusoff Rawther dibebaskan daripada pertuduhan dadah dan pistol tanpa dipanggil membela diri.

Keadaannya ketika keluar mahkamah cukup menceritakan segalanya. Daripada seorang atlet CrossFit yang tegap, dia keluar dalam keadaan kurus kering seperti tinggal tulang — wajah kosong, tubuh kaku dan jelas masih terkesan selepas berbulan-bulan hidup dalam ketidakpastian serta bayang-bayang hukuman mati.

Reman tanpa jamin bukan perkara kecil. Ia sendiri boleh menjadi hukuman mental, emosi dan sosial.

Namun lebih setahun selepas dia dibebaskan, persoalan utama masih belum terjawab.

Bagaimana dadah dan pistol itu boleh berada dalam keretanya?

Siapa “informant” yang menelefon polis pada jam 5 pagi sebelum serbuan dibuat kira-kira sejam kemudian? Mengapa identitinya masih tidak diketahui?

Dan adakah polis sudah menyiasat dakwaan Yusoff di mahkamah yang mengaitkan PMX dan seorang ikon perniagaan muda sebagai pihak yang didakwanya berada di sebalik perangkap tersebut?

Kenapa langsung tiada perkembangan dari pihak berkuasa berkenaan isu ini?

Yusoff sudah dibebaskan lebih setahun. Tetapi adakah dia benar-benar sudah mendapat keadilan?

Soalan ini masih wajib dijawab.

Kerana hari ini kita melihat Yusoff.
Esok, bawah Madani ini ia boleh berlaku pada sesiapa.
----
Surat tulisan tangan asal Yusoff, yang ditulisnya ketika dalam penjara dan kemudian dibacakan di mahkamah, saya letakkan di ruangan komen:

Yang Arif, saya tidak bersalah.

YA, nama saya MYR. Saya berumur 31 tahun. Saya seorang atlet crossfit dan merupakan ahli generasi keempat daripada sebuah keluarga yang telah lama bertapak. Kehidupan saya hanya berkisar kepada keluarga, kerja dan latihan. 

Saya tidak pernah menyimpang daripada jalan itu. Saya tidak pernah terlibat dalam sebarang kegiatan haram atau pernah melakukan jenayah sepanjang hidup saya.

Saya sedang difitnah secara zalim oleh pihak berkuasa dan didakwa secara jahat. Kempen sewenang-wenangnya ini adalah satu bentuk penindasan dan pembalasan dendam terhadap seorang rakyat Malaysia yang tidak bersalah. 

YA, tuduhan yang direka-reka ini adalah satu tindakan balas dendam terhadap saya kerana bercakap benar.

Saya ditangkap seminggu selepas memfailkan senarai saksi dalam saman saya terhadap XXXX XXXXXXX atas dakwaan menyerang saya secara seksual - suatu tindakan yang telah menafikan hak perlembagaan saya. 

Saya kini merana dalam penjara, menjadi rakyat Malaysia pertama yang ditahan reman secara pengasingan dan ditempatkan di BA, kononnya demi keselamatan saya. Tekanan dan penderitaan yang saya alami amat dahsyat dan sukar digambarkan.

YA, saya benar-benar tidak bersalah. Saya telah mengalami serangan seksual oleh seseorang yang dahulu saya hormati, dipukul, dicederakan, diugut untuk diperangkap dan dibunuh, difitnah, diekori dan diganggu selama dua tahun - dan kini, saya telah difitnah pula.

YA, Mahkamah Yang Mulia ini mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan kuasanya yang besar demi melindungi saya daripada kejahatan-kejahatan pengecut ini. 

YA hanya wujud demi menegakkan keadilan. Maka itu, melengahkan keadilan adalah satu bentuk penafian terhadap keadilan.

Mahkamah yang mulia ini, dengan kebijaksanaan tidak terhingga, mesti mengutamakan pencapaian keadilan berbanding kepatuhan buta terhadap kerenah birokrasi. 

Dalam semangat itu, YA, saya merayu dan memohon dengan rendah hati tetapi tegas agar Mahkamah Yang Mulia ini memulakan perbicaraan dengan segera dan memberikan saya keadilan pada masa sekarang.

Segala yang kurang daripada itu adalah satu kezaliman. 

Terima kasih, YA.

Wayang 'U-Turn' Britain: Kata Tak Mahu Perang, Tapi Kenapa Jadi Landasan Maut Amerika?

Sejak beberapa hari ini, ruang udara negara Britain tiba-tiba menjadi sangat sibuk dengan deruman enjin pesawat-pesawat gergasi.

Satu demi satu video amatur mula bertebaran di media sosial menunjukkan pendaratan pesawat tentera di pangkalan udara RAF Fairford di Gloucestershire.

Ini bukanlah pesawat pejuang biasa yang selalu kita lihat di dalam filem.

Washington telah menerbangkan pesawat pengebom strategik gergasi jenis B-1 Lancer dan juga pengebom B-52 buatan mereka.

Untuk makluman tuan-puan, sebuah pesawat B-1 Lancer ini mampu mengangkut sehingga 24 buah peluru berpandu jelajah yang boleh meratakan satu bandar dalam sekelip mata.
Turut sama mendarat adalah pesawat-pesawat kargo gergasi Boeing C-17 Globemaster yang sarat membawa bekalan persenjataan berat.

Bila melihat pergerakan ketenteraan skala besar ini, pasti ramai penganalisis akan tersenyum sinis dan bertanya satu soalan cepumas.

Bukankah beberapa hari lepas, Perdana Menteri Britain bermati-matian menolak pelawaan Amerika Syarikat untuk menyertai peperangan di Timur Tengah?

Bukankah kerajaan Britain berkeras tidak mahu membenarkan pangkalan mereka di Eropah dan di Pulau Diego Garcia digunakan untuk menyerang wilayah Iran?

Kenyataan berani Britain pada waktu itu sampai membuatkan presiden di Washington mengamuk sakan kerana pelawaannya ditolak mentah-mentah.

Jadi, apa sudah jadi sekarang?

Adakah Britain sudah menelan kembali kata-kata mereka dan rasmi menyertai perang ini?

Mari kita bedah isu 'U-Turn' memalukan ini dengan cermin mata realpolitik dan buang jauh-jauh segala propaganda media Barat.

Hakikat yang paling pahit untuk ditelan oleh rakyat Britain pada hari ini adalah, negara mereka bukanlah sebuah kuasa besar yang merdeka.

Di atas kertas mereka nampak gah, tetapi di pentas geopolitik sebenar, mereka hanyalah sekadar rakan kongsi junior atau 'adik kecil' kepada empayar Amerika Syarikat.

Bila 'Abang Long' di Washington sudah mula naik angin dan memberi tekanan diplomatik yang luar biasa, 'adik kecil' di London terpaksa melutut dan tunduk akur.

Mereka tiada pilihan selain memberikan lampu hijau untuk pesawat-pesawat pengebom Amerika ini menjadikan tanah air mereka sebagai landasan maut.

Tetapi, ahli politik Barat ini sangat licik dalam bermain dengan permainan perkataan dan putar belit naratif.

Untuk mengelakkan rakyat mereka sendiri merusuh di jalanan, kerajaan Britain mencipta satu alasan yang sangat kelakar.

Mereka memberitahu rakyat mereka bahawa persetujuan ini bukanlah bermaksud Britain menyertai peperangan secara rasmi.

Sebaliknya, ia kononnya hanyalah satu operasi "defensif" atau operasi bertahan bagi melumpuhkan tapak-tapak peluru berpandu balistik di dalam wilayah Iran.

Cuba tuan-puan fikirkan menggunakan logik akal darjah enam.

Adakah perbuatan menerbangkan pesawat pengebom yang dipenuhi puluhan peluru berpandu jelajah ke dalam wilayah kedaulatan negara lain dikira sebagai tindakan bertahan?

Itu adalah tindakan pencerobohan dan deklarasi perang secara terang-terangan!

Inilah hipokrasi dan wajah sebenar negara-negara proksi Barat yang selama ini kononnya menjadi juara hak asasi manusia.

Mereka melaungkan slogan keamanan di bibir, tetapi dalam masa yang sama mereka menyewakan halaman rumah mereka kepada pembuli dunia untuk membakar negara orang lain.

Laporan perisikan terbaru juga menyebut bahawa pesawat-pesawat B-1 Lancer ini telah pun mula berlepas dari Britain untuk menjalankan kempen pengeboman mereka.

Bermakna, tangan kerajaan Britain kini rasmi berlumuran dengan darah dan mereka telah pun terseret secara langsung ke kancah peperangan ini demi menyelamatkan rejim Isbiol.

Tuan-puan, pengajaran paling besar yang boleh kita ambil dari kisah pendaratan pesawat pengebom ini adalah tentang erti kedaulatan sebenar.

Jika kita terlalu bergantung harap kepada perlindungan negara kuasa besar, akan tiba satu hari nanti di mana kita terpaksa menggadaikan prinsip negara kita sendiri demi memuaskan nafsu sang penjajah.

Tajamkan minda, baca setiap kenyataan ahli politik antarabangsa dengan mata hati yang kritis, dan jangan mudah tertipu dengan wayang pacak keadilan yang mereka lakonkan. Fikir-fikirkanlah.

___

Naskhah tulisan saya yang berjudul Keajaiban-Keajaiban Dunia ini membongkar rahsia sains, sejarah, dan alam semula jadi di dalam satu pengembaraan ilmu yang tidak membosankan. Ia padat dengan pelbagai fakta menarik yang merentasi garis masa, bermula daripada kehebatan monumen zaman purba sehinggalah kepada kecanggihan teknologi peradaban moden. Tuan-puan pasti seronok meneroka himpunan kisah ini kerana ia ditulis menggunakan gaya bahasa yang sangat santai dan mudah difahami oleh semua peringkat umur.

​Boleh terus dapatkan naskhah peribadi tuan-puan di pautan Shopee di bawah:
https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB

​Atau di Webstore (Klik pautan ini sekarang untuk tebus baucar dan dapatkan buku ini sebelum promosi tamat):
https://bit.ly/3OyBuYY



Adakah Satelit China 'Bimbing' Peluru Berpandu Iran Tepat Ke Jantung Isbiol?"

Bila kita melihat video-video amatur peluru berpandu balistik Iran menghujani pangkalan tentera udara Isbiol baru-baru ini, ada satu perkara yang sangat meremangkan bulu roma.

Roket-roket gergasi itu tidak jatuh tersasar ke padang pasir atau laut kosong, sebaliknya ia menjunam tepat mengenai sasaran ketenteraan yang spesifik.

Bagi pakar-pakar sains ketenteraan, ketepatan yang melampau ini menimbulkan satu tanda tanya yang sangat besar.

Bagaimana sebuah peluru berpandu yang terbang ribuan kilometer dari Tehran boleh tahu di mana letaknya bumbung bangunan tentera Z dengan ralat hanya beberapa meter sahaja?

Secara logik akal dan sains navigasi moden, sebarang peluru berpandu pintar wajib menggunakan sistem pandu arah berasaskan satelit di angkasa lepas.

Sistem pandu arah yang paling popular dan diguna pakai oleh hampir seluruh dunia pada hari ini adalah GPS (Global Positioning System).

Tetapi di sinilah timbulnya satu masalah geopolitik yang amat besar.

Sistem GPS ini adalah hak milik mutlak kerajaan Amerika Syarikat dan dikawal sepenuhnya oleh tentera angkasa mereka (US Space Force).

Amerika Syarikat boleh menutup suis isyarat GPS ini pada bila-bila masa, atau menurunkan tahap ketepatannya di kawasan zon perang supaya senjata musuh menjadi buta.

Jadi, adalah teramat mustahil dan sangat bodoh untuk Iran menggunakan sistem GPS milik Amerika bagi membedil anak emas kesayangan Washington di Tololviv.

Jika bukan GPS, teknologi gila apakah yang sedang memandu roket-roket maut ini?

Di sinilah kita perlu membuka mata dan melihat ke arah ufuk timur, tepat ke arah negara tembok besar iaitu China.

Pakar perisikan Barat kini sedang berpeluh dingin mengkaji kemungkinan besar bahawa Iran sedang menggunakan sistem satelit rahsia milik China yang dipanggil sebagai BeiDou.

Bagi yang tidak tahu, BeiDou adalah jawapan mutlak dan pesaing paling ganas kepada monopoli sistem GPS Amerika.

Projek mega ini mula dibangunkan oleh Beijing berpuluh-puluh tahun yang lalu kerana mereka tahu Amerika akan menggunakan GPS sebagai senjata ugutan.

Dari sudut sains dan kejuruteraan angkasa, buruj satelit BeiDou ini jauh lebih canggih berbanding satelit GPS lama milik Barat.

Ia dilengkapi dengan teknologi jam atom (atomic clock) generasi baharu yang teramat persis, membolehkan pengiraan koordinat di atas bumi dibuat dengan ketepatan tahap sentimeter!

Lebih menggerunkan, BeiDou mempunyai satu ciri rahsia yang tiada pada GPS, iaitu keupayaan komunikasi dua hala.

Satelit Amerika hanya memancarkan isyarat sehala ke bumi, tetapi satelit China membolehkan peluru berpandu dan pusat kawalan berhubung antara satu sama lain di pertengahan jalan.

Bila kita selak fail perjanjian diplomatik, rahsia ini menjadi semakin jelas.

China dan Iran telah pun menandatangani perjanjian kerjasama strategik komprehensif selama 25 tahun yang merangkumi pemindahan teknologi ketenteraan dan angkasa lepas.

Bagi China, membenarkan Iran mengakses isyarat gred ketenteraan BeiDou adalah satu pelaburan realpolitik yang sangat menguntungkan.

Ia adalah medan ujian percuma untuk Beijing melihat sejauh mana kehebatan satelit mereka menembusi sistem pertahanan udara Barat seperti Iron Dome dan Arrow 3.

Apabila kita membaca tentang kehebatan perang teknologi kuasa besar ini, mari kita bawa realiti ini pulang ke bumi Malaysia.

Pernahkah tuan-puan terfikir betapa rapuhnya keselamatan dan kelangsungan hidup negara kita pada hari ini?

Setiap hari kita bergantung seratus peratus kepada sistem GPS milik Amerika Syarikat.

Kita guna aplikasi Waze untuk pergi kerja, kita guna aplikasi Grab untuk cari rezeki, dan perkhidmatan penghantaran makanan juga dipandu oleh satelit Barat ini.

Malah, sebahagian besar sistem navigasi logistik maritim, penerbangan, dan aset ketenteraan negara kita juga menumpang kasih kepada isyarat dari Washington.

Cuba tuan-puan bayangkan satu senario mimpi ngeri ini.

Bayangkan jika pendirian tegas Malaysia yang bermati-matian menyokong perjuangan tanah P dan mengutuk kekejaman Isbiol membuatkan Amerika Syarikat naik berang.

Hanya dengan satu butang di bilik kawalan Pentagon, mereka boleh memadamkan akses isyarat GPS ke atas peta ruang udara Malaysia.

Dalam masa beberapa saat sahaja, aplikasi navigasi telefon pintar kita akan mati, sistem logistik pelabuhan akan lumpuh, dan ekonomi negara boleh terhenti secara tiba-tiba.

Adakah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan pakar sains tempatan kita sudah mempunyai pelan tindakan sandaran (backup plan) jika kita 'dibutakan' oleh kuasa asing?

Adakah kita sudah bersedia untuk beralih kepada sistem satelit alternatif dari negara luar, atau kita hanya selesa menjadi pengguna teknologi yang berserah kepada nasib?

Tuan-puan, peperangan akhir zaman pada hari ini bukan lagi sekadar tentang siapa yang mempunyai paling banyak kereta kebal atau jumlah askar.

Ia adalah pertembungan perang teknologi, kawalan data, dan penguasaan di ruang angkasa lepas.

Negara yang menguasai langit, akan mengawal nasib manusia di atas bumi.

Tajamkan minda, baca pergerakan sains dan geopolitik hari ini dengan mata hati, dan jadikanlah ia sebagai satu teguran keras untuk kita berhenti menjadi bangsa yang sekadar bergantung harap.

Apa-apa pun, jauh di sudut hati, saya masih menaruh kepercayaan penuh terhadap kebijaksanaan barisan kepimpinan dan perisikan pertahanan negara kita.

Saya amat yakin bahawa Malaysia sebenarnya secara diam-diam sudah pun memiliki pelbagai teknologi rahsia tahap tinggi yang tidak akan sesekali diuar-uarkan kepada masyarakat antarabangsa.

Entah-entah kita sebenarnya sedang membangunkan sistem pertahanan kebal persis negara Wakanda, lengkap dengan kubah medan tenaga ghaib yang memayungi ruang udara, teknologi armada pesawat halimunan yang tersorok rapi di sebalik banjaran hutan tropika, serta rangkaian sistem komunikasi kuantum peribadi yang langsung tidak memerlukan isyarat satelit asing.

Biarlah kuasa besar memandang rendah dan menyangka kita ini lemah, walhal jika tiba waktu kecemasan kelak, segala perisai futuristik rahsia ini pasti akan diaktifkan secara mengejut untuk melindungi ibu pertiwi kita.

___

Korang dah ada ke buku saya ni? 
Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia membawa pembaca mengembara ke tujuh bahagian menakjubkan yang menggabungkan sains, sejarah dan keindahan alam. Dari keajaiban bumi purba hingga teknologi moden, setiap bab ditulis dengan gaya santai yang mudah difahami tetapi sarat ilmu. Dapatkan buku ini di Shopee: https://s.shopee.com.my/2g24zyvuW

Sayap Patah Di Udara, Bangkit Di Darat: Mengapa Iran Tiada Jet Pejuang Moden?

Dalam lambakan analisis mengenai peperangan yang sedang membakar Timur Tengah pada hari ini, ada satu persoalan yang sering menjadi bahan perdebatan.

Setiap kali rejim Isbiol dan tentera Amerika Syarikat menceroboh ruang udara Tehran, ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya jet pejuang Iran.

Mengapa sebuah kuasa serantau yang begitu besar dan digeruni seolah-olah membiarkan langit mereka kosong tanpa sebarang tentangan di udara?

Adakah Iran terlalu miskin atau tidak pandai membina tentera udara?

Bagi mencari jawapan yang tepat, kita wajib menyelak kembali lipatan sejarah geopolitik ke era sebelum tahun 1979.

Pada waktu itu, Iran bukanlah musuh kepada blok Barat. Sebaliknya, di bawah pemerintahan Shah Reza Pahlavi, Iran adalah 'anak emas' dan sekutu paling akrab Washington di Timur Tengah.

Hubungan mereka terlalu intim sehinggakan Amerika Syarikat sanggup menjual senjata rahsia paling canggih mereka kepada Tehran.

Senjata yang dimaksudkan itu adalah jet pejuang legenda F-14 Tomcat, lengkap dengan peluru berpandu maut AIM-54 Phoenix.

Untuk rekod sejarah, Iran adalah satu-satunya negara di atas muka bumi ini (selain Amerika Syarikat) yang dibenarkan memiliki jet pemintas elit tersebut.

Akan tetapi, 'bulan madu' ini hancur berkecai sekelip mata apabila berlakunya Revolusi Islam 1979.

Pemerintahan Shah Reza digulingkan dan Washington terus melenting. Hubungan diplomatik diputuskan, dan Amerika serta-merta mengenakan sekatan senjata yang paling kejam.

Bermula dari saat itulah, armada udara Iran mula mengalami mimpi ngeri.

Jet tempur secanggih F-14 Tomcat memerlukan alat ganti dan penyelenggaraan teknikal yang amat teliti.

Tanpa bekalan alat ganti tulen dari kilang di Amerika, jet-jet ini tidak ubah seperti sekadar besi buruk yang tersadai di dalam hangar.

Pakar kejuruteraan Iran tidak menyerah kalah. Mereka beralih kepada taktik kelangsungan hidup yang dipanggil 'cannibalization'.

Mereka terpaksa meleraikan dan memusnahkan satu jet pejuang semata-mata untuk mengambil alat gantinya bagi menghidupkan jet yang lain.

Lama-kelamaan, stok komponen mereka semakin menyusut. Daripada puluhan F-14 yang gah pada asalnya, hanya segelintir sahaja yang masih mampu terbang pada hari ini.

Walaupun Iran ada mencuba untuk membeli jet dari Rusia seperti MiG-29 dan Su-24 pada era 90-an, ia masih tidak mencukupi.

Malah, keadaan menjadi lebih parah apabila Majlis Keselamatan PBB meluluskan pelbagai siri resolusi sekatan senjata yang mengikat tangan Tehran daripada membeli sebarang aset baharu.

Jadi, adakah Iran sekadar duduk berpeluk tubuh menunggu langit mereka dikuasai musuh?

Tentu sekali tidak. Apabila pemimpin tentera Iran menyedari bahawa mereka tidak akan mampu bersaing di udara menentang jet siluman F-35 milik rejim Z, mereka menukar sepenuhnya peraturan permainan.

Mereka mencipta satu doktrin peperangan asimetrik yang sangat luar biasa.

Falsafah mereka amat mudah; jika kita tidak boleh menguasai langit dengan jet pejuang, kita kuasai langit dari atas darat.

Berbilion dolar pelaburan pertahanan mereka tidak lagi disalurkan untuk membeli kapal terbang, tetapi dicurahkan ke dalam industri peluru berpandu balistik dan dron.

Pakar kejuruteraan tempatan mereka dikerah siang dan malam di dalam fasiliti bawah tanah yang kebal daripada bom.

Hasilnya amat menakutkan kuasa Barat. Iran berjaya melahirkan misil hipersonik seperti siri Fattah yang mampu terbang pada kelajuan yang tidak tercapai oleh akal.

Mereka mencipta misil balistik jarak jauh seperti Shahab-3, Kheibar, dan Sejjil yang boleh membedil tepat ke tengah-tengah jantung ibu kota musuh.

Tidak cukup dengan itu, Iran membangunkan 'tentera lebah' mereka yang tersendiri, iaitu armada dron berani mati seperti Shahed-136.

Dron ini sangat murah untuk dibina tetapi amat mematikan kerana ia direka untuk terbang rendah dan mengelirukan sistem radar musuh.
Bagi melindungi ruang udara mereka pula, Tehran membangunkan sistem pertahanan permukaan ke udara (SAM) tempatan yang sangat ampuh seperti Bavar-373, selain menggunakan S-300 dari Rusia.

Strategi ini terbukti sangat berkesan dan menggerunkan.

Apabila Iran membalas serangan ke atas Isbiol, mereka tidak perlu menerbangkan walau sebuah pun jet pejuang.

Mereka hanya perlu menekan butang dari perut gunung, dan beratus-ratus peluru berpandu akan membelah awan merobek sistem kebanggaan musuh seperti Iron Dome dan David's Sling.

Taktik asimetrik ini telah membuktikan bahawa kelemahan tidak semestinya membawa kepada kekalahan, sebaliknya ia memaksa sesebuah negara itu untuk menjadi lebih kreatif dan berdikari.

Tuan-puan, sejarah pertahanan Iran ini mengajar kita satu realiti geopolitik yang sangat keras.

Kuasa Barat akan sentiasa menggunakan sekatan ekonomi dan senjata untuk membuli negara yang tidak mahu tunduk kepada mereka.

Jika kita terus selesa bergantung kepada teknologi dan ehsan negara luar, nasib kita juga akan berakhir seperti sayap yang patah.

Kita wajib membina kepakaran teknologi kita sendiri, berdiri di atas kaki sendiri, dan jangan sesekali menggadaikan maruah agama serta negara kepada telunjuk penjajah.

___

Naskhah tulisan saya yang berjudul Keajaiban-Keajaiban Dunia ini membongkar rahsia sains, sejarah, dan alam semula jadi di dalam satu pengembaraan ilmu yang tidak membosankan. Ia padat dengan pelbagai fakta menarik yang merentasi garis masa, bermula daripada kehebatan monumen zaman purba sehinggalah kepada kecanggihan teknologi peradaban moden. Tuan-puan pasti seronok meneroka himpunan kisah ini kerana ia ditulis menggunakan gaya bahasa yang sangat santai dan mudah difahami oleh semua peringkat umur.

​Boleh terus dapatkan naskhah peribadi tuan-puan di pautan Shopee di bawah:
https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB

​Atau di Webstore (Klik pautan ini sekarang untuk tebus baucar dan dapatkan buku ini sebelum promosi tamat):
https://bit.ly/3OyBuYY

Mengimbau peranan Modi dalam pembunuhan beramai-ramai umat Islam Gujarat pada 2002



Pada 2002, negeri Gujarat di India menyaksikan pembunuhan beramai-ramai anti-Islam yang meragut sekurang-kurangnya 1,000 nyawa, kebanyakannya penganut Islam. Ketua menteri Gujarat ketika itu ialah Narendra Modi, ahli seumur hidup kumpulan pelampau Hindu RSS. Beliau mengarahkan polis supaya tidak menyekat pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Permulaan pembunuhan beramai-ramai Gujarat

Pada 27 Februari 2002, kereta api Sabarmati Express yang membawa peserta keagamaan kar sevak yang sedang pulang dari tapak Masjid Babri yang dimusnahkan, menjadi sasaran serangan. Seramai 59 orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku di salah satu gerabak kereta api di stesen Godhra.

Punca kebakaran masih dipertikaikan. Pada 2008, Suruhanjaya Nanavati-Mehta yang dilantik kerajaan Gujarat membuat kesimpulan bahawa penduduk Islam tempatan bertanggungjawab membakar kereta api tersebut. Namun, Jawatankuasa Keadilan Bannerjee, yang ditubuhkan oleh menteri kereta api kerajaan India pada 2005, membuat kesimpulan bertentangan, iaitu kebakaran tersebut tidak disengajakan.

Kematian 59 penumpang beragama Hindu segera dieksploitasi oleh kumpulan pelampau Hindu seperti Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Vishwa Hindu Parishad (VHP), dan Bajrang Dal yang menghasut sentimen penganut Hindu serta menggalakkan pembunuhan beramai-ramai dengan alasan mempertahankan diri daripada keganasan Islam. Perusuh Hindu bertindak tanpa kawalan polis negeri dengan galakan ketua menteri ketika itu, Modi, seterusnya melancarkan kempen balas dendam terhadap umat Islam.

Serangan balas bermula menjelang petang 27 Februari. Dengan memakai seragam RSS iaitu seluar pendek khaki dan balutan kepala berwarna safron, perusuh melakukan serangan secara tersusun.

Bersandarkan senarai alamat rumah dan perniagaan milik orang Islam, mereka tiba di kawasan kejiranan penduduk Islam dengan lori yang lengkap dengan senjata seperti pedang, batang paip logam, dan silinder gas. Perusuh menyerbu kompleks perumahan Ehsan Jafri, seorang bekas ahli parlimen India yang dihormati, sebelum membunuhnya dan 68 orang Islam lain yang berlindung di rumahnya.

Ehsan Jafri telah berusaha sedaya upaya menghubungi pesuruhjaya polis dan pejabat ketua menteri (Modi) tetapi gagal.

Rakaman rahsia wartawan penyiasat Ashish Khetan, yang merakam perbualan dengan tiga aktivis VHP - Mangilal Jain, Prahaladji Asori, dan Madanlal Raval - menggambarkan peristiwa sekitar pembunuhan Ehsan Jafri. Mereka mengesahkan kepada Khetan bahawa Ehsan telah membuat panggilan telefon dalam keadaan terdesak kepada pegawai polis dan pemimpin politik.

Menurut ketiga-tiga lelaki itu, polis bukan sahaja memberi mereka kebebasan tanpa had malah menggalakkan perusuh membunuh orang Islam. Mereka mendakwa KG Erdabahawa, inspektor polis yang bertanggungjawab di balai polis Meghaninagar, memberikan perusuh masa tiga hingga empat jam untuk melakukan pembunuhan. Namun, rakaman perbualan itu diabaikan oleh Pasukan Siasatan Khas Mahkamah Agung India.

Semasa serangan dan pembunuhan, sekurang-kurangnya 250 wanita dan gadis menjadi mangsa rogol beramai-ramai sebelum dibakar hingga mati. Seramai 5,000 orang membakar kediaman penduduk Islam di kawasan kejiranan Naroda Patia, Ahmedabad, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 65 orang. Sebelum dibakar dan ditetak hingga mati, wanita dan gadis dirogol beramai-ramai di khalayak ramai. Ahli keluarga lelaki mereka dipaksa menonton perbuatan tersebut sebelum turut dibunuh.

Hina Kausar dari Naroda Patiya sedang hamil ketika dirogol. Beberapa saksi dalam keterangan mereka berkata wanita itu dirogol dan diseksa, dan rahimnya dibedah dengan pedang untuk mengeluarkan janin, yang kemudian ditetak hingga berkeping-keping dan dibakar hidup-hidup bersama ibunya.

Bilkis Yakoob Rasool sedang hamil lima bulan ketika dirogol beramai-ramai. 14 ahli keluarganya, termasuk anak perempuan berusia tiga tahun, dibunuh di hadapan matanya.

Hari ini, kerajaan Gujarat memberikan pembebasan awal kepada kesemua 11 perogolnya yang disabitkan kesalahan.

Narendra Modi (kanan) mendakap mesra Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Narendra Modi (kanan) mendakap mesra Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pada Januari 2004, sebuah kubur beramai-ramai ditemui di Ahmedabad oleh sekumpulan pakar perubatan dan forensik. 46 daripada 96 mayat adalah wanita. Kebanyakan mayat menunjukkan kesan disiksa, dikerat dan dibakar. Mayat wanita mempunyai kesan bakar akibat rokok di punggung dan payudara mereka. Objek tajam dimasukkan ke dalam alat kelamin mereka yang tercedera parah.

Wanita muda dan gadis yang dirogol dan dibunuh, serta ahli keluarga lelaki yang dipaksa menyaksikan perbuatan itu, mengalami trauma mental yang tidak dapat dipulihkan. Ibu bapa pula dipaksa melihat anak-anak mereka dibunuh.

Kanak-kanak yang terselamat, kebanyakannya yatim piatu, mengalami kecederaan parah dan trauma akibat keganasan tersebut. Mereka menyaksikan rogol, mutilasi, pembunuhan, dan pembakaran ahli keluarga.

Ahli keluarga yang masih hidup terpaksa bersendirian mencari dan mengenal pasti mayat orang tersayang, menambah lagi trauma mereka.

Polis negeri Gujarat hanya berdiam diri dan enggan membantu penduduk Islam yang melarikan diri daripada perusuh Hindu. NGO Islam terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan bantuan dan pemulihan.

Komuniti Islam Gujarat mengalami kemusnahan kediaman, perniagaan, dan harta benda mereka secara terancang.

Ratusan gadis dan wanita Islam dirogol, dimutilasi, dan dibakar hingga mati di Gujarat. Ramai wanita yang ditemu bual di kem bantuan merupakan mangsa keganasan seksual, termasuk rogol, rogol berkumpulan, dan objek dimasukkan ke dalam badan mereka.

Undang-undang antarabangsa dalam kes-kes di Tribunal Jenayah Antarabangsa Rwanda dan mahkamah lain mendapati penggunaan keganasan seksual dalam pembunuhan beramai-ramai bertujuan mencegah kelahiran dengan mengenakan kecederaan fizikal dan mental yang serius terhadap wanita, serta dengan sengaja merendahkan dan menstigmakan mereka, menjadikan wanita tidak dapat secara sukarela menjalani kehidupan reproduktif.

Kerajaan negeri terpalit jenayah

Banyak serangan ke atas penduduk Islam berlaku di hadapan pondok dan balai polis. Bagaimanapun, polis dan tentera tidak tiba di kawasan kejadian sebelum 1 Mac, iaitu tiga hari selepas pembunuhan beramai-ramai bermula.

Kumpulan perusuh membawa senarai pengundi dan senarai semua perniagaan milik orang Islam. Menurut laporan majalah Outlook, usaha mengenal pasti lokasi sebenar perniagaan milik Islam bermula beberapa bulan sebelum serangan. Ahli politik tempatan dan negeri dilihat mengarah kumpulan perusuh yang ganas, mengawal polis, dan mengatur pengedaran senjata.

Menurut menteri dalam negeri Gujarat ketika itu, Haren Pandya, Modi mengadakan mesyuarat pada Februari 2002, selepas kebakaran kereta api Godhra.

Menurutnya, Modi mengarahkan pegawai polis supaya tidak mengganggu "tindak balas Hindu". Pandya kemudiannya dibunuh, menyebabkan beliau tidak dapat memberi keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan.

Dakwaan serupa dibuat dalam afidavit difailkan di Mahkamah Agung India oleh bekas pegawai polis India, Sanjiv Bhatt. Menurut Sanjiv, semasa mesyuarat pada 27 Februari 2002, Modi meminta pegawai polis membiarkan penganut Hindu "melepaskan kemarahan mereka" terhadap orang Islam.

Artikel ini disunting berdasarkan  laporan disediakan Genocide Watch pada Ogos 2023, sebuah pertubuhan mencari keadilan untuk mangsa genosid dengan objektif mencegah genosid pada masa hadapan.


Sumber | MalaysiaNow













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Memahami Keputusan ‘NO FURTHER ACTION’ Dalam Sistem Perundangan Malaysia

Kuala Terengganu — Keputusan No Further Action (NFA) dalam sistem perundangan Malaysia terus menjadi topik perdebatan awam, khususnya apabila ia melibatkan kes berprofil tinggi. Walaupun sering disalah tafsir sebagai penutupan kes tanpa keadilan, pakar undang-undang menegaskan bahawa NFA mempunyai asas perundangan tertentu dan dibuat berdasarkan pertimbangan yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam konteks undang-undang jenayah, NFA merujuk kepada keputusan untuk tidak meneruskan sesuatu kes ke peringkat pendakwaan selepas siasatan dijalankan. Faktor utama yang membawa kepada keputusan ini ialah kegagalan memenuhi standard pembuktian yang tinggi, iaitu membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah. Sekiranya bukti yang diperoleh terlalu lemah, tidak konsisten atau tidak mencukupi untuk menyokong pertuduhan, pihak pendakwaan berhak menghentikan tindakan bagi mengelakkan kegagalan di mahkamah.

Selain isu kekuatan bukti, sesuatu kes juga boleh diklasifikasikan sebagai NFA apabila elemen penting kesalahan gagal dibuktikan. Setiap pertuduhan jenayah memerlukan pembuktian elemen khusus seperti niat, perlakuan dan hubungan sebab-akibat. Kegagalan membuktikan salah satu elemen ini menyebabkan kes tidak memenuhi keperluan undang-undang, meskipun perbuatan yang didakwa mungkin dianggap salah dari sudut moral atau etika.

Isu kebolehterimaan keterangan turut memainkan peranan penting. Undang-undang keterangan menetapkan syarat ketat terhadap cara bukti diperoleh dan dikemukakan. Bukti yang diperoleh secara tidak sah, melanggar prosedur, atau bersifat hearsay yang tidak dibenarkan, berisiko ditolak oleh mahkamah. Apabila bukti teras tidak boleh digunakan, pendakwaan lazimnya menilai bahawa kes tersebut tidak mempunyai prospek munasabah untuk berjaya.

Kredibiliti saksi juga menjadi penentu utama. Banyak kes bergantung kepada keterangan saksi, terutamanya apabila bukti fizikal terhad. Sekiranya saksi enggan bekerjasama, menarik balik kenyataan, memberikan keterangan bercanggah atau didapati tidak boleh dipercayai, asas pendakwaan menjadi rapuh dan mendorong kepada keputusan NFA.

Namun demikian, keputusan NFA tidak terpisah sepenuhnya daripada realiti politik dan struktur kuasa. Di Malaysia, kuasa untuk memulakan atau memberhentikan pendakwaan terletak di bawah budi bicara Peguam Negara, seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Walaupun sah dari sudut undang-undang, pelaksanaan kuasa ini berlaku dalam persekitaran politik yang kompleks, sekali gus membuka ruang kepada tafsiran awam bahawa pertimbangan politik turut mempengaruhi keputusan, terutamanya dalam kes melibatkan tokoh berprofil tinggi.

Dalam sesetengah keadaan, NFA dilihat sebagai mekanisme untuk mengekalkan kestabilan politik dan institusi. Kes yang berpotensi mencetuskan ketegangan awam atau krisis politik mungkin dinilai bukan sahaja berdasarkan kekuatan bukti, tetapi juga implikasi terhadap sistem pemerintahan secara keseluruhan. Walaupun alasan rasmi lazimnya bersifat teknikal perundangan, pertimbangan politik sering dianggap mempengaruhi masa dan pendekatan keputusan.

Isu pendakwaan terpilih turut membentuk persepsi negatif terhadap NFA. Apabila kes dengan fakta hampir sama menerima layanan berbeza — satu didakwa dan satu lagi diklasifikasikan sebagai NFA — timbul tanggapan bahawa undang-undang tidak dilaksanakan secara saksama. Walaupun dakwaan pilih kasih sukar dibuktikan secara formal, persepsi ini memberi kesan besar terhadap keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Secara keseluruhan, NFA boleh dibuat secara sah apabila bukti tidak mencukupi, elemen kesalahan tidak lengkap, keterangan tidak boleh diterima atau saksi tidak meyakinkan. Namun dalam realiti pentadbiran negara, keputusan tersebut turut dipengaruhi oleh pertimbangan politik dan pengurusan kuasa. Justeru, isu utama bukan semata-mata kewujudan NFA, tetapi tahap ketelusan, konsistensi dan akauntabiliti dalam proses membuat keputusan agar keyakinan awam terhadap sistem keadilan terus terpelihara.

Dipetik daripada tulisan asal Saudara Faizul Abas 

Adnan Menderes, Perdana Menteri Turki Yang Syahid Ditali Gantung

Adnan Menderes, Perdana Menteri Turki yang syahid ditali gantung kerana mengembalikan azan dari bahasa Turki kepada Bahasa Arab.

Yang ketika Ribuan masjid dan sekolah agama dibuka kembali selepas ditutup oleh Mustafa Kamal. 

Harga nyawa dibayar demi Syiar tercinta.

Mufti Empat Mazhab Turki, Sheikh Ali Haidar Effendi pernah berkata :
"Seluruh amalku dijalan Allah tidak mampu menyaingi satu perbuatan Adnan Menderes iaitu kembalikan azan ke dalam Bahasa Arab"

Mari kita renungkan kisah ringas beliau agar menjadi sedikit pedoman buat kita semua..

Adnan Manderes - Bekas Perdana Menteri Turki Yang Diselamatkan Dari Nahas Kapal Terbang, Berjanji Mengembalikan Islam Di Turki, Tetapi Mati Di Tali Gantung.

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu enjin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya.. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, di mana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki. Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

1. Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab
2. Ibadah haji diizinkan
3. Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum
4. Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Seperti yang semua ketahui, bahawa Attarturk amatla sekular pada era pemerintahan beliau yg kononnya ciri² islam adalah ciri mundur hingga semua nilai2 tersebut dihapuskan sama skali.

Hasilnya parti Attaturk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 kerusi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar. Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Perlantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attaturk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru al-Qur’an.

Menderes juga mengizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israhell. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israhell, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang ‘Made in Israhll’. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israhell di Turki tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attaturk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, dia menangkap dan menghukum gantung Menderes. 

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, “Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israhell. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahan militer tentera Turki.”

Akhirnya, Menderes syahid di tali gantung. Dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang dikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya ‘Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.’ Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki.

Adnan Menderes, Perdana Menteri Turki Yang Syahid Ditali Gantung

Adnan Menderes, Perdana Menteri Turki yang syahid ditali gantung kerana mengembalikan azan dari bahasa Turki kepada Bahasa Arab.

Yang ketika Ribuan masjid dan sekolah agama dibuka kembali selepas ditutup oleh Mustafa Kamal. 

Harga nyawa dibayar demi Syiar tercinta.

Mufti Empat Mazhab Turki, Sheikh Ali Haidar Effendi pernah berkata :
"Seluruh amalku dijalan Allah tidak mampu menyaingi satu perbuatan Adnan Menderes iaitu kembalikan azan ke dalam Bahasa Arab"

Mari kita renungkan kisah ringas beliau agar menjadi sedikit pedoman buat kita semua..

Adnan Manderes - Bekas Perdana Menteri Turki Yang Diselamatkan Dari Nahas Kapal Terbang, Berjanji Mengembalikan Islam Di Turki, Tetapi Mati Di Tali Gantung.

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu enjin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya.. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, di mana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki. Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

1. Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab
2. Ibadah haji diizinkan
3. Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum
4. Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Seperti yang semua ketahui, bahawa Attarturk amatla sekular pada era pemerintahan beliau yg kononnya ciri² islam adalah ciri mundur hingga semua nilai2 tersebut dihapuskan sama skali.

Hasilnya parti Attaturk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 kerusi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar. Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Perlantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attaturk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru al-Qur’an.

Menderes juga mengizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israhell. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israhell, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang ‘Made in Israhll’. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israhell di Turki tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attaturk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, dia menangkap dan menghukum gantung Menderes. 

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, “Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israhell. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahan militer tentera Turki.”

Akhirnya, Menderes syahid di tali gantung. Dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang dikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya ‘Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.’ Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki.

Pengkhianatan dan perebutan kuasa di Perlis

Oleh Joceline Tan

Ia sebenarnya antara rahsia yang tidak begitu dirahsiakan bahawa Mohd Shukri Ramil, yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis pada Khamis (25 Disember), telah tidak lagi disenangi oleh pihak istana sejak tahun 2023.

Namun Shukri tetap berkeras, mengabaikan gesaan supaya berundur walaupun terdapat isyarat jelas daripada istana bahawa beliau perlu digantikan.

Jika dilihat kembali, adalah agak tidak realistik untuk menjangkakan bekas guru sekolah yang membawa PAS mencapai kemenangan di Perlis pada pilihan raya umum lalu untuk melepaskan jawatan berprestij itu selepas hanya setahun. Perikatan Nasional telah menyapu bersih 14 daripada 15 kerusi DUN serta ketiga-tiga kerusi Parlimen di negeri kecil ini.

Bagaimanapun, mereka yang mengetahui perkembangan dalaman berkata satu persetujuan telah dicapai supaya Shukri berundur selepas tiga tahun, atau lebih khusus selepas pilihan raya negeri Sabah. Beliau juga dikatakan dibenarkan memilih penggantinya.

Namun pilihan raya Sabah berlalu tanpa sebarang tanda Shukri akan berundur. Ketika itulah pergerakan di sebalik tabir mula berlaku.

Shukri pulang dari Shanghai dua minggu lalu dengan berita bahawa sembilan daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menandatangani akuan berkanun yang menyatakan beliau telah kehilangan sokongan mereka. Ia seumpama satu undi tidak percaya.

Lima daripada mereka adalah dari Bersatu, seorang dari PKR dan tiga daripada parti Shukri sendiri, PAS — sesuatu yang dianggap sebagai tikaman dari belakang.

Kepimpinan PAS pastinya berasa lebih perit apabila mengetahui bahawa Bersatu turut mengemukakan tiga nama daripada kalangan ADUNnya untuk dipertimbangkan istana sebagai Menteri Besar yang baharu.

Shukri dilaporkan terus ke hospital dari lapangan terbang dengan alasan sakit dada. Beliau dibenarkan keluar beberapa hari kemudian dan meletakkan jawatan pada Hari Krismas. Ia merupakan satu pengunduran yang tidak bermaruah.

Namun, tindakan parti memecat tiga ADUN PAS yang terlibat dalam gerakan menjatuhkannya itulah yang benar-benar mengejutkan parti.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Haim Hilman mempertahankan tindakan itu sebagai peringatan tegas kepada semua pemimpin PAS bahawa parti tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan yang mengancam kestabilan, perpaduan atau kepercayaan rakyat.

“Parti tidak akan berkompromi terhadap nilai semata-mata demi kepentingan politik,” kata Dr Haim yang juga Exco Kedah.

Terdapat juga kemarahan, kekecewaan dan rasa dikhianati dalam kalangan PAS terhadap rakan sekutunya, Bersatu.

Parti itu malah menuntut pilihan raya kecil walaupun tempoh masa bagi mengadakan pilihan raya kecil telah tamat. Ia bertujuan menguji sokongan rakyat dan membuktikan bahawa pengundi tidak menyokong taktik pintu belakang.

Masalah Shukri sebenarnya bermula selepas anaknya, Mohd Shafeeq, dinamakan dalam satu kes rasuah melibatkan tuntutan perbelanjaan palsu pada tahun 2023. Mohd Shafeeq, yang berusia dalam lingkungan 30-an, berkahwin dengan anak kepada Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang.

Skandal itu menjadi lebih sensasi apabila dilaporkan bahawa dakwaan tersebut melibatkan pembekalan air mineral bernilai lebih RM19,000 kepada Raja Perlis yang ketika itu sedang dirawat di hospital — dakwaan yang dinafikan oleh pihak istana.

Shukri juga tidak disenangi oleh Raja apabila rakaman audio beberapa kenyataannya mengenai istana telah bocor.

“Kenyataan itu sebenarnya tidak biadab, tetapi hubungan beliau dengan istana sudah terlalu buruk ketika itu sehingga ia mungkin ditafsir di luar konteks,” kata satu sumber politik Perlis yang mempunyai maklumat dalaman.

Hakikat bahawa istana mengabaikan Shukri selama tiga tahun berturut-turut dalam penganugerahan darjah kebesaran dan pingat juga menunjukkan dengan jelas kedudukannya di mata istana.

Imej ini tidak baik untuk PAS yang masih bergelut untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa parti itu mampu mentadbir negara.

Pemimpin PAS sering dilihat mempunyai sikap ‘terlalu suci’, namun adakah parti itu benar-benar berbeza daripada parti politik lain? Masalah rasuah, nepotisme dan kelemahan pengurusan tetap wujud.

Perguruan adalah satu profesion mulia, namun ia tidak menyediakan Shukri untuk cabaran mengurus sebuah negeri.

“Parti ini mempunyai terlalu ramai ulama tetapi tidak cukup profesional. Shukri mungkin yang terbaik mereka ada,” kata seorang tokoh Umno dari Perlis.

Tambahan pula, tiada siapa yang benar-benar mampu mengisi kekosongan besar yang ditinggalkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang meninggalkan Umno untuk menyertai PAS pada tahun 2022.

Shahidan masih merupakan tokoh besar di Perlis. Hampir setiap rumah di kawasan Arau memiliki barangan elektrik seperti periuk nasi atau kipas meja hasil kemurahan hatinya.

Semua yang bercakap mengenai Shukri menggambarkannya sebagai seorang yang baik, lemah lembut dan sopan. Jika benar begitu, bagaimana beliau boleh mengalami rentetan kekalahan dalam parti sepanjang setahun lalu?

Ramai terkejut apabila Shukri tewas jawatan Ketua Bahagian Arau kepada seorang kerani dengan majoriti besar.

Kejutan berterusan apabila beliau gagal memenangi tempat dalam Jawatankuasa Pusat pada pemilihan PAS kebangsaan beberapa bulan lalu, dan kemudiannya digantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis.

Kekalahan memalukan itu sebenarnya sudah memberi isyarat jelas.

Salah satu sebab Shukri mampu bertahan selama tiga tahun ialah kerana tiada calon lain yang benar-benar sesuai untuk menggantikannya.

Bersatu kini dilabel sebagai pihak jahat dan rakan yang tidak setia, manakala pemimpin PAS mahu Bersatu mengambil tindakan terhadap ADUN-ADUNnya.

Dalam masa yang sama, diketahui umum bahawa sembilan ADUN tersebut telah dipanggil menghadap Raja di wad diraja hospital lebih seminggu lalu. Seorang daripada mereka malah sedang bersiap untuk menaiki penerbangan apabila diarahkan hadir.

Sumber berkata, antara yang hadir ialah penasihat undang-undang negeri dan seorang hakim Mahkamah Tinggi.

Mereka kemudiannya menandatangani akuan berkanun di hadapan Raja.

Istana sebenarnya telah memberi ruang dan masa kepada Perikatan untuk mencadangkan calon baharu dua tahun lalu, namun PAS atas sebab-sebab tertentu telah melengah-lengahkan perkara itu.

Bukanlah PAS tidak biasa dengan peranan istana dalam pelantikan Menteri Besar. Mereka mempunyai pengalaman luas di Kelantan, di mana pilihan parti untuk Menteri Besar tidak sentiasa diterima oleh istana.

Apakah yang membuatkan mereka berfikir keadaan di Perlis boleh ditangani secara berbeza?

Apa yang berlaku ini merupakan satu kemunduran kepada cita-cita nasional Perikatan.

Catatan : Terjemahan bebas tulisan Joceline Tan. Artikal asal di TheStar bertajuk Betrayal and power struggle in Perlis

Isu Tanah FELDA–Terengganu: Rundingan Masuki Fasa Positif, Notis 425 KTN Kekal Berkuat Kuasa

KUALA TERENGGANU, 8 Disember 2025 – Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan perkembangan penting berhubung rundingan dengan FELDA dan FGV berkaitan status tanah kerajaan yang dibangunkan sebagai ladang komersial sejak puluhan tahun lalu. Perkembangan ini hadir selepas beberapa siri pertemuan susulan pengeluaran Notis Kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Zulkifli Ali, kerajaan negeri mengesahkan bahawa rundingan dengan pengurusan tertinggi FELDA berjalan dengan baik dan beberapa persetujuan dasar berjaya dicapai.

Latar Belakang: Kenapa Notis 425 Dikeluarkan?

Menurut penjelasan rasmi, pengeluaran Notis 425 KTN adalah langkah terakhir selepas rundingan awal mengenai pemberimilikan tanah kerajaan menemui jalan buntu walaupun FELDA telah diberikan tempoh mencukupi untuk menyelesaikan isu berkenaan secara damai.

Notis tersebut adalah untuk memaklumkan bahawa berlaku pendudukan tanah kerajaan tanpa kebenaran sah, dan ia memberikan tempoh remedi untuk FELDA mengambil tindakan susulan.

“Jika Notis 425 tidak dikeluarkan, rundingan sebegini tidak mungkin tercetus.” ujar kerajaan negeri.

Ladang Tidak Disita; Tempoh Remedi Dilanjutkan Sehingga 7 Januari 2026

Menepis kekeliruan awam, kerajaan negeri menegaskan bahawa tiada ladang FGV disita. Semua kawasan ladang masih dalam tempoh remedi dan operasi harian FGV dibenarkan diteruskan bagi mengelakkan kerugian dan kerosakan tanaman.

Pelanjutan tempoh remedi juga dibuat kerana proses memuktamadkan keputusan melibatkan isu besar dan rumit yang memerlukan kelulusan di kedua-dua peringkat – FELDA dan Kerajaan Negeri.

Tempoh remedi baharu ditetapkan sehingga 7 Januari 2026.

Perkembangan Rundingan: Persetujuan Dasar Sudah Dicapai

Hasil beberapa siri pertemuan, beberapa keputusan dasar penting berjaya dipersetujui oleh kedua-dua pihak:

1. FELDA akan memohon pemberimilikan tanah

FELDA perlu mengemukakan permohonan rasmi di bawah Jadual 1 kepada Pejabat Tanah Daerah bagi tujuan pemberimilikan.

2. Pembayaran premium dan cukai tanah

FELDA bersetuju melunaskan premium tanah dan cukai tanah yang ditetapkan, dan bayaran tersebut wajib diselesaikan sebelum geran hak milik dikeluarkan.

3. Kadar premium ditentukan Pihak Berkuasa Negeri

Kadar premium akan ditetapkan mengikut Peraturan Tanah Terengganu.

4. Sumbangan tambahan

Kerajaan negeri mengesahkan terdapat beberapa item sumbangan tambahan yang dipersetujui, namun tidak didedahkan buat masa ini.

5. Kelonggaran operasi diberikan

Kerajaan negeri mempertimbangkan permohonan FELDA untuk membenarkan operasi ladang diteruskan sepanjang tempoh rundingan atas faktor kerosakan hasil dan komitmen serius FELDA dalam penyelesaian.

Kenapa Tidak Dibawa ke Mahkamah?

Kerajaan negeri menegaskan bahawa matlamat utama adalah mendapatkan hak negeri secara adil dan teratur.

“Apabila rundingan memberi laluan untuk mencapai matlamat, tindakan mahkamah tidak diperlukan.”

Tindakan ke mahkamah hanya akan diambil jika pihak yang diberi notis gagal mengambil apa-apa tindakan dalam tempoh remedi.

Notis 425 Tidak Dibatal, Masih Berkuat Kuasa

Kerajaan Negeri mengulangi bahawa:

  • Notis 425 belum dibatalkan
  • Notis 425 tidak perlu dikuatkuasakan semula
  • Notis 425 akan ditarik balik hanya selepas perjanjian muktamad ditandatangani

Setakat ini, komitmen kedua-dua pihak ialah untuk memastikan perjanjian muktamad dapat dimeterai dalam tempoh 30 hari.

SEKSYEN SOSIAL: SOAL JAWAB (FAQ) ISU NOTIS 425 & RUNDINGAN FELDA–TERENGGANU

Berikut ialah ringkasan Soal Jawab yang dikeluarkan untuk menjelaskan isu ini kepada umum:

1. Kenapa perlu Notis 425 KTN?

Kerana rundingan awal gagal walaupun tempoh cukup diberikan kepada FELDA.

2. Adakah ladang FGV disita?

Tidak. Ladang masih dalam tempoh remedi.

3. Adakah rundingan berlaku selepas Notis 425?

Ya. Beberapa siri rundingan telah dijalankan.

4. Adakah keputusan dicapai dalam rundingan?

Ya, beberapa persetujuan asas telah dicapai.

5. Kenapa tempoh remedi dilanjutkan?

Kerana isu besar, rumit dan memerlukan kelulusan daripada FELDA dan Kerajaan Negeri.

6. Adakah tanah akan diberi milik kepada FELDA?

Ya. FELDA perlu memohon mengikut prosedur Jadual 1.

7. Berapa premium tanah?

Ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

8. Adakah FELDA setuju bayar premium dan cukai tanah?

Ya. Wajib dibayar sebelum geran dikeluarkan.

9. Adakah sumbangan tambahan akan diberi FELDA?

Ya, tetapi tidak diumumkan buat masa ini.

10. Kenapa tidak bawa kes ke mahkamah?

Kerana rundingan kini mencapai perkembangan positif.

11. Jika Notis 425 tidak dikeluarkan, adakah rundingan berlaku?

Tidak. Notis 425 adalah pencetus rundingan.

12. Adakah Notis 425 dibatalkan?

Tidak. Masih berkuat kuasa.

13. Bila perjanjian muktamad akan ditandatangani?

Sebelum 7 Januari 2026.

14. Kenapa FGV dibenar teruskan operasi?

Untuk elak kerosakan hasil dan kerana FELDA tunjuk komitmen tinggi.

15. Adakah kerajaan negeri akan merampas ladang?

Tidak. Sitaan hanya jika tiada tindakan dalam tempoh remedi.

16. Adakah Notis 425 akan dikuatkuasakan semula?

Tidak perlu. Ia masih berkuat kuasa.

17. Adakah kerajaan negeri sedang mengundur ke belakang?

Tidak. Kerajaan negeri menyelesaikan isu 40 tahun dengan tegas dan berhemah.

Kesimpulan

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan bahawa proses penyelesaian sedang berada pada landasan positif dengan komitmen penuh daripada FELDA. Langkah ini dilihat sebagai usaha menyelesaikan isu warisan puluhan tahun secara tertib, sah dan menguntungkan kedua-dua pihak.


PRN Sabah Menyaksikan Beberapa Kejutan Besar

Pintu ke kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah terbuka untuk Datuk Seri Hajiji Noor beberapa jam selepas rakan gabungannya PKR – yang hanya memenangi satu kerusi – mengumumkan bahawa mereka akan membentuk kerajaan.

Ia kelihatan pelik apabila Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh, mendakwa kemenangan di Sabah tetapi tidak mampu menyatakan jumlah sebenar kerusi yang mereka peroleh.

“Kita memang terkenal dengan perkara luar biasa di Sabah tetapi ini… tidak, ini lebih daripada luar biasa,” kata seorang ahli politik Umno dari negeri itu.

Namun dari sudut strategi, PKR cuba menguasai pentas sementara butiran sebenar masih dirundingkan di belakang tabir.

Ketika angka muktamad masih belum jelas, Hajiji – kelihatan lebih tua daripada usianya 70 tahun – mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sedikit selepas jam 3 pagi.

Di Sabah, tidak ada masa untuk dibazirkan; pintu yang terbuka mesti segera dilalui.

Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Hajiji memang menang, tetapi ia tidak terasa seperti kemenangan sebenar, dan sekali lagi beliau mengetuai sebuah kerajaan “rakan tidur aneh”.

Rakan Pakatan Harapan pula dibuang seperti tisu yang digunakan, ditiup pergi oleh sentimen anti-Semenanjung.

Kejutan apabila DAP tewas di kesemua lapan kerusi yang ditandingi turut bergema di luar Sabah, mencetuskan banjir komen di media sosial daripada masyarakat Cina di Semenanjung.

Tular meme dulang berisi lapan biji telur lengkap dengan logo Roket.

Yang menghairankan, ramai dalam komuniti Cina itu bersorak dan memuji tindakan pengundi Sabah “menghalau” DAP. Seolah-olah masyarakat itu benar-benar ingin memberi pengajaran kepada parti tersebut.

PKR pula kekal dengan cita-cita besar terhadap Sabah, tetapi usaha keras yang diperlukan tidak pernah dilakukan.

Beberapa daripada 13 calon mereka diimport daripada parti lain, malah satu-satunya calon PKR yang menang di Melalap, Datuk Jumawi Jaffar, telah melompat parti beberapa kali sejak beberapa tahun lalu.

Maka tidak hairan ramai yang terkejut melihat Fuziah tampil dengan senyuman kemenangan pada malam Ahad, mengumumkan pembentukan kerajaan walhal partinya ditolak mentah-mentah.

Pakatan memiliki dana besar, suasana kempen mereka seperti karnival – lengkap dengan majlis makan malam, artis dan penari seksi untuk menarik pengundi.

Pengundi muda pula membanjiri Merotai untuk menonton persembahan kumpulan lelaki popular, sambil calon PKR dan bekas pegawai kerajaan, Datuk Ruji Ubi, berdiri di sisi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikannya.

Namun Ruji tewas kepada calon Warisan, Sarifuddin Hata, yang menulis di Facebook:
“Maafkan saya, saya tidak mampu membawa artis dan berbelanja ratusan ribu. Saya hanya mampu berusaha dan berserah pada Yang Maha Kuasa.”

Itu adalah cara paling menjimatkan kos untuk meraih simpati dan sokongan — dan Sarifuddin memang layak menang.

Umno juga “diterbangkan” oleh angin Sabah untuk Sabahans.

Hakikatnya Umno hanya menang lima kerusi, dengan kerusi keenam dimenangi Arthur Joseph Kurup di Sook. Arthur yang berwajah keanak-anakan itu ialah presiden PBRS, rakan komponen Barisan Nasional.

Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar, seharusnya bertanggungjawab kerana beliau menjadi liabiliti. Beliau dan isterinya sedang berdepan pertuduhan rasuah dan beliau tidak disukai oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman serta Hajiji, yang cuba beliau jatuhkan melalui rampasan kuasa gagal pada 2023.

Persoalan besar: apa yang berlaku kepada parti-parti Kadazandusun Murut (KDM) yang percaya mereka mampu menang lebih banyak dengan bergerak solo, tetapi akhirnya lingkup?

Ramai kini mentertawakan mesyuarat meja bulat pemimpin KDM yang menyeru perpaduan komuniti untuk memperjuangkan hak mereka.

Ia tidak masuk akal apabila mereka menyeru bersatu tetapi bertembung sesama sendiri hampir di setiap kerusi. Perpaduan sebenar sepatutnya bermaksud rundingan untuk mengelakkan pertembungan.

Kini mereka membayar harga itu, dan “wira-wira” yang keluar dari GRS untuk bergerak solo kini khabarnya kembali ke pangkuan Hajiji dan rakan Pakatannya.

Akhirnya Parti Bersatu Sabah (PBS) yang kekal bersama GRS tampil dengan keputusan baik – enam kerusi.

Sebagai gabungan pemerintah, GRS memiliki dana besar, pusat kempen mereka lengkap dengan makanan, minuman dan pelbagai kemudahan.

Dan walaupun ramai calon mereka dikaitkan dengan skandal rasuah perlombongan, mereka terkenal kerana menjaga pengundi akar umbi.

Satu lagi perkembangan menarik ialah kekalahan anak Yang di-Pertua Negeri, Yamani Fafez Musa, di Sindumin.

Ia dilihat sebagai bentuk protes terhadap Musa, dan jelas rakyat Sabah tidak selesa melihat terlalu ramai ahli keluarga Musa bertanding.

Yang lebih menyedihkan ialah bagaimana beberapa tokoh gagal membaca perubahan. Mereka bukan sahaja hilang undi, malah hilang muka.

Antara yang paling ketara: bekas Menteri Luar dan abang kepada Yang di-Pertua Negeri, Tan Sri Anifah Aman, serta bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin — yang hampir hilang sabar apabila ditanya wartawan tentang peluangnya. Wartawan itu sepatutnya menyahut cabaran Pandikar untuk “bertaruh” kerana beliau pasti menang.

Sungguh menyedihkan melihat ahli politik veteran menjadi pekak nada terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

Parti yang benar-benar menang atas kekuatannya sendiri ialah Parti Warisan yang meraih 25 kerusi, tetapi gagal memujuk parti lain untuk bersama-sama.

Permusuhan presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, dengan Yang di-Pertua Negeri diketahui ramai, dan Perdana Menteri juga tidak selesa jika Shafie menjadi Ketua Menteri.

Dikatakan bahawa Anwar sebenarnya menang kerana berjaya mengekalkan Hajiji dan GRS — yang lebih mudah untuk Putrajaya bekerjasama. Namun parti beliau sendiri dan rakan-rakannya menerima tamparan paling hebat.

Jika ada kebaikan daripada kekalahan DAP, ia adalah cara pemimpin parti itu menerima keputusan dengan berhemah. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengaku kalah sejurus selepas jam 8 malam, mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berjanji akan mengambil iktibar daripada isyarat yang diberikan.

Ketua DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, berkata ia adalah “wake-up call” dan beliau mendengar “kemarahan, kekecewaan dan frustrasi”. Bagus apabila ahli politik menghormati keputusan rakyat dan menerima kekalahan dengan tenang.

Ke mana hala tuju sentimen Sabah untuk Sabahans selepas ini? Mampukah Hajiji membawa momentum ini ke penggal kedua sebagai Ketua Menteri?

Pilihan Raya Sabah ini ibarat sebuah filem pantas — dan filem itu masih belum tamat.


Terjemahan bebas tulisan asal pengarang akhbar thestar Joceline Tan.

© all rights reserved
made with by templateszoo