Sejak beberapa hari ini, ruang udara negara Britain tiba-tiba menjadi sangat sibuk dengan deruman enjin pesawat-pesawat gergasi.
Satu demi satu video amatur mula bertebaran di media sosial menunjukkan pendaratan pesawat tentera di pangkalan udara RAF Fairford di Gloucestershire.
Ini bukanlah pesawat pejuang biasa yang selalu kita lihat di dalam filem.
Washington telah menerbangkan pesawat pengebom strategik gergasi jenis B-1 Lancer dan juga pengebom B-52 buatan mereka.
Untuk makluman tuan-puan, sebuah pesawat B-1 Lancer ini mampu mengangkut sehingga 24 buah peluru berpandu jelajah yang boleh meratakan satu bandar dalam sekelip mata.
Turut sama mendarat adalah pesawat-pesawat kargo gergasi Boeing C-17 Globemaster yang sarat membawa bekalan persenjataan berat.
Bila melihat pergerakan ketenteraan skala besar ini, pasti ramai penganalisis akan tersenyum sinis dan bertanya satu soalan cepumas.
Bukankah beberapa hari lepas, Perdana Menteri Britain bermati-matian menolak pelawaan Amerika Syarikat untuk menyertai peperangan di Timur Tengah?
Bukankah kerajaan Britain berkeras tidak mahu membenarkan pangkalan mereka di Eropah dan di Pulau Diego Garcia digunakan untuk menyerang wilayah Iran?
Kenyataan berani Britain pada waktu itu sampai membuatkan presiden di Washington mengamuk sakan kerana pelawaannya ditolak mentah-mentah.
Jadi, apa sudah jadi sekarang?
Adakah Britain sudah menelan kembali kata-kata mereka dan rasmi menyertai perang ini?
Mari kita bedah isu 'U-Turn' memalukan ini dengan cermin mata realpolitik dan buang jauh-jauh segala propaganda media Barat.
Hakikat yang paling pahit untuk ditelan oleh rakyat Britain pada hari ini adalah, negara mereka bukanlah sebuah kuasa besar yang merdeka.
Di atas kertas mereka nampak gah, tetapi di pentas geopolitik sebenar, mereka hanyalah sekadar rakan kongsi junior atau 'adik kecil' kepada empayar Amerika Syarikat.
Bila 'Abang Long' di Washington sudah mula naik angin dan memberi tekanan diplomatik yang luar biasa, 'adik kecil' di London terpaksa melutut dan tunduk akur.
Mereka tiada pilihan selain memberikan lampu hijau untuk pesawat-pesawat pengebom Amerika ini menjadikan tanah air mereka sebagai landasan maut.
Tetapi, ahli politik Barat ini sangat licik dalam bermain dengan permainan perkataan dan putar belit naratif.
Untuk mengelakkan rakyat mereka sendiri merusuh di jalanan, kerajaan Britain mencipta satu alasan yang sangat kelakar.
Mereka memberitahu rakyat mereka bahawa persetujuan ini bukanlah bermaksud Britain menyertai peperangan secara rasmi.
Sebaliknya, ia kononnya hanyalah satu operasi "defensif" atau operasi bertahan bagi melumpuhkan tapak-tapak peluru berpandu balistik di dalam wilayah Iran.
Cuba tuan-puan fikirkan menggunakan logik akal darjah enam.
Adakah perbuatan menerbangkan pesawat pengebom yang dipenuhi puluhan peluru berpandu jelajah ke dalam wilayah kedaulatan negara lain dikira sebagai tindakan bertahan?
Itu adalah tindakan pencerobohan dan deklarasi perang secara terang-terangan!
Inilah hipokrasi dan wajah sebenar negara-negara proksi Barat yang selama ini kononnya menjadi juara hak asasi manusia.
Mereka melaungkan slogan keamanan di bibir, tetapi dalam masa yang sama mereka menyewakan halaman rumah mereka kepada pembuli dunia untuk membakar negara orang lain.
Laporan perisikan terbaru juga menyebut bahawa pesawat-pesawat B-1 Lancer ini telah pun mula berlepas dari Britain untuk menjalankan kempen pengeboman mereka.
Bermakna, tangan kerajaan Britain kini rasmi berlumuran dengan darah dan mereka telah pun terseret secara langsung ke kancah peperangan ini demi menyelamatkan rejim Isbiol.
Tuan-puan, pengajaran paling besar yang boleh kita ambil dari kisah pendaratan pesawat pengebom ini adalah tentang erti kedaulatan sebenar.
Jika kita terlalu bergantung harap kepada perlindungan negara kuasa besar, akan tiba satu hari nanti di mana kita terpaksa menggadaikan prinsip negara kita sendiri demi memuaskan nafsu sang penjajah.
Tajamkan minda, baca setiap kenyataan ahli politik antarabangsa dengan mata hati yang kritis, dan jangan mudah tertipu dengan wayang pacak keadilan yang mereka lakonkan. Fikir-fikirkanlah.
___
Naskhah tulisan saya yang berjudul Keajaiban-Keajaiban Dunia ini membongkar rahsia sains, sejarah, dan alam semula jadi di dalam satu pengembaraan ilmu yang tidak membosankan. Ia padat dengan pelbagai fakta menarik yang merentasi garis masa, bermula daripada kehebatan monumen zaman purba sehinggalah kepada kecanggihan teknologi peradaban moden. Tuan-puan pasti seronok meneroka himpunan kisah ini kerana ia ditulis menggunakan gaya bahasa yang sangat santai dan mudah difahami oleh semua peringkat umur.
Boleh terus dapatkan naskhah peribadi tuan-puan di pautan Shopee di bawah:
https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB
Atau di Webstore (Klik pautan ini sekarang untuk tebus baucar dan dapatkan buku ini sebelum promosi tamat):
https://bit.ly/3OyBuYY

No comments
Post a Comment