NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sampai Kiamat Pun Saifuddin Nasution Tak Akan Terangkan Isu Shuhaily

ULASAN | Sampai Kiamat Pun Saifuddin Nasution Tak Akan Terangkan Isu Shuhaily

Minggu lepas, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution kata kementerian dia sudah buat keputusan nak tamatkan penugasan Shuhaily kat Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan hantar dia balik ke pasukan polis.

Tapi beberapa hari lepas itu, alih-alih Shuhaily telah masuk kerja balik sebagai Ketua Pengarah AKPS seperti biasa.

Kalau kita pelik kenapa menteri cakap lain minggu lepas, tapi minggu ni lain pula yang jadinya, bukan kita saja yang tertanya tanya.

Peguam Shuhaily, Rafique Rashid Ali kata, anak guam dia akan teruskan tugas di AKPS sebab sampai sekarang anak guam dia tak dapat apa-apa surat rasmi dari Kementerian Dalam Negeri pasal pertukaran balik ke pasukan polis.

Bukan Itu saja, Rafique siap gesa Saifuddin supaya perjelaskan status Shuhaily, sebab kenyataan awal menteri tu cuma buat orang ramai makin konfius.

"Orang ramai dah mula persoal kenapa menteri cakap lain, tapi apa yang jadi kat luar lain pulak. Saifuddin patut jelaskan benda ni sebab dia dah timbulkan pelbagai spekulasi," kata Rafique.

Jadi, agak-agak bila Saifuddin akan bagi penjelasan ?

Jawapan pendek saya ialah jangan harap lah Saifuddin akan bagi penjelasan.

Sampai sekarang pun  Saifuddin belum  jelaskan macam mana 6-7  pemain bola sepak asing boleh dapat kewarganegaraan Malaysia, padahal mereka langsung tak lepas syarat nak dapat taraf warganegara.

Kalau isu pemain naturalisasi tu pun dia tak pernah bagi penjelasan yang munasabah, apa peluangnya untuk dia terangkan isu ni pulak?

Bila saya lihat gelagat Menteri Menteri Madani ini, saya rasa macam lebih baik kalau kita lupakan saja lah niat nak dengar menteri-menteri Madani ni bagi penjelasan pasal apa-apa isu pun.

Kita tak  payah nak sibuk tanya kenapa Anthony Loke pergi China jalankan tugas menteri pengangkutan lepas dia kata nak letak jawatan, Dan lepas tu balik dari China dan terus tak jadi letak jawatan.

Lupakan jugaklah harapan nak dengar Menteri Sumber Manusia, Ramanan, jelaskan kenapa dia tak saman Rafizi — padahal Anwar sendiri kata kat Parlimen yang Ramanan akan saman Rafizi.

Jangan tanya kenapa Menteri Pendidikan, Fadhlina  terkial-kial nak buat keputusan pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berapa sekolah patut tutup — padahal dah bertahun-tahun dah kita pakai IPU tu untuk tahu tahap udara itu sihat ke tak sihat.

Jadi tak payah lah kita tunggu  bila lah  Saifuddin akan jelaskan kenapa dia umum satu benda minggu lepas, dan benda lain pula jadinya minggu ini.

Kerajaan Madani kita ni memang takkan boleh terangkan kenapa benda yang depa cakap tak jadi kenyataan, sebab depa sendiri pun  tak tahu kenapa depa cakap benda tu dari awal lagi.

Daripada memberi penjelasan, ni apa yang aku rasa Saifuddin akan buat:

Dia akan senyap  untuk beberapa minggu. Bila isu ni dah basi, baru dia akan muncul balik dan buat-buat macam tak ada apa-apa yang terjadi.

Kalau tak pun, hari ni atau esok dia akan buat pengumuman pasal isu lain yang langsung tak ada kaitan, semata-mata nak tunjuk pada kita  yang dia tengah buat kerja macam biasa dan tak terkesan sikit pun dengan apa yang terjadi.

Memang ni pun *standard operating procedure* menteri Madani bila timbul isu kantoi atau masalah.

Sama ada depa ghaib terus dari pandangan umum sampai ribut reda, atau depa berlakon macam tak ada apa-apa berlaku.

Pasal penjelasan tentelang kesilapan atau kontroversi depa pulak? Sampai Kiamat pun kita tak akan dapat pencerahan.

#KerajaanMadani #SaifuddinNasution #AKPS #Shuhaily #AnthonyLoke #Ramanan #FadhlinaSidek #AkuntabilitiKerajaan #PolitikMalaysia #TheRealNehruism

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo