NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penuntut IPT telefon JKM maklum pembuangan bayi ditahan polis


ARAU:
Polis menahan seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), hari ini, berhubung kes penemuan bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan yang dibalut dengan plastik hitam di depan sebuah gerai berhampiran Taman Seri Wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Wari Kiew, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi itu sekitar 9.10 pagi tadi, dalam keadaan masih bertali pusat.

“Hasil siasatan awal mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis juga telah menerima panggilan daripada seorang wanita (suspek) yang memaklumkan telah meninggalkan seorang bayi berdekatan kawasan berkenaan.

“Wanita itu juga telah meninggalkan nombor telefon setelah dipujuk oleh pihak JKM,” katanya ketika dihubungi.

Wari berkata, selepas menerima panggilan itu, JKM Perlis bergegas ke lokasi terlibat dan menemui seorang bayi masih bertali pusat dibalut dengan plastik hitam.

Beliau berkata, pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) turut ke lokasi berkenaan dan membawa bayi tersebut ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Bayi itu dilaporkan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo