NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sah Atau Tidak Nazar Tanpa Lafaz

NAZAR TANPA LAFAZ

SOALAN :

Saya ada berniat satu nazar kalau dapat pekerjaan saya hendak berbuat suatu kebajikan tetapi ada orang kata tidak sah nazar jika tidak disebut pada mulut.

Mohon penjelasan.

JAWAPAN :

Nazar yang sah ialah nazar yang dilafazkan pada lisan seperti seorang itu berkata : Saya bernazar begitu dan begini.

Jika hanya berniat atau berkata di dalam hati maka nazar itu tidak sah.

Berkata Imam As-Syairazi : 

ŁˆŁ„Ų§ يصح النذر ؄لا ŲØŲ§Ł„Ł‚ŁˆŁ„

Artinya : “Dan tidak sah nazar melainkan dengan ucapan.” (Kitab Al-Muhazzab)

Yakni jika diniatkan sahaja nazar itu di dalam hati tanpa diucapkan pada lisan maka tidak sah tetapi jika diucapkan pada lisan sahaja tanpa niat maka nazar itu sah.

Berkata Imam Nawawi :

قال أصحابنا يصح النذر ŲØŲ§Ł„Ł‚ŁˆŁ„ من غير Ł†ŁŠŲ© ŁƒŁ…Ų§ يصح Ų§Ł„ŁˆŁ‚Ł ŁˆŲ§Ł„Ų¹ŲŖŁ‚ باللفظ بلا Ł†ŁŠŲ©. ŁˆŁ‡Ł„ يصح ŲØŲ§Ł„Ł†ŁŠŲ© من غير Ł‚ŁˆŁ„  ŁŁŠŁ‡ الخلاف Ų§Ł„Ų°ŁŠ Ų°ŁƒŲ±Ł‡ المصنف (Ų§Ł„ŲµŲ­ŁŠŲ­) باتفاق الاصحاب انه لا يصح الا ŲØŲ§Ł„Ł‚ŁˆŁ„ ŁˆŁ„Ų§ تنفع Ų§Ł„Ł†ŁŠŲ© ŁˆŲ­ŲÆŁ‡Ų§

Artinya : “Telah berkata Ashab kami sah nazar dengan perkataan tanpa berniat sepertimana sah waqaf dan merdekakan hamba sahaya dengan lafaz sahaja tanpa niat. Dan adakah sah nazar dengan niat tanpa berkata? Padanya ada khilaf yang telah menyebutnya olih pengarang yaitu Imam As-Syairazi. Pendapat yang sahih dengan sepakat Ashab sungguhnya ia tidak sah melainkan mesti dengan perkataan dan tidak berguna niat sahaja sendirinya.” (Kitab Al-Majmuk)

Kesimpulannya nazar yang sah yang wajib ditunaikan ialah nazar yang dilafazkan pada lisan sekalipun tidak berniat manakala nazar yang sekadar niat di dalam hati adalah tidak sah.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo