JOHOR BAHRU, 28 Okt — Pencipta kandungan antarabangsa, Nuseir Yassin yang dikenali sebagi “Nas Daily”, dilaporkan berada di Malaysia dan dikesan berada di kawasan Forest City, Johor, baru-baru ini—mengundang persoalan dan kemarahan dalam kalangan netizen Malaysia.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, menerusi satu hantaran di X (sebelum ini Twitter) menimbulkan persoalan: “Bukankah Nuseir Yassin warganegara Israel?” beliau menulis, dan turut menandakan Menteri Dalam Negeri Malaysia untuk penjelasan.
Laporan menyebut bahawa Nuseir dilihat mempromosikan sebuah komuniti permulaan teknologi (“start-up”) di Forest City, Johor — di mana beliau dikatakan membuat video promosi untuk projek “The Network School”.
Beberapa pengguna media sosial bertanya bagaimana individu yang dilaporkan mempunyai pasport Israel mampu memasuki Malaysia, memandangkan Malaysia mempunyai larangan kemasukan ke atas warganegara Israel.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada kementerian berkenaan mengenai status kemasukan beliau atau pasport yang digunakan.
- 1Media.my

No comments
Post a Comment