NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalendar Akademik 2026 Bermula 11 Januari – Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa Kalendar Akademik 2026 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A, dan 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata negeri dalam Kumpulan A terdiri daripada Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B merangkumi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Menurut beliau, kejayaan mengembalikan sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan di seluruh negara.

“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.

“Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi KPM di pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.

Sesi persekolahan baharu kembali ke Januari selepas empat tahun perubahan jadual akibat pandemik COVID-19, apabila KPM pada 2022 menyesuaikan jadual persekolahan kepada bulan Mac.

KPM sebelum ini memaklumkan langkah penyesuaian semula itu dilakukan secara berfasa untuk memastikan kelancaran operasi sekolah dan kesejahteraan murid terpelihara.

1Media.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo