NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wong Chen gesa kerajaan beri penjelasan rasmi isu perjanjian perdagangan Malaysia-AS

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, menggesa kerajaan memberi penjelasan rasmi kepada Parlimen berhubung perjanjian perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang baru-baru ini ditandatangani, susulan timbulnya pelbagai persoalan terhadap kandungan dan implikasinya.

Dalam satu kenyataan di laman media sosialnya hari ini, beliau memaklumkan telah meneliti sebahagian terma perjanjian tersebut dan mendapati terdapat banyak isu yang perlu diperjelas oleh kerajaan.

“Saya telah meluangkan masa meneliti terma perjanjian perdagangan dengan AS. Banyak, terlalu banyak isu,” katanya.

Wong Chen berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat khas Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSSC) dalam masa terdekat bagi membolehkan Kerajaan Madani memberikan penjelasan rasmi tentang kandungan perjanjian itu.

Berdasarkan petikan yang dikongsikan, antara perkara yang menimbulkan kebimbangan ialah Perkara 5.1: Complementary Actions, yang memperuntukkan bahawa sekiranya Amerika Syarikat mengenakan sekatan atau kuota ke atas negara ketiga atas alasan keselamatan ekonomi atau nasional, Malaysia dikehendaki melaksanakan langkah sekatan yang setara atau bersetuju dengan garis masa pelaksanaannya.

Sementara itu, kenyataan tersebut turut menarik perhatian pengguna media sosial, termasuk beberapa penganalisis politik seperti Eric See-To, yang mempersoalkan tahap kefahaman dan maklumat yang dimiliki oleh Ahli Parlimen sendiri terhadap perjanjian itu.

Eric dalam hantaran di Facebook berkata, “Ahli Parlimen PKR sendiri pun mengeluh dan tidak tahu bagaimana hendak menjawab apabila membaca perjanjian Malaysia-AS itu. Dia kata terlalu banyak isu.”

Perjanjian perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat yang ditandatangani baru-baru ini sebelum ini digambarkan sebagai “perdagangan timbal balik dan seimbang” (reciprocal and balanced trade), namun kini menimbulkan perdebatan awam berhubung sejauh mana ia benar-benar memberi manfaat setara kepada Malaysia.

1Media.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo