NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Selangor Dakwa Reformasi Hanya Sandiwara, Rakyat Terus Tertekan Dengan SST Baharu


SHAH ALAM, 17 Jun – PAS Selangor menyelar keras kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam menunaikan janji-janji reformasi yang dicanangkan sebelum memegang tampuk pemerintahan. Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, YB Shafie Ngah, menyifatkan tindakan kerajaan Madani hari ini sebagai pengkhianatan terhadap semangat reformasi yang pernah diperjuangkan oleh Anwar dan gabungan partinya.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata alasan kononnya reformasi memerlukan masa dan kerjasama politik tidak lagi relevan memandangkan kerajaan kini sudah lebih dua tahun mentadbir negara.

“Tempoh dua tahun itu sepatutnya sudah mencukupi untuk rakyat melihat hasil sebenar reformasi. Namun apa yang berlaku adalah pengulangan kezaliman lalu dalam bentuk dan wajah yang baru,” katanya.

Shafie turut mengkritik pelantikan diri Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan serta pelantikan anaknya sebagai penasihat kanan, sambil menyifatkannya sebagai amalan nepotisme yang terang-terangan bercanggah dengan prinsip reformasi.

Kritikan itu muncul ketika kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan cukai perkhidmatan (SST) 8% terhadap pelbagai perkhidmatan, termasuk langganan digital, makanan dan minuman di restoran, serta servis penyelenggaraan – yang dianggap oleh banyak pihak sebagai satu lagi beban terhadap rakyat.

Menurut Shafie, “Reformasi ekonomi hari ini bukannya untuk meringankan beban rakyat, tetapi lebih kepada menyiksa rakyat demi mengukuhkan pentadbiran.”

Beliau turut mempersoalkan keikhlasan kerajaan dalam menangani isu rasuah, merujuk kepada pelantikan individu yang sedang berdepan puluhan pertuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri serta keputusan mahkamah untuk membebaskan tokoh tersebut tanpa melepaskannya sepenuhnya (DNAA).

PAS Selangor menyeru kerajaan untuk berhenti beralasan dan segera memperlihatkan kesungguhan sebenar dalam mentadbir negara secara adil dan telus, sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat semasa pilihan raya lalu.

“Kerajaan Madani tidak boleh terus menunggang slogan reformasi hanya untuk mengekalkan kuasa,” tegas Shafie.

Pengumuman SST baharu yang kini semakin dipertikai oleh masyarakat umum turut menjadi antara bukti, menurut PAS Selangor, bahawa reformasi yang dijanjikan kini hanyalah slogan retorik – sementara rakyat terus menanggung akibat dasar ekonomi yang pincang. - 1Media.my


( Hide )
  1. Ramai orang Cina di Taman Desa Jaya, Kepong sangat membenci DATUK YIP KUM FOOK kerana dia banyak menipu dan berbohong, dan ramai orang mati kerana dia membayar orang untuk melakukan ilmu hitam, tetapi sudah ramai yang mengetahuinya. Sihir hitam itu kembali kepada dia dan keluarganya kerana dia tidak berani keluar dari rumahnya

    Dia akan menderita sampai mati dan tidak akan gembira kerana dia berbuat jahat kepada orang, dia menipu IC orang, mengambil IC orang untuk menjadi penipu atau scammer, ini sangat teruk, jika dia mati, dia akan masuk neraka yang dalam.

    Anda tidak boleh lari daripada apa yang telah anda lakukan pada masa lalu; hantu akan mencari kamu dan menghantui kamu sehingga kamu mati, menyeksa kamu dan membuat kamu menangis sehingga kiamat.

    Dan orang Cina benci DATUK YIP KUM FOOK di Pasar Desa Jaya, Kepong, kerana orang yang berniaga selalu kena minta duit untuk bayar cukai. Wanita Cina tua-tua sangat takut kepada mereka kerana menggunakan samseng, polis, pegawai DBKL, dll.

    Sekarang masyarakat umum tahu di mana Datuk Yip Kum Fook tinggal, orang Cina akan datang ke tempatnya

    Dari Ah Kong, Taman Desa Jaya, Kepong
    郑明贵, 郑秋兰, 王安好, 颜世火

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo