Home Terkini 'Covid-19' 'PASleak' Administrator

1Media.My

TEPAT. TELUS. TERKINI.

Powered by Blogger.

Mega Menu

  • HOME
  • NASIONAL
    • Nasional
    • Umum
    • Negeri
    • Borneo
  • GLOBAL
    • GLOBAL
    • Dunia Islam
  • POLITIK
    • PN
    • PAS
    • BERSATU
    • UMNO
    • PH
    • PKR
    • DAP
    • PAN
  • NGO
    • UMMAH
    • KONGRES RAKYAT
    • ABIM
    • PEMBELA
    • MUSLIM CARE
  • SOSIOBUDAYA
    • Sosial
    • Ekonomi
    • Pendidikan
    • Undang-Undang
    • Keluarga
    • Sastera
    • Budaya
  • GAYA HIDUP
    • Seni
    • Kesihatan
    • Sukan
    • Tips
    • Travel
  • KOLUMNIS
    • Sahimin Mustafa
    • Samhani
    • Shuhaimi Al -Maniri
    • Syahir Sulaiman
    • Umum
    • Open Minda
    • Minda Kiri
  • TEKNOLOGI
  • SUKAN
    • Leadership
    • History
    • Locations
  • India
    • Undergraduate
    • Masters
    • International
  • sports
    • Undergraduate
    • Masters
    • Footballers
  • France
    • Social Media
    • Masters
    • International
  • Europe
    • Brexit Law
    • Masters
    • Historians
  • Britian
    • Postgraduate
    • Masters
    Opinions

TRENDING

  • Hubungan kian tegang
  • A Non-Malay View: “Reverse Discrimination - Why The Dec 08 Peaceful Assembly Is Important For The Malaysia
  • Isu Bak Kut Teh, Menteri tak sensitif - šš«šØšŸ š„š¦š¢š«š¢š­š®š¬ šƒššš­šØ šƒš« š“šžšØ šŠšØš¤ š’šžšØš§š 
  • Islam & Tanah Melayu seperti tidak boleh berpisah lagi.
  • Himpunan 812 (Bantah ICERD): Amanat Tun Abdul Hamid Mantan Ketua Hakim Negara
  • Tun M, Muhyiddin jadi orang tengah satu kegagalan
  • Myanmar dakwa tidak wujud Rohingya
  • BN Melaka langgar semangat konsensus - MCA
  • KEPUTUSAN PENUH PRN MELAKA : BN KUASAI 21 KERUSI, PN 3 DAN PH 4
  • BN MENANG 21 KERUSI, PN 3 DAN PH 4 PADA PRN MELAKA KE-16

NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label WILAYAH PERSEKUTUAN. Show all posts
Showing posts with label WILAYAH PERSEKUTUAN. Show all posts
AGAMA ARTIKEL WILAYAH PERSEKUTUAN

Hukum Orang Islam Menyertai Christmas Carolling

Editor 1Media
1/01/2025 11:31:00 am No comments 0


IRSYAD HUKUM SIRI KE-818: HUKUM ORANG ISLAM MENYERTAI CHRISTMAS CAROLLING

Soalan:

Soalan saya, mohon pencerahan, bagi memeriahkan Krismas kepada para pengunjung hospital bolehkah kami menghiburkan penghuni wad dengan persembahan Christmas Carolling sempena sambutan Hari Krismas?

Ringkasan Jawapan:

Pada dasarnya Islam tidak mengharamkan hiburan selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak mengandungi unsur keagamaan agama lain. Oleh itu, hukum menyertai Christmas Carolling adalah haram kerana lirik lagu-lagunya yang mengandungi unsur agama Kristian dan bercanggah dengan syarak. Umat Islam hendaklah menjauhi upacara-upacara keagamaan agama lain sama ada dalam bentuk nyanyian atau lainnya.

Huraian Jawapan:

Christmas Carolling bermaksud lagu yang bertemakan Krismas, kebiasaannya ia dinyanyikan pada hari Krismas. Istilah noel kadang kala digunakan terutamanya bagi lagu-lagu karol yang berasal dari Perancis[1]. Lagu-lagu ini mula diketahui pada abad ke-4 namun lagu Krismas dalam bahasa Inggeris muncul pada tahun 1426 dalam penulisan John Awdlay yang telah menulis 25 lagu “caroles of Cristemas”. Hari ini lagu-lagu Christmas Carolling masih lagi mengandungi unsur-unsur keagamaan kristian seperti lagu yang bertajuk A Bone God Wot[2].

Secara asasnya hukum nyanyian adalah diharuskan selagi mana ia tidak berunsur pemujaan dan galakan minum arak, pergaulan bebas tanpa batas, lirik yang menyanggahi syariat dan akidah Islam serta melalaikan pendengar dan pengamal muzik daripada tanggungjawab dan kewajipan agama. Mengenai hukum nyanyian kami telah bincangkan dengan panjang lebar dalam artikel bertajuk: Bayan Linnas Siri Ke-197: Islam Dan Muzik. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA, dia berkata:

Ų£َنَّهَŲ§ Ų²َفَّŲŖِ Ų§Ł…ْŲ±َŲ£َŲ©ً Ų„ِŁ„َى Ų±َŲ¬ُŁ„ٍ Ł…ِنَ الأَنْŲµَŲ§Ų±ِ فَŁ‚َŲ§Ł„َ نَŲØِيُّ اللَّهِ صلى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… ‏ "‏ يَŲ§ Ų¹َŲ§Ų¦ِŲ“َŲ©ُ Ł…َŲ§ كَانَ Ł…َŲ¹َكُŁ…ْ Ł„َهْوٌ فَŲ„ِنَّ الأَنْŲµَŲ§Ų±َ يُŲ¹ْŲ¬ِŲØُهُŁ…ُ اللَّهْوُ

Maksudnya: ‘Aisyah RA mempersiapkan seorang wanita untuk dinikahi seorang lelaki. Rasulullah SAW pun bersabda: “Wahai ‘Aisyah, tidak adakah sebarang hiburan dalam majlis perkahwinan ini? Sesungguhnya kaum Ansar amat menyukai hiburan.

(Riwayat al-Bukhari)

Islam tidak menolak hiburan namun ia hendaklah mengikut kepada garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqi fi Dhau’ al-Quran wa al-Sunnah meletakan beberapa etika yang mesti dipatuhi dalam hiburan:

  1. Memastikan lirik lagu tidak bercanggah dengan syarak.
  2. Memastikan persembahan yang dilakukan tidak melampau.
  3. Memastikan nyanyian tersebut tidak disertai dengan perkara yang haram.
  4. Tidak berlebih-lebihan[3].

Selain itu, Imam al-Ghazali menjelaskan beberapa faktor yang boleh menyebabkan hukum nyanyian boleh berubah menjadi haram yang antaranya:

ف؄ن ŁƒŲ§Ł† ŁŁŠŁ‡ ؓيؔ من الخنا ŁˆŲ§Ł„ŁŲ­Ų“ ŁˆŲ§Ł„Ł‡Ų¬Łˆ أو Ł…Ų§ Ł‡Łˆ كذب على الله تعالى ŁˆŲ¹Ł„Ł‰ Ų±Ų³ŁˆŁ„Ł‡ صلى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… أو على الصحابة رضي الله عنهم ŁƒŁ…Ų§ رتبه Ų§Ł„Ų±ŁˆŲ§ŁŲ¶ في هجاؔ الصحابة ŁˆŲŗŁŠŲ±Ł‡Ł… ŁŲ³Ł…Ų§Ų¹ Ų°Ł„Łƒ Ų­Ų±Ų§Ł… بألحان وغير ألحان، ŁˆŲ§Ł„Ł…Ų³ŲŖŁ…Ų¹ ؓريك للقائل .

Maksudnya: “Jika ada di dalamnya perkataan yang kotor, keji, cercaan atau penipuan terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW, atau terhadap para sahabat sebagai mana yang dilakukan oleh golongan Rafidhah dalam celaan mereka kepada para sahabat dan selain daripada mereka, maka diharamkan mendengarnya sama ada ia dimelodikan atau tidak. Manakala orang yang mendengarnya juga dikira bersubahat dengan orang yang melantunkannya.”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Rabi’ binti Mu’awwiz bahawa Rasulullah SAW menghadiri hari perkahwinan saya, Baginda duduk di atas katil saya seperti mana anda duduk bersama saya. Lalu kanak-kanak dari kalangan hamba kami mula memukul rebana dan menyebutkan keluargaku yang telah terbunuh pada perang Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata: Di antara kami ada seorang Nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku hari esok. Maka Nabi SAW bersabda:

ŲÆَŲ¹ِي هَŲ°َŲ§، وَŁ‚ُŁˆŁ„ِي Ł…َŲ§ كُنْŲŖِ ŲŖَŁ‚ُŁˆŁ„ِŁŠŁ†َ

Maksudnya: “Tinggalkan perkataan tersebut dan katakan selainnya apa yang anda telah katakan.”

(Riwayat Ibn Hibban)

Disebutkan dalam kitab Syarah Masabih al-Sunnah bahawa Nabi SAW melarang perkataan tersebut kerana baginda tidak suka untuk menisbahkan mengetahui perkara ghaib kepada dirinya. Tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT dan baginda hanya mengetahuinya dari apa diberitahukan oleh Allah SWT[4].

Oleh yang demikian, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

  1. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
  2. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama bukan Islam.
  3. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
  4. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
  5. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

Kesimpulan

Pada dasarnya Islam tidak mengharamkan hiburan selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak mengandungi unsur keagamaan agama lain. Oleh itu, hukum menyertai Christmas Carolling adalah haram kerana lirik lagu-lagunya yang mengandungi unsur agama Kristian dan bercanggah dengan syarak.

Wallahu A'lam

 

Rujukan: 

[1] Oxford English Dictionary. Dicapai pada 1 Disember 2023 dari https://www.oed.com/dictionary/noel_n

[2] David Hebert, Alexis Anja Kallio & Albi Odendaal (2012): Not So Silent Night:Tradition, Transformation and Cultural Understandings of Christmas Music Events in Helsinki,Finland, Ethnomusicology Forum, 21:3, 402-423

[3] Yusuf al-Qaradawi. (2022). Mausuaah al-A’mal al-Kamilah li Samahah al-Imam Yusuf al-Qaradawi, Istanbul: al-Dar al-Syamiyyah, jld. 17, hlm. 227.

[4] Ibn Malak al-Rumi. (2012). Syarah Masabih al-Sunnah, Kuwait: Idarah al-Thaqafah al-Islamiyyah, jld. 3, hlm. 560.

ŁˆŁ‡Ų°Ų§ Ł„ŁƒŲ±Ų§Ł‡ŲŖŁ‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ الصلاة ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… نسبة علم Ų§Ł„ŲŗŁŠŲØ Ų„Ł„ŁŠŁ‡ مطلقا؛ لأنه لا ŁŠŲ¹Ł„Ł…Ł‡ ŁƒŲ°Ł„Łƒ ؄لا الله، ŁˆŲ„Ł†Ł…Ų§ ŁŠŲ¹Ł„Ł… Ų§Ł„Ų±Ų³ŁˆŁ„ من Ų§Ł„ŲŗŁŠŲØ Ł…Ų§ أخبره الله به


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

65 bazar Ramadan bakal beroperasi di sekitar KL - DBKL

Pena rakyat
4/12/2021 10:17:00 am No comments 0





KUALA LUMPUR: Sebanyak 65 lokasi Bazar Ramadan dijangka beroperasi di sekitar ibu kota, bermula 3 petang hingga 8 malam sepanjang Ramadan ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, daripada jumlah lokasi itu 63 diselia oleh penganjur bazar Ramadan, manakala dua lagi iaitu di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri (berhampiran Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur) dan di Jalan 4/38 A Taman Sri Sinar, Segambut (Wisma Suhati), akan diselia oleh DBKL sendiri.

"Pengunjung bazar Ramadan diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan sebagainya," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan Bazar Aidilfitri yang sebelum ini beroperasi di Jalan Raja, akan beroperasi semula di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) bermula 17 April hingga 12 Mei, setelah ditangguhkan pelaksanaannya tahun lalu susulan COVID-19.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 208 penjaja akan terlibat di lokasi bazar yang bermula dari belakang bangunan Kompleks Campbell sehingga ke susur keluar persimpangan Masjid India, bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam.

"Kawasan Lorong TAR yang menempatkan penjaja Bazar Aildilfitri akan dipasang pagar di sepanjang jalan, bagi mengawal keluar/masuk pengunjung dan akan dikawal selia sepenuhnya oleh DBKL," katanya.

Sehubungan itu, tapak tradisi pasar malam di Lorong TAR setiap Sabtu, akan dipindahkan operasi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman sepanjang bulan Ramadan iaitu pada 17 April, 24 April, 1 Mei dan 8 Mei 2021.
Kenyataan itu turut memaklumkan, sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari persimpangan Jalan Esfahan (selepas Sogo) sehingga ke persimpangan Jalan Melayu, akan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan bagi memberi laluan kepada aktiviti pasar malam bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada tarikh berkenaan.

DBKL turut mengingatkan penganjur, peniaga, pekerja serta pengunjung bazar, untuk mematuhi segala peraturan, syarat dan SOP yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan.

"Mana-mana individu atau penganjur yang melanggar peraturan atau SOP ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19, akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000 terhadap individu dan RM50,000 kepada penganjur.

Manakala tindakan penutupan gerai /Bazar Ramadan/Bazar Aidilfitri terbabit, boleh dilaksanakan DBKL," katanya.

-- BERNAMA
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Inisiatif Wilayah Cakna: KWP belanja RM151.3 juta

Pena rakyat
3/25/2021 09:31:00 am No comments 0

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya menggagaskan konsep ‘Wilayah Persekutuan, Wilayah Prihatin’ adalah demi terus menjaga nasib rakyat

KUALA LUMPUR, 23 Mac ― Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) membelanjakan kira-kira RM151.3 juta melalui Inisiatif Wilayah Cakna yang memanfaatkan kira-kira 530,000 warganya yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan pandemik Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata inisiatif ini merupakan sebahagian komitmen kerajaan untuk mempergiatkan lagi usaha memulih dan menjana semula ekonomi di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Tujuannya adalah untuk memelihara kebajikan rakyat dalam situasi yang sukar pada masa ini.

“Kami sentiasa prihatin dan cakna terhadap kesulitan yang dihadapi oleh rakyat yang sedang berhadapan dengan ancaman kesihatan akibat penularan wabak Covid-19 serta pelaksanaan PKP yang membawa pelbagai cabaran ekonomi dan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 di Istana Negara, hari ini.

Dalam istiadat berkenaan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2021 kepada 143 individu.

Pengurniaan ini adalah berdasarkan kepada khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan selama ini kepada Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Annuar berkata sebagai kesinambungan usaha menzahirkan rasa prihatin serta cakna terhadap rakyat Wilayah Persekutuan, kementeriannya telah menggagaskan konsep ‘Wilayah Persekutuan, Wilayah Prihatin’.

“Konsep ini akan menjadi teras hala tuju penzahiran penyampaian perkhidmatan supaya sentiasa prihatin serta memberi keutamaan terhadap kebajikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata berdasarkan sistem e-Kasih serta data dari Unit Laksana, Kementerian Kewangan, seramai 36,454 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dikategorikan dalam golongan miskin bandar.

“Masalah miskin bandar ini berpunca daripada pelbagai faktor, yang antara isu utamanya melibatkan isu perumahan mampu milik. Selaras dengan itu, kami telah bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam meneruskan usaha menyediakan kediaman mampu milik yang selesa.

“Antara inisiatif yang disediakan adalah pembinaan council homes atau rumah sewa milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di setiap kawasan Parlimen di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata inisiatif lain ialah pelaksanaan inisiatif Baiti Jannati atau Rumah Wilayah Prihatin membabitkan pembinaan 6,000 unit rumah mampu milik di Kuala Lumpur; sebanyak 3,000 unit di Putrajaya dan 1,000 unit di Labuan. ― Bernama
NEGERI SELANGOR WILAYAH PERSEKUTUAN

Gangguan bekalan air 48 jam, 68 jam bermula 30 Mac, 6 April ini

Pena rakyat
3/24/2021 04:53:00 pm No comments 0



KUALA LUMPUR – Sebanyak 88 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air secara berjadual antara 30 Mac hingga 1 April selama 48 jam serta 6 April hingga 9 April ini selama 68 jam.

Gangguan bekalan air itu berikutan kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset-aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan dilaksanakan pada tahun ini.

Air Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan oleh...

Posted by Air Selangor on Tuesday, 23 March 2021

Menurut Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri, pihaknya telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual.

“Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam.

“Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini akan dijalankan pada 30 Mac 2021, jam 9 pagi hingga 9 malam. Kerja-kerja ini telah dijadualkan pada 12 Januari 2021 tetapi ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 11 kawasan di Wilayah Shah Alam bermula jam 9 pagi, 30 Mac 2021.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 1 April 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam.

“Kerja-kerja penggantian injap ini akan dilaksanakan pada 6 April 2021, jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Berikutan henti tugas ini, 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 pagi, 6 April 2021.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 9 April 2021, jam 5 pagi,” katanya.

Selain itu, Elina berkata tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas berbeza, bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.



“Air Selangor menasihatkan para pengguna terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya.

Dalam pada itu, Air Selangor juga dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama di LRA Cheras Batu 11 pada 15 Jun 2021, LRA Sungai Langat pada 6 Julai 2021 dan LRA Sungai Selangor Fasa 1 pada 5 Oktober 2021.

“Walau bagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini tertakluk kepada kelulusan daripada SPAN.

“Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan-kawasan yang terlibat dan jadual pemulihan bekalan air dengan lebih terperinci setelah kelulusan SPAN diperolehi,” katanya.

Katanya lagi, pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama yang bakal dilaksanakan ini telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum dilaksanakan.

Antaranya mengelakkan pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dalam tempoh masa tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas perayaan utama yang telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“Mengelakkan tarikh semasa berlangsungnya sesuatu acara penting peringkat antarabangsa, nasional atau negeri seperti acara sukan, persidangan atau mesyuarat serta mengelakkan tarikh semasa peperiksaan utama sekolah kerajaan,” katanya lagi. MG
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

DBKL bakal wartakan 400 hektar kawasan hijau di Bukit Kira

Pena rakyat
3/16/2021 11:34:00 am No comments 0
– Oleh HAIKA KHAZI

14 MAC: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewartakan lebih banyak taman awam bagi mengekalkan kawasan hijau kekal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Sebagai permulaan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata kementerian menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam proses mewartakan Taman Persekutuan Bukit Kiara berkeluasan lebih 400 hektar sebagai kawasan hutan dan hijau kekal, dalam masa terdekat.

“Apa yang kita lakukan sekarang adalah untuk memastikan Kuala Lumpur mempunyai kawasan hijau mencukupi dan dilindungi daripada pembangunan.

“Oleh itu kita kena ambil langkah segera untuk mewartakan taman awam yang mempunyai kawasan hijau ini secara kekal sampai bila-bila misalnya kita sudah mewartakan sebahagian daripada Taman Persekutuan Bukit Kiara dan sebahagian lagi akan menyusul sehingga mencapai 400 hektar,” katanya dalam sidang media selepas meninjau kemudahan di Taman Botani Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata DBKL juga sedang berusaha untuk mewartakan Taman Tugu di Kuala Lumpur sebagai salah satu khazanah negara yang perlu dilindungi sampai bila-bila.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata DBKL juga sedang berusaha untuk menaik taraf kemudahan di taman awam berkenaan bagi memastikan rakyat dapat menikmati dan beriadah di kawasan yang selamat dan berkualiti.

Berikutan itu Annuar berkata pihaknya akan berusaha supaya taman awam seperti Tanam Tugu dan Taman Botani KL dapat dihubungkan secara terus dengan sistem pengangkutan awam yang cekap dari KL Sentral ke kawasan terbabit.

“Saya juga berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menyediakan kemudahan asas bukan hanya mencukupi, malah mesra golongan kurang upaya (OKU) termasuk pengguna kerusi roda dan sebab itulah saya mengambil masa agak lama untuk melakukan tinjauan di Taman Botani KL sejap tadi.

“Ini penting bagi memastikan golongan OKU termasuk mereka berkerusi roda dapat menikmati kemudahan di taman-taman awam di sekitar Kuala Lumpur pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata pihak PBT juga perlu meningkatkan tahap keselamatan di taman awam bagi memastika tidak berlaku kes jenayah jalanan seperti ragut, samun dan sebagainya.

“PBT juga perlu melakukan kaji selidik bagi menilai tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan dan tahap keselamatan di taman awam sekitar Kuala Lumpur.

“Langkah berkenaan memboleh pengguna dan orang awam mengemukakan cadangan dan idea bernas bagi penambahbaikan kemudahan di taman awam di sekitar KL,” katanya.

Katanya, DBKL juga bercadang membina beberapa lagi taman awam di sekitar kawasan Tasik Batu, Taman Beringin dan beberapa lagi bagi kemudahan riadah dan reakriasi penduduk setempat.

“Kita berharap semua langkah berkenaan dapat meningkatkan lagi imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang bersih, indah dan dilitupi kawasan hijau,” katanya. 
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

PPj kekal nombor satu Bandar Mampan, Juara AKH

Pena rakyat
3/12/2021 12:27:00 pm No comments 0



PERBADANAN Putrajaya (PPj) berjaya mengekalkan status Bandar Mampan Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.

Menerusi skor sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (Murninets) yang dianjurkan Pusat Murninet Kebangsaan, PPj kini berada di kedudukan tiga teratas bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menurut Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, PPj akan terus berusaha mengekalkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan dan pembangunan perbandaran.

"Alhamdulillah di atas pencapaian dan saya akan pastikan projek-projek terbaik di Putrajaya dilaksanakan agar memberi pulangan ekonomi yang baik,

"Selain itu, pencapaian dalam aspek rekreasi dan kejiranan hijau yang mesra pengguna basikal dan pejalan kaki sekali gus menyumbang ke arah merealisasikan visi Putrajaya Mampan 2025,"ujar beliau.

Sebanyak 126 bandar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah dinilai status kemampanan secara tahunan berdasarkan 39 indikator Bandar Mampan Malaysia oleh PLANMalaysia.

Dalam pada itu, PPj juga turut muncul juara dalam Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) sebagai pengiktirafan di peringkat nasional kepada PBT. – AINI – WILAYAHKU

https://www.wilayahku.com.my/ppj-kekal-nombor-satu-bandar-mampan-juara-akh/#.YErtXrQzYcg
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Projek sungai angkat status KL setaraf bandar terkemuka

Pena rakyat
3/11/2021 10:02:00 am No comments 0

10 MAC: Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperuntukan RM400 juta bagi meneruskan pelaksanaan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) di sepanjang Sungai Gombak dekat Kuala Lumpur (KL).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata langkah berkenaan bukan sahaja memberi impak kepada pembangunan di sekitar Kuala Lumpur malah mampu meningkatkan industri pelancongan ibu kota negara dengan memastikan kebersihan sungai di ibu kota di tahap yang optimum.

Annuar berkata projek berkenaan masih tersenarai sebagai 10 kawasan pesisir air (waterfront) terbaik dan tercantik di dunia oleh sebuah portal berita United Kingdom iaitu Independent pada tahun 2019.

Beliau berkata, apabila siap kelak projek RoL berkenaan mampu mengangkat status KL setaraf dengan bandar raya terkemuka seperti Tokyo, Berlin, Florida, New York.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju bagi projek terbabit dan akan menggunakan peruntukan sedia ada diterima oleh kementerian sebelum ini.

“Projek yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun juga bertepatan dengan saranan Jemaah Menteri untuk melanjutkan projek RoL dengan mencantikkan sepanjang sungai yang melalui Kuala Lumpur,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya, hari ini.

Projek itu akan dilakukan secara berperingkat bermula jarak 700 meter di sekitar Kampung Puah sehingga menghampiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Annuar berkata, dengan teknologi yang digunakan di bahagian permukaan sungai itu orang ramai boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti berenang dan sebagainya.

“Di tebing sungai pula akan dibangunkan pembangunan moden dan lokasi untuk orang ramai beriadah serta kawasan bagi peniaga kecil berniaga.

“Di Malaysia (projek) ini antara yang pertama, namun sudah dilakukan di Korea sama seperti di kawasan Cheonggyecheon, Seoul,” katanya.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/03/10/projek-sungai-mampu-angkat-status-kl-setaraf-bandar-terkemuka-dunia/
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Lagi rakyat miskin terima bantuan beras

Pena rakyat
2/24/2021 10:32:00 am No comments 0
Oleh: Hana’ Salleh
20 Februari 2021

BATU: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 1 meneruskan lagi agihan beras melalui inisiatif MyBeras@Wilayah kepada penduduk dalam Parlimen Batu, baru-baru ini.

Lebih 20 buah keluarga dari isi rumah B40 yang menetap di sekitar Perumahan Awam Sri Perak telah menerima sumbangan tersebut.

Hadir bagi menyempurnakan agihan beras itu adalah Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkap Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Azhar Yahya.

Dalam majlis berkenaan, beliau berpesan agar rakyat terus menyokong segala usaha kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 ini.

“Usaha-usaha kerajaan dalam mengekang penularan Covid-19 ini juga sewajarnya disambut baik oleh semua lapisan masyarakat khususnya pelancaran Program Vaksinasi Kebangsaan yang bakal dijalankan tidak lama lagi,” ujar beliau.

Hadir sama adalah Pengerusi MPP Sub Zon 1, Samsuddin Yaacob dan beberapa orang wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan.
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Golongan B40 diberikan keutamaan miliki rumah Residensi Prihatin

Pena rakyat
2/22/2021 04:05:00 pm No comments 0
– Oleh Haika Khazi

22 FEB: Golongan berpendapatan rendah (B40), keluarga muda, penjawat awan dan petugas barisan hadapan akan diberikan keutamaan untuk memiliki 40,000 unit rumah Residensi Prihatian yang akan dibina di Putrajaya dan Kuala Lumpur (KL), dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai permulaan kementeriannya bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) membangunkan sebanyak 12,253 unit Residensi Prihatin berkeluasan 750 kaki persegi melibatkan 10 tapak projek pembangunan di Putrajaya membabitkan kawasan strategik di Presint 5, 7, 11, 16 dan 19.

Menurutnya, projek berkenaan sedang dalam peringkat perancangan dengan pembinaan keseluruhannya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

“Sebanyak 1,592 unit Residensi Prihatin Kenanga dan Melur yang akan dibangunkan dijual pada harga RM 200,0000 iaitu lebih rendah daripada harga pasaran. Kos itu tidak termasuk kos nilai tanah di Putrajaya.

“Kedua-dua Residensi itu akan dibangunkan oleh syarikat pemaju Tetuan Protasco Development Sdn. Bhd. yang menandatangani Perjanjian Pembangunan (D.A.) hari ini,” katanya pada sidang media sempena pelancaran projek Residensi Prihatin di Putrajaya secara maya hari ini.

Program Residensi Prihatin adalah salah satu program pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan yang sentiasa menjadi agenda utama KWP dalam usaha memperkukuhkan society safety net rakyat, sejajar dengan matlamat Inisiatif Wilayah Prihatin (IWP).

Pembangunan Residensi Prihatin turut meliputi kemudahan seperti surau, dewan serbaguna, tadika, taska,ruang niaga, gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta berbumbung bagi memastikan persekitaran hidup yang lebih kondusif dan berkualiti

Menurut Annuar, bagi memastikan kumpulan sasar yang tepat beroleh manfaat tersebut, permohonan Residensi Prihatin ini memberi penekanan kepada pemohon bagi rumah pertama dan masih belum memiliki rumah.

“Keutamaan turut diberikan kepada penjawat awam dan pembeli yang terdiri daripada kumpulan keluarga muda terutama petugas barisan hadapan yang bertugas di Lembah Klang,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, penetapan syarat minimum 60 peratus daripada jumlah unit pembangunan ini akan diperuntukkan kepada kuota Bumiputera bagi mengatasi masalah pemilikan rumah membabitkan golongan B40.

“Individu yang lahir, menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan yang berminat untuk memiliki unit Residensi Prihatin ini, boleh membuat pendaftaran permohonan secara atas talian di portal Residensi Prihatin https://residensiprihatin.kwp.gov.my. bermula esok.

“Permohonan adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM5,000 sebulan dan keutamaan diberikan kepada pemohon belia yang telah berkahwin.

“Kementerian berharap pelaksanaan program di bawah Cakna Perumahan ini dapat mengatasi isu kesukaran pemilikan rumah di Wilayah Persekutuan terutama sekali kepada golongan muda,” katanya.” 
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

PAS WP bantah pembukaan industri perjudian

Pena rakyat
2/17/2021 11:38:00 am No comments 0


PAS Wilayah Persekutuan membantah pembukaan sektor industri perjudian seperti yang digembar-gemburkan di media sosial semalam.

Sukar untuk difahami mengapa dalam tempoh yang kritikal ini Kerajaan boleh membenarkan kasino dan syarikat perjudian seperti Magnum 4D dapat beroperasi semula.

Langkah membuka semula kasino walaupun terhad kepada ahli kumpulannya sahaja jelas tidak memberikan apa-apa manfaat kepada negara.

Bahkan implikasi perjudian tidak kurang lebih sama dengan implikasi daripada arak yang membawa kepada kecelakaan sosial dalam masyarakat di negara ini.

Pada satu tangan, kita berusaha memperbanyakkan peluang pekerjaan bagi menggalakkan rakyat di negara ini berusaha.

Namun, malangnya satu tangan yang lain pula seolah-olah membiarkan rakyat menyerahkan nasib dengan aktiviti perjudian.

Apakah SOP rentas negeri dan daerah juga akan dilonggarkan semata-mata untuk memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan ini?

Sewajarnya ia tidak sepatutnya berlaku dalam suasana negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

PAS Wilayah Persekutuan akan menghantar nota bantahan ini bagi menggambarkan ketegasan PAS Wilayah Persekutuan terhadap isu yang berlaku insyAllah.

Saya juga mengharapkan agar Kerajaan dapat mempertimbangkan semula kebenaran tersebut.

"Islam Memperkukuh Perpaduan"


AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap YDP PAS Kawasan Batu,
5 Rejab 1442H bersamaan 17hb Februari 2021.

https://www.facebook.com/ustazazharyahya/posts/2869107370003995
NASIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN

Progam Dapur It’am 3.0, JAWI, MAIWP peruntuk RM1.34 juta

Pena rakyat
2/15/2021 10:10:00 pm No comments 0

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.34 juta bagi pelaksanaan program Dapur It’am 3.0 yang menyediakan 300 pek makanan percuma sehari kepada golongan memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata dapur It’am 3.0 itu kesinambungan inisiatif program yang dimulakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sepanjang Ramadan tahun lalu.

Katanya, ia berkonsepkan ‘soup kitchen’ yang berpusat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) yang menyediakan edaran pek makanan bermasak secara percuma kepada golongan memerlukan.

“Program diadakan setiap hari bermula hari ini sehingga 11 April dan akan menyediakan 300 pek makanan bermasak setiap hari,” katanya dalam kenyataan media selepas melancarkan program Dapur It’am di Masjid Mahmoodiah Presint 18 di sini, hari ini.



Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon dan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Makanan dihasilkan pada program Dapur It’am 3.0 itu disediakan 56 masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan untuk diedarkan pada waktu tengah hari melalui wakil penduduk atau khidmat penghantar makanan.

Zulkifli berkata, seramai 134,400 orang dijangka menerima manfaat daripada inisiatif itu, membabitkan petugas barisan hadapan, petugas kebersihan dan pemandu e-hailing.

Katanya, agihan juga diberikan kepada golongan asnaf dan B40, rakan kejiranan bukan Muslim serta golongan yang terkesan dan memerlukan di Wilayah Persekutuan.

“Program ini sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka yang terkesan dan memerlukan dengan menyasarkan sifar lapar atau setiap keluarga mempunyai makanan di atas meja pada setiap hari ketika berdepan saat getir pandemik COVID-19,” katanya.
NEGERI SOSIAL WILAYAH PERSEKUTUAN

Sugarbook bahana pada ummah

Pena rakyat
2/15/2021 10:07:00 pm No comments 0
Oleh : Maizatul Asida

15 Februari 2021

BATU : PAS Kawasan Batu tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 3.00 petang semalam bagi membuat laporan polis terhadap pemilik ‘Sugarbook’ susulan isu yang tular mengenai aplikasi berkenaan tempoh hari.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Shamsuddin Yaacob yang hadir bersama pimpinan kawasan tersebut menzahirkan rasa kecewa dan marah terhadap aplikasi ini yang jelas merosakkan moral masyarakat dan menghina martabat kaum wanita.

Terdahulu, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya turut mengecam kewujudan aplikasi ini melalui hantaran di Facebook beliau.

“PAS Kawasan Batu khususnya serta di peringkat negeri dan nasional tidak akan sesekali berkompromi dalam isu-isu yang boleh membawa negara ke lembah kehinaan sebegini dan perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dalam masyarakat

Beliau yang juga salah seorang Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan membawa isu ini kepada pihak pengurusan tertinggi DBKL supaya dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah gelap ini.

Menurut beliau lagi, tiga pendekatan utama yang boleh diteliti adalah sekatan terhadap akses laman sesawang yang berkaitan, mendakwa mereka yang terlibat ke muka pengadilan serta mengoptimumkan peranan pihak zakat dan agensi terlibat bagi membantu para pelajar yang menghadapi masalah kewangan di pusat-pusat pengajian tinggi.

“Namun, kesemua ini memerlukan suatu penyiasatan yang terperinci daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Saya menggesa pihak kerajaan tidak memandang sepi isu-isu sebegini khususnya melibatkan maruah pelajar-pelajar yang berada di IPTS mahupun IPTA,” ujar beliau lagi.
BERITA WILAYAH PERSEKUTUAN

Annuar Saman Ahli Parlimen Cheras Atas Dakwaan Jual Tanah DBKL

Editor 1Media
11/19/2020 08:07:00 pm No comments 0
Kuala Lumpur: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang mendakwa beliau telah menjual 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, sepanjang memegang jawatan menteri dalam tempoh lapan bulan sejak Mac lalu, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada DBKL untuk menjual mana-mana aset mereka.

Katanya, tindakan Tan yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan itu sangat berbaur fitnah, menjejaskan reputasinya dan DBKL.

"Ia satu tuduhan berat dan sangat serius," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Dakwaan Tan itu dilaporkan sebuah portal berita dalam talian semalam yang mendakwa sepanjang tempoh Annuar memegang jawatan itu, banyak tanah milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan membabitkan projek perumahan dan campuran komersial.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Tan sepatutnya membangkitkan perkara itu dalam Dewan Rakyat supaya beliau boleh memberikan jawapan, bukannya di luar dewan.

"Tindakan di luar Parlimen tertakluk undang-undang tertentu, justeru saya telah arahkan peguam saya untuk ambil tindakan undang-undang terhadap beliau mengikut jalur dan proses sedia ada kerana saya memandang serius terhadap tuduhan seperti ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar yang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, tidak timbul persoalan menteri daripada parti mana yang memegang sesuatu portfolio dalam Kabinet kerana keputusan kerajaan dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri berdasarkan prinsip tanggungjawab bersama.

"Menteri pegang portfolio mana pun semua penting. Tidak ada satu menteri yang tidak penting, ini tidak timbul sebagai contoh Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin)...memang betul kalah pada saya (dalam pilihan raya) tetapi dia sudah dilantik sebagai Senator dan mencukupi syarat untuk dilantik sebagai anggota jemaah menteri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang berpendapat parti itu sepatutnya memegang lebih banyak jawatan menteri atau portfolio utama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
DAP WILAYAH PERSEKUTUAN

DAP Kumpul Bantahan Peraturan Baru DBKL Terhadap Penjualan Minuman Keras

Editor 1Media
11/17/2020 10:08:00 pm No comments 0

DAP Wilayah Persekutuan akan mengumpul bantahan daripada pihak berkepentingan yang terjejas dengan peraturan baru penjualan arak beralkohol tinggi (liquor) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai, berkata dia akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memohon agar keputusan itu ditarik balik.

Dalam garis panduan yang dikeluarkan DBKL semalam, kedai serbaneka, kedai ubat tradisional Cina dan kedai runcit tidak lagi dibenarkan menjual minuman keras bermula 1 Oktober 2021.

Baca :  Mulai Oktober 2021 Kedai Runcit, Serbaneka di KL Dilarang Jual Minuman Keras

Menurut Tan, peraturan baru itu melanggar hak orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya mereka, yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Dia berkata peraturan baru itu juga dilihat “anti-perniagaan” dan yang menjadi korban adalah peniaga yang mematuhi undang-undang dan membayar cukai.

“Perniagaan alkohol sudah menghadapi banyak sekatan dan sukar untuk mendapatkan permit.

“Peraturan baru, yang meletakkan lebih banyak sekatan, pasti akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemain industri,” kata Tan dalam satu kenyataan dalam bahasa Mandarin, hari ini.

“Bagi sejumlah perniagaan, (wabak Covid-19) adalah soal hidup dan mati. Kerajaan tidak seharusnya memburukkan keadaan dan sebaliknya perlu memperkenalkan dasar pro-perniagaan.

“Mereka harus memberikan lebih banyak insentif dan bantuan kepada sektor perniagaan dan memulihkan keyakinan pasaran,” katanya lagi.

NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Kilang tauhu kotor diarah tutup 14 hari

Pena rakyat
6/16/2020 02:34:00 pm No comments 0

KUALA LUMPUR: Kotor, berbau busuk dan dipenuhi lipas. Itu keadaan sebuah kilang memproses tauhu di Cheras, di sini, ketika penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat pemeriksaan sanitasi di premis itu, semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi itu, lima anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL turut menemui hurungan lipas di kilang berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, lantai dan dinding tempat memproses serta menyediakan tauhu di kilang itu kotor dan hitam, manakala tandasnya pula berbau serta berdaki.

"Pengendali pula tidak memakai kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan, selain kilang itu didapati tiada melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual," katanya kepada BH.

Sehubungan itu, Nor Hisham berkata, premis terbabit diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, berkuat kuasa hari ini.

"Jika didapati masih kotor, notis penutupan baharu akan dikeluarkan dan kilang itu berkemungkinan akan dibatalkan lesen.

"Saya menggesa semua pihak yang terbabit dalam pembuatan makanan supaya menjaga kebersihan dan mutu produk.

"DBKL akan memerangi habis-habisan pengeluar yang kotor seperti ini," katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/700720/kilang-tauhu-kotor-diarah-tutup-14-hari
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

DBKL beku permohonan baharu lesen minuman keras serta merta

Pena rakyat
6/02/2020 01:16:00 pm No comments 0


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras serta-merta.

Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.

“Dimaklumkan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras adalah dibekukan serta-merta.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengeluaran lesen baharu penjualan arak wajar dibekukan.

Menurutnya, tindakan itu perlu dilakukan sehingga suatu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

"Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak di bekukan," katanya menerusi Twitter.

Katanya, lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu diperketatkan.

Semalam, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki dipandu oleh pemandu mabuk.

Berdasarkan maklumat awal, ketika kejadian pada jam 1.30 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.

Pemandu mabuk: KPKT timbang cadangan beku lesen jual arak

DBKLpemandu mabukbeku lesen jual arak
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Subuh di Wilayah Persekutuan turut tambah lapan minit

Pena rakyat
11/30/2019 04:58:00 pm No comments 0



BANGI, 2 Rabiulakhir 1441H, Jumaat – Selepas Selangor, hari ini Wilayah Persekutuan juga mengumumkan perubahan waktu solat Subuh ditambah lapan minit berbanding takwim sedia ada.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pihaknya mengambil prihatin isu tambahan lapan minit sebagai permulaan masuk waktu Subuh dari waktu sedia ada dalam taqwim di Selangor.

Katanya, hal ini kerana darjah ditukarkan dari 20 darjah kepada 18 darjah menjadikan setiap darjah dikira empat minit, justeru, dua darjah menjadikan lapan minit.

"Pada dasarnya, keputusan ini dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20-21 November 2019 Masihi bersamaan 23-24 Rabiul Awwal 1441 Hijrah.

"Ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah memperkenankannya untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan setelah disyorkan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan memaklumkan masuk waktu Subuh bagi seluruh negeri Selangor ditambah lapan minit berbanding takwim sedia ada.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, keputusan perubahan itu hanya untuk solat Subuh bagaimanapun, bagi waktu Imsak ia akan dilewatkan iaitu 10 minit sebelum Subuh bermula.

Bagi waktu Syuruk iaitu waktu berakhirnya Subuh dan terbit matahari pula kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam taqwim solat.

Justeru, Dr Zulkifli berkata, bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hendaklah menta'khirkan atau menambah lapan minit azan Subuh berbanding taqwim solat Wilayah Persekutuan yang sedia ada.

Katanya, perubahan itu bermula esok iaitu 30 November 2019 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1441 Hijrah.

"Kami akan bahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang telah dilakukan sebelum ini berdasarkan kepada taqwim sedia ada dalam masa yang terdekat.

"Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya. Amin," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/11/29/subuh-di-wilayah-persekutuan-turut-tambah-lapan-minit/
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Kenyataan Media Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan

Pena rakyat
1/10/2017 09:06:00 am No comments 0

Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang tanpa mengira pegangan politik, agama dan bangsa supaya bersama menyertai Himpunan menyokong RUU355 ini demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan serta keadilan seluruh rakyat Malaysia.
Kelantangan golongan  tertentu yang mempersoalkan kewajaran Rang Undang-undang 355 ( RUU355 ) telah mencabar kedaulatan Islam di negara ini sepertimana yang telah ditegaskan secara jelas dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama rasmi negara ini adalah agama Islam. 

Ianya merupakan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku khususnya di dalam sebuah negara yang menjadikan demokrasi sebagai teras perlembagaannya. Kita hendaklah faham bahawa segala prosedur kelulusan RUU355 adalah mengikut lunas-lunas demokrasi berdasarkan proses perundangan negara.

Kebebasan suara adalah hak yang telah dijamin oleh perlembagaan namun janganlah hak tersebut disalahgunakan sehingga boleh mengeruhkan hubungan harmoni antara agama dan bangsa yang menjadi teras keamanan masyarakat majmuk di negara yang kita cintai ini.

Bertitik tolak daripada kesedaran bahawa Kepentingan Islam dan keharmonian beragama wajib dipertahankan maka kami mewakili suara umat Islam di Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif untuk menyertai satu mobilasi rakyat mengadakan Himpunan menyokong perlaksanaan Rang Undang-undang 355 atau Himpunan 355 (H355).

Oleh kerana itu diatas kesedaran ini, kami menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang tanpa mengira pegangan politik, agama dan bangsa supaya bersama menyertai Himpunan menyokong RUU355 ini demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan serta keadilan seluruh rakyat Malaysia.

Untuk merealisasikan impian tersebut , kami di Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan ceramah mempertahankan gagasan RUU355 seperti maklumat dibawah :

Tarikh : 14hb Januari 2017
Hari : Sabtu
Lokasi : Padang Blok E, Desa Pandan, KL.

Ayuh sertai kami mmperkasakan mahkamah syariah demi keadilan semua rakyat Malaysia.

9hb Januari 2016



Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Search This Blog

Followers

Petua & Tips

Lihat seterusnya »

SAHAM AKHIRAT...



BANTU KAMI untuk menjayakan pendidikan Islam yang syumul daripada pendidikan awal.....

MESTI BACA...

KOMENTAR,ULASAN,ARTIKEL

MINDA

MINDA PRESIDEN, 5

KENYATAAN

KENYATAAN MEDIA, 5

FOKUS ISU...

PRN Melaka: Tun Faisal Dakwa Sokongan di Empat DUN Bukti Bersatu Masih Relevan

KUALA LUMPUR, 16 November – Sokongan yang diterima calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di beberapa kawasan pada Pil...

HIJAU.FM...

UMNO telah dijangkiti virus DAP

UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..

1 MEDIA.TV



Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.

ULASAN

Lihat seterusnya »

JENAYAH

Lihat seterusnya »

ARCHIVE

MEDIA SOSIAL..

12,740 Likes
5,600 Fans
340 Followers
1360 Followers

KATEGORI

FLASH NEWS (8828) POLITIK (7948) BERITA (6673) NASIONAL (5666) KOMENTAR (2514) GLOBAL (1775) KESIHATAN (1225) TERKINI (1152) NEGERI (1000) EKONOMI (920) 1MediaTV (864) SUKAN (718) TEKNOLOGI (682) AGAMA (672) PAS (614) SEMASA (592) MAHKAMAH (578) JENAYAH (436) ARTIKEL (418) BORNEO (372) PENDIDIKAN (354) PENDAPAT (316) NGO (300) UNDANG-UNDANG (282) ENGLISH (173) HIBURAN (139) SEJARAH (102) KENYATAAN MEDIA (98) UMUM (98) MINDA PRESIDEN (96) ULASAN (92) GALERI (84) SOSIAL (83) TIPS (67) SURAT PEMBACA (63) WANITA (50) DUNIA ISLAM (46) GOSIP (34) MOTIVASI (33) SASTERA (30) BUDAYA (21) ASIA (13) INFO (12) TEMUBUAL (12) ASEAN (9) FIKRAH (9) KELUARGA (8) RESEPI (6)

FIKRAH PERJUANGAN...

PAS SANA SINI...

AKTIVITI NGO...

KESIHATAN

Blog List I

  • BANkami Blog
    Situasi Terdesak, Iran Akan Mulakan Perang Berikutan Tiga Kapal Pengangkut Pesawat AS Kini Di Timur Tengah
    3 hours ago
  • Suara Merdeka
    Sanusi dan Rauf: Daripada keluarga petani ke puncak kuasa
    6 hours ago
  • Suara Merdeka
    Sanusi dan Rauf: Daripada keluarga petani ke puncak kuasa
    6 hours ago
  • Online News
    Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
    1 day ago
  • Samudera.my
    Perceraian Sivil di Malaysia: Perkara yang Ramai Tak Beritahu Anda
    7 months ago
  • Mohd Sulaiman Othman
    Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
    8 months ago
  • Shahbudin
    MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR
    8 months ago
  • Malaysia Today
    Peguam Negara kalah pusingan pertama kes titah adendum Najib diteruskan.
    1 year ago
  • Sarawakvoice.com
    hiso88 แหค่ąø‡ąø£ąø§ąø”ą¹€ąøąø”ąøžąø™ันออนไคน์ยอดนิยด ąø„ąø£ąøšąø—ุกบริการที่คนไทยไว้ใจ
    1 year ago
  • APA YANG TERSIRAT ONLINE
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • Media Orang Kampung
    Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
    1 year ago
  • Ibnu Hasyim
    1 year ago
  • Info Rakyat
    Si bulus tiba-tiba terlebih manja ,Ini mungkin petanda tak baik pemilik kucing perlu tahu
    1 year ago
  • AMALmedia
    850 petugas HATTM terima pek makanan berbuka puasa
    2 years ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • WartaRakyat
    MIC tidak anggap orang India ‘king maker’ dalam PRK Pulai
    3 years ago
  • KOREK, BONGKAR, DEDAH
    BALACI HAMZAH ZAINUDDIN CUBA PERDAYA PENYOKONG ‘BOSSKU’
    3 years ago
  • The Third Force
    Kes fitnah: Sanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS
    3 years ago
  • CATATAN ZABIDI
    KPT TAK MINAT KAWAL UNIVERSITI
    3 years ago
  • The Reporter
    Pembantu jurulatih selam skuba cabul pelancong China di perairan Semporna, ditahan polis
    3 years ago
  • LanH14
    Ramadan 9, 1444: Awak mati atau tak, dunia tetap berpusing...
    3 years ago
  • Utama Daily
    Amalan Mat Kilau yang boleh diikuti masyarakat
    3 years ago
Show 6 Show All

ARTIKEL

PENDAPAT

KOMENTAR

SURAT PEMBACA

Blog List II

  • The Capital Post
    Home Ministry Prepares for Parliament Questions
    2 hours ago
  • Beautifulnara
    “Tak Ada Orang Nak Anak Dia Macam Tu” – Edry Hashim Luah Rasa Penat, Kecewa Kesedaran Autisme Masih Rendah
    3 hours ago
  • JalinLuin.com
    KM – Kerajaan Negeri Komited Perkasa Wanita Suri Rumah
    3 hours ago
  • MYKMU.NET
    Yee Hern-Vannee cipta kejutan, julang gelaran pertama Jelajah Dunia
    4 hours ago
  • Permadu Malaysia
    Kebencian puak anti-pelarian semakin menggila, kata MalaysiaNow
    4 hours ago
  • KERENGGA
    Perak, Selangor dan Pulau Pinang dilanda banjir, ramai berlindung di PPS
    4 hours ago
  • Malaysia Dateline
    Anwar mahu Parlimen lebih bebas, kuasa pentadbiran tidak lagi di tangan kerajaan
    6 hours ago
  • MSO
    Iktisar Kekalahan PH di Melaka
    1 day ago
  • Suara.TV
    Minit pengampunan Najib bakal didedah, kerajaan teliti aspek undang-undang – Fahmi
    2 days ago
  • Tun Carlos
    AGC bantah permohonan Bar Council cabar tahanan rumah Najib
    4 days ago
  • BuzzKini
    How to Rank in Google AI Overviews: What Actually Works
    3 weeks ago
  • rocky's bru
    No evidence linking disrupted military-grade op to PMX or PMO, says Anthropic
    2 months ago
  • Jasduit
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    6 months ago
  • Tempoyak.Net
    Rummy East
    11 months ago
  • Helen Ang
    Umno today, Umdap tomorrow
    11 months ago
  • Editor Malaysia
    Hello world!
    1 year ago
  • MH Daily
    Suami tak bagi nafkah duit poket tapi ajak kongsi bayar komitmen bulanan, … ini penjelasan Ustaz
    1 year ago
  • Gemilang Daily
    Kerana peluang pekerjaan, rakyat Indonesia luah hasrat mahu pindah ke Malaysia
    1 year ago
  • asamboi.net
    Kerja siapa rosakkan 12 kubur
    3 years ago
  • ODISI
    Putri Ariani, Penyanyi Istimewa Indonesia Yang Gegarkan Hati Simon Cowell America’s Got Talent
    3 years ago
Show 6 Show All

TEKNOLOGI

PENDIDIKAN

SUKAN

HIBURAN

Blog List III

  • Utusan Malaysia
    Permintaan komuniti sukan pacu peluasan kedai fizikal Asics ke Sabah
    39 minutes ago
  • Utusan Malaysia
    Permintaan komuniti sukan pacu peluasan kedai fizikal Asics ke Sabah
    39 minutes ago
  • HarakahDaily
    Anwar punca kekalahan besar PH dalam PRN Melaka?
    49 minutes ago
  • Kosmo Digital
    Tetak tangan polis: ‘Kami wakil warga Afrika minta maaf’
    1 hour ago
  • Amanz
    Kamera Sigma FP2 Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM9,288
    1 hour ago
  • Amanz
    Kamera Sigma FP2 Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM9,288
    1 hour ago
  • MyNewsHub
    Sejumlah Akaun Palsu Sebar Fitnah Projek Pembangunan Di Johor – Onn Hafiz
    1 hour ago
  • Buletinonlines.net
    Tak Mampu Beli Daging, 405 Asnaf Terima Agihan Percuma
    1 hour ago
  • Air Times News Network
    Saiful Bahari terajui PUSPAHANAS, perkukuh pembangunan pemimpin strategik ATM
    1 hour ago
  • Air Times News Network
    Saiful Bahari terajui PUSPAHANAS, perkukuh pembangunan pemimpin strategik ATM
    1 hour ago
  • MasKulin
    Ronaldinho ‘Comeback’ Selepas 11 Tahun, Turun Bersama Ravenna Pada Usia 46 Tahun
    2 hours ago
  • WARTAWAN RASMI LR
    BN TAK TANDING DI SARAWAK? šŸ˜‚
    2 hours ago
  • DayakDaily
    JKR implements 99 federal projects worth RM12b to support S’wak’s devt, 35 now underway
    2 hours ago
  • Free Malaysia Today (FMT)
    Hassan summoned by cops over poem to royals on ‘injustice’
    3 hours ago
  • MalaysiaKini
    MP GRS bakal kemuka memorandum pada PAC, mahu siasatan Pan Borneo diperluas
    20 hours ago
  • MalaysiaNow
    Kebencian puak anti-pelarian semakin menggila | 14 November 2026
    2 days ago
  • PAHANG DAILY
    1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok
    2 days ago
  • The Malaya Post
    “Silent reader”: Apa yang angka tidak ceritakan?
    3 weeks ago
  • VOCKET
    Dua Gol Bellingham Pastikan England Melangkah Ke Separuh Akhir
    4 months ago
  • ISMAweb
    BANTUAN BINGKAS RM300 SEBULAN – SEMAK KELAYAKAN & MOHON SEGERA
    1 year ago
  • MalaysiaGazette
    Lelaki miliki 37 rekod jenayah samun kedai runcit ditahan
    2 years ago
  • Anak Sungai Derhaka
    Kabinet Bayangan Perlu Untuk Elak Kerajaan Syok Sendiri
    2 years ago
  • Cinca
    Buruh didakwa rogol, liwat tiga anak berumnur 13,12, dan 9 tahun
    3 years ago
Show 6 Show All

MAHKAMAH

AGAMA

EKONOMI

WANITA

PENAFIAN

1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

USER ONLINE...



HITS

Mulai 27/11/2022

IP

symptom checker espaƱol

TOTAL PAGEVIEWS..

© all rights reserved
made with by templateszoo