NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sugarbook bahana pada ummah

Oleh : Maizatul Asida

15 Februari 2021

BATU : PAS Kawasan Batu tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 3.00 petang semalam bagi membuat laporan polis terhadap pemilik ‘Sugarbook’ susulan isu yang tular mengenai aplikasi berkenaan tempoh hari.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Shamsuddin Yaacob yang hadir bersama pimpinan kawasan tersebut menzahirkan rasa kecewa dan marah terhadap aplikasi ini yang jelas merosakkan moral masyarakat dan menghina martabat kaum wanita.

Terdahulu, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya turut mengecam kewujudan aplikasi ini melalui hantaran di Facebook beliau.

“PAS Kawasan Batu khususnya serta di peringkat negeri dan nasional tidak akan sesekali berkompromi dalam isu-isu yang boleh membawa negara ke lembah kehinaan sebegini dan perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dalam masyarakat

Beliau yang juga salah seorang Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan membawa isu ini kepada pihak pengurusan tertinggi DBKL supaya dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah gelap ini.

Menurut beliau lagi, tiga pendekatan utama yang boleh diteliti adalah sekatan terhadap akses laman sesawang yang berkaitan, mendakwa mereka yang terlibat ke muka pengadilan serta mengoptimumkan peranan pihak zakat dan agensi terlibat bagi membantu para pelajar yang menghadapi masalah kewangan di pusat-pusat pengajian tinggi.

“Namun, kesemua ini memerlukan suatu penyiasatan yang terperinci daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Saya menggesa pihak kerajaan tidak memandang sepi isu-isu sebegini khususnya melibatkan maruah pelajar-pelajar yang berada di IPTS mahupun IPTA,” ujar beliau lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo