NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda? Tesco Malaysia kini dikenali sebagai Lotuss Malaysia



KUALA LUMPUR: Tesco Malaysia hari ini secara rasmi menukar namanya kepada Lotuss Malaysia

Proses penjenamaan semula itu adalah berikutan Tesco Group UK menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P. Group) pada Disember lalu.

C.P. Group adalah salah satu syarikat berasaskan pertanian dan perladangan terbesar di dunia.

Sehubungan itu, Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd kini adalah anak syarikat C.P. Group.

C.P. Group kini memiliki pelaburan di 21 negara seluruh dunia.

Selepas mengambilalih perniagaan Tesco Malaysia pada Disember lalu, Lotuss Malaysia kini meneruskan operasi semua gedung Tesco sedia ada, merangkumi 8,600 pekerja dan satu ibu pejabat, dua pusat pengendaran serta 62 gedung di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ia turut memiliki rangkaian beli belah barangan rumah dalam talian paling meluas di Malaysia dengan lebih 100 trak penghantaran dan operasi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan serta Ipoh.

Lotuss Malaysia dijangka menyelesaikan proses penjenamaan semula ini menjelang akhir 2021.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo