NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS WP bantah pembukaan industri perjudian



PAS Wilayah Persekutuan membantah pembukaan sektor industri perjudian seperti yang digembar-gemburkan di media sosial semalam.

Sukar untuk difahami mengapa dalam tempoh yang kritikal ini Kerajaan boleh membenarkan kasino dan syarikat perjudian seperti Magnum 4D dapat beroperasi semula.

Langkah membuka semula kasino walaupun terhad kepada ahli kumpulannya sahaja jelas tidak memberikan apa-apa manfaat kepada negara.

Bahkan implikasi perjudian tidak kurang lebih sama dengan implikasi daripada arak yang membawa kepada kecelakaan sosial dalam masyarakat di negara ini.

Pada satu tangan, kita berusaha memperbanyakkan peluang pekerjaan bagi menggalakkan rakyat di negara ini berusaha.

Namun, malangnya satu tangan yang lain pula seolah-olah membiarkan rakyat menyerahkan nasib dengan aktiviti perjudian.

Apakah SOP rentas negeri dan daerah juga akan dilonggarkan semata-mata untuk memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan ini?

Sewajarnya ia tidak sepatutnya berlaku dalam suasana negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

PAS Wilayah Persekutuan akan menghantar nota bantahan ini bagi menggambarkan ketegasan PAS Wilayah Persekutuan terhadap isu yang berlaku insyAllah.

Saya juga mengharapkan agar Kerajaan dapat mempertimbangkan semula kebenaran tersebut.

"Islam Memperkukuh Perpaduan"


AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap YDP PAS Kawasan Batu,
5 Rejab 1442H bersamaan 17hb Februari 2021.

https://www.facebook.com/ustazazharyahya/posts/2869107370003995

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo