NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek sungai angkat status KL setaraf bandar terkemuka


10 MAC: Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperuntukan RM400 juta bagi meneruskan pelaksanaan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) di sepanjang Sungai Gombak dekat Kuala Lumpur (KL).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata langkah berkenaan bukan sahaja memberi impak kepada pembangunan di sekitar Kuala Lumpur malah mampu meningkatkan industri pelancongan ibu kota negara dengan memastikan kebersihan sungai di ibu kota di tahap yang optimum.

Annuar berkata projek berkenaan masih tersenarai sebagai 10 kawasan pesisir air (waterfront) terbaik dan tercantik di dunia oleh sebuah portal berita United Kingdom iaitu Independent pada tahun 2019.

Beliau berkata, apabila siap kelak projek RoL berkenaan mampu mengangkat status KL setaraf dengan bandar raya terkemuka seperti Tokyo, Berlin, Florida, New York.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju bagi projek terbabit dan akan menggunakan peruntukan sedia ada diterima oleh kementerian sebelum ini.

“Projek yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun juga bertepatan dengan saranan Jemaah Menteri untuk melanjutkan projek RoL dengan mencantikkan sepanjang sungai yang melalui Kuala Lumpur,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya, hari ini.

Projek itu akan dilakukan secara berperingkat bermula jarak 700 meter di sekitar Kampung Puah sehingga menghampiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Annuar berkata, dengan teknologi yang digunakan di bahagian permukaan sungai itu orang ramai boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti berenang dan sebagainya.

“Di tebing sungai pula akan dibangunkan pembangunan moden dan lokasi untuk orang ramai beriadah serta kawasan bagi peniaga kecil berniaga.

“Di Malaysia (projek) ini antara yang pertama, namun sudah dilakukan di Korea sama seperti di kawasan Cheonggyecheon, Seoul,” katanya.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/03/10/projek-sungai-mampu-angkat-status-kl-setaraf-bandar-terkemuka-dunia/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo