NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KLIA: Masa menunggu dikurangkan melalui kaedah teknologi 3D




MASA menunggu giliran di KLIA kini disingkatkan kepada kurang 10 minit berikutan penggunaan teknologi sensor 3D baharu bagi sistem pengurusan barisan automatik (AQMS) lapangan terbang.

Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan berkata, sensor berkenaan menggunakan “Internet of Things” (IoT) bagi mengesan kawasan yang sesak dan mempunyai barisan yang panjang.

Maklumat itu disalurkan ke Pusat Kawalan Operasi Lapangan Terbang yang kemudian menyebarkan sumber tambahan untuk memastikan layanan segera dan aliran penumpang yang lancar.

Dengan ini, lapangan terbang dapat mengawal kesesakan dalam memastikan pematuhan ketat terhadap SOP Covid-19 seperti penjarakan fizikal.

“Dengan adanya teknologi digital, kami akan mengubah segala proses di lapangan terbang kepada perkhidmatan yang lebih cekap yang akan melayani penumpang dari aspek keselamatan dan keselesaan.

“AQMS akan menghilangkan segala tekanan masa menunggu yang lama dan memastikan penjarakan fizikal yang berkesan di semua titik tumpu utama.

“Untuk lapangan terbang, AQMS memenuhi aspirasi kami dalam memerangi pandemik dan transformasi lapangan terbang 4.0 yang sedang berlangsung, ”kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Katanya, fasa pertama AQMS sudah pun selesai untuk semua pusat pemeriksaan keselamatan termasuk pintu masuk, sementara bagi semua titik tumpu kritikal, ia sedang disiapkan.

“Fasa seterusnya yang sedang berlangsung adalah untuk kaunter daftar masuk, imigresen dan kastam yang dijangka siap menjelang Jun tahun ini,” kata MAHB.

Masa menunggu dari AQMS akan tersedia pada skrin paparan maklumat penerbangan lapangan terbang dan pada aplikasi MYAirports tidak lama lagi dan akan membantu penumpang merancang perjalanan mereka ke KLIA.

Shukrie berkata, MAHB fokus pada “future-proofing” dalam perkhidmatan mereka dan menambahbaik pengalaman penumpang di lapangan terbang.

“Kami harap dapat mencipta nilai strategik kepada semua rakan kongsi dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan memanfaatkan data yang diambil dari AQMS supaya lebih cekap dan berkesan dalam perancangan sumber dan peruntukan.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo