NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalimah Allah: MN gesa kerajaan rayu keputusan mahkamah


 
– Oleh HAIKA KHAZI

10 MAC: Muafakat Nasional (MN) memandangkan serius keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah-kalimah Islam oleh orang-orang bukan Islam dalam penerbitan masing-masing.

Menurut satu kenyataan MN menyatakan keprihatinan yang amat serius ke atas keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

Berikutan itu mesyuarat MN malam ini menggesa kerajaan merayu untuk membawa penghakiman ini ke Mahkamah Rayuan.

“Mesyuarat pada hari ini juga menggesa pihak kerajaan Persekutuan untuk mengambil inisiatif menyegerakan pelaksanaan pengharmonian sistem perundangan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” kata MN dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perjumpaan hari ini adalah mesyuarat bulanan dijadualkan seperti biasa MN bagi membincangkan pelbagai masalah berbangkit membabitkan kepentingan kedua-dua parti.

“UMNO dan PAS hari ini bersetuju untuk terus memperkukuhkan kerjasama dan permuafakatan dalam MN.

“Kita meneruskan perbincangan dan rundingan mengenai pelbagai isu berbangkit yang perlu diselesaikan dalam mesyuarat MN malam ini.

“Kita banyak berbincang untuk memperkukuhkan MN termasuk program bersama PAS dan UMNO sertai persiapan menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MN dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ditanya sama ada mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai hubungan MN dan PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tuan Ibrahim menjelaskan mesyuarat berkenaan hanya membincangkan isu MN serta hubungan PAS dan UMNO.

“Kita akan membincangkan isu berkaitan Bersatu apabila PAS mengadakan mesyuarat berkenaan dengan parti berkenaan begitu juga mesyuarat dengan UMNO,” katanya yang memaklumkan MN akan mengeluarkan kenyataan media rasmi mengenai hasil mesyuarat malam ini dalam masa terdekat.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, berkata Mesyuarat MN malam ini turut membincangkan strategi untuk mengelak pertembungan tiga penjuru andainya UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU-15) nanti.

“UMNO dan PAS sebentar tadi membincangkan bagaimana cara untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru (selepas UMNO memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu).

“Mesyuarat malam ini adalah mesyuarat rating bagi memperkukuhkan MN InsyaAllah. Apa yang penting kita mahu meneruskan agenda MN. Mesyuarat malam ini berlangsung dalam suasana sangat baik dan mesra,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/03/11/kalimah-allah-muafakat-nasional-gesa-kerajaan-rayu-keputusan-mahkamah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo