NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga parti kongsi maklumat mantapkan jentera penerangan PN

– Oleh HAIKA KHAZI

10 FEB: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Gerakan bersetuju untuk berkongsi semua maklumat dan sumber bagi memastikan Parti Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan bergaya dalam pilihan raya umum ke-15 nanti.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, perkara itu dicapai selepas beliau mengadakan perbincangan bersama Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamed dan Naib Presiden merangkap Ketua Publisiti Gerakan di pejabatnya di sini, hari ini.

“Hasil pertemuan saya sebentar tadi dengan Kamaruzaman dan Naib Presiden Gerakan Koo Shiaw Lee, serta Dr Afif Bahardin yang mewakili Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali, kami bersetuju bahawa kerjasama dan saling membantu antara pasukan penerangan parti-parti komponen PN.

“Kami berkongsi maklumat mengenai prasarana penerangan yang ada dalam parti masing-masing, dan rancangan kita untuk bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Wan Saiful berkata mereka juga setuju untuk sediakan kerangka perkongsian maklumat dan sumber, serta usaha pemantapan jentera penerangan parti-parti komponen PN sebagai persediaan untuk PRU15.

“Dengan kerjasama yang erat antara jentera penerangan parti-parti komponen dalam PN, saya yakin kita boleh menjadi lebih dekat dengan rakyat.

Banyak perkara baik yang PN telah lakukan. Kita telah buktikan bahawa kita sebuah kerajaan yang cekap dan prihatin mengenai kebajikan rakyat.

“Kita terus tegas dalam mempertahankan prinsip-prinsip integriti, anti-rasuah, dan kedaulatan undang-undang. Semoga dengan kerjasama ini maklumat yang tepat mengenai kerajaan PN akan dapat kita sebarkan dengan lebih luas dan tersusun,” katanya. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo