KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] DAP menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera menyediakan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) secara saksama kepada semua ahli Parlimen.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya telah berulang kali menyampaikan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri dan berharap beliau mengambil langkah yang perlu untuk melaksanakannya secepat mungkin.
"Manifesto pilihan raya PH secara jelas menyebut penyediaan peruntukan pembangunan yang saksama kepada semua ahli Parlimen secara menyeluruh.
"Hal ini berasaskan prinsip bahawa tindakan menahan peruntukan yang saksama menjejaskan mandat demokratik wakil rakyat yang dipilih, dan pengundi di mana-mana kawasan Parlimen tidak sepatutnya didiskriminasi hanya disebabkan oleh pilihan atau pegangan politik mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau memuji Anwar atas pengumuman peruntukan tambahan secara terus kepada setiap kawasan Parlimen pada minggu lalu.
"Walaupun langkah ini sememangnya amat membantu, hal tersebut masih belum menyelesaikan isu teras, iaitu komitmen untuk menyediakan peruntukan yang saksama dan bebas daripada diskriminasi kepada setiap ahli Parlimen," ujarnya lagi.
Beliau menambah, DAP turut mendesak agar penggubalan undang-undang dilaksanakan bagi menyokong peruntukan yang saksama kepada semua ahli Parlimen.
Gobind berpandangan, kelulusan
undang-undang ini akan menghapuskan budi bicara politik dalam proses berkenaan, menjamin ketelusan, serta melindungi hak semua pengundi di seluruh negara secara kekal.
Justeru, Gobind menggesa Perdana Menteri untuk mengatasi kelewatan berkenaan dan mengambil langkah ke hadapan dengan menyediakan peruntukan saksama kepada semua ahli Parlimen terlebih dahulu, dan seterusnya menggubal undang-undang menjamin peruntukan kawasan saksama secara kekal bagi setiap ahli Parlimen di Malaysia.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment