NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muslim Care peruntuk RM500,000 bantu mangsa banjir




KUALA LUMPUR: Muslim Care Malaysia (Muslim Care) memperuntukkan RM500,000 dan 200 sukarelawan bagi membantu mangsa banjir yang melanda negara, baru-baru ini.

Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan, berkata walaupun usaha memberi bantuan kepada mangsa menuntut usaha dan komitmen luar biasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sudah mulakan sejak 10 hari lalu.

Katanya, sukarelawan yang diperuntukkan turut bekerja siang dan malam bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan kritikal di empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

"Sebanyak 50 pacuan empat roda, satu van yang dijadikan klinik bergerak, satu lori dan empat bot turut digerakkan untuk tujuan itu.

"Selain itu kami turut menyediakan dua jentolak, dua jengkaut dan satu lori sampah untuk menyempurnakan kerja pembersihan sisa banjir di Dusun Tua dan Desa Nanding, Hulu Langat.

"Kami juga membekalkan kira-kira 500,000 liter air bersih melalui lori tangki dan dua mesin khas untuk memproses air sungai bagi kegunaan 2,500 keluarga di sekitar Dusun tua yang terputus bekalan air selama tujuh hari," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, barangan yang disumbangkan Muslim Care kepada mangsa banjir termasuk beras sebanyak 2,000 kampit, tilam (1,000), bantal (1,200) serta set kelengkapan solat iaitu telekung, kain pelikat, kain batik dan sajadah (1,000).

Katanya, turut disumbangkan ialah dapur gas (400), gas memasak (250 tong), set tuala, sabun, berus dan ubat gigi (700), lilin dan pemetik api (200 kotak), kit ujian kendiri COVID-19 (2,000), pelitup muka (16,000) dan al-Quran (200).

"Barang makanan yang disumbangkan pula ialah lebih 5,000 pek makanan dimasak, biskut dan roti (700) serta set makanan kering iaitu minyak masak, gula, tepung, susu, sardin, kicap dan teh (600), selain air mineral (15,000 botol)," katanya.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo