NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gerakan Pembela Ummah Menjunjung Penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

1) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menjunjung penuh titah Yang Dipertuan Agong sebagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Istana Negara pada petang semalam (25 Oktober 2020) selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

2) UMMAH menyanjung tinggi dan menghargai pengiktirafan yang telah diberikan oleh Yang Dipertuan Agong kepada keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yasin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan  penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.

3) UMMAH menyanjung tinggi di atas keprihatinan Yang Dipertuan Agong agar negara terus dipelihara kesihatan, kestabilan dan kemakmuran seterusnya menasihatkan agar semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan Negara 2021 bagi mendepani Covid-19 seterusnya mengukuhkan ekonomi negara pada pembentangan sesi parlimen akan datang.

4) UMMAH mempertegaskan bahawa titah Yang Dipertuan Agong yang mengingatkan ahli-ahli politik untuk menghentikan segera segala ‘politicking’ yang boleh menganggu gugat kestabilan pemerintahan negara.

5) UMMAH juga menempelak mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keresahan dengan mempertikaikan titah Yang Dipertuan Agong sehingga mengelirukan rakyat perlu dihentikan serta merta dan tindakan tegas perlu diambil oleh pihak keselamatan.

6) UMMAH turut mencadangkan semua pihak dan parti politik mengangkat gencatan senjata politik dan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong dan mencari formula perdamaian.

7) Oleh itu, UMMAH, Majlis Perundangan Melayu serta seluruh NGO-NGO islam tanah air mencadangkan ditubuhkan suatu Majlis Permuafakatan Negara yang terdiri daripada wakil parti-parti politik, wakil pegawai tertinggi kerajaan, wakil ilmuan Islam, cendikiawan, profesional dan akademik, wakil NGO-NGO utama, wakil NGI dan tokoh masyarakat.

8) Sekiranya cadangan ini tidak dihormati, maka dicadangkan Yang Dipertuan Agong mengisytiharkan Darurat

UMMAH berkeyakinan penuh Yang Dipertuan Agong terus menjadi tonggak utama dan berperanan memayungi pemerintahan negara bagi mengukuhkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negara. 

MOHD ZAI MUSTAFA
PENGERUSI,
GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH)
26 OKTOBER 2021

#ResetMalaysia
#LockdownPolitik
#KekalTenang
#DaulatTuanku

Kenyataan ini turut disokong oleh Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH negeri-negeri, Majlis Perundingan Melayu serta pelbagai NGO seluruh Malaysia:

1. Sdr. Md Shukor Aziz, Pengerusi Ummah Wilayah Persekutuan

2. Ust. Kamalulhysham Bin Suhut, Pengerusi Ummah Selangor 

3. Sdr. Hishammudin Abu Bakar, Pengerusi Ummah Melaka

4. Sdr. Wan Mohd Faizul Wan Abas, Pengerusi Ummah Terengganu 

5. Hj. Yamin Bin Daud, Pengerusi Ummah Kelantan 

6. Ust. Roslan Bin Md Esa, Pengerusi Ummah Pahang

7. Dr. Mohd Mazri Yahya, Pengerusi Ummah Johor

8. Hj. Zul Bin Che Harun, Pengerusi Ummah Kedah 

9. Sdr. Mohd Akhir, Pengerusi Ummah Pulau Pinang

10. Dato Idham Lim, Pengerusi Ummah Perak

11. Pertubuhan Yayasan Amal Malaysia

12. Pertubuhan Muktamar Dakwah Malaysia

13. Pertubuhan CAKNA PALESTIN MALAYSIA

14. Pertubuhan Halwanis

15. Pertubuhan Mesra Prihatin

16. Pertubuhan Royalti Kelantan

17. Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin

18. Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat

19. Pertubuhan Abrar Care Malaysia

20. Pertubuhan Generasi

21. MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)

22. Pertubuhan Halaqah Baiti Jannati.

23. Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Komuniti Malaysia (Akademi KAWAN)

24. Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera

25. Pertubuhan Muslim Care Malaysia Society

26. Pertubuhan MyHawa Malaysia

27. Persatuan Warga Melaka Di Perantauan

28. Kelab Kecacatan Fizikal Selangor

29. Kelab Sahabat Profesional

30. Persatuan Prihatin Pandan

31. Pertubuhan Syabab Care Malaysia

32. Persatuan Hulu Kelang Prihatin

33. Pertubuhan Akademi Didik Anak Muda

34. Persatuan kebajikan amal bangi

35. Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah

36. Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam (iCare)

37. Langat Islamic Genaration

38. Pertubuhan Penyeri

39. Pertubuhan Langat Care

40. Pertubuhan Hulu Langat Prihatin 

41. Pertubuhan Nisa Hulu Langat

42. Pertubuhan Semenyih Sejahtera

43. Pertubuhan Kota Raja Care.

44. Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia     

45. Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu

46. Persatuan Kebajikan Usrah Profesional Malaysia (UKP).

47. Pertubuhan PASRelief

48. Yayasan Kubra Malaysia 

49. Yayasan Isra’ Malaysia

50. Pertubuhan Geng Ustaz

51. Muslim Care Global (MCG)

52. Pertubuhan Yaman Care

53. Pertubuhan Syabab Care

54. Pertubuhan Azhar Care

55. Pertubuhan Iman Care

56. Pertubuhan Warga Cakna

57. Pertubuhan Amal Perubtan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

58. Pertebuhan Medicom

59. Pertubuhan NurFitrah

60. Pertubuhan MusMedik

61. Pertubahan IMWU (International Muslim Women Union Malaysia)

62. Pertubuhan Sadaqah Centre 

63. Pertubuhan Sahabat Care 

64. Pertubuhan Nisa' Malaysia 

65. Pertubuhan Cakna Palestin 

66. Pertubuhan Ansar Global 

67. Pertubuhan Pemaisuri Care 

68. Pertubuhan ERAT

69. Persatuan Generasi Prihatin 

70. Pertubuhan BAKEWANIS

71. Pertubuhan IMProf

72. Pertubuhan Misi Kembara Dakwah

73. Pertubuhan PRIHATIN PANDAN

74. Kumpulan Wanita Islam Kapar 

75. Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP)

76. Pertubuhan RAHMAT CARE

77. Pertubuhan Kelab Kebajikan Masyarakat Sinar Marang, Terengganu (KESINAR) 

78. Pertubuhan Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)

79. Pertubuhan KT Care

80. Sekretariat Anak Pahang Perantauan

81. Persatuan Annajwa

82. Pertubuhan Cinta Khazanah Alam Perak

83. Majlis Pendidikan Islam Malaysia

84. Pertubuhan Kebajikan dan Muafakat Malaysia

85. Pertubuhan Lestari Alam Malaysia

86. Persatuan anak Kelantan Perantauan

87. Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia

88. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia

89. Pertubuhan Insan Sayang Kebajikan

90. Pertubuhan Tunas Insan Serawak

91. Pertubuhan Kebajikan Wanita Muslimah Kuala Kangsar (PEKANITA)

92. Pertubuhan Ihsan Care Bagan Serai

93. Pertubuhan Amal Lenggong

94. Pertubuhan Amal Dakwah Bagan Datoh

95. Pertubuhan Amilin Bagan Datok

96. Pertubuhan Sahabat Greek

97. Persatuan Wanita Islam Kuala Kangsar

98. Persatuan Semarak Prihatin Masyarakan Perak

99. Pertubuhan Prihatin Rakyat

100. Pertubuhan Marhaien Sungai Siput

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo