NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larangan pemanduan kenderaan barangan serta logistik pada 19, 20, 28 dan 29 Mac



KUALA LUMPUR – Larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini akan berkuat kuasa pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik, mengurangkan risiko kemalangan serta menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan selamat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Pelaksanaan larangan ini mengambil kira keseimbangan antara kelancaran trafik dengan keperluan operasi kritikal.

“Orang ramai digalakkan merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama,” menurut MOT menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran berasingan, kementerian itu memaklumkan bagaimanapun, beberapa kategori kenderaan berat dibenarkan beroperasi dengan had masa tertentu pada tarikh berkenaan antaranya lori kontena dan kargo, iaitu dari 8 pagi hingga 8 malam, manakala kenderaan pembinaan pula bermula pada 6 pagi hingga 6 petang dalam lingkungan 25 kilometer.

MOT memaklumkan pengecualian turut diberikan kepada perkhidmatan kritikal seperti operasi kecemasan, pengangkutan dari pelabuhan dan lapangan terbang serta bekalan keperluan asas.

“Pendekatan ini mencerminkan komitmen MOT dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik tanpa menjejaskan operasi penting negara,” menurut kementerian itu. – BERNAMA







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo