NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah isytihar Isnin cuti tambahan Aidilfitri



ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan Isnin 23 Mac sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri, selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata cuti tambahan itu diberikan tanpa mengira sama ada 1 Syawal jatuh pada Jumaat atau Sabtu.

“Kita buat keputusan untuk ikut seperti diumumkan Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata penetapan itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Negeri Kedah Darul Aman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan cuti umum tambahan pada Isnin 23 Mac jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat 20 Mac atau pada Jumaat jika 1 Syawal pada Sabtu 21 Mac.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah pada 27 Mac diteruskan memandangkan persiapan telah dibuat lebih awal.

Penganjuran acara tahunan itu tidak melibatkan implikasi kewangan tinggi kerana dilaksanakan secara gotong-royong bersama-sama agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pelan kontingensi oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjaya mengurangkan gangguan bekalan air pada musim perayaan di negeri itu.

Beliau berkata dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, jumlah aduan pengguna menunjukkan trend menurun, membuktikan keberkesanan langkah yang dilaksanakan.

“Pelan itu merangkumi penyediaan kemudahan tambahan termasuk tangki air, pam penggalak serta agihan secara sistematik dan tekanan yang stabil,” katanya. – BERNAMA







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo