NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Netflix Sahkan Ambil Alih Warner Bros, HBO dan DC Studios Bernilai RM340 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Netflix hari ini mengumumkan pengambilalihan rasmi terhadap sebahagian besar perniagaan Warner Bros. Discovery (WBD) termasuk Warner Bros Television, Warner Bros Motion Picture Group, DC Studios, HBO dan HBO Max.

Langkah bernilai $82.7 bilion (RM340 bilion) itu menjadikan Netflix pemilik kepada pelbagai IP besar seperti DC Comics, Harry Potter, Game of Thrones dan katalog Hanna-Barbera.

Bagaimanapun, bahagian Global Networks — termasuk CNN, TNT Sports, Discovery Networks, Discovery+ dan Bleacher Report — tidak termasuk dalam pembelian.

Netflix berkata proses ini dijangka dimuktamadkan menjelang suku ketiga 2026, tertakluk kepada kelulusan badan anti-monopoli Amerika Syarikat.

Pengambilalihan itu mengejutkan industri kerana Paramount Skydance dan Comcast sebelum ini dilihat sebagai pesaing utama dalam bidaan.

Dengan pengambilalihan ini, Netflix dijangka mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain terbesar dalam industri penstriman global.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo