Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, berkata perubahan ini telah lama dinantikan dan dianggap selari dengan keperluan semasa, khususnya bagi pekerja Muslim yang mahu menjaga penampilan patuh syariah.
Menurutnya, walaupun dasar pakaian sebelum ini dipengaruhi imej korporat dan penjenamaan global syarikat penerbangan, langkah baharu itu menunjukkan bahawa syarikat mampu menyesuaikan diri tanpa menjejaskan standard industri.
PAS Selangor turut menzahirkan harapan agar dasar serupa diperluaskan kepada semua syarikat penerbangan di negara ini sebagai mengiktiraf hak kebebasan beragama dan kesejahteraan pekerja.

No comments
Post a Comment