NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Dia mahu kami dirawat bersama, tapi ALLAH ambil dia dulu' - Anak kedua Amyza Aznan



HASRAT untuk berjuang melawan kanser bersama-sama tidak kesampaian apabila abang kepada Adrian Adam, Allahyarham Andre Mikhail, meninggal dunia pada malam Isnin.

Andre, yang menghidap kanser paru-paru, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 10.15 malam. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang pada Selasa.

Memetik laporan Media Hiburan, Adrian yang merupakan anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan berkata, dia menerima pemergian abangnya dengan hati yang reda walaupun jauh di sudut hati tersimpan kesedihan yang mendalam.

“Saya anggap ini satu ujian dan takdir ALLAH. Saya reda. Sekarang saya kena kuat, terutama untuk ibu, ayah dan adik. Saya yang perlu pikul tanggungjawab sebagai anak sulung,” katanya selepas selesai urusan pengebumian.

Lebih menyentuh hati, Adrian sendiri kini sedang berdepan ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang.

Menurutnya, arwah antara individu yang banyak memberi semangat sepanjang dia menjalani rawatan.

“Dia beri saya sokongan bila saya tahu tentang kanser saya. Dia mahu kami dirawat bersama-sama, tapi takdir ALLAH ambil dia dahulu. Tak mengapalah, saya terima. Saya akan teruskan dengan semangat abang,” ujarnya.

Adrian turut berkongsi detik-detik akhir bersama arwah. Katanya, ketika kali terakhir mereka berbual, keadaan abangnya kelihatan lemah dan kurang bermaya.

“Dia seperti mamai dan tidak banyak bercakap. Saya biarkan dia berehat. Keesokannya dia sedar, tetapi saya tiada di sisi. Nenek sempat bercakap dengannya sebelum dia kembali tidur dan selepas itu keadaannya semakin nazak,” katanya.

Dalam suasana duka itu, Adrian dan keluarga turut tersentuh dengan kehadiran rakan-rakan serta kenalan industri yang hadir memberikan penghormatan terakhir walaupun hubungan mereka tidak begitu rapat.

“Saya anggap ia satu anugerah bila ramai datang dan mendoakan arwah. Kami terharu,” katanya lagi.

Walaupun impian untuk melalui rawatan kanser sebagai dua beradik tidak menjadi kenyataan, Adrian tekad untuk meneruskan perjuangan kesihatannya dengan membawa bersama kenangan dan semangat yang ditinggalkan oleh abang tercinta.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo