SHAH ALAM, 12 Dis – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyelar sikap beberapa pemimpin politik yang terus menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), dengan menegaskan bahawa pendirian sedemikian hanya menyempitkan peluang pendidikan generasi muda Malaysia.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAPSY, Syaheera Ghafar, berkata penolakan tersebut tidak lagi selari dengan realiti pendidikan moden dan hanya dipengaruhi kepentingan politik sempit.
“Saya hairan dengan penolakan berulang terhadap UEC. Jangan kerana ingin menjaga kepentingan kaum tertentu, anak-anak semua kaum disekat daripada peluang lebih besar untuk cemerlang,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.
Pemuda UMNO, Pemuda PAS kekal menentang
Penegasan itu hadir selepas Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, mengingatkan bahawa UEC tidak memenuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan, manakala Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Hafez Sabri, pula mahu kerajaan kekal tegas menolak pengiktirafan tersebut.
“Jika bahasa pengantar jadi isu, kenapa O-Level dan GCSE diterima?”
Syaheera mempersoalkan logik pihak yang berhujah bahawa UEC menggugat integrasi nasional kerana menggunakan bahasa Mandarin, sedangkan Malaysia mengiktiraf O-Level dan GCSE – kedua-duanya berbahasa Inggeris.
Menurut beliau, Mandarin kini merupakan bahasa kedua paling banyak digunakan di dunia selepas Inggeris, justeru menafikan UEC bermaksud menafikan masa depan pelajar Malaysia dalam ekonomi global.
Data kemasukan pelajar bukan Cina meningkat
DAPSY turut menekankan bahawa sekolah Cina semakin menerima pelajar Melayu dan bukan Cina, menunjukkan ibu bapa lebih mementingkan kualiti pendidikan berbanding sentimen kaum.
“Tahun lalu, seorang pelajar Melayu, Ahmad Kadir Ahmad Nazri, menjadi pelajar paling cemerlang di sebuah SMJKC. Ini membuktikan sekolah Cina bukan halangan integrasi,” katanya.
“Jika trend ini berterusan, adakah mereka akan berubah pendirian?”
Menurut Syaheera, semakin ramai pelajar Melayu, Bumiputera dan India memasuki Sekolah Menengah Persendirian Cina dan menduduki UEC. Beliau menyoal adakah penentang UEC akan berubah pendirian apabila pola ini semakin kukuh.
Komentar: DAP guna org Melayu pertahankan UEC

No comments
Post a Comment