NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ridhuan Tee persoal kerjasama 6 SJKC dengan China, KPM perlu pantau



BANGI, 1 RABIULAKHIR – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan keperluan enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menandatangani perjanjian sekolah angkat dengan beberapa sekolah di Hangzhou, China yang dimeterai pada 16 September lalu. 

Beliau berkata, kerjasama itu menimbulkan persoalan besar sama ada telah mendapat restu Kementerian Pendidikan (KPM), sedangkan enam buah SJKC terbabit berada sepenuhnya di bawah pentadbiran dan pembiayaan kerajaan.

“Jika benar ada kelulusan, mengapa bukan KPM yang mengeluarkan kenyataan rasmi, sebaliknya Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Cina Malaysia?,” soalnya.

Menurut laporan Oriental Daily, lapan buah sekolah berpendidikan Cina – enam SJKC di bawah KPM dan dua Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – menandatangani perjanjian sekolah angkat dengan sekolah di Hangzhou.

Lawatan itu dianjurkan Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Cina Malaysia bersama “Program Ivy”, dengan sokongan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia. 

Delegasi turut membuat kunjungan hormat ke Biro Pendidikan Hangzhou dan disambut timbalan pengarahnya, Sun Qingfeng.

Antara sekolah yang terlibat ialah SJKC Ching Chong, Bedong, Kedah; SJKC Chui Chak, Perak; SMPC Sin Min, Kedah; SMPC Chong Hwa Kuantan, Bunut Rendang, Pahang; SJKC Nan Kwang, Alor Setar, Kedah; SJKC Choong Hua 2, Perak; SJKC Kerayong, Bera, Pahang; dan SJKC Yik Hwa, Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.

Dalam pertemuan itu, Mah Hang Soon memperkenalkan sistem pendidikan Malaysia dan menegaskan kerjasama Malaysia–China semakin kukuh di bawah inisiatif “Belt and Road”, termasuk dalam latihan guru dan penyelidikan kurikulum.

Bagaimanapun, Ridhuan Tee menegaskan lebih baik SJKC membina kerjasama dengan sekolah kebangsaan atau sekolah agama bagi memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekali gus membantu agenda perpaduan negara.

“Jika SJKC memilih bekerjasama dengan sekolah di China, bertambah kuatlah kecinaan mereka. Apa faedah sebenar kepada negara?

“Sepatutnya sejak kecil murid Cina didedahkan dengan murid aliran kebangsaan, bukannya berhabis untuk ke China,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu membimbangkan kerana majoriti murid SJKC masih lemah menguasai bahasa Melayu, sedangkan sekolah berkenaan menerima dana penuh kerajaan.

“KPM perlu memantau rapat perkara ini. Jika dibiarkan, semakin jauh perpaduan nasional yang ingin kita capai,” tegasnya. 


Sumber | TV Pertiwi 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo