NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar jawab Zahid: Setia pada parti berbeza setia pada individu


Selepas dikritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana mengatakan dokumen "PASLeak" bukan sesuatu yang luar biasa, Annuar Musa tampil mengulas isu kesetiaan kepada parti.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, kesetiaan kepada parti adalah hal amat penting, namun ia berbeza dengan setia kepada individu.

"Kesetiaan pada parti memang amat penting. Ia berbeza dengan setia kepada individu, yang kadangkala dianggap sebagai tanda setia pada parti.

“Kesilapan individu, perlakuan individu yang menyalahi roh, matlamat dan semangat perjuangan parti tidak boleh menuntut kesetiaan kerana itu individu dan bukannya parti,” kata Annuar dalam satu hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keratan didakwa minit mesyuarat PAS yang merancang untuk menjatuhkan Umno dan BN, termasuk menyegerakan usaha memastikan Ahmad Zahid dipenjarakan.

Semalam Presiden Umno itu mengingatkan pemimpin parti supaya tidak "menderhaka" kepada parti dengan mengikut rentak musuh yang penuh dengan muslihat.

Meskipun tidak menyebut nama, kenyataan Ahmad Zahid dipercayai jelas merujuk kepada Annuar.

Usah menikam dalam senyuman

Annuar bagaimanapun berkata, teguran kepada individu atau perlakuan tertentu, bukan satu perlakuan yang menunjukkan ketidaksetiaan kepada Umno.

“Sering parti dijadikan perisai tindakan peribadi. Parti tidak boleh diurus sebagai hak peribadi.

"Membelakangi mandat parti, tidak menjunjung amanah parti, tindakan tidak patuh kepada keputusan parti, lain ditetapkan parti lain dibuat di luar pengetahuan parti, membohongi parti adalah antara tanda tidak setia kepada parti," jelasnya.

Untuk rekod pergeseran antara Annuar dan Ahmad Zahid bukan perkara baru.

Annuar sebelum ini pernah mendakwa Ahmad Zahid memberikan perakuan bersumpah bagi menyokong ahli parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Annuar berkata, tindakan mempertikai kesetiaan hanya akan menanam kebencian sesama ahli dan hanya akan melemahkan Umno.

"Pendek kata, kalau pun jasa tak mahu dikenang, setiakawan mahu disalah ertikan, usah soal setia mahu dibicarakan.

"Usah menikam dalam senyuman," katanya.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo