NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penganalisis AMANAH berkata, hubungan PAS-UMNO kian meruncing, kembali serang-menyerang


Dokumen minit mesyuarat – PasLeak – yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO, memberi kesan yang agak mengejutkan pada politik Malaysia. 

Melihat situasi itu, pastinya menjadi petunjuk jelas bahawa hubungan dua parti terbesar PAS dan UMNO kini berada di tahap yang sangat meruncing. 

Penganalisis politik yang juga ahli AMANAH, Dr Mazlan Ali berkata, meskipun telah dinafikan daripada pihak PAS, namun masih banyak juga pihak yang percaya kepada apa yang tertulis dalam dokumen itu. 

“‘Mereka’ telah menanam satu persepsi bahawa PAS dan Bersatu sedang merancang menghalang kemaraan Barisan Nasional. 

“Saya fikir ini boleh memberi kesan kepada situasi politik semasa,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Beliau percaya isu PasLeak ini memburukkan lagi hubungan antara PAS dan UMNO. 

“Setelah PAS selama dua kali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bersama Bersatu menentang Barisan Nasional di Melaka dan Johor.

“Kini dilihat dua parti yang sebelum ini menjalin kerjasama, kembali bersaing dan menyerang antara satu sama lain,” katanya.

Selain itu, dakwaan bahawa terdapat gesaan campur tangan bagi mempercepatkan hukuman mahkamah dalam kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengejutkan.

“Dakwaan ini jika benar menandakan satu masalah serius dalam sistem kehakiman kita,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa dokumen, yang mendakwa terdapat perancangan rapi untuk mempercepatkan hukuman mahkamah terhadap beberapa pemimpin kanan UMNO.

Antara nama yang disebut sebagai ‘perancang utama’ dalam dokumen itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik lain.

Antara pemimpin itu ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diikuti Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu, menyifatkan butiran dokumen itu adalah palsu, dan sampah.



............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo