NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tok Det tak pasti kesahihan dokumen PASLeak


KUALA NERANG:
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau tidak pasti kesahihan dokumen 'PASLeak' yang tular mengandungi dakwaan percaturan politik, termasuk untuk mencampuri urusan kehakiman.

"Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak, jadi saya tak boleh komen lanjut," katanya yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika ditemui selepas Majlis Iftar Besama Warga Desa KEDA di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini, malam tadi.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keratan didakwa minit mesyuarat PAS yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke penjara.

Beberapa nama pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan dengan gerakan menjatuhkan UMNO serta BN.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu yang turut dikaitkan dengan perkara itu, Rabu lalu menyifatkannya sebagai 'dokumen sampah' dan tidak perlu dipercayai kerana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin turut menafikan wujud perbincangan dalaman untuk menjatuhkan UMNO dan BN seperti didakwa terkandung dalam dokumen minit mesyuarat yang tersebar.

Semalam, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika menegaskan, tidak perlu melayan isu PASLeak yang disifatkannya sebagai surat layang bertujuan memfitnah parti dan hanya golongan 'loyar buruk' yang berminat untuk melayan surat layang berkenaan. - Berita Harian


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo