NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jutawan Ukraine minta tentera bom rumah agamnya


Jutawan Ukraine minta tentera bom rumah agamnya. Seorang jutawan Ukraine meminta tentera untuk mengebom rumah agamnya yang baru dibina selepas melihat di dalam kamera keselamatan bahawa tentera Rusia menceroboh dan menembak roket ke Kyiv dari situ.

Andrey Stavnitser, Ketua Pegawai Eksekutif TransInvestService iaitu sebuah syarikat IT berkata, dia melihat melalui kamera web pada bulan lepas, askar Rusia berada di tanahnya, membawa bersama sedozen peralatan ketenteraan, lapor New York Post.

“Mereka memusnahkan kebanyakan kamera di dalam rumah, tetapi terdapat satu kamera web amatur kecil,” katanya kepada ITV dalam rancangan Good Morning Britain pada Isnin.

Daripada membenarkan penceroboh menyerang ibu negara berhampiran Ukraine dari tanahnya, Stavnitser, 39, berkata, dia menghubungi angkatan tentera Ukraine, memberikan koordinat rumah agamnya dan meminta mereka mengebomnya.

“Ia satu keputusan yang jelas bagi saya,” kata ahli perniagaan itu, sambil menambah bahawa dia berasa jijik melihat penceroboh berkeliaran di seluruh rumahnya.

Jutawan Ukraine minta tentera bom rumah agamnya

Stavnitser berkata, ketika dia melarikan diri dari Ukraine ke Lublin, Poland, beberapa anggota pasukan keselamatan tinggal di rumahnya.

Apabila penceroboh Rusia menyerang wilayah Kyiv, mereka menyerbu masuk ke rumah Stavnitser dan menjadikan kakitangannya sebagai tebusan.

Ahli perniagaan itu memberitahu bahawa pekerjanya disoal siasat dan telefon mereka diambil, sebelum dihantar ke dalam hutan.

“Saya melihat mereka merompak rumah lain dan membawa barangan dari rumah lain ke rumah saya dan dari sana memuatkan trak dengan televisyen, iPad, komputer serta barang peribadi orang lain.

“Saya berasa jijik. Saya berasa kotor, melihat beberapa lelaki berjalan di dalam rumah saya,” katanya.

Katanya, 12 kenderaan tentera diletakkan di tanahnya, termasuk sistem pelancar roket BM-21 Grad dan Tornado.

“Peralatan ini mempunyai jarak sejauh 40 kilometer, jadi mereka pada dasarnya mula menembak Kyiv dari rumah saya,” kata Stavnitser.

Selepas tentera Ukraine mengebom rumah agam ahli perniagaan itu, dia berkongsi foto di Facebooknya menunjukkan kenderaan tentera Rusia yang rosak.

“Saya mahu melakukan segala yang mungkin untuk membantu Ukraine menang kerana saya fikir kami menjaga keselamatan Eropah, dan penting bagi kami menghalau orang jahat itu dari tanah kami. Itu hanya sedikit yang boleh saya lakukan,” katanya.


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo