NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label ANALISIS. Show all posts
Showing posts with label ANALISIS. Show all posts

Kerugian RM2.6 Bilion oleh 40 Syarikat Subsidiari Agensi Persekutuan – Kelemahan Tadbir Urus atau Risiko Pelaburan?

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan bahawa 40 syarikat subsidiari milik agensi kerajaan persekutuan mengalami kerugian berjumlah lebih RM2.6 bilion pada tahun kewangan 2023. Ini menimbulkan persoalan besar mengenai keberkesanan tadbir urus korporat, ketelusan perbelanjaan, serta strategi pelaburan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat ini.

Sorotan Utama Laporan Audit

  1. Skala Kerugian yang Membimbangkan

    • Laporan mendedahkan bahawa daripada 217 syarikat subsidiari kerajaan persekutuan, 86 daripadanya mengalami kerugian besar.
    • Daripada jumlah itu, 40 syarikat mencatat kerugian sebanyak RM2.6 bilion.
  2. Penyebab Utama Kerugian

    • Pengurusan lemah dan ketidakcekapan operasi
    • Pelaburan tidak strategik yang tidak memberi pulangan setimpal
    • Ketirisan dana akibat kelemahan kawalan dalaman
    • Keadaan ekonomi global yang memberi kesan kepada pasaran tertentu, seperti hartanah dan komoditi
  3. Sektor yang Terjejas

    • Antara sektor yang mengalami kerugian besar termasuk pelaburan dalam hartanah, perladangan, dan syarikat berkaitan teknologi.
    • Tabung Haji, sebagai contoh, mencatat kerugian besar dalam anak syarikat pelaburan hartanahnya di UK.

Isu Tadbir Urus dan Ketelusan

Kegagalan beberapa syarikat subsidiari menunjukkan kelemahan dalam aspek kawalan dalaman dan pemantauan prestasi oleh kerajaan. Antara isu utama yang dikenal pasti:

  • Ketiadaan pengawasan yang ketat terhadap pengurusan kewangan syarikat-syarikat ini.
  • Kurangnya kebertanggungjawaban dalam pelaburan, menyebabkan dana rakyat digunakan secara tidak produktif.
  • Isu pelantikan pengurusan, di mana beberapa syarikat dikendalikan oleh individu yang kurang berpengalaman atau lantikan politik tanpa merit yang jelas.

Apakah Langkah Seterusnya?

Bagi mengelakkan isu sama berulang, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dalam memperbetulkan kelemahan ini:

  • Meningkatkan ketelusan dalam pengurusan kewangan syarikat kerajaan melalui laporan berkala dan pemantauan lebih ketat.
  • Membuat semakan mendalam terhadap semua pelaburan sedia ada bagi memastikan hanya projek yang berdaya maju diteruskan.
  • Memperkukuh tadbir urus korporat dengan memastikan pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat berdasarkan merit, bukan hubungan politik.
  • Memantau prestasi pengurusan syarikat subsidiari melalui mekanisme audit berkala dan pembentangan hasil kewangan yang lebih terbuka kepada Parlimen dan rakyat.

Kesimpulan

Kerugian RM2.6 bilion oleh syarikat subsidiari kerajaan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia mencerminkan kelemahan dalam pengurusan aset kerajaan serta membangkitkan persoalan sama ada wang rakyat digunakan secara optimum. Dengan ekonomi global yang masih tidak menentu, kerajaan perlu segera merangka strategi bagi mengelakkan pembaziran lebih besar pada masa hadapan.

Tanpa pembetulan yang segera, isu ini boleh terus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan kecekapan kerajaan dalam menguruskan aset negara.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Mengapa Garis Panduan JAKIM Perlu?

MENGAPA GARIS PANDUAN JAKIM PERLU?

LBerkaitan dengan ucapan selamat seseorang Muslim terhadap teman-teman bukan Islam yang menyambut perayaan keagamaan mereka, terdapat dua pandangan para ulama mengenainya. Satu pandangan yang tegas, tidak mengharuskan seseorang Muslim untuk memberi ucapan selamat kepada teman-teman bukan Islam menyambut perayaan keagamaan mereka, manakala satu lagi pandangan yang lebih longgar mengharuskan ucapan selamat dengan syarat-syarat tertentu. Demikian jugalah tentang kunjungan seseorang Muslim ke rumah pemujaan orang bukan Islam, juga terdapat dua pandangan seumpamanya.

Saya sendiri berpegang kepada pandangan pertama yang tidak mengharuskan seseorang Muslim memberi ucapan selamat kepada teman-teman bukan Islam menyambut perayaan keagamaan mereka, dan juga tidak mengharuskan seseorang Muslim untuk berkunjung ke rumah pemujaan orang bukan Islam. Bagaimanapun, saya tidak membantah jika ada seseorang Muslim yang berpegang kepada pandangan kedua kerana pandangan tersebut juga disandarkan kepada para ulama, yang berasaskan dalil-dalil tertentu. Sebagaimana saya menghormati pandangan yang kedua, demikian juga saya berharap pandangan saya juga dihormati.

Berpegang kepada pandangan pertama yang tegas, bukanlah bermakna saya tidak bertoleransi dengan teman-teman bukan Islam dan jauh sekali saya tidak mendukung keharmonian kaum di negara ini. Dalam perayaan-perayaan yang tidak termasuk dalam perayaan keagamaan, saya ringan mulut dan lembut lidah mengucapkan selamat kepada teman-teman bukan Islam. Demikian juga, jika perayaan bukan keagamaan dianjurkan oleh teman-teman bukan Islam di luar premis rumah pemujaan mereka, saya cuba hadir sekiranya dijemput. Pada pendirian saya itulah makna keharmonian sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Di dalam disiplin Dialog Peradaban, makna keharmonian itu ialah bertoleransi pada perkara-perkara yang kita ada jurang perbezaan dan berkongsi pada perkara-perkara yang kita mempunyai titik persamaan. Perkara berkaitan dengan kepercayaan atau di dalam Islam disebut Akidah, boleh dikatakan hampir kesemuanya berbeza antara Islam dan agama-agama lain. Manakala perkara berkaitan dengan moral atau di dalam Islam disebut Akhlak, banyak sekali titik persamaan untuk dikongsi antara penganut Islam dan penganut agama-agama lain. Jadi, jika perkara-perkara yang berkaitan dengan Akidah, sikap kita adalah bertoleransi.

Maksud bertoleransi ialah memperakui realiti bahawa kepercayaan kita berbeza. Apabila kita memperakui realiti, maka kita tidak boleh sama sekali memaksa teman-teman bukan Islam mengikut kepercayaan kita, sebagaimana mereka juga tidak boleh memaksa kita menerima pegangan mereka. Kita sebagai umat Islam dilarang menghina Tuhan dan simbol agama mereka, sepertimana mereka juga dilarang menghina Allah dan Rasul kita. Kita juga tidak boleh meruntuhkan rumah pemujaan mereka, sebagaimana mereka pun tidak boleh meruntuhkan rumah ibadat kita. Yang demikian itulah antara makna bertoleransi.

Bukanlah makna bertolerasi kita merestui kepercayaan mereka, kerana teman-teman bukan Islam pun tidak merestui Akidah kita. Bukan juga makna toleransi, kita bersetuju dengan konsep ketuhanan mereka, sebagaimana teman-teman bukan Islam pun tidak menyetujui konsep Tauhid kita. Bukanlah makna toleransi, kita menyertai ritual mereka, sebagaimana merekapun tidak wajar dijemput menyertai ritual kita. Jika kita merestui kepercayaan mereka, bersetuju dengan konsep ketuhanan mereka dan menyertai ritual mereka, itu bukanlah bertoleransi tetapi berpegang kepada berbilang agama atau disebut sebagai pluralisme.

Pada perkara-perkara moral dan Akhlak, banyak sekali titik-titik pertemuan, maka kita boleh berkongsi malah berkerjasama. Di dalam agama Islam dilarang kita melakukan fasad terhadap alam sekitar. Manakala di dalam Buddhisme, larang merosakkan alam antaranya berkait dengan doktrin Maitri dan Karuna. Demikian juga, di dalam Hinduisme larangan melakukan kerosakan terhadap alam sekitar antaranya berkaitan dengan doktrin Ahimsa. Walaupun ajaran-ajaran yang berbeza, tetapi ada nilai sejagat yang boleh dikongsikan iaitu memulihara alam sekitar. Bila kita boleh berkongsi nilai sejagat, bermakna kita boleh berkerjasama dalam perkara tersebut.

Hubungan antara kita dan teman-teman bukan Islam diikat atas asas kemanusiaan, manakala hubungan kita sesama Islam diikat atas asas kemanusiaan dan kepercayaan. Dari satu sudut hubungan kemanusiaan adalah lebih kuat kerana ia luas dan meliputi semua aspek kehidupan. Dari satu sudut yang lain hubungan kepercayaan adalah lebih kuat kerana ia lebih mendalam di hati dan berbekas kepada rohani. Apa juapun, yang paling jelas, sama ada hubungan itu berasaskan kemanusiaan atau berasaskan kepercayaan kedua-duanya membawa kepada kepada keharmonian hidup antara berbilang kaum dan agama.

Demikian jugalah, sama ada kita berpegang kepada pandangan ulama yang pertama atau pandangan ulama yang kedua, tentang ucapan selamat perayaan keagamaan bukan Islam dan mengunjungi rumah pemujaan mereka, kedua-dua pandangan tersebut tidak menjejaskan keharmonian kaum. Setakat pengalaman saya, masyarakat orang-orang tua kita dahulu kebanyakannya berpegang kepada pandangan pertama. Tetapi ramai dari kalangan orang-orang tua kita dahulu mempunyai keluarga angkat dari kalangan teman-teman bukan Islam. Sesebuah keluarga bukan Islam yang hidup di tengah-tengah perkampungan orang Islam, tetap berasa sangat tenteram.

Hari ini sudah ramai masyarakat Islam yang berpegang kepada pandangan yang kedua. Sudahpun ada pandangan-pandangan Mufti yang mentarjihkan pandangan kedua. Menurut pemerhatian saya terhadap pandangan-pandangan yang dikemukakan itu, semuanya tidak mutlak. Dengan pengertian lain, mereka menghukumkan harus dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat itu perlu diketahui oleh masyarakat Muslim awam. Keharusan untuk mereka memberi ucapan dan mengunjungi rumah pemujaan bukan Islam adalah bersyarat bukan boleh redah sahaja ikut suka. Syarat-syarat itulah yang disebutkan sebagai GARIS PANDUAN.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Petronas: Ketidaktentuan Kewangan dan Rasionalisasi Tenaga Kerja Menjadi Tumpuan

Beberapa minggu lalu, saya menerima mesej ringkas tetapi mencetuskan persoalan besar:

"Ris, cuba periksa internet. Ada tak laporan kewangan Petronas suku ketiga 2024?"

Saya segera mencari maklumat tetapi tidak menemui sebarang laporan terkini. Keadaan ini pelik kerana laporan kewangan biasanya diterbitkan pada bulan November. Mesej itu juga meminta saya memeriksa Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Petronas yang terkini. Namun, ketika itu saya tidak terlalu mengendahkannya.

Tetapi seminggu kemudian, keadaan berubah.

Petronas dan Langkah "Right-Sizing"

Petronas mengumumkan rancangan "right-sizing" atau rasionalisasi tenaga kerja secara besar-besaran. Menurut laporan UOB Kay Hian, keputusan ini akan memberi kesan kepada tenaga kerja pentadbiran (enablers), yang kini berjumlah antara 15,000 hingga 16,000 orang daripada keseluruhan 52,000–53,000 tenaga kerja global Petronas.

CEO Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, menafikan bahawa langkah ini berpunca sepenuhnya daripada pengalihan peranan pengagregat gas Sarawak kepada Petroleum Sarawak (Petros). Sebaliknya, beliau menyamakan keputusan ini dengan tindakan syarikat tenaga global seperti ExxonMobil dan Shell yang turut mengurangkan pekerja mereka akibat peralihan tenaga dan ketidaktentuan pasaran minyak.

Laporan turut menyebut bahawa di beberapa negara seperti Kanada, sehingga 75% tenaga kerja sektor minyak dan gas berisiko kehilangan pekerjaan menjelang 2050 akibat peralihan kepada tenaga lestari.

Ke Mana Perginya Laporan Kewangan Petronas?

Satu lagi perkembangan yang mencetuskan kebimbangan ialah ketiadaan laporan kewangan suku ketiga Petronas bagi 2024. Analisis menunjukkan bahawa Petronas kini tidak lagi melaporkan kewangan secara suku tahunan.

Lebih membimbangkan, terdapat risiko bahawa Petronas mungkin perlu membayar dividen sebanyak RM32 bilion kepada kerajaan untuk tahun 2025, jumlah yang sama seperti 2024, walaupun keuntungan asasnya lebih rendah. Ini didasarkan kepada pemerhatian bahawa cukai yang dibayar oleh Petronas bagi separuh pertama 2024 jauh lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Persoalannya, jika keuntungan merosot tetapi pembayaran dividen kepada kerajaan perlu dikekalkan, dari manakah dana tambahan akan datang?

Perubahan dalam Lembaga Pengarah

Selain itu, terdapat isu ketelusan dalam perubahan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Petronas. Semakan terhadap laman web rasmi syarikat mendapati hanya terdapat enam pengarah pada masa ini, berbanding lapan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Bersepadu 2023.

Daripada enam pengarah tersebut, hanya dua yang merupakan pengarah bebas. Beberapa pengarah ternama juga telah meninggalkan lembaga, sekaligus menimbulkan kebimbangan mengenai mekanisme semakan dan imbangan dalam kepimpinan Petronas.

Implikasi kepada Malaysia

Kerajaan Malaysia amat bergantung kepada Petronas untuk sumber pendapatan negara. Pada 2024, syarikat itu telah menyumbang RM32 bilion kepada kerajaan. Namun, mampukah jumlah ini dikekalkan pada 2025 jika keuntungan merosot? Jika tidak, bagaimana kerajaan akan menampung kekurangan dalam belanjawan negara?

Sebagai kesimpulan, petikan tulisan Azam Aris, Editor Emeritus di The Edge, memberikan peringatan penting:

"Untuk Petronas dan Malaysia, tuntutan berlebihan dan tidak realistik daripada pihak berkepentingan boleh menyebabkan syarikat ini lumpuh dalam jangka panjang. Saya percaya tiada siapa yang mahu perkara ini berlaku."

Perkembangan ini perlu dipantau dengan rapi kerana ia bukan sekadar soal sebuah syarikat minyak, tetapi juga masa depan ekonomi negara.

Dipetik daripada tulisan Harris Nasril, pengasas Tinta Tular

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Cadangan Jahat Trump Buka Ruang Israel Kuasai Gaza

Cadangan Pemindahan Penduduk Gaza ke Mesir dan Jordan: Ancaman kepada Hak Asasi Palestin

Cadangan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan telah mencetuskan kebimbangan di peringkat antarabangsa. Trump mendakwa pemindahan ini bertujuan memberikan kehidupan lebih selamat kepada rakyat Palestin, namun ia menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, termasuk negara-negara Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan pemimpin Palestin sendiri.

Penolakan dari Mesir dan Jordan

Mesir dan Jordan dengan tegas menolak cadangan ini. Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, menyatakan bahawa pemindahan ke Semenanjung Sinai adalah "tidak boleh diterima" dan akan merampas hak rakyat Palestin untuk kekal di tanah air mereka. Sementara itu, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, memberi amaran bahawa sebarang langkah untuk memindahkan rakyat Palestin ke Jordan akan dianggap sebagai tindakan provokatif dan pengisytiharan perang.

Kedua-dua negara menekankan bahawa penyelesaian konflik Israel-Palestin harus berlandaskan keadilan dan hak asasi manusia, bukan melalui langkah pemindahan paksa yang boleh mencetuskan ketegangan lebih besar di rantau ini.

Kritikan Antarabangsa

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan cadangan ini sebagai bentuk "pembersihan etnik" yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Ramai pemerhati melihat langkah ini sebagai usaha untuk menghapuskan identiti rakyat Palestin dan menggagalkan perjuangan mereka untuk mendapatkan negara sendiri.

Pemimpin Hamas turut menolak keras cadangan ini, menyatakan ia bertujuan melemahkan perjuangan rakyat Palestin dan menjadikan Gaza sebuah wilayah kosong untuk dikuasai sepenuhnya oleh Israel.

Impak kepada Penyelesaian Dua Negara

Cadangan pemindahan ini bertentangan dengan dasar tradisional penyelesaian dua negara yang selama ini disokong oleh komuniti antarabangsa. Penyelesaian ini menuntut penubuhan negara Palestin yang merdeka di samping Israel. Namun, langkah seperti ini dilihat bakal menghapuskan harapan untuk mencapai kedamaian di rantau tersebut.

Arab Saudi dan negara-negara Arab lain juga menegaskan bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usaha yang mengabaikan hak rakyat Palestin untuk kekal di tanah air mereka. Sokongan negara-negara ini terhadap penyelesaian dua negara kekal teguh, dengan menekankan kepentingan mengakhiri pendudukan Israel di tanah Palestin.

Kesimpulan

Cadangan Trump untuk memindahkan penduduk Gaza ke Mesir dan Jordan mendapat penolakan tegas dari negara-negara serantau dan komuniti antarabangsa. Langkah ini dianggap melanggar hak asasi manusia dan berpotensi mencetuskan ketegangan lebih besar di Timur Tengah.

Penyelesaian konflik Israel-Palestin memerlukan pendekatan yang adil dan menghormati hak rakyat Palestin untuk hidup bebas di tanah air mereka. Langkah pemindahan paksa bukan sahaja gagal menjamin kestabilan, malah menjejaskan usaha ke arah perdamaian jangka panjang.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Muhyiddin mangsa politik terancang untuk lemahkan PN


BANGI, 28 Muharram 1445H, Selasa
– PAS percaya pendakwaan ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang untuk melemahkan Perikatan Nasional (PN).

Bahkan, parti itu juga yakin bahawa tindakan terhadap Muhyiddin adalah bagi menutup aib dan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu yang berlaku dalam UMNO sebagai sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebagai sekutu Bersatu di dalam PN, sememangnya pendakwaan ke atas bekas Perdana Menteri itu adalah perancangan untuk melemahkan gabungan parti politik berkenaan.

“… namun saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita, malah telah menambahkan lagi sokongan kepada kita dalam pilihan raya negeri di enam buah negeri Sabtu lalu.

“PAS menentang sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dihadapi Muhyiddin.

Dengan keputusan itu, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati, keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur.

Mahkamah berpendapat, jika perbicaraan diteruskan akan menyebabkan Muhyiddin tidak dapat menyediakan pembelaan sewajarnya dan menjadikan pendakwaan terhadapnya sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Menyambut baik keputusan mahkamah, Takiyuddin berkata, PAS sejak awal sudah menjangkakan perkara itu kerana yakin bahawa yang dikenakan ke atas Muhyiddin adalah pertuduhan terpilih dan berbaur politik.

“Alhamdulillah, PAS bersyukur dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah melepas dan membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

“PAS berdoa semoga Tan Sri Muhyiddin Yassin akan selamat dan dipelihara oleh Allah,” katanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Hanya menang 32 kerusi di Selangor, Amirudin MB lemah


BANGI, 26 Muharam 1445H, Ahad
– Datuk Seri Amirudin Shari boleh dianggap sebagai Menteri Besar Selangor yang lemah apabila Pakatan Harapan (PH) hanya menang 32 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Penganalisis politik Akademik Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan berkata, keadaan itu boleh dikaitkan dengan Amirudin memandangkan beliau adalah ‘poster boy’ bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Sebelum PRN lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan Amirudin ‘poster boy’ Menteri Besar Selangor.

“Jadi setiap keputusan itu dipertanggungjawabkan kepada bakal menteri besar.

“Kalau kita kaitkan kelemahan UMNO dengan Presiden UMNO ada logiknya. Kita kaitkan PH di Selangor bagaimana dikatakan memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) disebabkan Amirudin Shari itu kerana beliau adalah poster boynya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika siaran langsung Analisis Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di TV Pertiwi, hari ini.

Dalam pada itu, Azmi mengakui tindakan PN tidak menamakan ‘poster boy’ mereka di negeri berkenaan sebagai langkah yang tepat.

“Sebelum ini saya lihat strategi PN tidak menamakan ‘poster boy’ mereka satu strategi yang silap. Tapi kalau lihat keputusan itu satu strategi yang betul,” katanya.

PH dan BN membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 kerusi pada pengundian semalam.

PRN Selangor menyaksikan BN hanya menang dua kerusi sementara PN pula menang 22 kerusi.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Gelombang Hijau meranapkan sokongan Melayu PKR Selangor


Saya macam nak tergelak bila membaca ulasan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari Pasukan Perpaduan yang baharu dibentuk tiga bulan lalu di Selangor berjaya menewaskan gelombang hijau yang direkayasa semenjak Februari 2020 pada PRN kali ini.

Amirudin Shari sebenarnya tak ada air muka atau tebal muka sama seperti Anwar Ibrahim tidak menerima hakikat bahawa PH telah kalah teruk di Selangor yang paling teruk kesannya adalah PKR sendiri.

Saya masih belum meneliti analisis secara menyeluruh tentang keputusan awal di Selangor tetapi secara kasar saya boleh katakan bahawa di Selangor PKR hampir hilang sokongan pengundi Melayu. Sebelum ini Ilham Centre iaitu pada Julai lalu telah mengeluarkan keputusan kajiannya daripada 2,416 responden yang menunjukkan 24 peratus responden Melayu berpuas hati dengan prestasi Anwar berbanding 88 peratus dalam kalangan masyarakat Cina dan 81 peratus India. Anwar Ibrahim yang ego dan angkuh telah mengatakan kajian ini cacat (sila rujuk Malaysiakini 11 Ogos 2023).

Hari ini bila saya melihat keputusan PRN di Selangor saya boleh katakan sokongan pengundi Melayu untuk PKR bawah daripada 10%.

Pada PRU 14 yang lalu PKR telah bertanding 28 kerusi dan menang kesemua kerusi yang dipertandingkan. Begitu juga dengan DAP hanya AMANAH sahaja bertanding 7 kerusi tetapi berjaya menang 5 kerusi.

Pada masa PRU 14 sudah ada gelombang hijau tetapi gelombang hijau hanya ada di pantai timur, Perlis sedikit di Kedah dan Perak tetapi hampir tiada di Selangor. Ini boleh digambarkan PAS hanya menang 1 kerusi sahaja di Selangor walaupun bertanding 47 kerusi.


Untuk keputusan PRN 15 semalam, PKR bertanding 20 kerusi tetapi hanya menang 12 kerusi sahaja. Telah merosot sebanyak 40% sokongan. Jika kita teliti dan membuat kajian secara detail kita boleh dapati kawasan PKR kalah adalah kawasan Melayu.

Daripada keputusan semalam jika dibandingkan keputusan lalu. DAP kekal sokongan Cina, manakala AMANAH dan UMNO masih kekal dengan mendapat 5 dan 2 kerusi sama seperti PRN 14 lalu. PKR yang terjejas teruk daripada 28 kerusi hanya tinggal 12 kerusi itu pun sebahagian dimenangi oleh calon bukan Malayu PKR. Kerusi ini telah berpindah kepada PAS dan BERSATU, dimana PAS bertambang daripada 1 kepada 10 dan BERSATU bertambah 4 kepada 12.


Sebagai seorang Menteri Besar, yang berkempen menggunakan kemudahan kerajaan tetapi masih tidak dapat sokongan pengundi Melayu sepatutnya Amirudin Shari boleh mengundur diri drp menjadi Menteri Besar untuk menunjukkan sikap bertanggungkawab. Itu sekiranya Amirudin Shariada maruah diri. Pada kebiasaannya Amirudin Shari atau bosnya sendiri Anwar Ibrahim mana ada maruah.

Kemerosotan sokongan di Selangor adalah 100% datangnya daripada PKR. Takkan PKR akan datang hanya nak bergantung kepada "Hanfu" Anak Tan Sri aje demi untuk bertahan hidup di Selangor?

NASIR RAMLEE
Penulis Bebas


........
Komen: PRU-16 nanti tak ada lah PKR


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...




'Misi mustahil' PHBN di kerusi-kerusi panas di Kedah

story-image

ANALISIS | Pilihan Raya Negeri di Kedah dijangka menjadi antara pertempuran yang paling sengit dalam enam PRN akan datang.

Lebih-lebih lagi, pengundi di Kedah menggunakan peti undi untuk menukar kerajaan negeri sebanyak tiga kali sejak 2008.

Ini bermakna kemenangan Perikatan Nasional pada PRU15 tidak semestinya mencerminkan sentimen pengundi pada masa ini.

Alor Mengkudu

Salah satu kerusi di mana PH dan BN mengharapkan peralihan yang besar ialah di Alor Mengkudu, di mana Pengerusi PH Kedah, Mahfuz Omar akan bertanding di situ.

Simulasi yang dijalankan Malaysiakini menunjukkan jika PH boleh membawa 80 peratus penyokong mereka di Alor Mengkudu keluar mengundi, Mahfuz boleh memenangi kerusi itu - meskipun 10 peratus pengundi BN beralih kepada PN.

Bagaimanapun, PH dan BN memerlukan 20 peratus peralihan undi daripada PN untuk hal itu terjadi.

Jika tiada peralihan undi berlaku, kemungkinan besar PN menawan Alor Mengkudu - yang terletak di kawasan parlimen Alor Setar.

Data pengundian pada PRU15 menunjukkan hampir 60 peratus pengundi di kawasan itu mengundi PN.

Mahfuz sendiri hanya meraih 23 peratus undi semasa PRU15, menyebabkan dia kehilangan kerusi parlimen Pokok Sena.

Persaingan di Alor Mengkudu juga akan menjadi perlawanan timbal balik antara Mahfuz dan bekas pemain bola sepak Muhamad Radhi Mat Din.

Kedua-duanya pernah bertembung di kerusi Pokok Sena pada 2018, dengan naib presiden Amanah itu memenangi pilihan raya berkenaan.

Pedu

Pengerusi BN Kedah, Mahdzir Khalid akan mencuba nasib sekali lagi selepas tewas di kerusi parlimen Padang Terap kepada PN pada PRU15.

Mahdzir akan kembali ke kerusi Pedu yang terletak di parlimen Padang Terap.

Dia sebelum ini merupakan Adun Pedu selama dua penggal dari 2004 hingga 2013.

Mahdzir juga merupakan menteri besar Kedah dari 2005 hingga 2008 dan dispekulasi akan menjadi calon PH-BN bagi jawatan itu sekiranya gabungan itu menawan negeri berkenaan.

Mohd Radzi Md Amin dari PAS memenangi Pedu dengan hanya 43 peratus undi pada 2018, manakala data PRU15 menunjukkan hanya 54 peratus pengundi di situ mengundi PN.

Ini bermakna sebarang penurunan peratusan keluar mengundi untuk PN atau perubahan kecil 5 peratus undi ke arah BN boleh menyebabkan kemenangan kepada Mahdzir.

Jeneri

Menteri besar sementara Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memenangi Jeneri dengan 46.3 peratus undi pada 2018.

Ketua BN Bahagian Sik, Muhammad Khizri Abu Kassim bakal berdepan cabaran besar untuk menewaskan pengarah pilihan raya PN itu.

Kira-kira 67 peratus pengundi di kawasan itu mengundi PN pada PRU15.

Lunas dan Sidam

Lunas dan Sidam kedua-duanya dimenangi oleh PKR pada 2018.

Bagaimanapun, susulan Langkah Sheraton, penyandang untuk kerusi yang berjiran itu - Azman Nasrudin dan Robert Ling - kedua-duanya melompat ke Bersatu.

Azman yang merupakan penyandang DUN Lunas kini merupakan ahli parlimen Padang Serai dan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri.

PN sebaliknya meletakkan ketua penerangan PN Kedah, Khairul Anuar Ramli untuk berhadapan dengan Shamsul Anuar Abdullah dari PKR.

Hanya 49 peratus pengundi di kawasan itu mengundi PN pada pilihan raya kecil tahun lepas, justeru pertandingan boleh menjadi sengit.

Di Sidam, Bau Wong Bau Ek dari PKR mempunyai peluang untuk memenangi semula kerusi itu - di mana hanya 33 peratus pengundi PRU15 mengundi PN.

Ling yang menyandang kerusi berkenaan akan digantikan oleh Juliana Abdul Ghani sebagai calon PN bagi Sidam.

Gurun

Johari Abdul dari PKR memenangi kerusi itu pada 2018.

Kini setelah menjadi speaker Dewan Rakyat, anaknya, Firdaus akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Lawannya ialah pemain bola sepak dan bekas pemain tengah Kedah Darul Aman, Baddrol Bakhtiar.

Kira-kira 48 peratus pengundi di Gurun memilih PN pada PRU15, bermakna PH-BN perlu memperoleh peratusan keluar mengundi yang cukup tinggi jika mahu mempertahankan kerusi itu.

Abang Firdaus, Taufiq menggantikan Johari sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani pada pilihan raya umum tahun lepas.

Kerusi lain untuk diperhatikan

Kerusi-kerusi lain yang mempunyai calon yang kurang terkenal tetapi genting termasuk Pengkalan Kundor, Sungai Tiang, Bandar Baharu dan Kubang Rotan - yang kini disandang oleh PH dan BN - serta Kuah, Bayu, Pantai Merdeka, Kuala Ketil, Kuala Nerang, dan Kupang.

PH-BN berpeluang memenangi kerusi ini jika mereka boleh mempengaruhi antara 5 hingga 15 peratus pengundi daripada PN dan mendapat peratusan keluar mengundi yang baik.

Jika tidak, kerusi ini mungkin kekal atau ditawan oleh PN bagi membolehkan mereka mendapat majoriti yang lebih besar dalam dewan undangan negeri.

Bagaimana dengan Pejuang?

Pejuang mempunyai dua penyandang DUN di Kedah iaitu presidennya, Mukhriz Mahathir di Jitra dan setiausaha agungnya, Amirudin Hamzah di Anak Bukit.

Walaupun parti itu telah menyatakan sokongan kepada PN, Pejuang tidak akan bertanding dalam pilihan raya negeri, dan tiada ahlinya menyertai senarai calon PN.

Berapa bilangan kerusi yang dimiliki setiap gabungan?

PN mempunyai 21 kerusi DUN - salah satunya ialah DUN Belantak telah dikosongkan selepas penyandangnya Mohd Isa Shafie meninggal dunia bulan lepas.

Daripada keseluruhan kerusi PN, PAS memiliki 15 kerusi - termasuk Belantek - dan Bersatu mempunyai enam kerusi.

Pejuang - yang tidak bertanding pada pilihan raya ini - mempunyai dua kerusi.

Sementara itu Pakatan Harapan mempunyai 11 kerusi, di mana enam daripadanya disandang PKR, Amanah (3), dan DAP (2).

BN mempunyai dua kerusi, yang kedua-duanya diwakili Umno.

Apakah demografi pengundian?

Mengikut bancian pada 2020, Kedah terdiri daripada 80 peratus Bumiputera, 12.3 peratus Cina, 6.3 peratus India, dan 1.3 peratus kaum lain.

Daripada kerusi yang dipertandingkan, data pada tahun ini menunjukkan terdapat enam kerusi kaum campuran iaitu Derga, Gurun, Bukit Selambau, Sidam, Lunas, dan Kulim.

Terdapat juga satu kerusi majoriti Cina - Kota Darul Aman - dan satu kerusi majoriti bukan Melayu iaitu DUN Bakar Arang.

Sebanyak 28 kerusi lain mempunyai pengundi Melayu hampir 70 peratus atau lebih tinggi.

Pada pilihan raya umum ke-15, sebanyak 54 peratus pengundi di Kedah mengundi PN.

Pas diibarat parti ‘suci dalam debu’

ANALISIS

KEPUTUSAN Pas mengangkat ‘bendera putih’ lebih awal dengan mengambil ketetapan tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu mengecewakan penyokong mereka yang mengharapkan parti itu tampil berani menangkis keputusan tersebut.

Penyokong Pas sebelum ini percaya parti itu akan membersihkan maruahnya daripada tuduhan rasuah yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan tampil mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu.

Pas selama ini yang dilabelkan sebagai parti memperjuang Islam kini diibaratkan ‘suci dalam debu’ apabila terpalit dengan kesalahan rasuah.

Pada 27 Jun lalu, Hakim Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffri membatalkan kemena­ngan Ahli Parlimen Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim selepas hakim mahkamah itu memutuskan ada unsur rasuah dan sogokan dalam pengagihan bantuan daripada kerajaan negeri menerusi inisiatif i-Belia serta i-Siswa menjelang PRU15.

Namun, Pas mengambil keputusan di luar jangkaan apabila menyatakan tidak berhasrat mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen yang tidak memihak kepada parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi alasan yang agak rapuh apabila mendakwa keputusan itu dilakukan bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai disebabkan ketiadaan Ahli Parlimen kerana perlu menunggu lebih daripada lima bulan untuk Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Takiyuddin selepas Mesyuarat Pas Pusat yang dipengerusikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu pada 8 Julai lalu.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menganggap keputusan Pas itu menunjukkan pe­mimpin Pas akur dengan tuduhan mereka melakukan rasuah pada PRU15 berdasarkan keputusan awal Mahkamah Pilihan Raya Terengganu.

Malah Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dengan majoriti besar pada pilihan raya tersebut tidak boleh dibanggakan lagi selepas parti itu didapati melakukan kesalahan rasuah kepada pengundi.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub pula berkata, tindakan Pas itu se­olah-olah mengaku wujud unsur rasuah pada PRU15.

“Tidak rayu ini maknanya secara mudah ialah mengaku (melakukan rasuah). Mengapa tidak rayu?” Soal Salahuddin.

Difahamkan Pas mengambil jalan mudah tidak mengemukakan rayuan kerana lebih bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Terengganu.

Pas percaya parti itu dapat memenangi semula Parlimen tersebut sekiranya PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan berdasarkan jumlah majoriti besar diperoleh Ahmad Amzad iaitu sebanyak 40,907 undi pada PRU15 lalu.

Pada pilihan raya itu, Ahmad Amzad mendapat 63,016 undi mengalahkan tiga pencabar lain iaitu calon Barisan Nasio­nal (BN), Mohd. Zubir Embong (22,109 undi), calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (10,946 undi) dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi). – UTUSAN

UMNO sukar menang dalam PRN, jejas sokongan PH - Penganalisis politik

UMNO sukar menang dalam PRN, jejas sokongan PH - Penganalisis politik
Kartini (gambar) berkata UMNO ketika ini diibaratkan seperti kapal yang pecah dari dalam. - Gambar fail/www.ukm.my

KUALA LUMPUR: Ketika pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan yang lebih kuat berbanding Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, pandangan berbeza disuarakan oleh penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Prof. Kartini Aboo Talib, UMNO dijangka berdepan kesukaran untuk menang pada PRN di enam negeri kerana penolakan orang Melayu, sekali gus memberi kesan kepada penurunan sokongan kepada PH.

Kartini menambah, UMNO ketika ini diibaratkan seperti kapal yang pecah dari dalam.
"PH sudah pun kuat tanpa UMNO. PH juga mewakili pengundi multietnik.

"Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dianggap sebagai sebahagian alasan kepada kurangnya sokongan terhadap PH.

"Yang penting, orang dalam UMNO sendiri tidak menyokong Ahmad Zahid. Mereka (UMNO) 'menyelam' terlalu dalam dan tidak sedar betapa bahayanya keadaan itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Astro AWANI hari ini melaporkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa 'swing' yang diterima PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu telah mula mereda pada kadar yang signifikan.

Rafizi mendakwa, corak perubahan itu berdasarkan data kajian setakat Jun lalu, yang mana data tersebut, katanya akan didedahkan dalam masa terdekat menjelang kempen PRN.

Dakwa beliau lagi, data tersebut menunjukkan bahawa pentadbiran PH di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang berada dalam keadaan selesa.

Mengulas lanjut, Kartini berpandangan keadaan ekonomi yang merudum juga menjadi antara faktor utama pengundi menolak UMNO dan PH.

"Faktor besar (pengurangan sokongan) ialah keadaan ekonomi yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih segera.

"Rakyat kini susah dan PH menggalas tanggungjawab besar serta segera untuk umum pakej bantuan ekonomi bersasar," katanya.

Begitu pun, beliau mengakui bahawa demografi penduduk bandar sudah menunjukkan trend sokongan yang konsisten terhadap Kerajaan Perpaduan.

Media sebelum ini melaporkan BN akan bertanding di lebih 100 DUN dalam enam PRN akan datang, manakala baki selebihnya akan ditandingi PH.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kedudukan semasa kerusi yang dimenangi oleh BN dan PH pada pilihan raya umum yang lalu.

Sumber | Awani

Tak perlu rayuan, PRK terus bagi Parlimen Kuala Terengganu?

Keputusan pembatalan kerusi Parlimen Kuala Terengganu P036 masih belum melepasi tiga hari. Kalau bandingan orang dulu-dulu, ibarat seseorang mati, tanah kuburnya masih merah lagi. Masih terasa kecewa dengan keputusan itu, tetapi hakikat perjuangan, mesti kita teruskan. Menang, kalah, jatuh, bangun, kecewa, bahagia, perencah yang dirasai oleh semua para pejuang, tanpa memilih hanya yang seronok sahaja.

Maka bergemalah suara lawan yang mendakwa PAS parti rasuah. Ia satu gema yang kita boleh fahami kerenah kurangnya peluru mereka bagi menembak PAS, jadi, apa sahaja yang dapat mereka capai akan mereka rangkul dan gunakan sebagai senjata bagi membelasah PAS. Walaupun hanya sebatang lidi yang halus, dek kerana ketakutan, mereka merasa ia bagaikan sebatang lembing.
Tanpa membaca dan memahami keputusan penghakiman, bagi mereka PAS akan dikenang sebagai perasuah, menipu dalam usaha memenangi undi rakyat. Tidak mengenal dosa pahala, tidak tahu malu, penunggang agama. Inilah naratif yang mereka sedang jalankan dengan gigih agar karakter PAS akan dicemari dan akhirnya dibenci marhaen.

PAS hanya tersenyum kerana sekurang-kurangnya ada juga perlawanan bagi lawan bertindak agresif setelah mereka lemah, tidak bermaya dalam PRU15 lalu. 8-0 adalah satu petanda petaka bagi mereka. Di atas kehinaan mereka ditolak rakyat di semua parlimen, di Dun-Dun juga, hanya satu Dun yang tinggal menyokong mereka daripada 31 Dun yang ada. Jadi usaha mengotorkan PAS adalah amat perlu. 

Masih segar dalam ingatan kita apabila Presiden sebuah parti yang telah dua kali didapati bersalah dan dimasukkan dalam penjara, setelah melalui semua proses perundangan. Penyokong mereka mengamuk apabila ketua mereka dipanggil bekas banduan. Tidak boleh menerima hakikat. Sehinggalah diampunkan oleh Agong, masih belum mengaku salah. 

Seorang lagi Presiden sebuah parti lawan PAS, juga telah didapati bersalah kerana salah guna kuasa. Sehingga sebelum habis penggal ke-14, beliau masih bergelar Ahli Parlimen kerana kes beliau telah dibuat rayuan bagi Pengampunan Di Raja. Sebegitu tinggi undang-undang mereka gunakan atas nama yang mereka gelaran demokrasi. Hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Sedang dalam masa yang sama, PAS, baru sahaja melepasi penghakiman kali pertama, sudah disumbat dalam kandang pesalah dan tidak mahu diberikan peluang rayuan. Kegilaan apakah ini? 

Sedang PAS masih bersabar menanti peluang kedua bagi rayuan, secara tiba-tiba, keluar pula seruan agar tidak perlu menfailkan rayuan, biar kita terus lakukan PRK, kita mahu mengajar Umno.

Sayang mereka tidak faham apa itu maruah. PAS akan kekal diingati sebagai parti perasuah sebagaimana kehendak musuh yang saya nyatakan di atas. Ia bukan kerana jutaan majoriti yang kita peroleh lalu kita merasa gagah dan mahu membelasah lagi lawan. Ia melibatkan isu integriti. PAS berkeyakinan tidak melakukan kesalahan pilihanraya, kita mengikut undang-undang. Isu sekarang hanyalah istilah dan tafsiran hakim kepada sogokan dan ejen. Dua hakim dengan dua penafsiran. 

Kenapa kita mesti menyeru untuk menyerah kalah? Konon kita kuat? Ia jauh lebih manis kita menang kembali kerusi Kuala Terengganu dengan hanya majoriti satu undi setelah kita lalui semua lapisan proses undang-undang yang ada, daripada kita menang majoriti ratusan ribu majoriti, tetapi kita menyerah kalah pada dakwaan yang kita yakin tidak kita lakukan pada kali pertama proses perundangan. Nama PAS kan dikenang sebagai perasuah dalam pilihanraya. Ia akan kekal selama-lamanya.

Mohd Nasir Abdullah
30 Juan 2023

'Protes senyap ahli, penyokong PH-BN bakal dorong kemenangan PN' - penganalisis

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jangkaan Perikatan Nasional (PN) mampu meraih sokongan majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri ini, dilihat penganalisis sebagai agak realistik berikutan perkembangan politik membabitkan isu membelenggu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang boleh memberi kelebihan kepada PN.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata faktor Gelombang Hijau yang dikatakan pencetus peralihan sokongan pengundi Melayu kepada PN itu sebenarnya dilihat tidak begitu jelas.

"Sebaliknya perpindahan undi secara besar-besaran dalam kalangan ahli dan penyokong PH dan BN kepada PN ini disebabkan ketidakselesaan, ketidaksetujuan dan penolakan terhadap kerjasama politik antara PH dengan BN selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

"PRN kelak adalah indikator utama untuk melihat mesej dan isyarat daripada penyokong serta ahli PH-BN, namun isyarat itu jelas, namun masih dinafikan oleh kepimpinan utama parti bagi menghalalkan tindakan kerjasama politik berkenaan.

"Saya tidak bersetuju perpindahan undi itu disebabkan Gelombang Hijau tetapi dicetuskan 'gelombang alternatif' untuk ahli dan penyokong PH-BN menyalurkan rasa tidak puas hati dan kemarahan terhadap kepimpinan parti," katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata, faktor undian liar yang sukar dijangka arah dan kecenderungan sokongannya khususnya membabitkan pengundi muda 18 hingga 30 tahun, turut dilihat akan mempengaruhi pola undian kepada BN dan PH.

"Golongan ini mengundi berdasarkan kepentingan dan manfaat yang mereka peroleh dan tidak lagi berpegang kepada ideologi, prinsip perjuangan dan imbauan sejarah lama.

"Dalam perkembangan politik hari ini, golongan ini terkesan dengan kekurangan peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi. Justeru tujuh bulan pentadbiran PH dan BN adalah pertaruhan penting yang menentukan tahap sokongan akan diterima," katanya.

Katanya, ahli UMNO kini dilihat masih tidak selesa, marah dan menolak serta sukar menerima keputusan kepimpinan partinya bekerjasama dengan PH khususnya DAP, memaksa undi ahli dan penyokong mereka akan disalurkan kepada parti Melayu alternatif.

"Selain itu, tindakan memecat, menggantung dan tindakan kepada bekas pemimpin kanan UMNO juga tindakan salah ketika parti itu memerlukan tenaga politik untuk merawat kelemahan dan parti yang sedang sakit akibat kekalahan besar dalam PRU-15.

"Tindakan itu (pecat) seperti merobohkan tiang seri kekuatan parti di beberapa negeri seperti Selangor, Perak dan ia memberi kesan negatif kepada parti kerana bekas pemimpin itu mempunyai kumpulan penyokong ramai dan tersendiri serta pengaruh yang besar di peringkat negeri dan nasional," katanya.

Pemimpin PN dalam siri ceramah politiknya mutakhir ini menaruh keyakinan sokongan pengundi Melayu pada PRN di enam negeri kelak akan berpihak kepada gabungan itu.

Sementara itu, berbeza bagi penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, yang menjangkakan PN sebenarnya masih sukar meraih undi majoriti dari pengundi Melayu, berikutan penerimaan rakyat ketika ini kepada Kerajaan Perpaduan.

"Saya rasa orang Melayu sudah bijak dan rasional dalam fikiran mereka. Mereka tidak akan terpengaruh dan ditakut-takutkan dengan isu 3R (bangsa, agama dan raja).

"Agenda dibawa Kerajaan Perpaduan juga lebih sederhana yang dekat dengan pendekatan rasional majoriti orang Melayu. Pendekatan PN yang banyak bermain sentimen dan tidak berbicara soal dasar, saya rasa akan ditolak pengundi," katanya.

Beliau juga berkata, kerjasama antara DAP dan UMNO sudah makin diterima oleh ahli dan penyokong kedua-kedua parti.

"Mereka sudah terima hakikat untuk bekerjasama bagi menstabilkan kerajaan, wujudkan perpaduan dan membangunkan negara. Kalau ada yang kecewa dan menolak kerjasama ini, hanya minoriti kecil saja. Namun ini boleh diatasi menjelang PRN nanti sebab mereka akan faham akan matlamat bekerjasama di dalam kerajaan lebih diutamakan," katanya.


Sumber | Bharian

Debaran OPR Julai ini, sama ada kekal, naik atau turun

GAMBAR HIASAN

Sejak tahun lalu rakyat Malaysia dilihat semakin celik kewa­ngan dengan istilah yang sebelum ini dianggap sedikit teknikal seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah mula difahami oleh rakyat kebanyakan.

Justeru, selain debaran Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak menghairankan sekiranya satu lagi perkara yang menjadi perhatian bulan depan ialah mesyua­rat Jawatankuasa Polisi Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 haribulan.

Ia antara lain bakal menentukan sama ada OPR akan dikekalkan, dinaikkan atau diturunkan, dengan mesyuarat MPC sebelum ini pada 2 dan 3 Mei lalu telah membuat keputusan yang dianggap sebagai mengejutkan apabila OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.

Ketika ramai beranggapan OPR mungkin tidak dinaikkan dalam masa terdekat setelah dinaikkan kembali kepada paras sebelum pandemik baru-baru ini, mungkin tiada seorang pun yang boleh menjamin ia tidak akan dinaikkan lagi pada mesyuarat MPC akan datang.

Sejak OPR diperkenalkan pada 2004, ia telah banyak kali dilaraskan dan OPR tertinggi adalah 3.5 peratus pada April 2006.

Menurut BNM, ketika itu ekonomi Malaysia sedang tumbuh dengan stabil, manakala kadar inflasi, atau Indeks Harga Pengguna (CPI) ialah pada 4.6 peratus. OPR yang lebih tinggi ketika itu diperlukan untuk me­nguruskan risiko harga yang ­lebih tinggi.

Penulis pada awal bulan ini sempat mengikuti Simposium Sasana BNM di Sasana Kijang, yang mana Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus hadir menyampaikan ucapan.

Beliau menerangkan pela­rasan OPR adalah perlu supaya ia berpadanan dengan realiti ekonomi negara sekarang yang berkembang kukuh, selain sebagai tindakan awal untuk menguruskan inflasi.

Katanya, ketika beberapa tekanan kos semakin menurun, ia tidak diterjemahkan kepada harga akhir barangan kerana permintaan kekal tinggi.Tambahnya, jika kita tidak menguruskan tekanan harga yang berlebihan seperti yang dilihat pada beberapa ekonomi lain, ini akan menjejaskan semua me­lalui kuasa beli yang lebih rendah, lebih-lebih lagi golongan B40 dan kumpulan rentan yang paling banyak menerima kesan.

Teks ucapan beliau masih boleh dibaca di laman web BNM.

Penjelasan panjang lebar Nor Shamsiah itu membuatkan penulis terfikir sama ada ia hanyalah justifikasi kepada kenaikan OPR sebelum ini, atau turut merupakan gambaran bahawa OPR akan dinaikkan.

Perlu diketahui selepas Julai, mesyuarat MPC akan diadakan sebanyak dua kali lagi tahun ini iaitu pada September dan November.

Sementara itu, Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ketika dihubungi berkata, pihaknya menjangkakan OPR akan dikekalkan pada mesyuarat MPC akan da­tang, memandangkan kadar inflasi setakat bulan April lalu masih dianggap rendah, iaitu pada kadar 3.3 peratus.

Jelasnya, antara faktor utama yang mempengaruhi penetapan OPR ialah inflasi, perbelanjaan pengguna dan pemberian pinjaman oleh institusi kewangan.

“Kadar sekarang pada tiga peratus ini adalah sama seperti kadar sebelum pandemik dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pun baru-baru ini mengekalkan kadar faedah mereka.

“Tekanan pada ringgit sekarang dilihat tidak begitu memberi kesan kepada penentuan OPR,” ujarnya.


Menghampiri 6 PRN, persefahaman di peringkat akar umbi Umno, DAP masih kabur


Pimpinan Umno dan DAP menggunakan sebaik mungkin peluang untuk menjernihkan hubungan antara satu sama lain sejak pembentukan kerajaan campuran yang diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada tahun lepas. 

Terbaru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan menyeru ahli dan pengundi partinya di enam negeri yang bakal menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengundi calon DAP di kawasan masing-masing. 

“Perkahwinan” antara Umno yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) dengan musuh politik tradisinya, DAP kini memasuki tempoh enam bulan. 

- Iklan -

Bagaimanapun, apa yang diucap pucuk pimpinan tidak semestinya bergema di peringkat akar umbi kedua-dua parti. 

Pemerhati politik Azizi Safar berkata, sehingga kini persahabatan dengan DAP belum diterjemahkan di peringkat akar umbi.

"Belum ada program-program penerangan secara khusus kepada akar umbi Umno menjelaskan mengapa Umno perlu bersahabat dengan DAP, menyokong calon-calon DAP pada PRN," katanya kepada MalaysiaNow yang juga bekas setiausaha eksekutif BN Pulau Pinang.

Enam negeri bakal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada pertengahan tahun ini. 

Negeri yang terlibat ialah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor. 

Sebelum ini semasa Perhimpunan Agung Umno, Mohamad Hasan berkata, parti itu memilih bekerjasama dengan DAP kerana parti itu dilihat tidak bermuka-muka dan berpura-pura, dalam satu sindiran kepada PAS.

Kenyataan Ahmad turut dibidas oleh seorang pemimpin Umno Johor yang menyatakan beliau tidak boleh memaksa ahli mengundi calon DAP. 

- Iklan -

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula dalam satu kenyataan lain mengakui sukar untuk memujuk ahli menerima DAP, walaupun tidak mustahil. 

Gabungan parti kerajaan campuran baru-baru ini mengadakan konvensyen di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mengukuhkan hubungan antara satu sama lain selain membuktikan kekukuhan kerajaan.

Kerajaan campuran sekarang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa parti kecil lain.

Azizi berkata, respons akar umbi terhadap gesaan Ahmad juga masih dingin. 

“Ramai juga tidak setuju menyokong DAP," katanya. 

Pemimpin Umno dan DAP juga tidak terlepas daripada bertikam lidah antara satu sama lain terutama berhubung isu pengampunan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak. 

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching turut meminta ahli parti itu mengundi calon Umno yang di kawasan mereka. 

Masih belum jelas bagaimana akar umbi kedua-dua parti itu akan bekerjasama antara satu sama lain semasa tempoh berkempen kelak. 

- Iklan -

Namun menurut Azizi, jika perkara itu gagal diatasi, ia bakal mendatangkan implikasi bruuk kepada Umno.

"Jika ahli-ahli Umno tidak menyokong calon-calon DAP pada PRN nanti, ia bukan satu masalah besar yang boleh menyebabkan calon-calon DAP kalah bertanding dalam pilihan raya," katanya merujuk kepada sokongan pengundi bukan Melayu kepada DAP.

"Sebaliknya pula jika pendukung-pendukung DAP tidak mahu mengundi atau menyokong calon-calon Umno di kerusi majoriti Melayu, calon-calon Umno boleh kalah."

Azizi berkata, penyokong DAP boleh menjadi faktor penentu kemenangan Umno dalam keadaan pengundi Melayu berpecah kepada dua blok. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pengundi Melayu memberikan undi mereka kepada Perikatan Nasional (PN) yang menerima peratusan undi terbanyak daripada masyarakat itu, diikuti BN dan PH.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Bukankah Rafizi pakar formula sudah dilantik jaga ekonomi, kenapa perlu lagi penasihat?


Lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat sudah disahkan sendiri oleh bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi selepas laporan berhubung pelantikan itu mencuri tumpuan rakyat.

Anak perempuan Anwar yang sebelum ini digelar ‘puteri reformasi’ disahkan bapanya dilantik sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi, namun persoalannya adakah itu ‘reformasi’ yang dimaksudkan hendak diperkenalkan oleh Perdana Menteri dalam pentadbirannya?

Sejak laporan berhubung pelantikan tersebut, reaksi orang ramai sama ada dalam media sosial dan juga orang politik khususnya adalah sangat negatif, malah tidak kurang juga pelbagai sindiran sinis dibuat terhadap kerajaan campuran.

Tidak kurang juga terdapat dikalangan orang ramai memainkan semula istilah ‘nepotisme’ yang popular sebelum ini di bibir Anwar dalam ceramahnya ketika mengkritik lawan politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO (sebelum menjadi sekutu politik).

Bagi anak muda, mungkin bait-bait ‘nepotisme’ mungkin sudah jarang kedengaran sekarang sejak Pakatan Harapan (PH) berkahwin dengan UMNO, tetapi bagi orang politik yang ‘season’ atau lama, itu adalah kata-kata yang amat sinonim dengan Anwar.

Semasa era reformasi ketika Anwar kuat melawan Dr Mahathir dan UMNO, pakcik dan makcik di kampung-kampung pun sudah mengetahui makna perkataan ‘bombastik’ yang sering dilontarkan oleh Presiden PKR itu, ketika itu masih belum ada telefon bimbit pintar dimana boleh dicari menerusi carian Google.

Kini selepas menjadi penguasa, nampaknya ‘nepotisme’ itu sendiri menjadi amalan dalam kerajaan campuran sekarang ini.

Malah, rakyat menyindir dengan tajam dalam media sosial dengan bertanya, adakah ini kerajaan anak beranak atau kerajaan yang mahu membantu rakyat seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Ia satu harga yang mahal terpaksa Anwar tanggung apabila laporan berhubung lantikan anaknya itu mendapat perhatian umum, pentadbirannya kini diberi gelaran macam-macam sehingga pejuang siber mereka sendiri pun terkasima hendak menangkisnya.

Bagaimanapun, persoalan paling penting adalah perlukah Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kewangan dan ekonomi kepada bapanya kerana bukankan kerajaan sudah mempunyai Rafizi Ramli?

Rafizi Ramli yang dikenali sebagai pakar formula sudah dilantik menjadi Menteri Ekonomi, bukankah kerajaan boleh mendapatkan khidmat nasihat Timbalan Presiden PKR itu dalam mencari pendekatan yang terbaik untuk memulihkan ekonomi negara, mengapa perlu seorang lagi penasihat?

Jika Anwar berkata anaknya layak kerana mempunyai kelayakan pendidikan, persoalannya kini adakah Rafizi tidak layak untuk menjadi penasihatnya juga memandangkan portfolio yang dipegangnya itu juga berkaitan dengan ekonomi.

Malah, umum mengetahui Rafizi mempunyai banyak idea dan dilihat sebagai tokoh pemikir kepada PH sebelum ini, pelbagai formula dan kaedah untuk memulihkan ekonomi penuh dalam kepalanya, mengapa tidak digunakan sahaja nasihat daripada beliau?

Atau sebenarnya Anwar tidak mempercayai Rafizi untuk menasihatinya dalam isu-isu berkaitan ekonomi?

Bukankah menteri ekonomi boleh memberi nasihat ekonomi? “On the plus side” Izzah dan Rafizi memang rapat dan boleh menjadi kombinasi baik dan berkesan.

Tidak kisahlah jika Anwar mengatakan anaknya tidak menerima sebarang elaun bagi jawatan dilantiknya itu, tetapi persepsi rakyat tidak dapat dielakkan bahawa ini adalah sebuah kerajaan anak beranak.

Langkah ini hanya akan memberi persepsi pelbagai macam terhadap kerajaan dan apakah pembaharuan yang hendak dilakukan jika tidak bermula di pejabat Perdana Menteri sendiri.

....
https://www.agendadaily.com/


........
Komen: Lantik anak nak singkir Rafizi itu sebenarnya


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Ke mana hala tuju pemimpin UMNO dipecat, digantung

SHAH ALAM - Krisis dalaman melibatkan parti tertua Melayu iaitu UMNO itu bagai tidak berkesudahan susulan tindakan kepemimpinannya yang melakukan pembersihan secara besar-besaran pada Jumaat lalu.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam mesyuarat pada Jumaat telah memutuskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti.

Selain Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.


Langkah pembersihan itu pastinya memberi kesan besar bukan sahaja kepada UMNO dan parti-parti lawan lain, malah juga melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, tindakan dan hala tuju pemimpin UMNO yang terkesan akibat pembersihan parti itu sudah tentu menjadi tumpuan pada ketika ini.

Meskipun mereka yang telah dipecat atau digantung keahlian itu masih boleh membuat rayuan berhubung keputusan MKT UMNO tersebut, namun masih alternatif lain yang boleh dilakukan iaitu menyertai parti lain.

Pada Ahad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor bersikap terbuka dan bersedia menerima Noh dan beberapa lagi ahli parti itu yang dipecat dan digantung keahlian bagi memperkuatkan lagi jentera Perikatan Nasional (PN) di negeri berkenaan.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi berkata, kemasukan Noh yang mempunyai pengalaman politik luas mampu membantu jentera PN menghadapi PRN Selangor.

Menurutnya, Bersatu sentiasa berlapang dada demi penyatuan Melayu atas dasar perjuangan dan wadah sama dalam membela hak kaum itu di samping tidak menzalimi kaum lain.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendedahkan ramai pemimpin UMNO yang bakal meninggalkan parti itu secara besar-besaran dan mengikuti beliau sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat.

Ujar Zahidi, hasrat itu telah disuarakan ramai pemimpin UMNO termasuk kelompok berjawatan tinggi di peringkat nasional kepadanya, susulan keputusan beliau bakal menghantar borang penyertaan memasuki PKR pada 4 Februari ini.

Ini menunjukkan bahawa parti-parti lain bersedia untuk menerima kemasukan ahli-ahli baharu dalam masa yang terdekat.

Sudah pasti, perkara tersebut akan memberi impak dan membawa transformasi baru terhadap pimpinan parti-parti lawan.


........
Komen: Hala tuju UMNO selamat Zahid... itu aje


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Zuraida kini boleh rancang tinggalkan politik - penganalisis


Sudah tiba masanya untuk bekas ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin merancang meninggalkan dunia politik selama-lamanya, kata penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Fakulti Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya (UM) Mohamad Tawfik Yaakub berpandangan demikian susulan pemecatan Zuraida dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) bersama sepuluh anggota lain.

Mohamad Tawfik berkata pergerakan politik Zuraida sebenarnya sudah lama menemui penamat sebaik saja dia mengkhianati PKR dan Pakatan Harapan (PH) dua tahun lepas.

"Pergerakan politik Zuraida sudah tidak relevan lagi dalam politik negara apabila beliau sendiri telah mengkhianati PKR atau secara keseluruhannya PH menerusi apa yang dilakukan dalam Langkah Sheraton.

Mohamad Tawfik Yaakub

"Zuraida juga telah gagal untuk mengenal pasti arah tuju politik yang sebenar selepas tidak lagi menang dalam PRU15 lalu.

"Jadi, bagi saya tak perlulah Zuraida pada masa ini, sama ada untuk menyertai mana-mana parti politik untuk meningkatkan semula kredibiliti beliau atau pun keyakinan mahu pun kepercayaan rakyat kepada beliau kerana ia disebabkan faktor kepercayaan, keyakinan yang sudah hilang dalam kalangan rakyat kepada beliau," katanya kepada Malaysiakini.

Mohamad Tawfik berkata demikian mengulas masa depan politik Zuraida selepas dipecat PBM.

PBM semalam memutuskan untuk memecat serta-merta Zuraida yang dikatakan bakal presiden parti, di tengah-tengah pertikaian kepimpinan dengan presiden pengasas PBM Larry Sng.

Larry Sng

Pemecatan itu dibuat atas alasan Zuraida dan sekutunya tidak menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mereka pada 19 Dis.

Sementara itu, Tawfik juga tidak melihat masa depan Zuraida bersama parti lain kerana bekas naib presiden PKR itu telah dilihat sebagai “beban”, bagi mana-mana pihak pun.

"Bagi saya, Zuraida tidak perlulah aktif dalam mana-mana parti politik sekalipun kerana beliau akan membebankan parti politik yang disertainya, apatah lagi nak menubuhkan parti politik baru yang  bagi saya sudah tidak lagi mampu nak diterajui oleh Zuraida itu sendiri," katanya.

Kata Mohamad Tawfik, langkah Zuraida untuk menubuhkan parti baru juga bukan satu pilihan, lebih-lebih lagi dalam dunia politik semenanjung.

Katanya, perdana menteri dua kali Mahathir Mohamad sendiri pun gagal melalui Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang kalah teruk dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

“Akhirnya beliau tergelincir dan tewas serta dilihat tidak lagi mampu bertentangan dengan arus politik negara," tambahnya.

‘Mahu bentuk parti kecil, boleh’

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian pula berpendapat Zuraida masih mempunyai peluang untuk aktif dalam politik, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Menurut Sivamurugan, Zuraida masih mempunyai peluang kembali kepada PBM dengan merujuk isu kesahan pemecatannya kepada  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

"Sebabnya, sebelum pilihan raya kedua-duanya mengakui mereka ialah peneraju kepada parti tersebut,” katanya.

Sivamurugan Pandian

Selain itu, katanya, dia juga masih boleh bergerak melalui platform NGO Muafakat Nasional (MN) pimpinan bekas pemimpin Umno Annuar Musa, seperti kecenderungan awal yang ditunjukkannya.

"Yang ketiga, jika beliau tidak mahu dilihat di dalam MN yang dianggap sebagai badan bukan kerajaan maka perlulah membina parti politik baru untuk membolehkan beliau kekal aktif dalam politik," katanya.

Bagaimanapun, Sivamurugan berpandangan ketiga-tiga pilihan itu juga agak sukar baginya.

Zuraida dan Annuar Musa

Begitu juga dengan pembentukan parti baru, walaupun diakui dia masih mempunyai sokongan penyokong tegarnya walaupun angkanya tidak besar.

"Betul beliau hilang deposit dan tewas pilihan raya yang lepas tetapi beliau juga ada penyokong yang setia kepada beliau jadi dengan membuka parti sendiri barangkali ada pengikutnya.

"Tetapi untuk menjadi parti arus perdana mungkin sukar buat masa ini. Mungkin boleh menjadi parti-parti kecil yang berselerak sekarang ini," katanya.

Tambah Sivamurugan, Zuraida juga dinasihatkan untuk tidak menyertai mana-mana pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan kelak buat masa ini.

Apa pun pilihan yang dipilihnya, kata Sivamurugan, pilihan raya negeri yang akan datang bukanlah medan untuk Zuraida.

"Buat masa ini beliau harus lebih memikirkan mengukuhkan kedudukan beliau daripada bertanding dan juga berhadapan dengan dilema yang sama.

"Sebab pilihan raya baru selesai dan dia juga dilabel dengan pelbagai nama. 

“Mungkin beliau perlu membersihkan dulu imejnya supaya lebih jelas kedudukan beliau dan tidak berhadapan dengan situasi yang sama sebagainya yang dihadapi beberapa pemimpin lain," katanya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke 15, November lalu, Zuraida sebagai penyandang kerusi Ampang gagal mempertahankan kerusinya dengan bertanding atas tiket PBM.

Malah, Zuraida hilang deposit apabila hanya meraih 4,589 undi, merosot hampir 90 peratus.

Pada PRU14 lalu, Zuraida yang merupakan naib presiden PKR ketika itu memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru – BN, PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Zuraida dilantik ke dalam kabinet Mahathir selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan BN pada 9 Mei 2018.

Bagaimanapun, dia dipecat daripada PKR bersama bekas timbalan presiden, Azmin Ali selepas menyertai Muhyiddin Yassin menerusi Langkah Sheraton dan menyertai Bersatu. 

Zuraida kemudian keluar Bersatu dan menyertai PBM pada Mei lalu.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo