NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesir putuskan hubungan dengan lima negara Arab


Pada 7 Disember 1977, Utusan Malaysia melaporkan Mesir telah memutuskan hubungan diplomatik dengan lima buah negara Arab hanya beberapa jam setelah kelima-lima negara itu menuntut untuk mengambil langkah tegas terhadap rancangan damai Mesir dengan Israel.

Agensi berita Timur Tengah ‘Mena‘ berkata, kerajaan Mesir telah memutuskan hubungannya dengan SyriaIraqAlgeriaLibya dan Yemen Selatan. Duta kelima-lima negara itu telah dimaklumkan supaya meninggalkan negara itu dalam masa 24 jam, manakala kakitangan diplomatik Mesir diminta meninggalkan lima negara tersebut dengan seberapa segera.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 7 Disember 1972 – Seorang ahli falak dan ahli kaji bintang yang terkemuka di Malaysia, Profesor Mohd. Shariff Sardar, 63 tahun telah meramalkan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Kedua.
  • 7 Disember 1979 – Album terbaru penyanyi yang semakin dikenali ramai, Sharifah Aini yang berjudul “Women In Love” yang merupakan album kedua berbahasa Inggeris dijangka menambahkan lagi populariti beliau.
  • 7 Disember 1982 – Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bakal dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Tanah dan Wilayah, Tan Sri Rais Yatim awal tahun hadapan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo