NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bank pertama Melayu ditubuhkan pada 1947

Pada tahun 1940-an pula, ada bank luar negara iaitu The Chartered Bank (milik British) dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) beroperasi di Tanah Melayu. Bagaimanapun, kedua-dua bank ini tak memberikan perkhimatan pinjaman wang kepada orang Melayu. Jadi, orang Melayu terpaksa berurusan dengan ceti-ceti untuk mendapatkan pinjaman wang dan dikenakan kadar faedah yang tinngi. 

Disebabkan itu, Maarof Zakaria, seorang peguam berhempas pulas untuk mengasaskan  bank pertama yang dikhususkan untuk orang Melayu iaitu The Malay National Banking Corporation Limited pada tahun 1947. 

Tapi, bank tu tak bertahan lama kerana Maarof kemudiannya dijumpai mati dibunuh pada Disember tahun yang sama, dan terpaksa ditutup pada tahun 1952. Kisah pembunuhan Maarof masih menjadi misteri sehingga kini. Maarof merupakan bapa kepada seniman negara, Mustapha Maarof. 

Jalan Ma'arof di Bangsar mendapat namanya pada tahun 1959, kawasan itu telah pun diakui sebagai Kampung Ma'arof. Maklumat yang diambil dari dokumen jalan telah mengemukakan orang yang di belakang nama ini adalah Ma'arof bin Malim (meninggal dunia pada 1944), yang merupakan seorang pekerja di Stesen Janakuasa Elektrik Bangsar dan mungkin penghulu kampung. 

Source and image credit: Cilisos, Wikipedia.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo