Kementerian Kewangan mengumumkan RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing dinaikkan menjadi RM5.05 serta RM4.57 seliter.
Harga runcit diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM5.42 seliter, naik 15 sen.
RON95 di bawah skim BUDI95 akan terus dijual pada harga RM1.99 seliter, manakala diesel kekal RM2.10 seliter di bawah inisiatif BUDI Diesel.
Harga petrol bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) kekal RM2.05 seliter, manakala diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.
Semua harga ini berkuat kuasa sehingga 30 Sept ini.
MoF dalam kenyataan berkata, kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global, termasuk mengekalkan subsidi bersasar BUDI Madani bagi pengguna yang layak.
Fmt Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment